You are on page 1of 2

Sumbangan kerajaan dalam sektor pendidikan pada masa kini Sejak kebelakangan ini, kerajaan Barisan Nasional telah

memperkenalkan pelbagai kemudahan ataupun pemberian kepada semua peringkat pelajar sama ada pelajar sekolah rendah,sekolah menegah, ataupun peringkat university. Dalam peringkat sekolah rendah, kerajaan telah banyak menlaksanakan dasar untuk membantu pelajar sekolah rendah dan salah satu ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program tersebut telah dilancarkan pada tahun 1976 dan hanya bermula di Sabah Serawak pada tahun 2007. Tujuan utama program tersebut ialah membantu pelajar mendapatkan nutrasi harian bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 800 per kapita ( kementerian pelajaran malaysia). Selain itu, pada tahun 2012, kerajaan telah melaksanakan satu dasar iaitu Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah dengan tujuan meringankan beban perbelanjaan perekolahan pelajar tersebut. Dalam peringkat menengah pula, Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 turut diberikan terhadap semua pelajar tingkatan. Dalam masa yang sama juga bagi mengurangkan jurang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) antara masyarakat bandar dengan luar bandar, kerajaan telah memperkenalkan netbook 1Malaysia. Menurut datuk ismail Mohamed said, beliau mengatakan bahawa pada tahun 2010 telah diberinya 18500 pelajar netbook 1malaysia diikuti fasa kedua pada tahun 2011 yang terdapat 7627 pelajar menerima netbook tersebut dan 37000 pelajar pada tahun berikutnya (utusan online,03/06/2012). Hal ini sejajar dengan pelaksanaan program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M). Program tersebut diperkenalkan kepada pelajar untuk menikmati kemudahan tuisyen percuma dalam talian namun hingga kini masih terbantas di negeri Selangor.(berita harian, 07/09/2012) Dalam peringkat Universiti pula, kerajaan turut memberi banyak manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi. Antaranya ialah perlaksanaan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M). kerajaan meperuntukan sebanyak RM325 juta untuk memberi baucer buku bernilai RM 250 setiap pelajar. BB1M dijangka akan memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar (portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi) Selain itu, bagi meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia, kerajaan telah melaksanakan satu projek yang dikenali sebagai Pakej Komunikasi Belia. Pakej ini diperkenalkan pada 1 Jan 2013 dengan menawaran rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. tujuan utama adalah untuk memacukan pertumbuhan ekonom terutamanya dalam bidang e-perdagangan oleh golongan belia (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia).

Portal rasmi kementerian pelajaran Malaysia. (n. d.) . Rancangan Makanan Tambahan. Dimuat turun daripada http://www.moe.gov.my/my/rmt. 24/04/2012 Arkib. (03.06.2012). 63,127 pelajar terima netbook 1Malaysia . dimuat turun daripada utusan Online: http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang &pg=wp_01.htm. 24/4/2012 Bernama. (04.12.2012). 800,000 daripada 1 juta netbook 1Malaysia sudah diagih. Dimuat turun daripada Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/7_000pelajarnikmatii-TR1M/Article/. 24/4/2012 Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi. (n. d. ) . Makluman Pemberian Baucer Buku 1

Malaysia (BB1M) Tahun 2013. Dimuat turun daripada


http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/46-hebahan-kpt/1402makluman-pemberian-baucar-buku-1-malaysia-bb1m-tahun-2013.html. 24/4/2012 Portal Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (n. d. ) . Pakej komunikasi belia. Dimuat turun daripada https://komunikasibelia.skmm.gov.my/.24/4/2012

You might also like