You are on page 1of 16

1.

Pengenalan
Sistem Pendidikan Negara yang menitikberatkan peperiksaan telah membuka mata
pelbagai pihak dan lapisan masyarakat untuk menilai kembali system peperiksaan yang sedia
ada ( Aniza, A. & Zamri, M. ,2014). Peperiksaan awam yang sering menjadi titik pengukur
kecemerlangan murid tidak dapat mengukur kesemua kemahiran secara holistik apa yang
diperolehi oleh murid sepanjang pengajiaannya di sekolah. Norazilawati Abdullah, Noraini
Mohd Noh, Mahizer Hamzah, Nik Azmah Nik Yusuf dan Rumaizah Omar (2014)
menyatakan kurikulum persekolahan kebangsaan telah melalui pelbagai perubahan seperti
semakan, penstrukturan dan penambahbaikan semula untuk menyediakan pendidikan bertaraf
dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Salah satu pembaharuan yang telah
dilaksanakan adalah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk
menggantikan Kurukulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 2011 bermula pada
tahun 1. Selaras dengan perlaksanaan KSSR di sekolah dan Falsafah Pendidikan kebangsaan,
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) turut diperkenalkan pada tahun yang sama yang
meliputi tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012. Oleh itu, pada tahun 2016 kelak,
murid sekolah rendah akan menghadapi UPSR yang telah ditambah baik. Fungsi PBS ialah
untuk mentafsir bidang akedemik dan bukan akedemik di sekolah.
Menurut Airasian (2004) dan Ghafar (2011), sebelum guru boleh membuat apa-apa
keputusan

pengajaran

murid,

beliau

hendaklah

mengumpul,

mensintesis

dan

menginterpretasikan maklumat yang diperolehi daripada pengujian, pengukuran dan


penilaian yang sistematik untuk mengetahui tahap murid terhadap pelajarannya. Pelbagai cara
boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran murid seperti
pemerhatian penilaian prestasi serta membentuk nilai pertimbangan sebelum boleh membuat
pentafsiran terhadap kemajuan pembelajaran murid tersebut. Pentafsiran sekolah ialah satu
pentafsiran yang terancang, dilaksanakan, ditadbir , diperiksa dan dilaporkan kepada pihak
berkepentingan seperti sekolah, ibu bapa dan warga pendidik yang lain ( Syed Ismail &
Ahmad Subki, 2010).
Justeru itu, untuk menggantikan system pendidikan negara yang terlalu memberatkan
peperiksaan, Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu bentuk pentafsiran yang
menyeluruh untuk penilaian daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor seiring dengan
program transfomasi negara untuk menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Portal rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia mengatakan PBS memberikan autonomi bagi guru untuk

melaksanakan pentafsiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah (LPM, 2014). Ikhsan
Othman, Norila Md Salleh dan Nurul Aida Mohd Norani (2013) menyatakan PBS wujud
seiring dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi sekolah rendah kerana keperluan
yang sangat tinggi untuk mengubah cara bagaimana murid itu dinilai selain daripada
berdasarkan peperiksaan semata-mata. Perntafsiran formatif boleh diadakan semasa
pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di bilik darjah dan pentafsiran sumatif
diadakan selepas satu-satu topik yang telah diajar. Pelaksanaan PBS ini lebih memberi lebih
penekanan kepada penilaian formatif dan perkara ini berharap murid akan mencapai potensi
diri yang lebih tinggi dan lebih menyeluruh (Naimah, 2011). Konsep PBS bukanlah sesuatu
perkara yang baru kerana guru telah melaksanakannya di sekolah. Contoh pentafsiran yang
guru biasanya lakukan adalah memberikan kerja rumah, bersoaljawab dengan murid,
membuat projek atau kuiz dan lain-lain. PBS yang diperkenalkan ini lebih teratur dan perlu
merujuk kepada kriteria atau standard dan perlu didokumentasikan oleh guru tersebut. Guru
berpeluang untuk merekod pencapaian murid secara berterusan. Pentafsiran yang lebih
holistik ini mengubah cara pentafsiran sedia ada kepada lebih memberikan tumpuan kepada
pencapaian akademik murid semata-mata. Dalam perlaksanaan PBS, nurid akan ditafsir di
bawah empat komponen utama iaitu Pentafsiran Sekolah, Pentafsiran Psikometrik,
Pentafsiran Pusat dan Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Adalah
diharapkan dengan pelaksanaan PBS, tekanan ke atas murid dan guru dikurangkan kerana
murid tidak dibandingkan secara individu tetapi mengikut perkembangan individu
(LPM,2014).
2. Perlaksanaan PBS di sekolah
2.1 Komponen Pentafsiran Berasaskan Sekolah
PBS adalah satu pentafisran yang holistik iaitu dengan membuat penilaian terhadap
aspek kognitif, afektif dan psokomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
kurikulum kebangsaan ( LPM, 2014). Komponen PBS terdiri daripada dua bahagian iaitu
akademik dan bukan akademik.

Rajah 1: Komponen Pentafsiran Berasaskan Sekolah


Pentafsiran Berasaskan
Sekolah

Bukan
Akademik

Akademik

Pentafsir
an Pusat

Pentafsir
an
Sekolah

Pentafsiran
Aktiviti
Jasmani,
Sukan dan
Kokurikulum

Pentafsir
an
Psikomet
rik

Berdasarkan rajah di atas, kategori akademik terdiri daripada Pentafsiran Sekolah dan
Pentafsiran Pusat manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentafsiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentafsiran Psikometrik. Kategori-kategori yang ada
ini telah memberikan autonomi dan pengiktirafan kepada guru dalam pelaksanaan pentafsiran
formatif dan sumatif berasaskan sekolah. Perlaksanaan setiap komponen adalah mengikut
tahun bagi sekolah rendah dan tingkatan bagi sekolah menengah. Perlaksanaan komponenkomponen adalah mengikut jadual di bawah.
Jadual 1: PBS Sekolah Rendah
Komponen PBS

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Tahun

Pentafsiran Sekolah
Pentafsiran PAJSK
Pentafsiran Psikometrik
Pentafsiran Pusat
Peperiksaan Pusat

Jadual 2: PBS Sekolah Menengah

Komponen PBS

Tingkatan

Tingkatan

Tingkatan

Pentafsiran Sekolah
Pentafsiran PAJSK
Pentafsiran Psikometrik
Pentafsiran Pusat
Peperiksaan Pusat
(Pentaksiran Tingkatan 3-PT3)

2.2 Jenis Pentafsiran PBS


2.2.1 Pentafsiran Sekolah
Bagi kategori akademik, terdapat dua kategori iaitu pentafsiran sekolah dan pentafsiran
pusat. Bagi pentafsiran sekolah, ia akan dirancang, dibina, diperiksa, direkod dan dilaporkan
oleh guru. Pentafsiran Sekolah atau PS merupakan satu komponen utama yang berperanan
pengukuhan pembelajaran murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Selain
itu, ia juga mampu memberikan maklumat apa yang berlaku sebenarnya dalam proses PnP di
samping meningkatkan kualiti pengajaran guru. PS adalah bukan pentafsiran one off tetapi
aktiviti yang berterusan untuk memperkembangkan potensi setiap individu ke tahap yang
tertinggi. Justeru itu, PS berfungsi sebagai pentafsiran untuk pembelajaran dan pentaksiran
tentang pembelajaran.
Antara ciri-ciri PS ialah bersifat holistik, berterusan, fleksibel dan standard prestasi.
Holistik bermaksud ia dapat memberikan maklumat keseluruhan tentang kemahiran dan
pengetahuan yang dicapai oleh murid. Berterusan pula adalah ia dijalankan seiring dengan
PnP yang dijalankan oleh guru. Fleksibel iaitu kepelbagaian jenis pentafsiran yang boleh
dilakukan mengikut aras dan kesediaan murid tersebut. Pentafsiran yang dilaksanakan
hendaklah mengikut kepada Standard Prestasi yang dibina berdasarkan Standard Kurikulum.
Menurut LPM (2012), pentafsiran sekolah diadakan dalam bentuk pentafsiran formatif
dilaksanakan bersama-sama proses PnP dan pentafsiran sumatif selepas tamat unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pada permulaan perlaksanaan PBS pada tahun 2011, Standard Prestasi dibina
berdasarkan Standard Kurikulum. Guru akan melakukan pentafsiran berdasarkan pernyataan
standard, descriptor dan evidens (LPM, 2011). Penyataan standard adalah penerangan umum
mengenai tahap pertumbuhan pembelajaran manakala descriptor ialah apa yang murid tahu

dan boleh buat. Yang terakhir evidens ialah bagaimana murid menunjukan apa yang dia tahu
dan boleh buat. 3 komponen pentafsiran ini dikategorikan mengikut band yang akan
direkodkan untuk murid selepas satu-satu pentafsiran.
Jadual 3: Standard Prestasi
Band 6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Band 5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Band 4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Band 3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Band 2

Tahu dan Faham

Band 1

Tahu

Tahap-tahap and ini mempunyai kaitan dengan Taksonami Bloom. Bloom menyatakan
aras kognitif terbahagi kepada 6 tahap iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian.

Rajah 2: Aras Taksonomi Bloom

Bagi tahap yang terendah iaitu pengetahuan, ia menguji keupayaan murid untuk
mengingat kembali yang yang telah dipelajari. Terdapat 3 peringkat dalam tahap pengetahuan
iaitu pengetahuan fakta asas, cara pengendalian pengetahuan dan fakta yang bersifat abstrak
dan sejagat. Seterusnya tahap kefahaman menguji murid dalam memberikan penerangan dan

maksud dalam satu-satu hal. Tahap ini dibahagikan kepada 3 iaitu penterjemahan,
peintepretasian dan ekstrapolasi. Perterjemahan bermaksud murid dapat melakukan
penterjemahan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain tanpa menukar maksud asal.
Peinterpretasian pula bagaimana murid melakukan pentafsiran perkara yang tersirat, tersurat
dan dapat menerangkan dalam ayat mereka sendiri. Ciri-ciri bagi soalan tahap ini melibatkan
proses mental, keperluan bahan dan memerlukan kefahaman murid sendiri.
Kemudian tahap aplikasi yang menguji kecekapan murid dalam teori, prinsip dan
hukum. Untuk mencapai tahap ini, murid perlu betul-betul faham akan teori, prinsip dan
hukum untuk diaplikasikan dalam penyelesaian masalah. Ciri-ciri bagi soalan sebegini
mmerlukan proses mental aplikasi serta masalah berdasarkan situasi yang baru.Selanjutnya,
tahap analisis memerlukan murid untuk mencerakinkan satu-satu perkara kepada yang lebih
kecil dan membuat perkaitan antara perkara yang kecil tersebut. Ia lebih memberikan
penekanan kepada kemampuan murid untuk mengenalpasti perkara yang kecil serta perkaitan
antara satu sama lain. Soalan-soalan tahap ini memerlukan penggunaan proses mental analisis
, perbezaan masalah daripada apa yang diperolehi di dalam kelas dan memerlukan pemikiran
kritikal. Kemudian tahap sistesis yang murid perlu bagi pengabungan satu-satu struktur
kepada sesuatu yang lebih nyata. Soalan yang mempunyai ciri-ciri tahap ini memerlukan
sistesis penyampaian, sistesis himpunan dan sistesis cadangan. Contoh perkataan yang
digunakan untuk tahap sistesis adalah menulis, memberi cadangan, meramalkan dan apa yang
akan berlaku.
Kemudian daripada itu, tahap penilaian. Tahap ini memerlukan murid membuat
penilaian sesuatu perkara melalui kriteria yang sedia ada. Murid harus dapat membuat
keputusan berasaskan kriteria-kriteria yang dirasakan tepat dan jitu. Ciri-ciri untuk soalan
tahap ini seperti merumuskan, menilai, membuktikan dan membuat huraian.
Ahmad Ali Bin Seman dan Warti Binti Kimi (2014) menyatakan guru akan merujuk
kepada Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi komponen yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi
digunakan untuk mentafsir dan mengukur

penguasaan murid. Perancangan pengajaran,

pembelajaran dan penyediaan kaedah pentafsiran untuk murid akan dilakukan oleh guru
tersebut. Apabila perlaksanaan PnP dan pentafsiran telah dilaksanakan, guru melakukan
pemulihan kepada murid yang tidak menguasai. Penilaian prestasi murid, perekodan dan
pelaporan evidens dibuat selepas itu. Evidens atau bukti penguasaan murid tidak semestinya

daripada lembaran kerja tetapi juga melalui pemerhatian,jawapan lisan, latihan dalam bukut
latihan dan kerja rumah (Ahmad Ali Bin Seman & Warti Binti Kimi, 2014). Proses ini akan
berulang lagi apabila guru memilih lagi standard kurikulum yang seterusnya. Perekodan data
pentafsiran guru akan direkodkan secara online ke dalam Sistem Pengurusan Pentafsiran
Sekolah (SPPBS). Sistem Pengurusan Pentafsiran Berasaskan Sekolah dan Pentafsiran
Aktiviti JAsmani, Sukan dan Kokurikulum telah dibangunkan bagu tujuan perekodan,
penyimpanan dan pelaporan. Semua guru PBS harus menggunakan aplikasi dalam talian
untk memasukkan markah PBS murid ke dalam sistem ( Hamidah Abu Naim & Rohaya Alib,
2014). Data yang disimpan ini boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan oleh pihak
berkepentingan. Selain itu, guru perlu memasukkan hasil kerja setiap murid ke dalam fail
perkembangan murid. Hasil murid yang terbaik bagi setiap band akan dimasukkan ke dalam
fail showcase yang akan diletakkan di dalam kelas. Dengan cara PBS dijalankan ini, tekanan
kepada murid dan guru diharapkan berkurangan dan mewujudkan persekitaran yang lebih
kondusif untuk perkembangan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, pelbagai masalah timbul berikutan kemasukan rekod ke dalam
SPPBS oleh guru-guru sekolah. Dalam salah satu kajian yang dijalankan oleh Hamidah Abu
Naim dan Rohaya Talib (2014), terdapat beberapa masalah yang berkaitan dengan SPPBS
seperti sistem pangkalan data dan pengurusan data. Guru mengambil masa yang lama untuk
memasukkan data ke dalam sistem dan ada sesetengah guru yang tidak tahu menggunakan
sistem tersebut. Server yang perlahan serta capaian internet yang tidak menentu menyukarkan
lagi guru untuk mengendalikan sistem SPPBS tersebut.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat beberapa penambahbaikan
pada tahun 2014. Salah satunya ialah Dokumen Standard Prestasi telah digantikan dengan
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang lebih flesibel. Guru akan terus mentafsir
murid tetapi berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri. Guru tidak perlu lagi
untuk mengumpul data dan hasil kerja murid ke dalam fail-fail yang dikhaskan sebelum ini.
Keperluan fail-fail yang perlu diisikan dengan eviden hasil kerja murid dimansuhkan dan
boleh disediakan dalam keadaan tidak formal namun masih boleh memberi perkembangan
pembelajaran murid. Sistem Pengurusan Pentafsiran Berasaskan Sekolah pula digantikan
dengan modul offline dan manual untuk memudahkan perekodan guru. Yang terakhir
Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah digantikan dengan Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3).
PT3 adalah sejenis pentafsiran sumatif untuk peringkat pendidikan menengah rendah bagi
menilai pencapaian akademik murid. Bagi PT3, pihak sekolah sendiri akan mentadbir

pentafsiran, mentafsir dan memberikan skor kepada jawapan murid berdasarkan instrument
yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan. Pentafsir luar akan dilantik dan akan
melaksanakan verifikasi dan moderasi untuk menyemak kesahan dan ketekalan pemberian
skor oleh pemeriksa sekolah.
2.2.2 Pentafsiran Pusat
Kategori Akademik yang kedua ialah Pentafsiran Pusat. Pentafsiran Pusat adalah
pentafsiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian akademik murid (LPM, 2014).
Pentafsiran yang dirancang, dibina dan dilaporkan oleh Lembaga Peperiksaan tetapi akan
ditadbir, diperiksa dan direkod oleh sekolah. BIasanya pentafsiran pusat dilaksana dalam
bentuk pentafsiran sumatif di hujung semester atau tahun. Pada masa ini, Pentafsiran
Tingkatan 3 (PT3) adalah satu pentafsiran pusat di peringkat menengah rendah. Untuk
penyediaan PT3, LPM yang menyediakan item, jadual spesifikasi ujian dan format
instrument. Selain itu, LPM turut menyediakan panduan pemasangan instrument, penskoran
item, peraturan pentadbiran dan format pelaporan PT3. Manakala pihak sekolah pula akan
menyediakan instrument yang diperolehi daripada LPM, mentadbir instrument, memeriksa
skrip jawapan dan mengeluarkan laporan untuk pelajar mereka.
Rajah 3: Perlaksanaan Pentafsiran Pusat

2.2.3 Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)


Bagi kategori bukan akademik pula ia terdiri daripada Pentafsiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum dan Pentafsiran Psikometrik. Menurut LPM (2014), PAJSK adalah
satu panduan untuk penilaian aktiviti fizikal dan kesihatan serta pengukuran penglibatan,

penyertaan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum serta ekstrakurikulum.
Dalam pentafsiran

ini, murid perlu aktif dalam aktiviti bukan akademik berdasarkan

keperluan murid. PAJSK dibangunkan agar seiring dengan pembangunan modal insan dan
perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PAJSK mempunyai 3 komponen utama yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Rajah 4: Komponen Pentafsiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulu (PAJSK)

Komponen pertama iaitu SEGAK merupakan pengukuran kecergasan murid


melalui aktiviti fizikal berdasarkan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK). Skor atau markah ditetapkan mengikut tahap umur ini berdasarkan
National Physical Standard For Malaysian School Children. Empat aktiviti utama
dalam SEGAK ialah tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur ( LPM
, 2014). Secara umumnya, perlaksanaan pentafsiran SEGAK adalah dua kali
setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos untuk Tahun 4 dan Tahun 5 justeru
selepas aktiviti BMI. BMI pula menekankan kepada pengukuran tinggi dan berat
badan menggunakan piawaian ukuran BMI. Skor BMI pula berasaskan National
Centre For Chronic Diesease Prevention And Health Promotion 2000. Skor-skor
daripada BMI dan SEGAK akan diselenggara oleh Lembaga Peperiksaan.
Kemudian daripada itu, komponen kedua adalah Kokurukulum. Di bawah
kokurilulum terdapat 3 bidang lagi iaitu sukan/permainan, kelab/persatuan dan
badan beruniform. Pentafsiran untuk komponen kokurikulum bertujuan mengukur
aktiviti sukan dan Kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM ( LPM, 2014). Tujuan

petafsiran seiring dengan kehendak untuk membangunkan modal insan dan


pembangunan diri seorang murid. Objektif pentafsiran ini ialah untuk
memberikan skor berdasarkan penyertaan murid dalam penyertaan, penglibatan
dan pencapaian muris dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Disamping itu,
perlaksanaannya adalah secara berterusan bagi aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan oleh sekolah, PPD, JPN, KPM atau agensi yang lain. Murid yang akan
terlibat adalah murid yang bermua di tahap 2 sahaja.
Akhirnya komponen yang terakhir pentafsiran aktiviti ekstrakurikulum.
Pentafsiran ini bertujuan untuk mengumpul maklumat, menjalankan penilaian
dan memberikan markah kepada aktiviti yang berfaedah samaada waktu
bersekolah atau tidak tetapi mesti mempunyai kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Konstruk yang digunakan untuk pengukuran pentafsiran ini ialah berdasarkan
perkhidmatan, khidmat masyarakat, program NILAM dan anugerah daripada
badan-badan lain. Perlaksanaannya pula adalah sepanjang tahun dan bermula
daripada semua murid tahap 2 dan peringkat sekolah menengah.
2.2.4 Pentafsiran Psikometrik
Komponen ketiga dan terakhir ialah Pentafsiran Psikometrik. PPsi
merupakan satu kaedah bagi pengumpulan tret psikologi. Tret ini digunakan
untuk mengukur aptitud dan personaliti murid. Instrumen pentafsiran yang
digunakan tidak berdasarkan pembelajaran dan pengajaran serta tidak
berasaskan kurikulum. Terdapat dua komponen yang diuji pada tahap menengah
rendah seperti rajah di bawah.

Rajah 5: Komponen Pentafsiran Psikometrik


PENTAFSIRAN PSIKOMETRIK

APTITUD

PERSONALITI

Ujian Aptitud adalah instrument bagi mendapatkan informasi utama mengenai


struktur kecerdasan dan minat murid. Objektif utama ujian dijalankan ialah untuk membantu
Aptitud Am

Aptitud Khusus

Tret

Minat Kerjaya

guru memilih kaedah dan teknik yang sesuai untuk menjalankan pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan. Di samping itu, ujian ini turut membantu murid dalam mengenali
potensi kendiri masing-masing.
Yang kedua ialah Ujian Personaliti. Instrumen ini ialah untuk menguji sahsiah unik
murid untuk pengumpulan data. Objektif Ujian Personaliti tersebut adalah untuk dijadikan
rujukan bagi guru dan ibu bapa untuk mengenal pasti personaliti dan potensi diri murid serta
penyediaan profil murid daripada segi perkembangan dan pendidikan murid itu sendiri.
Perlaksanaannya pula disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh guru
Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan sasaran ujian ini dijalankan kepada murid TIngkatan
1 dan Tingkatan 4.
3. Isu-isu berkaitan PBS
Pentafsiran Berasaskan Sekolah diperkenalkan untuk membezakan dan perlaksanaan
yang berbeza daripada sistem pendidikan tradisional yang mementingkan sistem yang lebih
cenderung kepada ujian pencapaian dan peperiksaan ( Ahmad Ali bin Seman & Warti Binti
Kimi, 2014). Namun sedemikian, perlaksanaannya mempunyai reaksi dan hasil yang berbeza.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Malakolunthu, S. dan Sim, K. H. (2010) mendapati guru
masih tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan
PBS bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Kaedah kualitatif telah digunakan oleh pengkaji
untuk kajian ini. Antara faktor-faktor yang menyebabkan guru tidak dapat menjalankan
penilaian yang efisien adalah garis panduan yang kurang. Guru yang ditemuramah
menyatakan mereka kekurangan pengetahuan mengenai penilaian, konteks, objektif dan idea
untuk menjalankan aktiviti penilaian. Selain itu, kefahaman yang berbeza-beza menyukarkan
guru apabila sering memberikan pendapat yang berlainan mengikut pandangan masingmasing. Faktor kedua adalah asas pengetahuan guru yang lemah. Guru didapati tidak
memahami falsafah dan matlamat, prinsip penilaian dan pentafsiran serta bahasa yang
digunakan. Yang terakhir kekurangan pemantauan oleh pihak luar. Segala penilaian yang
dilakukan oleh guru adalah mengikut kepada kefahaman guru yang tersendiri. Ini
menyukarkan guru tahu sama ada apa yang dilakukan oleh mereka betul dan tepat serta
memenuhi kehendak KPM. Ikhsan Othman, Norila Md Salleh dan Nurul Aida Mohd Norani
(2013) turut menyatakan guru-guru bersedia daripada segi implimentasian PBS di sekolah.
Mereka telah menjalankan kajian terhadap 200 responden iaitu terdiri daripada guru sekolah
rendah. Kaedah kuantitatif digunakan dan data dianalisa menggunakan statistic deskriptif.

Dalam kesimpulan mereka, guru bersedia dalam implimentasian daripada 3 aspek utama iaitu
kefahaman, kebolehan untuk perlaksanaan dan kemudahan serta masa untuk pelaksanaannya.
Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Aniza Ahmad dan Zamri Mahamod
(2015) menunjukkan hasil dapatan yang berbeza dalam kajian mereka untuk tahap kemahiran
guru Bahasa Melayu. Kaedah yang mereka gunakan adalah kaedah kuantitatif dan sampel
kajian seramai 140 guru Bahasa Melayu di 20 buah sekolah menengah. Hasil kajian
mendapati responden mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam perlaksanaan PBS di
sekolah masing-masing. Selain itu, ujian-t yang dilaksanakan menunjukkan tidak perbezaan
tahap kemahiran dengan faktor jantina, opsyen dan tempat guru mengajar. Dalam kajian ini,
guru mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan PBS dalam
matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Asraf Mubarak Bin Atan (2013) pula mendapati
guru-guru dalam kajiannya yang seramai 275 orang mmpunyai beban dalam perlaksanaan
PBS yang agak tinggi. Tinggi jenis beban guru telah dikaji iaitu bidang pengurusan,
kemahiran perlaksanaan dan halangan mempunyai min 4.34, 383 dan 4.01. Dapatan kajian
menunjukkan bidang kemahiran pengurusan dan halangan pelaksanaan PBS tidak
mempunyai perbezaan signifikan manakala bidang kemahiran pelaksanaan PBS mempunyai
perbezaan yang signifikan dengan sekolah bandar dan luar bandar.
Hamimah Abu Naim dan Rohaya Talib (2014) pula telah mendapati terdapat beberapa
cabaran dalam perlaksanaan PBS dalam kajian mereka. Kajian yang dijalankan bersifat
kualitatif dan seramai sembilan orang guru penyelaras PBS dipilih melalui persampelan
bertujuan. Dalam kajian yang dilaksanakan, mereka mendapati PBS mengalakkan guru
mengambiltahu perkembangan murid daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini membantu guru merancang tindakan susulan bagi
murid yang tidak mencapai Band atau tahap yang dikehendaki. Namun sedemikian, empat
cabaran atau kelemahan telah dikenalpasti. Yang pertama adalah masa. Guru mempunyai
kekangan masa dalam perlaksanaannya kerana terpaksa menyediakan pelbagai instrument,
pemulihan untuk murid yang tidak menguasai, pengisian data dan pemyimpanan eviden yang
banyak. Pengisian data ke dalam sistem memerlukan masa yang banyak kerana masalah
server dan masa yang sesuai. Kedua ialah kemudahan pengajaran dan pembelajaran semasa
perlaksanaan PBS. Kekurangan kelas, capaian internet yang tidak konsisten, kemudahan ICT
yang ketinggalan zaman dan bilangan murid yang melebihi 40 orang merumitkan guru dalam
perlaksanaannya. Seterusnya, kompetensi guru yang lemah untuk perlaksanaan PBS. Menurut
mereka, kursus yang telah dianjurkan tidak berfokus kepada pentafsiran dan pembinaan

instrumen. Ini menyebabkan guru kurang mahir dan faham akan perlaksanaan PBS di
sekolah. Terakhir, kemasukkan data ke dalam aplikasi dalam talian. Kemahiran untuk
memasukkan data, sistem yang kurang mantap dan pembaziran masa akibat sistem yang
lambat memberikan masalah kepada guru. Pengkaji memberikan beberapa cadangan untuk
mengatasi masalah PBS iaitu peningkatan latihan kepada guru, sistem Pengurusan PBS yang
cekap dan pemantauan dua hala yang berkesan. Masalah aplikasi PBS dalam talian turut
disentuh dan dikaji oleh Azizi Abas, Rosham Rasali dan Abdul Razak Rahmat (2014)
berjudul A study related issues for school-based assessment online system in Malaysia
secondary eduaction.

Kajian ini dilaksanakan menggunakan soal selidik dan temubual

terhadap 20 orang guru yang terlibat dalam aplikasi dalam talian sistem PBS. Hasil kajian
mendapati sebilangan guru masih tidak tahu laman web untuk memasukkan data atau eviden
murid. Selain itu, faktor umur guru juga penentu kepada tahap kefahaman kerana golongan
muda menyatakan tidak menghadapi masalah untuk aplikasi dalam talian sebaliknya berlaku
untuk guru berumur 50 tahun ke atas. Seterusnya, pengkaji mendapati guru menghabiskan
terlalu banyak masa dalam melakukan PBS di samping menguruskan jumlah murid yang
ramai. Pengkaji telah mencadangkan agar kursus dan taklimat bagi mengajar atau melatih
guru suapaya lebih mahir apabila menggunakan aplikasi dalam talian.

4. Kajian Kes Pelaksanaan PBS, Cabaran guru sekolah bandar dan luar bandar.

4.1 Metodologi Kajian

Bibliografi

Abdul Ghafar, M. N. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2 ed. Vol. 371.26).
Skudai: Penerbit UTM Press.
Airasian, P. W. (2004). Classroom Assessment: Concepts and Aplications. Boston: McGraw
Hill Companies.
Aniza Ahmad and Zamri Mahamod, (2015). Tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah
menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina,
opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language
Education (MyLEJ), 5 (1). pp. 18-29. ISSN 2180-4842.
Ahmad Ali bin Seman & Warti binti Kimi. (2014). Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Satu
Tranformasi Pendidikan dalam Pembangunan Modal Insan di Malaysia in ATIKAN:
Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.4(2) December, pp.147-158. Bandung, Indonesia:
Minda Masagi Press, FKIP UNSUR Cianjur, and FPOK UPI Bandung, ISSN 20881290.
Asraf Mubarak Bin Atan (2013). Beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS di sekolah
kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Muar. Diperolehi pada 25 Ogos daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/ASRAFMP111466D2014TT
P.pdf.
Azizi Abas, Rosham Rasali dan Abdul Razak Rahmat (2013). A study on ICT related issues
for school-based assessment online system in Malaysia secondary education.
DIperolehi pada 22 September 2015 daripada http://www.wseas.us/elibrary/conferences/2014/CambridgeUSA/COMP/COMP-28.pdf.
Ikhsan Othman, Norila Md Salleh & Nurul Aida Mohd Norani (2013). The implement of
school based assessment in primary school standard curriculum. Diperolehi pada 13
September 2015 daripada http://www.ijern.com/journal/July-2013/20.pdf.
Naimah Ishak. (2011). School based assessment as transformation in educational assessment.
Keynote dalam International Seminar On Measurement and Evaluation (ICMEE 4)
USM, Pulau Pinang, 9-12 Oktober.
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Mahizer Hamzah, Nik Azmah Nik Yusuf dan
Rumaizah Omar (2014). Kesediaan guru sains dan Matematik Dalam Pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia
diperolehi pada 4 Ogos 2015 daripada
http://jpsmm.upsi.edu.my/images/JPSMMVol4No12014/KesediaanGuruSains.pdf.
LPM [Lembaga Peperiksaan Malaysia]. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru dan cabaran semasa Selangor. Multimedia Sdn
Bhd.
Ikhsan Othman, Norila Md Salleh & Nurul Aida Mohd Norani (2013). The implement of
school based assessment in primary school standard curriculum. Diperolehi pada 13
September 2015 daripada http://www.ijern.com/journal/July-2013/20.pdf.

Hamidah Abu Naim & Rohaya Talib (2014). Cabaran pentafsiran berasaskan sekolah: Dilema
guru. Diperolehi pada 5 September 2015 daripada
http://www.researchgate.net/publication/277562617_CABARAN_PENTAKSIRAN_B
ERASASKANSEKOLAH_DILEMA_GURU.
Mohd Anuar Bin Abdul Rahman & Khamsawati Binti Jaafar (2010). Pelaksanaan pentafsiran
kerja kursus kemahiran hidup bersepadu sekolah menengah dalam bandar di daerah
Kuantan, Pahang. Diperolehi pada 23 Ogos 2015 daripada
http://eprints.utm.my/11356/1/Pelaksanaan_Pentaksiran_Kerja_Kursus_Kemahiran_Hi
dup_Bersepadu_Sekolah_Menengah_Dalam.pdf.
Malakoluntu, S. & Sim, K. H. (2010), Teacher perspectives of school-based assessment in a
secondary school in Kuala Lumpur. DIperolehi pada 15 September 2015 daripada
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042810024079.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like