You are on page 1of 3

SBU350 PEMBANGUNAN DALAM ISLAM

DRAF VIDEO INDIVIDU


Nama: Peggy Chai Pei Chee
No.matrik: 147574
Isu Pembangunan: Keciciran Pendidikan dalam kalangan Pelajar Orang Asli di
Semenanjung Malaysia

 Keciciran pendidikan masih menjadi isu utama dalam masyarakat orang asli
walaupun banyak usaha telah dilakukan.
 Keciciran pendidikan sering berlaku pada peringkat sekolah menengah.
 Pada tahun 2018, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah merekodkan
26571 murid tahun 1 hingga Tahun 6 dalam sekolah kebangsaan tetapi jumlah
pelajar sekolah menengah hanya separuh daripada jumlah pelajar sekolah rendah
iaitu 13155 orang (Kurniawati, 2018).
 keciciran tersebut berlaku disebabkan oleh masalah pengangkutan, kos
pendidikan yang tinggi dan sikap ibu bapa orang asli yang tidak menitikberatkan
pendidikan anak-anak.
 Pada tahun 2022 pula, lebih 10 peratus anak orang asli dikesan tercicir daripada
sistem pendidikan yang disebabkan oleh penempatan kampung orang asli yang
jauh dari sekolah serta ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan
anak-anak (Samadi, 2022).

Kaedah Zakat dapat menyelesaikan isu keciciran pendidikan dalam kalangan


pelajar orang asli di Semenanjung Malaysia. Antara caranya adalah melalui:

1. Penubuhan Sekolah Zakat di negeri Kedah


 Penubuhan sekolah zakat di bawah kelolaan Lembaga Zakat Negeri Kedah
(LZNK) sejak tahun 2018 di Kedah. Terdapat tiga buah sekolah zakat di Kedah
telah ditubuhkan termasuk Kolej Agama Sultan Abdul Halim di Alor Setar dan
Maahad Dini Sultan Abdul Halim di Sik (Hidayah, 2021).
 Semua kos pelajar meliputi kos makanan dan minuman, kos asrama dan kos
belajar dan sebagainya adalah secara percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh
LZNK.
 LZNK bercadang mewujudkan sekolah zakat di setiap daerah di negeri Kedah.
 Penubuhan sekolah zakat membolehkan pelajar orang asli mendapatkan
pendidikan secara percuma dan pelajar orang asli tidak perlu menanggung kos
pengangkutan yang tinggi akibat ulang alik dari kampung orang asli ke sekolah.
Hal ini demikan kerana sekolah zakat akan menyediakan asrama penuh serta
makanan dan minuman percuma sepanjang sesi persekolahan.

2. Pengagihan Zakat kepada Pelajar PEMATA di Pahang


 Pada tahun 2018, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
telah melakukan pengagihan zakat yang berjumlah RM14800 kepada 74 pelajar
Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA) di bawah
Yayasan Pahang (Rafi, 2018).
 Pada tahun 2022, MUIP sekali lagi memperuntukkan sebanyak RM72,000 bagi
membantu 30 pelajar orang asli yang menuntut di Pusat Pembangunan Tamadun
Masyarakat Asli (PETAMA) di negeri ini (Syahira, 2022)
 Pelajar PEMATA juga menerima bantuan dari segi kemudahan tempat tinggal
dan bantuan makanan serta elaun bulanan dari MUIP semasa menuntut di Pusat
PEMATA.
 MUIP sentiasa membantu pelajar PEMATA agar tidak keciciran dalam
pendidikan.

3. Program Kasihku Zakat Selangor


 Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan Program Agihan Wakalah Zakat
(Program Kasihku) kepada 38 pelajar anak orang asli di sekitar daerah Hulu
Langat.
 Melalui program ini, penyerahan telefon pintar kepada 38 pelajar tersebut untuk
memudahkan mereka belajar seiring dengan peredaran zaman teknologi kini
tanpa berlaku keciciran pendidikan dalam kalangan mereka.
Rujukan

Hidayah, H. (2021). Sekolah zakat Kedah bantu atasi keciciran pelajar. Dicapai daripada
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=218540
Kurniawati, K. (2018). Keciciran Pelajar Orang Asli Masih Serius. Dicapai
daripada https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1638634
Rafi, M. (2018). MUIP agih zakat RM14,800 kepada pelajar PETAMA. Dicapai daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/437504/muip-agih-zakat-
rm14800-kepada-pelajar-petama
Rafie, A. (2021). Sekolah zakat diwujudkan di setiap daerah di Kedah . Dicapai daripada
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/sekolah-zakat-diwujudkan-di-setiap-
daerah-di-kedah/
Samadi, A. (2022). 10 peratus anak Orang Asli keciciran pendidikan. Dicapai daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1007692/10-peratus-anak-
orang-asli-keciciran-pendidikan
Syahira, Y. (2022). Pelajar orang asli PETAMA terima peruntukan RM72,000. Dicapai
daripada https://malaysiagazette.com/2022/09/27/pelajar-orang-asli-petama-terima-
peruntukan-rm72000/
Zakat Selangor TV. (2021). Program Kasihku Zakat Selangor Serahan Smartphone Kepada
Anak-Anak Asnaf Orang Asli. Dicapai daripada https://youtu.be/P1zjKToCEg0

You might also like