You are on page 1of 17

KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DAN KETAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN DALAM KONTEKS MALAYSIA

PENGENALAN
Ketaksamaan peluang pendidikan merupaka isu yang sedang diperkatakan di
seluruh pelusuk negeri Malaysia amnya. Rentitan daripada isu hangat tersebut telah
merangsang kajian terhadap kesan sekolah, impak status sosioekonomi dan
ketaksamaan ras serta etnik dalam pencapaian akademik. Ketaksamaan peluang
pendidikan in telah menggalakkan kajian dalam mencari kebenaran penemuan yang
dikemukakan dalam Laporan Coleman (1966). Dokumentasi pencapaian lemah
dikalangan pelajar minoriti dan miskin kerana sekolah mereka kekurangan sumber-
sumber pengajaran. Dengan kata lain kajian Colemen adalah tertumpu kepada
perbezaan antara kekurangan antara sekolah dengan sekolah lain. Kajian lanjutan
pula menunjukkan pentingnya sekolah terhadap pembelajaran pelajar di sekolah.
Penyelesaian bagi menurangkan jurang antara kelas atasan dengan seluruh
penduduk adalah meningkatkan ketaksamaan peluangdalam kalangan penduduk
tanpa mengira rasa tau jantina. Justeru itu kementerian Pelajaran Malaysia telah
berusaha memperbaiki keadaan agar dapat merapatkan jurang antara penduduk
demi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (1970 sehingga 1990) yang bermatlamatmengukuhkan
perpaduan negara. Program pendidikan telah dirancang bagi merapatkan jurang
perbezaan antara sosiobudaya dan sosioekonomi di negara ini, antara wilayah dan
kaum melalui pembangunan sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan
lebih saksama.

17
TAKRIF KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Takrif ketaksamaan ialah pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa


terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan
etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya
dan sebagainya. Ada juga yang berpendapat ketaksamaan berlaku akibat daripada
taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata.
Manakala pendapat Noran Fauziah Yaakub takrif ketaksamaan peluang
pendidikan ialah kaedah di mana manusia tidak memperolehi ganjaran sosial yang
sama. Ianya melibatkan perbezaan semulajadi seperti sahsiah samada
kecenderungan yang berlainan. Di mana ia melibatkan keupayaan mental, bakat dan
kekuatan. Selain daripada itu, ia juga bergantung kepada penilaian sesuatu
masyarakat. Penilaian ini akan berterusan dalam jangka masa panjang dan ia juga
boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi lain yang memberi kesan kepada
peluang pendidikan.
Ketaksamaan peluang pendidikan telah wujud sejak munculnya kelas
masyarakat dari sistem feudal lagi. Rakyat bawahan dan golongan pembesar dan
istana menerima sistem pendidikan yang berbeza.pihak penjajah kemudiannya
meneruskan dasar yang sama, di mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi
peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. Manakala
anak petani dan orang kampong terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.
Sebagaimana pendapat Max Weber (1903), beliau mengatakan ada lima kelas
sosial iaitu golongan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga
dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan
pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang
jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakan terdiri
daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan
ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan
sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biru yang
berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang
terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak
pernah langsung melalui pendidikan formal.
Manakala takrifan ketaksamaan peluang pendidikan oleh Rusli Md Zain
(1998) berpendapat hubungan yang positif diantara pencapaian akademik dengan

17
pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat
memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dalam erti kata lain, murid
yang berada sudah tentunya menerima peluang pendidikan yang baik berbanding
murid miskin.

2. PUNCA ATAU FAKTOR WUJUDNYA KETAKSAMAAN PELUANG


PENDIDIKAN

2.1 KELAS SOSIAL

Kelas sosial adalah merujuk kepada lapisan sosial atau kedudukan sesuatu
kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan dasar pembahagian
kelas dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan dan selain daripadanya. Dalam
erti kata lain, kriteria yang digunakan adalah kekayaan, kuasa, kehormatan dan ilmu
pengetahuan.
Stalcup (1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam masyarakat, yang
mana mereka mengganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga,
peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial.
Rothman (2005) memberi erti bahawa kelas sosial adalah sebagai satu kumpulan
individu atau keluarga yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam sistem
ekonomi pengeluaran, penyebaran dan penggunaan bahan serta perkhidmatan
dalam masyarakat. Contohnya kelas atasan, kelas menengah dan golongan rendah.
Ahli sosiologi mencadangkan lima kelas sosial, antaranya Max Weber
(Wikipedia,2010) mengatakan lima kelas sosial iaiatu golongan atasan atau orang
kaya dan ahli korporat atau bangsawan atau elit. Golongan kedua ialah kumpulan
pertengahan atasan, iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan yang
memegang jawatan yang baik dalam sesuatu organisasi. Mereka dikenali sebagai
pengurus, berprestij dan berpendapatan tinggi. Golongan ketiga pula ialah kumpulan
pertengahan bawahan, yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan
pemegang sijil serta diploma. Mereka mementingkan pendidikan anak-anak mereka
dengan harapan anak-anak akan mempunyai masa depan yang cerah dan baik
dengan adanya pendidikan. Golongan keempat adalah mereka yang terdiri daripada
kelas pekerja kolar biru. Mereka mempunyai sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan

17
Penilaian Menengah Rendah. Mereka bekerja di kilang dan restoran. Golongan
kelima ialah golongan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan
rendah dan tidak pernah melalui pendidikan formal. Golongan ini terdiri daripada
golongan miskin dan bekerja di bawah tahap kemiskinan.
Kelas sosial wujud adalah disebabkan oleh perbezaan dari segi penghomatan
dan status sosial. Sebagi contohnya, anggota masyarakat dipandang tinggi kerana
memiliki status sosial yang tinggi, manakala ianya dipandang rendah apabila status
sosialnya yang rendah.
Jika dilihat daripada status sosial beginilah, ketaksamaan peluang pendidikan wujud
kerana golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai keupayaan untuk
mencapai kemajuan dari segi pendidikan, kuasa dan ekonomi. Kesemua itu menjadi
faktor untuk pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga mampu untuk
memberi pendidikan yang lebih baik samada pendidikan di dalam negeri mahupun
luar negeri. Guru-guru tuisyen juga dapat mereka sediakan untuk pembelajaran
anak-anak supaya lebih cemerlang. Pelbagai pendidikan tambahan disediakan bagi
memenuhi masa lapang atau untuk kerjaya sebagai contohnya kelas muzik, kelas
tarian dan kelas seni. Di samping itu juga kesihatan anak-anak mereka dijaga.
Pemakanan yang seimbang dan keperluan yang berkaitan dengannya dapat
disediakan untuk menambahkan kecerdasan minda.
Selain daripada itu kemudahan dalam pembelajaran seperti komputer atau alatan
canggih menyebabkan ketaksamaan berlaku antara anak-anak kelas atasan dengan
kelas rendah. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat
menambahkan lagi pengetahuan dengan cara yang lebih cepat dan pantas
terutamanya melalui jaringan internet. Berbeza pula dengan golongan kurang
berada, segala kemudahan adalah terbatas kerana kurang berkemampuan. Hal
tersebut berkait rapat dengan peluang pendidikan, di mana akses melalui Internet
dapat menyediakan skop tanpa sempadan untuk pelajar dari kelas sosial tinggi
berbanding golongan kelas sosial yang serba kekurangan.

17
2.2 JANTINA
Pendaftaran pelajar di seluruh negara menunjukkan jurang yang amat ketara antara
jantina lelaki dan perempuan. Sebagai contohnya pelajar perempuan sebanyak 81%
berbanding pelajar lelaki iaitu 19%. Di sekolah Kemboja seramai 19% perempuan
dan 30% adalah lelaki.
Namun begitu di negara Filipina, Mongolia dan Malaysia, bilangan pelajar
perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Keadaan ini berlaku kerana pelajar
lelaki sering kali menamatkan pengajian formal untuk bekerja sepenuh masa serta
menampung pendapatan keluarga. Contohnya mengikut UNGEI,(2007) 65% pelajar
perempuan menghadiri sekolah menengah berbanding 54% pelajar lelaki.
Ketaksamaan peluang pendidikan berdasar jantina perempuan sentiasa diabaikan.
Ini jelas sekali dilihat dari segi keselamatan pelajar perempuan, keselamatan
semasa berulang-alik ke sekolah. Perempuan juga sering kali digambarkan dalam
persekitaran yang domestik dan terbatas dalam mencapai kemahiran berbanding
lelaki. Lantaran itu pelajar perempuan kebiasaannya akan berhenti separuh jalan
untuk belajar iaitu di sekolah rendah lagi mereka telah berhenti belajar.
Di bidang pengurusan pula perempuan lebih ramai bilangannya berbanding lelaki.
Ketaksamaan ini berlaku disebabkan oleh perbezaan jantina di mana lelaki lebih
suka menguasai bidang yang lebih tinggi kedudukannya.berdasarkan analisis
kurikulum adalah langkah paling penting dalam menentukan pelajaran berkualiti dan
kesamaan. Persoalan wanita boleh ditonjolkan atau dihapuskan, yang mana
kurikulumlah yang boleh mencipta idea-idea tentang kasta, kelas, identiti, agama
dan etnik. Sehubungan itu ia dapat dilihat daripada bidang yang dipelajari oleh
pelajar lelaki di sekolah dan tidak dapat dipelajari oleh pelajar perempuan adalah
seperti mata pelajaran seni pertukangan, teknikal atau matematik lanjutan.
Kecenderungan buku-buku yang diterbitkan adalah menjuruskan kepada kaum
lelaki. Begitu juga bidang sains yang kebanyakannya tertumpu dan diberi
pengiktirafan kepada saintis lelaki sahaja yang dapat meneroka dan mencipta teori
atau reka cipta.
Keseimbangan ketaksamaan peluang pendidikan di antara kalangan lelaki dan
perempuan ini dapat di atasi dengan membuat perubahan amalan pedagogi. Proses
pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira tentang sentiviti jantina di dalam
bilik darjah. Usaha penambahbaikan dalam kualiti persekolahan, namun
ketaksamaan dalam pengajaran dan pembelajaran masih tetap berlaku. Perkara ini

17
berlaku disebabkan kesedaran jantina dalam tingkah laku guru, pelajar dan ibu bapa
masih kurang mendalam bagi mengubah pandangan atau persepsi masyarakat.
Perubahan dan kesedaran memerlukan jangka masa yang panjang. Sabagai
contohnya guru yang menganggap pelajar perempuan boleh memberi tumpuan
seperti pelajar lelaki merupakan satu contoh pemikiran guru yang peka terhadap
jantina. Di samping itu tanggapan pelajar perempuan kurang mahir dan berminat
dalam mata pelajaran matematik dan sains perlu dihapuskan dan tidak wujud dalam
pemikiran seseorang guru.
Gaya pembelajaran yang berbeza antara lelaki dan perempuan juga menjadikan
ketaksamaan dalam penghasilan dari segi gaya penilaian.sebagai contohnya pelajar
perempuan lebih cenderung memberi respons dalam situasi kolaboratif berbanding
secara individu. Penaksiran adalah alat penting dalam penambahbaikan kualiti
pendidikan yang merangsang pembelajaran. Dari segi penaksiran di sekolah Asia
Pasifik penaksiran adalah dalam bentuk sumatif, iaitu pada akhir sesuatu unit
barulah diketahui sama ada mereka telah menguasai apa yang mereka pelajari.
Penaksiran dalam bentuk formatif perlu digunakan oleh seseorang guru supaya
dapat mengetahui pencapaian pelajar secara berterusan dan dapat menyokong
pembelajaran pelajar melalui teknik pemerhatian, log pembelajaran, semak semula
portfolio dan maklum balas untuk memahami bagaimana persepsi serta harapan
pelajar lelaki dan perempuan mempengaruhi cara mereka menilai kemajuan pelajar,
peperiksaan dan maklum balas.

2.3 KUMPULAN MINORITI

kumpulan minoriti sebenarnya adalah merujuk kepada kumpulan kecil orang


yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah
tempat yang majoriti penduduknya yang berlainan keturunan, agama. Budaya dan
sebagainya.(Kamus Dewan, 2007). Umumnya Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai penduduk yang pelbagai keturunan, agama dan bangsa, dimana
orang Melayu merupakan majoriti manakala orang Cina, India, Iban, Kadazan
Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik lain adalah kumpulan minoriti.
Kumpulan minoriti lain seperti kumpulan peribumi di Sabah dan Sarawak,
menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan akibat daripada lokasi tempat

17
tinggal mereka yang jauh di pendalaman. Perhubungan dan pengangkutan,
kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas lain dan kelengkapan sekolah tidak
ada inilah punca ketaksamaan berlaku dalam peluang pendidikan di Bandar dan di
luar Bandar. Factor inilah juga menyebabkan kadar keciciran yang tinggi. Jurang
pencapaian murid adalah besar berbanding dalam kumpulan majoriti dan jurang
digital dalam kalangan murid dan guru juga luas.
Manakala di Semenanjung Malaysia pula Orang Asli merupakan kumpulan
minoriti di mana bilangannya tidak mencecah 141,230 orang dan kedudukan mereka
di pedalaman dan kawasan terpencil. Faktor inilah yang menjadi punca mereka
terpinggir dalam semua aspek. Kelainan cirri dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan
tingkah laku menyebabkan mereka terus ketinggalan daripada aliran perdana.
Kementerian Pelajaran telah melakukan dan melaksanakan pelbagai usaha bagi
merapatkan jurang antara kumpulan minoriti dan kumpulan majoriti dalam
ketaksamaan peluang pendidikan.
Kumpulan minoriti di kawasan setempat, iaitu sebagai contohnya di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, kumpulan minority adalah terdiri daripada orang
Melayu, Manakala di Sekolah Kebangsaan pula kumpulan minoriti terdiri daripada
orang Cina dan orang India. Dalam suasana begini sekolah perlu peka terhadap
cara hidup dan budaya sesuatu kaum supaya mereka tidak merasa terpnggir dalam
mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Peluang yang sama rata harus
diberikan dalam mencapai matlamat masing-masing. Guru seharusnya
mengadaptasi kurikulum yang sedia ada supaya mesra budaya dan semua murid
tanpa mengira bangsa, budaya dan agama dapat menerimanya.

17
3. PERANAN GURU DALAM MENGURANGKAN JURANG KETAKSAMAAN
PELUANG PENDIDIKAN DI DALAM BILIK DARJAH

3.1 PENGENALAN

Setiap insan yang lahir adalah berbeza, sama ada jantina mahupun rupa
paras di antara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan
tidak ada sepenuhnya adalah sama meskipun bagi pasangan kembar
seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat
kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang
lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Ketaksamaan
tersebut seharusnya seseorang guru memahami perkara ini di kalangan murid-murid
kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Secara umumnya, seorang guru ataupun pendidik mempunyai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik
darjah mengikut subjek atau matapelajaran yang diajar. Guru juga perlu prihatin
terhadap persekitaran dan sosio budaya pelajarnya, adalah penting untuk
mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar atau komuniti di dalam
sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang
dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran.
Pengetahuan seorang guru amatlah penting dalam mengetahui tentang
ketaksamaan pelajarnya dalam aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap
sosio ekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak
pembelajaran mereka.kemampuan seorang guru mengenali pelajar didalam
kelas,akan membawa kesan terhadap pencapaian pelajar sama ada lebih cemerlang
atau sebaliknya.
Kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan
teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar tanpa
mengambil kira dari aspek kepelbagaian budaya. Oleh hal demikian, proses P&P;
tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan
pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa
dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran.

17
Pemahaman yang mendalam akan ketaksamaan atau perbezaan antara
pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran
mereka malah pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik,
bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada
gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada bakat,
pengalaman, minat serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar
mencapai hasil pembelajaran.
Kepelbagaian dan ketaksamaan antara pelajar perlu diteliti, difahami dengan
sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan
dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi
pengajaran yang lebih berkesan. Adalah penting bagi seorang guru memahami serta
mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud di dalam sesebuah kelas. Setiap
guru juga perlu menyedari bahawa pengurusan pengajaran dan pembelajaran buka
semata-mata berada dalam skop untuk memastikan muridnya mendcapai hasil
pembelajaran dalam domain kognitif sahaja, malah guru perlu sedar pembelajar
kemahiran insaniah sama sekali tidak boleh diabaikan. Ia merupakan tuntutan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Peranan sebagai seorang guru dalam mengurangkan jurang ketaksamaan


peluang pendidikan di dalam bilik darjah adalah melalui:

3.1 Susun Atur Bilik Darjah

Pelan kedudukan atau susun atur bilik darjah melibatkan kerusi meja tempat
duduk murid. Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid
ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai
etnik. Penyusunan tempat duduk murid berasaskan keperluan relevan dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru perlu adil terhadap semua
muridnya. Murid memerlukan perhatian dan guru perlu sentiasa mendekati
muridnya. Murid yang mudah hilang perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang berjalan guru seharusnya menempatkan berdekatan dengan
meja guru dan papan tulis.

17
Selain daripada itu kedudukan murid di dalam kelas bercampur antara lelaki
dan perempuan, antara kumpulan etnik pula sebagai contohnya Cina, India, Melayu
berada dalam satu kumpulan yang sama. Namun begitu sekiranya kedudukan
jantina menjadi suatu halangan bagi sesetengah ibu bapa murid altenatif lain perlu
diambil kira.

3.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar

Minat murid terhadap pembelajaran mampu dibina sekiranya pengajaran guru


dibantu dengan pelbagai peralatan dan kemudahan yang menarik. Penggunaan
pelbagai multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan
malahan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kemudahan bahan bantu mengajar
yang mencukupi dapat digunakan dan dikongsi bersama-sama mendorong murid
melalui pembelajaran dalam suasana gembira dan bersatu padu. Kemudahan dan
alat bantu mengajar dapat merangsang pembelajaran yang lebih koperatif dalam
kalangan murid. Di mana aia akan mendorong pengembangan idea, kreatif dan
berfikiran tinggi. Penggunaan multimedia memudahkan murid memahami ciri-ciri
perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan dan ianya akan memberi
kefahaman dan persepakatan antara semua murid. Terutamanya penggunaan
internet dan komputer menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif yang
menyatukan elemen pergerakan, visual serta bunyi-bunyian selain objek.

3.3 Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Mesra Budaya

Pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya adalah


memainkan peranan penting dalam memastikan murid dari pelbagai etnik dapat
belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Guru perlulah bijak dalam memilih
kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira sumber-
sumber dari pelbagai udaya dan etnik muridnya. Kepelbagaian sumber yang
berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza mampu menarik
minat untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa jemu dan bosan. Murid juga diasuh
untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-

17
sama. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan oleh seseorang guru. Antaranya
ialah:
i. Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu
etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai-nilai budaya.
Contohnya ialah makanan pada musim perayaan, pakaian yang dipakai
oleh sesuatu kaum, adat istiadat perkahwinan, pantang larang yang
menjadi kepercayaan turun temurun.
ii. Menggalakkan murid mencari cerita rakyat seperti cerita-cerita rakyat,
lagu-lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik untuk dikongsi
semasa pembelajaran. Sebagai contohnya lagu-lagu di musim perayaan
juga dinyanyikan seperti lagu ”selamat Hari Raya”, lagu ”Gong Xi Fatt Cai
semasa murid Cina menyambut Tahun Baru Cina, dan lagu-lagu bagi
perayaan etnik lain berdasarkan etnik murid di dalam kelas tersebut.
iii. Guru juga boleh memilih sumber yang boleh menimbulkan kasih sayang
antara etnik iaitu melalui penceritaan, nyanyian, klip video dan foto.

3.4 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang Berasaskan


Perbezaan Budaya Murid

Menurut Malta Fulop dan Ference Maton (2003), sejak dua dekat yang lalu
kajian menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan
pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan epistomologikal yang
mempengaruhi cara berfikir dan bertindak. Orang Melayu lebih menumpukan
perhatian terhadap hal-hal keagamaan. Oleh itu anak-anak Melayu dihantar ke kelas
atau sekolah agama. Manakala masyarakat bukan Melayu lebih mementingkan
pencapaian akademik. Orang Asli pula lebih tertumpu kepada kehidupan yang
ringkas dan selesa dengan persekitaran mereka yang terpinggir dan terpencil.
Motivasi yang rendah dalam pembelajaran menyebabkan kadar buta huruf yang
tinggi dikalangan orang Asli. Dimana pencapaian akademik adalah mempengaruhi
kemunduran hidup orang Asli (Mustafa Omar, 2004).
Oleh yang demikain guru perlu mengambil kira faktor ini dalam merancang
dan menguruskan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelompok etnik

17
yang berbeza dapat menikmati dan menerima peluang pendidikan yang sama.
Antara tindakan guru ialah dengan:
i. Memilih murid dari pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan
ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat.
ii. Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya
melalui aktiviti pembelajaran.
iii. Melayan karenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan
keturunan murid.
iv. Mengadakan lawatan ke destinasi tertentu untuk menyingkap sejarah
yang berkaitan dengan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik contohnya
muzium, perkampungan orang Asli, Taman Budaya dan sebagainya.

3.5 Pemupukan Nilai Dan Budaya Malaysia

Dalam Rukun Negara Malaysia yang pertama adalah Kepercayaan Kepada


Tuhan, dalam hal ini nilai-nilai agama yang sejagat di mana ianya menekankan sikap
baik hati, amanah, bertanggungjawab dan berbaik-baik antara satu sama lain perlu
ditonjolkan oleh seorang guru. Murid –murid juga perlu diingatkan bahawa semua
agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa persengketaan dan
permusuhan.
Murid juga diasuh taat setia kepad Raja Dan Negara. Nyanyian lagu
’Negaraku’ perlu menjadi amalan dan guru perlu memastikan murid menghormati
lagu tersebut. Di dalam bilik darjah perlu digantung gambar raja-raja dan DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Dpertuan Agong bagi memupuk pemahaman murid terhadap
sistem Beraja Berpelembagaan di Malaysia. Ianya perlu diakui oleh semua etnik
yang ada di seluruh Malaysia.
Ditegaskan juga berkaitan dengan keluhuran perlembagaan negara Malaysia
yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat negara ini. Menerima Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi atau pengantar dengan kata lain sebagai bahasa kebangsaan.
Penggunaan bahasa lain juga adalah digalakkan. Kedaulatan undang-undang perlu
dipatuhi. Murid dibimbing agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara.
Sebagai contohnya mematuhi undang-undang sekolah dan peraturan kelas.
Kesopanan dan kesusilaan perlu dipupuk dalam jiwa murid-murid. Murid –
murid diasuh menggunakan bahasa yang sopan, mengamalkan perlakuan yang

17
tertib dan beradab, serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat. Teguran
adalah perlu bila murid-murid memanggil kawan dengan perkataan yang kurang
sopan dan memalukan. Rakyat Malaysia yang mematuhi dan mentati Rukun
Negara, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat dibina dan
mewujudkan. Guru-guru perlu berusaha mendekatkan murid dalam memahami
Rukun Negara dan mengamalkannya.

3.6 Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan untuk menilai hasil


pembelajaran secara holistik. Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid
kebebasan sewaktu menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid boleb
menunjukkan bakat mereka dengan pembinaan showcase yang menterjemahkan
kebolehan, bakat dan kelebihan mereka. Aktiviti yang boleh disediakan oleh guru
seperti kolaj, poster, temu bual, menulis laporan dan membentangkan laporan
syarahandan sebagainya. Dalam hal ini guru perlu menyediakan rubrik pemerkahan
bagi memastikan stiap yang dinilai dan ditafsirkan menepati hasil pembelajaran yang
mencakupi domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Murid akan menggunakan perbezaan yang ada pada mereka berdasarka latar
belakang dan kecerdasan pelbagai untuk menyediakan tugasan. Peranan guru di
sini adalah memaparkan sikap terbuka dan menerima perbezaan murid sebagai
suatu yang istimewa, menghargai atas kesungguhan murid. Contoh hasil yang
terbaik akan dipamerkan dan murid yang lemah akan berusaha memperbaiki
kekurangan mereka. Persekitaran bilik darjah akan ceria dan murid akan berasa
gembira menghadapi pembelajaran seharian.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan di dalam
kelas di Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat
membuatkan murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari tidak kira sama
ada kaum minoriti atau majoriti. Demi mencapai cita-cita menjadi negara maju

17
menjelang 2020 dengan slogan 1Malaysia, guru-guru di sekolah hendaklah berani
menyahut cabaran dengan mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan
murid, yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka. Di samping itu juga, guru
tidak melihat pada satu-satu kelompok minoriti yang pandai sahaja berdasarkan
kaum, bangsa, agama dan budaya sahaja, malah guru perlu memahami keperluan
serta pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua pelajar di dalam
kelas tersebut.

17
BAHAN RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.
Majid, (2011), Budaya Dan Pembelajaran, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamaruddin Haji Husin. (1994). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Crow, L. D and Crow, A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluang-
pendidikan.html

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm
http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html

http://hanifisme.co.cc/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku-kes-3.html

17
17
17

You might also like