You are on page 1of 10

Walaupun Kementerian Pendidikan Negara berusaha keras untuk memartabatkan

sektor pendidikan Negara kita, terdapat juga pelbagai isu kepimpinan yang kurang berkesan
ditangani pada peringkat kebangsaan kerana tanggungjawab mengatasinya jatuh di bahu
pemimpin ataupun ketua sesebuah institusi pendidikan. Salahuddin Ayub (2006) telah
menyerahkan memorandum menggesa perhatian kerajaan terhadap isu-isu kepimpinan
pendidikan seperti yang turut diutarakan oleh (Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil, 2005; Fikrah
Imayu, 2008; Musa Hj. Aman, 2001). Antara isu-isu yang penting yang telah mereka utarakan
ialah,

2.1 Keselamatan
2.1.1
Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila meningkatnya kejadian
yang tidak diingini ke atas pelajar, contohnya, kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan
sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan,
2.1.2
Berlaku juga kes-kes guru diugut oleh ibu bapa pelajar yang tidak puas hati dengan cara anak
mereka dilayan. Kalau dahulu rotan merupakan satu cara untuk mendidik pelajar, tetapi
sekarang rotan merupakan satu jalan untuk guru disaman. Isu ini merupakan cabaran utama
kepada pemimpin sekolah kerana ketika ingin mendidik generasi muda, pada masa yang
sama masalah ini menjadi kekangan.

Bagi mengelakkan daripada pihak sekolah dipersalahkan apabila sesuatukemalangan yang


melibatkan pelajar itu berlaku semasa menjalani aktiviti kokurikulummaka pihak sekolah
perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti;
Kegagalan mengawalemosi serta kejahilan tentang undang-undang
dikenalpasti sebagai punca kesalahan inidilakukan. Di samping itu
terdapat juga kes-kes yang berlaku akibat daripada tekanan jiwa yang
dialami oleh guru.Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini maka
pihak pengurusan sekolah boleh mempraktikkan beberapa perkara di
bawah;i . s e n t i a s a m e n g i n g a t k a n g u r u - g u r u
t e n t a n g t a t a c a r a u n t u k m e n g a m b i l t i n d a k a n terhadap
pelajar yang melakukan kesalahani i . m e m b e r i l a t i h a n d a l a m a n
k e p a d a g u r u a t a u m e n g h a n t a r g u r u b e r k u r s u s berkaitan
pengurusan disiplin pelajar i i i . m e l a n t i k g u r u - g u r u d i s i p l i n
ya ng be rw i baw a da n be r ke tram pi l an iv . me wu ju d ka n
program peningkatan sahsiah pelajar bagi
m e n g u r a n g k a n masalah disiplin
Isu berkomunikasi antara anak dengan ibubapa
PENGLIBATAN ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di rumah sangat penting dan kajian
membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan seseorang anak.

Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan perbualan merupakan interaksi
yang asas untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu secara sepakat.
Berbincang dengan anak mengenai pelajaran dapat mengetahui perkembangan pencapaiannya, mengatasi
keraguannya, membimbingnya merangka tindakan dan mententeramkan kerisauannya. Melalui perbincangan
juga akan menghasilkan suatu pandangan bersama tentang sasaran anak dalam pelajaran di samping
membantunya mencapai cita-cita.
untuk mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik
bagi membantu pembelajaran anak, membantu apabila berlaku krisis, mengukuhkan tingkah laku positif dalam
menghadapi masalah dan menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_01/Penglibatan-ibu-bapa-


penting#ixzz4eXCLoUoO
Utusan Melayu (M) Bhd
Isu-isu dengan hubungan luar di sekolah

Kekangan masa, tidak semua komuniti sekolah, pihak ibu bapa da masyarakat yag dapat menyertai
setiap kegiatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah memandangkan masing-masing mempunyai kerja
atau komitmen sendiri yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Masalah komunikasi iaitu ibu bapa sukar dihubungi, tiada usaha secara bersungguh-sungguh dari pihak
sekolah, mereka menyerahkan Pendidikan di pihak sekolah sahaja. Sesetengah ibu bapa tidak tahu cara
untuk melibatkan diri mereka tidak tahun siapa harus bertanggungjawab? Selain daripada itu pihak
sekolah juga kurang mesra melayan ibu bapa keran sibuk dengan kerja di sekolah

Pengalaman negatif ibu bapa itu sendiri dan penglibatan ibu bapa dan komuniti kurang aktif, sekadar
membayar derma PIBG sahaja. Kesedaran ibu bapa dan komuniti sangat rendah erhadap epentingan
Pendidikan murid di masa hadapan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_01/Penglibatan-ibu-bapa-


penting#ixzz4eXBybyWq
Utusan Melayu (M) Bhd

2.2
Penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan.
2.2.1
Masalah penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur sekolah telah berlaku agak lama.
Isu-isu seperti keruntuhan makmal komputer, keretakan bangunan sekolah, keruntuhan atap
bilik darjah dan sebagainya jelas menunjukkan bahawa berlaku penyelewengan dalam
pembangunan infrastruktur.

2.2.2
Masalah ini tidak boleh dipandang rendah kerana melibatkan soal nyawa pelajar serta guru
dan ini menyebabkan pemimpin sekolah mengorbankan masa yang banyak dalam proses
pembangunan yang berlaku di kawasan sekolah.

Selain daripada isu-isu di atas, beberapa isu lain yang dapat dikenal pasti mengikut
(Noordin Yahya, Shariffudin Ismail, 2004; Maimunah Binti Muda, 2004; Umsha, 2007; Md
Nordin Bin Ismail, 2008; Sapora Sipon, 2006; Abdul Ghani Abdullah, et al. 2006) adalah
seperti:

Disiplin

Perselisihan faham antara guru dalam melaksanakan aktiviti sering berlaku. Ini mungkin
berlaku apabila komunikasi antara bahagian kurang berlaku dan saling menuding jari apabila
wujudnya sesuatu masalah. Masalah disiplin orang bawahan kebiasaannya selalu dikaitkan
dengan keretakan rumah tangga ataupun masalah-masalah keluarga. Tekanan emosi akibat
daripada masalah di rumah akan terbawa ke tempat kerja dan seterusnya mengganggu
kebolehan guru tersebut untuk bekerja. Selain daripada itu, faktor lain yang mendorong
kepada masalah disiplin dalam kalangan orang bawahan ialah tanggungjawab yang dipikul
oleh mereka. Peningkatan harga minyak dunia meningkatkan harga barangan harian tetapi
pada masa yang sama gaji tidak bertambah dan terpaksa menampung ibu bapa, isteri dan juga
perbelanjaan anak-anak.
2.4
Tanggungjawab
Terdapat dalam kalangan guru yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi. Ini berlaku apabila guru tersebut mengajar kelas tambahan di luar dan
mendapat pendapatan yang lumayan dan dengan itu pengajaran di sekolah tidak di
titik beratkan.
2.5
Arahan ketua
Masalah ini timbul apabila guru tidak menghormati pemimpin sekolah disebabkan isu
peribadi ataupun tidak selesa dengan kepimpinan di sesebuah sekolah. Selain itu,
tahap pendidikan guru mungkin lebih tinggi daripada pemimpin sekolah dan ini
menyebabkan mereka tidak menghormati pemimpin mereka dengan anggapan mereka
lebih bagus.
Isu-isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada golongan pendidik di sesebuah
sekolah malah, juga kepada golongan pelajar, seperti yang diucapkan oleh Abdullah Ahmad
Badawi (2004), dalam isu-isu kepimpinan, pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk
memberi kepimpinan bermoral kepada anggota masing-masing. Motto kepimpinan melalui
teladan yang dilahirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad masih relevan dan terpakai. Kata
bidalan Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari juga masih berkaitan dan
bermakna dalam membentuk mahasiswa masa kini.

ISU DAN CABARAN KEPEMIMPINAN DALAM PENDIDIKAN


Dalam era pasca moden masa kini, pelbagai cabaran yang wujud dalam sesebuah organisasi
tidak kira apa organisasi sekalipun. Dalam organisasi pendidikan khasnya di sekolah ada
beberapa isu yang timbul berdasarkan persekitaran, suasana dan budaya sesebuah sekolah.
Salah satu isu ialah kepimpinan guru besar yang kurang mantap, tidak proaktif dan kreatif.
Isu ini timbul kerana beberapa sebab tertentu di antaranya ialah cara pelantikan mereka ke
jawatan tersebut seperti mana yang diamalkan oleh Kementerian Pelajaran. Pelantikan
seseorang sebagai guru besar biasanya berdasarkan seniority dan tidak mengambil kira
prestasi kerja mereka atau pengetahuan mereka dalam pengurusan atau pengalaman mereka
dalam pengurusan. Kebanyakan guru besar yang dilantik tidak diberi kursus atau pendedahan
sebelum dilantik memegang jawatan tersebut. Jika sebelum ini mereka tiada pengalaman
dalam pengurusan hanya sebagai guru biasa yang terus dilantik berdasarkan seniority tentulah
mereka tidak mantap dan cekap dalam menguruskan sesebuah sekolah. Guru Besar sebegini
biasanya sudah berada di penghujung karier mereka dan sebahagian besar daripada mereka
dilantik bila umur sudah mencapai 54 atau 55 tahun dan bagi mereka hanya menunggu masa
untuk bersara dan tidak proaktif dan kreatif. Mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko
dan telah berada dalam comfort zone dan meneruskan apa sahaja budaya pengurusan yang
lalu walaupun pengurusan dan kepimpinan sebelumnya tidak membawa apa-apa perubahan
atau pencapaian yang baik kepada sekolah tersebut. Pemimpin sekolah yang dilantik tidak
mempunyai komitmen yang tinggi kerana walaupun mereka dihantar untuk berkursus
contohnya di Institut Aminuddin Baki dan lain-lain. Keadaan seperti sudah terlewat kerana
mereka telah pun dilantik dan jika sememangnya mereka dari golongan yang bermasalah dan
tidak mahu membuat apa-apa perubahan demi kebaikan sekolah, khasnya demi kebaikan
anak-anak murid, ianya tidak begitu berkesan, kerana ada yang hanya pergi berkursus untuk
memenuhi syarat sahaja. Peranan guru besar dan pengetua terbahagi kepada lima bidang
utama iaitu dalam bentuk petugas, pendidikan, organisasi, pentadbiran dan pasukan. Peranan-
peranan ini bertambah dan berubah mengikut masa, menjadikannya bertambah kompleks dan
rencam. Perkara ini memberikan implikasi yang serius terhadap kebolehan dan kemampuan
guru besar jika mereka tidak bersedia terhadap cabaran-cabaran yang bakal dihadapi,
kecemerlangan murid dan sekolah sukar untuk dibangunkan.

Di samping itu juga kecemerlangan murid dan sekolah seringkali disandarkan kepada
pengurusan dan kepimpinan yang dimiliki oleh guru besar dan pengetua. Tegasnya, peranan
yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua adalah sangat besar dan mencabar.
Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua semakin mencabar
dari sehari ke sehari kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan, di
dalam dan di luar negara (Abdullah Sani 2003; Ayob 2005; Cheng 2002; Hussein 1997;
Omardin 1999). Menurut Cheng (2002), peranan dan cabaran sebagai pemimpin sekolah
semakin kompleks. Oleh itu, guru besar atau pengetua bukan hanya perlu kepada
pengetahuan profesional sahaja tetapi perlu juga memahami kehendak pelbagai pihak yang
berkepentingan terhadap sekolah.

7.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN


Secara jelas, pemimpin yang berkualiti merupakan pemimpin yang
mementingkan tanggungjawab dan amanah agar dapat menjadi model terbaik
dalam kalangan pegawai bawahannya. Dalam konteks pemimpin pendidikan,
jelas sekali para pemimpin perlukan bantuan dan sokongan dalam menghadapi
cabaran-cabaran dan harapan tinggi yang diletakkan di bahu mereka. Isu
kepimpinan ini sebenarnya boleh diatasi di mana Kementerian Pelajaran perlu
mengubah cara pelantikan, dan kebelakangan ini Kementerian Pelajaran telah
mengambil beberapa langkah tertentu dalam mengatasi isu ini. Program
mentoring telah dijalankan di mana guru besar yang baru dipasangkan dengan
seorang guru besar cemerlang yang telah berjaya menguruskan sekolahnya
dengan harapan guru besar yang baru dilantik dapat belajar bidang
kepimpinan dan pengurusan yang baik.
Pemimpin berkualiti merupakan faktor penting bagi mewujudkan
sesebuah organisasi sekolah berkesan. Dengan sifat-sifat seperti karisma,
keperibadian, bakat, kemahiran dan kebolehan mereka akan dapat memimpin ,
membimbing dan membawa warga sekolah ke arah satu matlamat iaitu
kecemerlangan pendidikan (Alimudin Mohd Dom, 2006). Pemimpin seharusnya
tahu merancang, memimpin, mengelola dan mengawal organisasi dengan cara
mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan guru-guru dan staf. Misi, visi,
matlamat dan objektif hendaklah diputuskan bersama dengan guru-guru
barulah guru-guru dan staf mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan.
Mereka akan merasakan bahawa mereka menyumbang kepada organisasi.
Sebelum seorang pemimpin organisasi dilantik, proses penapisan
harus dijalankan untuk mencari mereka yang benar-benar layak, mampu dan
ingin menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Seseorang yang akan dilantik
sebagai pemimpin sepatutnya dihantar berkursus selama setahun untuk
mempelajari selok belok pengurusan dan kepimpinan, mereka yang berjaya
24
dalam kursus tersebut akan dihantar ke sekolah untuk percubaan selama 6
bulan dan mereka yang berjaya sahaja yang dilantik. Dalam erti kata lain,
proses pelantikan pemimpin perlu lebih telus dan ketat untuk mengelakkan
pelantikan individu yang kurang komitmen dalam kepimpinan.
Pengwujudan program-program latihan yang sesuai bagi pemimpinpemimpin
pendidikan adalah satu keperluan. Kursus-kursus seperti Pengurusan
dan Kepimpinan Sekolah (KPKS), Pengurusan Strategik untuk Organisasi
Pendidikan dan kursus Pengurusan Permuafakatan Strategik yang dilaksanakan
oleh KPM melalui Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan langkah yang
sangat baik dan perlu diteruskan. Di samping program-program latihan yang
sesuai bagi guru besar dan pengetua sekolah, satu standard kompetensi untuk
mereka seharusnya diguna pakai. Standard kompetensi ini seharusnya dapat
menjadi titik rujukan dalam menyediakan asas kepimpinan dan pengurusan
sekolah yang mantap dan berkesan. Pendedahan pengurusan sebegini harus
diberikan kepada pemimpin pendidikan supaya mereka dapat mengurus dan
memimpin dalam mewujudkan sekolah berkesan lagi cemerlang.
Gaya kepimpinan seorang Guru Besar banyak mempengaruhi budaya
organisasi sekolah. Kepimpinan yang baik akan menentukan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Pentadbiran melibatkan tugas untuk mencapai objektif satusatu
organisasi dengan cara usaha yang kerjasama, komunikasi dan kolaborasi
serta menganjur aktiviti-aktiviti terancang. Program Khas Pensiswazahan Guru
Besar yang dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia dan universiti tempatan merupakan salah satu
langkah yang amat baik dalam usaha untuk mendedahkan Guru Besar akan
cara pengurusan dan kepimpinan yang baik. Program sebegini yang mengambil
masa sehingga tiga tahun banyak memberi input untuk digunakan dalam
pengurusan dan kepimpinan di sekolah.
25
Pelbagai cara lagi boleh diadakan dalam usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mewujudkan pemimpin yang mantap, proaktif dan kreatif. Di
beberapa buah negara, pelbagai cara dijalankan untuk mewujudkan Guru
Besar atau Pengetua yang baik dalam kepimpinan dan pengurusan. Sebagai
contoh di Singapura pendedahan selama setahun diberikan sebelum dilantik. Di
negara China latihan berterusan diberikan di tempat kerja, di Taiwan
diwujudkan pusat latihan khas tujuan melatih Guru Besar atau Pengetua, di
Perancis, belajar semasa bekerja, di Norway dilatih di Universiti dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan (Dr. Mohammed Sani Ibrahim, 2009 ).
Pemimpin yang berkualiti amat penting dalam menentukan halatuju
sesebuah organisasi yang cemerlang , oleh itu seseorang pemimpin perlu
mempunyai ilmu dan pengalaman dalam menguruskan sesebuah organisasi.
Walaubagaimana pun sebaik mana langkah-langkah tersebut diambil akhirnya
akan bergantung kepada sikap individu itu sendiri yang ingin berubah dan
membawa perubahan. Demi menjana pemimpin yang berkualiti langkahlangkah
cadangan jika dilakukan boleh melahirkan pemimpin organisasi yang
mantap, proaktif dan kreatif, dan secara tidak langsung akan melahirkan
generasi yang cemerlang serta sudah tentu akan mewujudkan budaya
kepimpinan yang cemerlang.

You might also like