You are on page 1of 6

Latar Belakang Kajian

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Keunikannya dapat diperhatikan daripada banyak segi.
Kepelbagaian penduduk yang sekaligus menganuti pelbagai agama dan kepercayaan serta mempunyai
aneka budaya dan cara hidup merupakan ciri istimewa yang mendasari keunikan itu. Kepelbagaian etnik
dan budaya merupakan cabaran kepada kerajaan dalam usaha mengintegrasikan rakyatnya. Menurut
Ting dan Chua (1989), usaha mencapai perpaduan negara merupakan satu preoccupation walaupun
ianya bukanlah satu matlamat negara. Masalah perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik akan
menjadi semakin kompleks jika anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik tidak mengenali
antara satu sama lain kerana perbezaan ciri asas seperti agama, bahasa, budaya dan ekonomi politik,
wilayah dan pengalaman sejarah. Ciri-ciri perbezaan yang ketidaksamaan ini menjadi penghalang utama
dalam proses pembinaan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik (Rabuskha 1973 :
21)

e. Stereotaip

McLemore (1994: 124), Healey (2009: 110) mengistilahkan stereotaip sebagai kenyataan-kenyataan
umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Misalnya gambaran berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain
terutama kepada etnik minoriti. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti
etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat,
khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman steretoip akan mengakibatkan
sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya
membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal. Walau
bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa setiap kumpulan etnik akan memiliki pandangan stereotaip
mereka terhadap kumpulan etnik lain. Misalnya pandangan masyarakat Barat terhadap kumpulan-
kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik
Cina dan India dan sebaliknya. Seterusnya Healey (2009) melihat kesan stereotaip yang boleh berlaku
berterusan dari satu generasi ke generasi yang akan menjejaskan hubungan antara kumpulan dominan
dan minoriti. Kandungan stereotaip juga yang sebenarnya antara yang dominan dan kumpulan-
kumpulan minoriti dan sering salah satu cara penting di mana kumpulan dominan cuba untuk
membenarkan atau merasionalisasi hubungan itu. Simpson dan Yinger (1985) pula telah membahagikan
stereotaip kepada dua bentuk. Pertamanya dengan memberi sifat rendah yang melampau seperti
pemalas dan tidak cerdik kepada kumpulan minoriti. Sifat ini cenderung berlaku semasa institusi
perhambaan masih berlaku di mana kumpulan minoriti menjadi sering dieksploitasi oleh kumpulan
dominan. Keduanya stereotaip turut berlaku apabila kuasa dan perbezaan status kumpulan minoriti
dengan kumpulan dominan semakin rapat . Kumpulan minoriti juga telah mengalami mobiliti ke atas
dan memiliki beberapa kejayaan sama ada di sekolah atau perniagaan. Kejayaan relatif mereka tetap
dipandang negatif sehingga muncul ungkapan-ungkapan seperti terlalu pintar, terlalu materialistik ,
terlalu licik dan sebagainya. Demografi Responden Murid Sampel Murid diambil dari negeri Perak ,
Pulau Pinang dan Selangor. Maklumat di Jadual 1 menunjukkan sampel Murid iaitu seramai 1304 orang
yang terdiri daripada 546 orang murid lelaki (43.3%) dan 740 orang murid Perempuan (56.7%). Murid
dari etnik Melayu merupakan majoriti sampel kajian dengan jumlah 693 orang (53.1 %) . Manakala
murid dari etnik Cina dan etnik India masing-masing terdiri daripada 337 orang (25.8%) dan 274 orang
(21%). Seterusnya berdasarkan soal selidik yang dijawab seramai 186 (14.3%) murid tingkatan satu , 321
(24.6%) murid tingkatan dua dan seramai 797 (61.1%) murid tingkatan empat. Lokasi sekolah pula
adalah dari SMK pelbagai etnik. Manakala nilai sisihan piawai dan Min bagi konstruk Prejudis dan
Sterotaip masing-masing 12.19 dan 10.23.
kepentingan hubungan etnik kesan peristiwa 13 mei 1969
Kepentingan hubungan etnik kesan dari peristiwa 13 mei

Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza
merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.
Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud
pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu
sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan
kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia
dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek
budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua
etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat
sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah
dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut
sistem pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah,
pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa
Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin
sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa
ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk
integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan
interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik
ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak
wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi
satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya
akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai
corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di
sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu
hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah
pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga
mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri
daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang
majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam
kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat
sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi
awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini
menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi
memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan
kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih
ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin
kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana
mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua
ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek :

ekonomi

. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti
kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia
dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju
seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India
pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini
sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang
begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta
jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat
majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan
etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang
sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga
akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah
berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya
tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari
peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang
cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan
lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu
timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini
mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara
yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh
dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan
sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam
perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya,
perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal
miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan
sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh
mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan
kelompok etnik yang tertentu sahaja. Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik
dari aspek
politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata
sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama,
kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk
mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat
taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti
ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal
sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.
Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi
agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina
dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini
bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang
sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi
tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau
teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati
dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu
masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah
berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami
oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya
yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar
untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya
memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta
pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu
dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui
pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik
menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun
demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi,
budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa
menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya
kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah,
pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan
teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-
pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam
keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber
manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat
dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi
merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana
tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.
http://www.scribd.com/doc/196214135/stereotaip penting!

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/generasi-muda-harus-jadi-contoh-menangani-isu-
perkauman-stereotaip-rafizi-28285

http://www.cpiasia.net/v3/index.php/219-contributors-sp-642/contributors/1848-menangani-prejudis-
and-stereotaip-negatif-kaum-

http://www.astroawani.com/merdeka2014/menemplak-tanggapan-bukan-semua-kaum-melayu-malas-
cina-tamak-india-pemabuk-42337

You might also like