You are on page 1of 6

MENYUSURI PROGRESIF DAN HARAPAN DALAM MEMAJUKAN PENDIDIKAN ORANG

ASLI/PRIBUMI

PENGENALAN
Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, India,
Iban, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain. Antara kaum yang dikelaskan sebagai komuniti
terpinggir adalah orang asli atau dikenali kaun pribumi. Ini kerana mereka hidup secara teraing
dan kurang mendapat akses kepada pendidikan dan kesihatan dengan sempurna. Kedudukan
geografi yang terletak jauh di pedalaman telah membentuk pemikiran masyarakat orang asli
bahawa pendidikan tidak penting dan mereka tidak menghantar anak mereka ke sekolah.
Mengikut Kementerian Pendidikan, mereka menyasarkan 90 peratus kanak-kanak Orang Asli
ke sekolah menjelang akhir tahun 2019 seperti ditetapkan dalam Indeks Prestasi Utama (KPI)
kementerian itu. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, Teo Nie Ching, pencapaian
purata peratusan kehadiran murid Orang Asli ke sekolah ialah 89.48 peratus (Berita Harian,
Julai 12, 2019). Kerajaan MalaysiamenerusiKementerian Pendidikan Malaysia amat komited
melaksanakan transformasi sistem pendidikan Negara untuk tempoh 15 tahun akan datang.
Matlamat mereka adalah untuk memberikan pendidikan kepada semua masyarakat di Negara
kita termasuk Orang Asli supaya mereka bersedia menghadapi cabaran abad ke-21.

USAHA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN ORANG ASLI

Kementerian Pendidikan Malaysia dibantu oleh UNICEF berusaha membangunkan


pendidian berkesan kepada kanak-kanak Orang Asli. Mengikut perangkaan, pada sesi akdemik
2019/2020 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebanyak 93.7 peratus iaitu 401
daripada 428 yang layak dalam kalangan anak orang asli telah ditawarkan tempat ke university
awam seluruh Negara. Bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM, matrikulasi dan
asasi pula, seramai 74 pelajar cemerlang orang asli Berjaya ditawarkan ke university awam iaitu
pencapaian 100 peratus daripada sasaran (Sinar Harian, November 21,2021)). Dalam
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di bawah strategi ketiga (TS3) iaitu ‘Meneruskan Dasar
Keadilan Sosial’ masyarakat orang asli dibantu melalui program pembasmian kemiskinan dan
memajukan taraf pendidikan. Bagi meneruskan agenda memajukan kaum minority, Pelan
Strategik Kemajuan Orang Asli (2011-2015) telah dirangka dengan menetapkan enam teras
untuk di capai. Ia merangkumi pembangunan modal insan, menggerakkan ekonomi,
memperluaskan akses prasarana, meningkatkan kualiti hidup , melestarikan seni warisan orang
asli dan memantapkan system tadbir urus organisasi.
Menerusi Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
telah menetapkan saran pengurangan kadar kemiskinan daripada 31 peratus pada tahun 2010
kepada 25 peratus pada tahun 2015. Sasaran ni meliputi peningkatan pendapatan kepada
golongan sasaran yang berpendapatan RM2,300 ke bawah. Bagi mencapai sasaran tersebut,
JAKOA telah merangka beberapa strategi dan pelan tindakan bagi pembangunan ekonomi
masyarakat Orang Asli melalui kerjasana dengan agensi dan badan-badan koperasi sepeti
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(ANGKASA). Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), kementerian
Pendidikan Malaysia telah menyebut sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah masih belum
menguasai kemahiran 3M termasuklah murid-murid Orang Asli. Oleh itu Program Transformasi
Pendidikan Orang Asli (2013-2017) dirangka bagi memastikan system pendidikan Negara yang
berkualiti dapat dinikmati oleh semua warganegara serta dapat melonjakkan mutu pendidikan
orang Orang Asli ke taraf lebih baik. Sekolah Rendah (SK) Bandar Dua, Palok Hinai adalah
sekolah perintis kepada program Transformasi Pendidikan Orang Asli dibawah pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sejak pelaksanaan konsep tersebut,
peratus kehadiran pelajar ke sekolah meningkat antara 90 hingga 97 peratus berbanding 70
hingga 80 peratus sebelumnya.

Sekolah Rimba atau dikenali sebagai Pusat Pendidikan Komuniti UKM-CIMB Islamic juga
merupakan pendekatan pembelajaran luar bilik darjah yang lebih bersifat alam dan praktikal
dengan menggunakan hutan dan sumbernya sebagai lokasi dan bahan. Konsep sekolah rimba
dibina berhampiran dengan kawasan perumahan Orang Asli bertujuan untuk menggalakkan
suasana alam semulajadi yang sememangnya dekat dengan kehidupan Orang Asli dan
mengelakkan masalah pengangkutan untuk anak-anak mereka ke sekolah. Hasil dari
penubuhan Pusat Pendidikan Komuniti UKM-CIMB Islamic Pos Gob,, jumlah kemasukkan
murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak penubuhannya pada tahun
2017. Bermula dengan 24 orang pada tahun 2017, kemudian bertambah 14 orang menjadikan
bilangan murid seramai 38 orang pada tahun 2018. Pada 25 Februari 2019, seramai 14 orang
pelajar dari Pusat Pendidikan Komuniti UKM-CIMB Islamis Pos Gob telah kemabli ke sekolah
arus perdana yang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis dan 2 orang pelajar
telah berdaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang, Kelantan,
manakala 4 orang pelajar ke sekolah Mubaligh di Melaka dan Seremban. Mereka kini sedang
belajar di sekolah di bawah KPM, dipantau oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Gua Musang
dan pakar-pakar dari UKM.
Kerajaan juga menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus membantu
memperkasakan taraf pembangunan kehidupan, pendidikan dan sosio ekonomi mereka. Orang
asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang
akademik dan juga sukan. 5 kejayaan anak Orang Asli yang boleh dijadikan inspirasi kepada
semua. Antaranya Zumika Azmi,19 dan Sasha Azmi,17 yang berasal dari suku kaum Temiar
dari Gua Musang Kelantan yang Berjaya mewakili Malayia dalam sukan kriket. Seterusnya Jay
Nurivanna Asrienza Jaya berketurunan Orang Asli Suku Temuan merupakan seorang graduan
Sarjana Muda Sains Komputer dari fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan juga
pelajar tajaan biasiswa dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Norashikikmerupakan anak
orang asli petama yang mewakili Negara dalam Sukan Layar. Beliau merupakan graduan UITM
Perlis dalam jurusan Diploma Sains Sukan. Pencapaian paling terbaik beliau adalah pingat
emas kejohanan Kapal layar Asia di China 2010 dan pingat emas sukan SEA Singapura 2015.
Seterusnya Muhammad Nasri bin Mamat A.K.A LimakJimar (jersi Barcelona) dan sahabatnya
Zaidi Bin Rashid akhirnya temui platform terbaik untuk menggilap bakat mereka dalam dunia
bola sepak apabila dilamar persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mencuba nasib dalam
pemilihan pemain skuad Piala Presiden Kelantan. Galakan dan sokongan yang telah diberikan
oleh KAFA ini mampu menyuntik semangat dan keyakinan yang cukup tinggi buat anak-anak
muda dari masyarakat orang asli di negeri Kelantan untuk keluar dan mencari platform terbaik
bagi mengetengahkan dan menggilap lagi bakat mereka dalam sukan bolasepak. Pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil ini berjaya melakar sejarah sebagai pelajar
pertama masyarakat Orang Asli di Perak yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Emaliana Bah Ali, anak Orang Asli keturunan
Semai ini meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan 3.75 apabila mendapat A dalam mata pejaran
Pengajian Perniagaan dan A- bagi tiga subjek lain iaitu Pengajian Am, Geografi serta Ekonomi.

KESIMPULAN

Semua pihak harus berganding bahu demi membangunkan pendidikan masyarakat Orang
Asli. Hakikatnya pendidikan Orang Asli masih jauh ketinggalan walaupun negara kita sedang
menuju era nano-teknologi. Walaupun pelbagai isu wujud dalam pendidikan masyarakat Orang
Asli seperti isu keciciran, cabaran sukarnya mengubah persepsi Orang Asli terhadap
pendidikan, dengan kerjasama pihak kerajaan dan agensi swasta mampu merapatkan jurang
pendidikan antara murid Orang Asli dengan murid-murid kaum lain. Kelompok masyarakat ini
yang mempunyai latar belakang kehidupan yang amat berbeza dan memerlukan sebuah
kurikulum khas bagi memenuhi keperluan pendidikan. Apabila sebuah kurikulum khas direka
dan dilaksanakan di sekolah murid Orang Asli dapat memenuhi keperluan khusus mereka,
seterusnya dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka, selari dengan
arus perkembangan dunia luar. Sifat peka pihak JAKOA terhadap masalah Orang Asli mampu
membantu murid orang Asli lebih berjaya pada masa akan datang. Tanggungjawab mendidik
perlu dipikul oleh ibu bapa mereka di peringkat prasekolah lagi dalam menyemai rasa cintakan
ilmu dalam diri mereka. Hanya pendidikan mampu mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli
ke arah lebih baik. Semua pihak haruslah berusaha bagi memastikan kandungan kurikulum
yang dipelajari oleh murid Orang Asli sentiasa relevan dengan kehidupan seharian mereka.
Pendemokrasian pendidikan tidak pernah menghalang mereka untuk berjaya seperti orang lain
kerana setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya.
RUJUKAN

Jabatan Kemajuan Orang Asli [JAKOA]. (2019). Skim Bantuan Galakan Pendidikan
(Biasiswa). Dicapai pada Ogos 2, 2019 daripada http://www.jakoa.gov.my/skimbantuan-
galakan-pendidikan-biasiswa/

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2016). Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli 2016 –
2020. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Orang Asli

Wahab, N. B. B. A., Mohameda, M., Hassana, A., & Haronb, M. N. (2013). Penerapan elemen
sekolah rimba Malaysia dalam kalangan murid Orang Asli. In 2nd International Seminar on
Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), organised by Faculty of Education, Universiti
Teknologi Malaysia at KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, 424- 432.

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2011). Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011 - 2015. Kuala
Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Orang Asli. JAKOA.
(2010). Sistem Maklumat e-Damak

Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian
kes di Kelantan Wan Afizi Wan Hanafi , Shaharuddin Ahmad , Noraziah Ali, 2014. Malaysian
Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122) 107.

Hassan, F., 2006. Faktor-faktor berkaitan denganPrestasi Akademik di kalangan Pelajarpelajar


Orang Asli: Kajian Kes di SM Gua Musang, Fakulti Pendidikan , Tesis Sarjana, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hasan Mat Nor. 2000. Pendidikan dan masa depan komuniti Orang Asli. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Kemajuan Orang Asli. 2013. Laporan tahunan. http:// www.jakoa.gov.my/laporan


tahunan. Akses pada 20/11/2015.

William Hunt, A. 1998. Orang Asli dan Cabaran Pembangunan. Kertas Kadangkala Bil. 8.
Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian


Pendidikan Malaysia

Haslinda Tahir Shah, Lilia Halim, Zanaton lksan .2015. Kaedah Bermain Dalam Meningkatkan
Minat Murid Orang Asli Terhadap Sains. Prosiding The International Conference On
Langguage, Education and Innovation (ICLEI 2015-62). 16 – 17 Mac 2015 Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

5 Kejayaan Anak Orang Asli Ini Boleh Dijadikan Inspirasi | Lifestyle | Rojak Daily
http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/4146/5-kejayaan-anak-orang-asli-ini-boleh-dijadikan-
inspirasi

You might also like