You are on page 1of 4

Laporan Barnes

Barnes iaitu seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah memperbaiki Laporan
Cheeseman dengan menghasilkan Laporan Barnes pada tahun 1949. Antara isi yang terkandung dalam
laopran ini adalah untuk menyatukan semua sekolah venakular dan perpaduan, menjadikan bahasa
Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar, bahasa Cina dan Tamil masih boleh digunakan namun ia
cuba dihapuskan kerana ia akan melambatkan proses asimilasi, mewujudkan sekolah vokasional moden,
maktab perguruan berasrama penuh ditubuhkan untuk lulusan Senior Cambridge, penubuhan jemaah
nazir, mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan
seni perusahaan.

· Cadangan terhadap perubahan sistem pendidikan ini telah dikemukakan pada tahun 1951dan pihak
British telah melantik jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Oxford
University, England untuk menyelidik dan mengkaji jenis sistem pendidikan yang sesuai diaplikasikan di
Tanah Melayu.[33] Jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai Penyata Barnes. Apa yang ingin ditekankan
ialah penubuhanpendidikan rendah yang tidak berbentuk perkauman yang menggunakan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, proses ini agak lambat
untuk dilaksanakan, oleh itu kerajaan British pada masa itu mencadangkan agar penekanan harus
diberikan pada mutu (kualiti) bukan pada kuantiti memandangkan langkah ini merupakan peluang
keemasan untuk pelajar Cina mendapatkan taraf pendidikan yang agak tinggi.[34] Sebelum ini mutu
pendidikan bagi masyarakat Cin adalah rendah malah tidak teratur.

· Laporan Barnes mempunyai implikasi terhadap matlamat kerajaanBritish untuk menggalakkan proses
Malayanisasi dalam sistem pendidikan kaum Cina serta kaum bukan Melayu yang lain. Justeru itu
Penyata Barnes telah mencadangkan agar sekolah bantuan kerajaan dimansuhkan dan ditubuhkan
sekolah vernacular (sekolah jenis kebangsaan) serta penubuhan interracial school (sekolah kebangsaan
di peringkat pendidikan rendah).[35] Jenis pendidikan ini dibuka kepada semua pelajar dri semua kaum
dan tenaga pengajarnya pula terdiri dari guru-guru yang berwarganegara Persekutuan Tanah Melayu
serta mempunyai pendidikan yang lengkap. Bahasa pengantar yang digunakan dalam sistem pendidikan
ini hanyalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Dalam satu kenyataan yang dikemukakan
dalamLaporan Barnes, ia mengkehendaki semua pelajar bukan Melayu mengambil inisistif untuk
mempelajari kedua bahasa ini dengan baik dan penuh komitmen sebagai tanda kasih pada Tanah
Melayu serta menghapuskan perasaan perkauman dalam diri masing-masing.[36] Namun begitu
sekiranya para pelajar atau ibu bapa tidak bersetuju untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah
yang dicadangkan, mereka masih diberi peluang untuk memilih sekolah vernakular sebagai tempat
pendidikan awal anak-anak mereka.
Nasib pendidikan Melayu dan sekaligus nasib bahasa Melayu di tangan penjajah Inggeris tampak cerah
sedikit apabila kerajaan Inggeris membentuk Jawatankuasa Barnes (mengambil sempena nama
pengerusinya L.J. Barnes, Pengarah Latihan Kemasyarakatan, Universiti Oxford, London) pada tahun
1951 yang mengakui pentingnya bahasa Melayu dalam pembinaan sistem pendidikan yang bersifat
kebangsaan, di sisi terus mempertahankan taraf bahasa Inggeris. Laporan Barnes sedikit banyak
mendukung falsafah menjadikan bahasa Melayu sebagai landasan perpaduan melalui pendidikan.
Bagaimanapun peranan bahasa Melayu tetap terbatas di peringkat sekolah rendah dan apabila ke
sekolah menengah murid-murid akan melalui sistem pendidikan yang berbahasa penghantar bahasa
Inggeris (Asmah Haji Omar, 1984: 18 dan Mohd. Salleh Lebar, 1988: 45-47).

Laporan Fenn Wu

Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan
dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr.
W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah
Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini
adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,
Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab
perguruan cina, menambah bantuan kewangan.

· Cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Barnes ini telah menimbulkan pertentangan dari
masyarakat Cina yang menganggap sistem pendidikan ini mengandungi ciri-ciri pemikiran kaum yang
cetek dan tidak menekankan semangat toleransi antara kaum. Juseru itu pihak kerajaan telah digesa
agar melantik satu jawatankuasa lain uantuk menilai mutu pendidikan bagi seluruh kaum di Tanah
Melayu, yang lebih dikenali sebagai Penyata Fenn-Wu.[37] Penyata Fenn-Wu telah diwakilkan oleh dua
orang jawatankuasa iaitu W.P. Fenn dan Wu The Yao dan diminta untuk mengkaji masalah yang dihadapi
oleh sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu terutamanya dari segi jurang perbezaan antara pendidikan
yang sedang dilaksanakan pada waktu itu, iaitu bercorak perkauman dengan cadangan penubuhan
pendidikan rendah yang tidak mempunyai unsur perkauman. Di samping itu bahasa pengantar perlulah
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta penggunaan bahasa pengantar lain sebagai subjek pilihan
(optinal). Selain itu penyata ini juga perlu mengkaji dan menyediakan buku-buku teks yang mengandungi
unsur Malayan (menggambarkan kecintaan pada Tanah Melayu) untuk digunakan di sekolah-sekolah
berkenaan dan perlu membezakan dengan buku-buku teks yang ditulis dalam bahasa Cina.

· Namun begitu Penyata Fenn-Wu ini pula telah menimbulkan pertentangan dengan konsep
Malayanisasi dan penyata ini juga ternyata berbeza jauh dengan Laporan Barnes yang sebelumnya. Apa
yang menjadi pertentangan ialah cadangan untuk mengekalkan sekolah-sekolah Cina yang
menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan menolak konsep Malayanisasi untuk
diaplikasikan dalam sistem pendidikan di peringkat rendah.

Kesimpulan

· Nasib pendidikan Melayu dan sekaligus nasib bahasa Melayu di tangan penjajah Inggeris tampak cerah
sedikit apabila kerajaan Inggeris membentuk Jawatankuasa Barnes (mengambil sempena nama
pengerusinya L.J. Barnes, Pengarah Latihan Kemasyarakatan, Universiti Oxford, London) pada tahun
1951 yang mengakui pentingnya bahasa Melayu dalam pembinaan sistem pendidikan yang bersifat
kebangsaan, di sisi terus mempertahankan taraf bahasa Inggeris. Laporan Barnes sedikit banyak
mendukung falsafah menjadikan bahasa Melayu sebagai landasan perpaduan melalui pendidikan.
Bagaimanapun peranan bahasa Melayu tetap terbatas di peringkat sekolah rendah dan apabila ke
sekolah menengah murid-murid akan melalui sistem pendidikan yang berbahasa penghantar bahasa
Inggeris (Asmah Haji Omar, 1984: 18 dan Mohd. Salleh Lebar, 1988: 45-47).

· Tiada keputusan rasmi yang dapat dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh kedua-dua jawatankuasa tersebut. Oleh itu suatu jawatankuasa telah ditubuhkan dimana
ahlinya termasuk pemimpin MCA untuk menilai dan memberi cadangan ke atas kedua-dua laporan
tersebut, iaitu Laporan Brnes dan Penyata Fenn-Wu. Jawatankuasa ini telah mengeluarkan satu resolusi
bahawa pendidikan Inggeris dan pendidikan Melayu perlu diajar untuk tempoh enam tahun pertama
pendidikan di sekolah rendah. Jawatankuasa ini telah mencadangkan agar ditubuhkan dua jenis sekolah
kebangsaan, iaitu yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja, samada Inggeris atau Melayu.[39]
Sekolah-sekolah Cina dan Tamil masih dibenarkan beroperasi dengan syarat penggunaan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu terus digunakan sebagai mata pelajaran di samping subjek yang lain. Syarat-
syarat ini kemudiannya dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam Ordinan Pelajaran 1952.

· Usul Laporan Barnes agar hanya ada dua aliran sekolah rendah, iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris
sahaja mendapat tentangan kaum Cina dan India sehingga batallah usul itu. Kerajaan Inggeris pada
tahun 1951 membentuk Jawatankuasa Fenn-Wu yang mengkaji kepentingan pendidikan kaum Cina.
Sebuah jawatankuasa khas dibentuk sesudah itu untuk menyelaraskan usul-usul Laporan Barnes dan
Laporan Fenn-Wu. Antara usul jawatankuasa khas itu termasuklah:

* Penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu aliran bahasa Melayu dan aliran bahasa Inggeris.
* Kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil jika ada permintaan sekurang- kurangnya daripada 15
orang murid dalam kelas.

* Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib di sekolah.

· Usul-usul itu diluluskan oleh Majlis Perundang-undangan Persekutuan pada bulan September 1951 dan
dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan itu menetapkan Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan, dengan bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa ketiga tetapi tidak merupakan
sebahagian sistem persekolahan kebangsaan. Usul-usul itu bagaimanapun tidak terlaksana kerana
kekurangan biaya, kekurangan guru terlatih, dan bantahan masyarakat Cina dan Tamil. Kerajaan sekali
lagi membentuk jawatankuasa khas dan salah satu keputusannya ialah “penggunaan dua bahasa secara
beransur-ansur di sekolah Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan di sekolah Tamil
supaya akhirnya dapat diserapkan ke dalam sistem persekolahan kebangsaan. Sehingga tahun 1956
temyata bahawa ketetapan tersebut tidak terlaksana juga (Mohd. Salleh Lebar, 1988:50).

-------------------------------------------------------------------------------------------------

- Carian atas talian untuk nota kuliah subjek Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

You might also like