You are on page 1of 2

Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas

kemerdekaan 1957. Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes. Tujuannya untuk menyiasat
dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
LaporanBarnes beri satucadanganradikal iaitu menghapuskan sekolah vernacular
yang menggunakan bahasa ibunda sebagai Bahasa pengantar.

Cadangan laporan ini ialah :


1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
2. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
3. Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid
atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
4. Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar
di Sekolah Melayu.
5. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu.
6. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa
Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan
menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. [1]

Laporan Barnes 1950


Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang
kaum etnik lain di tanah airnya sendiri. Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai oleh orang Melayu dan
pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan supaya kaum Melayu patut dibantu "... untuk membolehkan
(mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu, ... untuk
membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950).
Laporan Barnes mengajukan suatu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua rakyat. Selain daripada cirinya
yang multietnik itu, ciri-ciri utama Sekolah Kebangsaan itu adalah seperti berikut:
a. Sistem itu menyediakan pendidikan rendah yang percuma bagi semua kanak-kanak daripada berbilang kaum
etnik yang berumur antara enam hingga dua belas tahun;
b. Sistem itu juga bertujuan menghasilkan kanak-kanak yang dwibahasa, terdidik dalam bahasa Inggeris dan
Melayu ... yang kemudiannya akan menyambung pengajiannya pada peringkat menengah dan tinggi dalam
aliran Inggeris" (Barnes, 1950: 20).
Cadangan ini bermaksud semua sekolah rendah menjadi satu jenis sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan, atau
sekolah Melayu. Dengan itu, Jawatankuasa Barnes dapat dikatakan sudah memikirkan perkara yang agak
serius terhadap pemersatuan bangsa melalui bahasa. Pada peringkat darjah tiga, "... bahasa Inggeris
menggantikan bahasa Melayu, dan akhirnya murid-murid akan menjadi dwibahasa pada peringkat umur dua

belas tahun ... sehingga mereka bolehlah menuturkan kedua-dua bahasa sesuai dengan umur mereka" (Barnes
1951).
Pelaksanaan perakuan-perakuan ini bermaksud bahawa murid-murid Cina dan India perlulah menggugurkan
bahasa ibundanya, dan masuk ke sekolah Melayu, tetapi bukanlah sekolah Melayu dalam erti kata dahulu lagi.
Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu sedar bahawa "cadangan sistem itu akan menjadi lemah, jika setiap
kaum etnik Cina, India dan juga Melayu terus mahu mengadakan sekolah rendah mereka sendiri berasingan
daripada usaha kerajaan" (Barnes 1951).
Masyarakat Cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap ia akan membunuh bahasa Cina. Isu ini
menjadi hangat diperdebatkan dalam akhbar harian pada masa itu. Walaupun sistem sekolah itu lebih banyak
memberi keutamaan kepada bahasa Melayu, guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris juga
menentangnya dan menunjuk perasaan. Mereka menyedari bahawa perakuan itu juga akan membunuh bahasa
Melayu dan hanya menghidupkan bahasa Inggeris (Straits Budget, 18 Nov. 1952).

You might also like