You are on page 1of 3

RAS

Ras merupakan kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang
berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi dan dapat dibezakan dengan jelas dalam
masyarakat. Dalam kebanyakan ciri, warna kulit adalah ciri yang paling jelas dan sering
digunakan untuk membezakan kumpulan manusia. Di Amerika Syarikat misalnya,
penduduknya dibahagikan kepada kulit orang putih, kulit orang hitam dan sebagainya. Pada
zaman dahulu juga, manusia hanya dibahagikan mengikut perbezaan fizikal seperti warna
kulit, warna rambut dan rupa bentuk. Malah, hal ini sukar kerana pembahagian ini hanya
secara kasar sahaja bagi mana-mana kumpulan ras sekalipun. Hal ini disebabkan manusia
sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering sahaja berlaku.

Selain itu, ras bukan sahaja didefinisikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan
seseorang mewarisi ciri-ciri selain daripada warna kulit dan rupa bentuk yang tertentu tetapi
juga tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual yang tertentu. Hal ini menyebabkan
sesetengah manusia menganggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain.
Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan
diskriminasi antara golongan tertentu. Namun, pengertian ini disangkal pula kerana manusia
tidak sepatutnya dikelaskan mengikut ras. Menurutnya, manusia adalah dalam satu kelas yang
sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik atau lebih handal daripada yang lain semata-
mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya. Hakikatnya, ras memang
sukar untuk didefinisikan dengan jelas dan tepat kerana telah berlaku campur aduk golongan
yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan campur. Ramai pakar sosiologi berpendapat
bahawa konsep ras ini ialah konsep sosiopolitik dan bukan konsep saintifik, dan mereka
mencadangkan supaya konsep ini tidak lagi diguna pakai sebagai konsep saintifik (littlefield,
1982). Justeru, ras boleh dikatakan satu konstruk yang dibentuk oleh masyarakat, dan
mengikut ahli biologi yang lain, sebenarnya hanya terdapat satu kategori ras iaitu ras manusia.

Di Asia Tenggara seperti Malaysia, biasanya melibatkan isu perbezaan etnik dan
kebudayaan. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu
dari segi pelajaran, perumahan, dan pekerjaan. Organisasi-organisasi ini akan bersaing untuk
mendapatkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan
menggunakan beberapa faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras, dan pengenalan
etnik. Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia
akan mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah
negara. Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.
Walaupun Malaysia telah merdeka sekian lama, tetapi kesan penjajahan British yang bercorak
pecah dan perintah masih segar di minda setiap rakyat.
ETNOSENTRISME

Etnosentrisme berasal daripada perkataan Yunani (ethnos bermaksud orang). Ada yang
berpendapat etnosentrisme bermaksud kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam
kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah yang
paling baik berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pendapat lain pula mengatakan
etnosentrisme sebagai kecenderungan sesuatu kumpulan etnik untuk menilai kumpulan etnik
untuk menilai kumpulan etnik yang lain berdasarkan kedudukan dan nilai etniknya sendiri.
Selain itu, etnosentrisme juga bermaksud kita menilai masyarakat lain daripada kaca mata kita
sendiri, serta memperihalkan mereka dalam pengistilahan kita. Dengan demikian, ciri-ciri
ethnos yang ada pada diri kita, termasuk nilai budaya kita, dijadikan kayu ukur dalam
penilaian tersebut. Justeru, tidak hairanlah jika orang lain atau masyarakat asing kelihatan
begitu rendah taraf sosial dan budaya mereka jika dipandang dari kaca mata ethnos kita.

Misalnya, jika kita mendapati bahawa di kalangan masyarakat Nuer kemudahan pinjaman
untuk membeli rumah daripada institusi kewangan sukar diperolehi, maka kita tidak boleh
membuat kesimpulan bahawa masyarakat Nuer tidaklah sesempurna masyarakat kita. Jika kita
mendapati kemudahan bekalan elektrik tidak terdapat di kalangan orang Kwakiutl di pantai
barat di Amerika Utara, maka kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa cara hidup orang
Kwakiutl tidak sejahtera berbanding dengan cara hidup kita. Jika sekiranya hidup orang
Kachin di sebelah utara Myanmar menolak agama Kristian, maka kita tidak boleh
menganggap bahawa orang Kachin tidak bertamadun. Jika sekiranya orang San di gurun
kalahari buta huruf, maka kita tidak boleh terus menyatakan bahawa mereka itu tidak pintar.
Jika sekiranya kita terus menerus mempunyai pandangan berunsur etnosentrisme, maka
ternyata kita sama sekali tidak memberikan sebarang peluang bagi orang lain untuk
mempunyai sebarang perbezaan dan hidup dalam persekitaran sosial dan budaya yang
berlainan.

Pandangan etnosentrisme juga merupakan satu halangan besar kepada usaha untuk
memahami masyarakat dan budaya lain dalam pengistilahan mereka sendiri. Sebenarnya
antropologi tidak membandingkan masyarakat asing kepada masyarakat sendiri serta
menyusun pelbagai masyarakat pada tahap tinggi dan rendah, serta meletakkan masyarakat
kita pada anak tangga yang paling atas. Sebaliknya antropologi menghendaki kita memahami
masyarakat kita yang berlainan itu seperti yang kelihatan daripada dalam masyarakat
berkenaan. Antropologi tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kepada soalan yang
berbunyi seperti berikut: antara banyak masyarakat, masyarakat manakah yang paling baik.
Jawapannya memang tidak akan wujud semata-mata kerana sememangnya bukan sifat semula
jadi disiplin antropologi untuk bertanyakan soalan seperti ini kerana setiap masyarakat pasti
mempunyai takrifan masing-masing terhadap soalan tersebut yang sudah pasti mempunyai
pengertian yang berbeza-beza.
RUJUKAN:

https://zanas.wordpress.com
http://azwantamin.blogspot.my/

You might also like