You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BATU PAHAT, JOHOR

TAJUK TUGASAN:
PROGRAM PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
SERTA USAHA PEMUPUKAN INTEGRASI NASIONAL DI PERINGKAT SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN

NAMA : HADAINA BINTI UJOD

ANGKA GILIRAN/ NO. KAD


: 2022292420029 / 960221-59-5094
PENGENALAN

KUMPULAN : PJK (MEN)

KOD KURSUS : EDUP 2102

NAMA KURSUS : SOSIOLOGI PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH AKADEMIK : EN MD NOR HASSAN BIN KAMSIAR

TARIKH HANTAR : 29 NOVEMBER 2022

TANDATANGAN (PENGESAHAN
:
MAKLUM BALAS TUGASAN)
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN....................................................................................................3

2.0 PERNYATAAN MASALAH..................................................................................4

3.0 PERSOALAN KAJIAN...........................................................................................4

4.0 OBJEKTIF KAJIAN................................................................................................4

5.0 PROGRAM PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN BAGI MENCAPAI


KESAMARATAAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.................................................5

6.0 USAHA PEMUPUKAN INTEGRASI NASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN............................................................................................................6

7.0 KESIMPULAN........................................................................................................7

8.0 RUJUKAN...............................................................................................................7
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang


penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan
masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja
berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia
merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah
perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat
berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali
sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu
mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia.

Integrasi nasional amat penting untuk menjamin keharmonian sesebuah negara


yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik seperti di Malaysia. Ini telah memberi
tanggungjawab yang besar terhadap system pendidikan di Malaysia untuk memupuk
sikap perpaduan dalam kalangan pelajar melalui langakah - langkah yang wajar.

Menurut Aziz Ujang (2014), pula menyatakan tentang perpaduan harus dipupuk
dan dipelihara sejak beberapa generasi bagi menegakkan keselamatan dan
kesejahteraan serta tidak merosakkan keamanan dan keharmonian di dalam
kehidupan bermasyarakat. Penyataan daripada penulis menyatakan tentang
perpaduan yang perlu dipupuk daripada beberapa generasi seperti generasi X,
generasi Y, dan generasi kini iaitu generasi Z. Namun, sekolah merupakan tempat
atau platform yang terbaik untuk mengembangkan semangat atau sikap perpaduan
di kalangan murid. Sekolah juga merupakan organisasi yang mengalas
tanggungjawab bagi membina semangat patriotisme dalam kalangan murid. Sebagai
warga pendidik, guru merupakan individu yang sesuai di dalam menyebar dan
menyemai semangat perpaduan di kalangan murid di sekolah.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pengurusan pendidikan di sekolah menengah seharusnya menjadi tapak


dalam penerapan nilai perpaduan di dalam jiwa masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai etnik. Sistem persekolahan yang dilaksanakan untuk setiap
kumpulan etnik di Malaysia masih lagi wujud dan terpelihara kestabilannya sehingga
ke hari ini. Namun demikian, persoalannya ialah adakah sistem pendidikan kini dapat
mencapai kesamarataan bagi setiap entik serta usaha yang dijalankan bagi
memupuk integrasi nasional di sekolah menengah kebangsaan berkesan.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

3.1 Apakah program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencapai kesamarataan
Pendidikan di Malaysia?
3.2 Apakah usaha pemupukan integrasi nasional di sekolah menengah kebangsaan?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Menghuraikan program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencapai


kesamarataan Pendidikan di Malaysia?
4.2 Menghuraikan usaha pemupukan integrasi nasional di sekolah menengah
kebangsaan?
5.0 PROGRAM PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN BAGI MENCAPAI
KESAMARATAAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

5.1 Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat


setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta
penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran (Hussein & Abdullah 2018). Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan
generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang
unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu menggalakkan
penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari
peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas
secara bersama.mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan
suasana muhibah secara sedar dan terancang. Melahirkan persefahaman dan
toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. Berkongsi kemudahan, peralatan,
tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-
sama. Terdapat lima aktiviti atau program yang boleh dijelaskan melalui RIMUP iaitu:
1) Kecemerlangan Akademik, 2) Aktiviti Sukan dan Permainan, 3) Aktiviti Perayaan
dan Perhimpunan 4) Aktiviti Perkhemahan dan Lawatan, 5) Aktiviti Khidmat
Masyarakat. Menerusi program – program yang dilaksanakan di setiap sekolah
secara keseluruhannya bagi mencapai matlamat dan objektif utama iaitu penglibatan
murid di secara menyeluruh serta amalan pemupukan sikap perpaduan dan toleransi
antara kaum.

5.2 1 Murid 1 Sukan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2011), menerangkan tentang


objektif 1 murid 1 sukan dengan merangkumi kepada 1) Meningkatkan kecergasan
tubuh badan, 2) Membentuk sahsiah, sifat -sifat keperibadian, 3) jati diri dan nilai
murni, 4) Membina dan meningkatkan perpaduan di antara kaum, 5) membina
amalan budaya sukan di kalangan murid, 6) Menekankan kepada naluri semulajadi
murid secara aktif terhadap sukan melalui fizikal, 7) Mengimbangi antara keperluan
akademik dan keperluan aktiviti fizikal, 8) menyediakan platform bagi mencapai
kecemerlangan sukan. Berdasarkan tujuan dan objektif yang dinyatakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa melalui program dan aktiviti
sukan yang telah dilaksanakan bagi murid – murid di sekolah adalah kepada
pemberian impak positif dan kepada perkembangan sahsiah murid serta dapat
menerapkan sifat perpaduan dalam diri murid melalui sifat, nilai dan minda progresif
daripada murid.

Sekolah adalah pelantar kepada pengukuhan budaya dan pembentukan budaya


yang positif dan cemerlang yang bermula daripada guru sebagai agen sosialisasi
melalui pengukuhan aktiviti – aktiviti kokurikulum seperti 1 murid 1 sukan (Yaakob
2018) . Di samping itu juga, murid – murid dapat berinteraksi di dalam sekolah dan
akan mencetuskan serta melahirkan nila – nilai cintakan ilmu (di dalam aktiviti kelab
dan persatuan), penyayang, prihatin, toleransi dan perpaduan antara kaum di
sekolah (melalui penglibatan murid di dalam aktiviti badan beruniform).

6.0 USAHA PEMUPUKAN INTEGRASI NASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN

Konsep perpaduan penting diwujudkan di sekolah menengah kebangsaan


kerana ia merupakan pentas atau platform bagi generasi muda membina sistem
negara bangsa. Menurut Abdul Rahim (1999), patriotisme merupakan salah satu
unsur ketahanan nasional yang penting untuk meningkatkan komitmen rakyat
terhadap bangsa dan negara di mana dapat membentuk rakyat yang hidup
menyumbang dan berjasa kepada negara bangsa. Ia juga merupakan satu usaha
mebentuk generasi yang lebih komited, berani dan yakin menghadapi segala
cabaran yang datang demi mempertahankan bangsa dan negara. Sepertimana yang
diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed (2001) dalam Aziz Ujang (2014),
semangat cintakan bangsa dan negara merupakan tunjang kepada pertahanan dan
kekuatan sesuatu bangsa dan negara.

Antara usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memupuk integrasi
nasional adalah dengan melaksanakan program RIMUP dan 1 Murid 1 Sukan.
Contoh program Rimup yang dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan adalah
seperti ceramah motivasi pelajar SPM, Sambutan Mega Raya,Hari Kebangsaan,
Sukaneka, Sukan sekolah, KOMBET Sejarah, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan
Gotong-royong Perdana. Aktiviti ini adalah aktiviti yang kerap dilaksanakan oleh
sekolah menengah kebangsaan bagi setiap tahun untuk memupuk semangat
perpaduan dalam diri pelajar.

Melalui program 1 Murid 1 Sukan , setiap pelajar berpeluang untuk bebas bersukan
mengikut minat mereka. Mereka tidak terikat dengan jenis sukan atau sesebuah
kaum yang perlu memilih untuk bersukan mengikut tradisi atau budaya kaum
tertentu. Di sekolah menengah kebangsaan program ini melibatkan semua murid
tanpa mengira kaum atau bangsa mereka. Setiap pelajar diberi peluang dan
kemudahan yang sama rata untuk bersukan.

7.0 KESIMPULAN

Sekolah sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan merupakan persekitaran


pembelajaran yang positif dan tempat yang paling utuh membina perpaduan dalam
diri pelajar. Dengan adanya program yang telah dilaksanakan diharapkan dapat
mencapai perpaduan yang sempurna pada masa hadapan.

8.0 RUJUKAN

Aziz Ujang (2014). Kesedaran generasi muda Melayu dan bumiputera terhadap
patriotism dan perpaduan nasional di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdul Rahim Abd Rashid (1999). Belia ketandusan semangat perjuangan. Dewan
Budaya.

HUSSIEN, H. H., & ABDULLAH, M. S. (2018). KEBERKESANAN RANCANGAN


INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) DALAM MEMUPUK
KESEPADUAN SOSIAL: The Effectiveness of the Pupils Integration for Unity
Programme (RIMUP) in Nurturing Social Cohesion among Students. Jurnal
MANU, 33-50.

Yaakob, M. F. M. (2018). PERTINDIHAN DASAR PENDIDIKAN. PANDANGAN


TERHADAP 1 MURID 1 SUKAN. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan,
5(3), 1-9.

You might also like