You are on page 1of 2

HUJAH KERAJAAN

( KEBAIKAN / MANFAAT )

1. MEMUDAHKAN CAPAIAN MAKLUMAT


- Sistem pendidikan hari ini seharusnya didigitalkan selari dengan perkembangan
dunia teknologi komunikasi ditambah pula dengan senario kehidupan semasa yang
dihimpit penularan pandemik COVID-19.
- Menurut laman BeritaHarian.com bertarikh 8 Jun 2021, Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin ketika itu berkata pendigitalan pendidikan seharusnya perlu
disegerakan kerana menyegerakan proses mendigitalkan bidang pendidikan akan
memudahkan lagi guru, murid juga ibu bapa berdasarkan situasi semasa. Ia juga
harus dibuat dengan menyeluruh merangkumi capaian internet terutamanya di
kawasan pedalaman selain penyediaan peranti yang bersesuaian.
- Diakui perkembangan teknologi komunikasi mengubah banyak perkara dalam
kehidupan sama ada capaian kepada maklumat sehinggalah kaedah kanak-kanak
bermain malah dalam konteks hari ini, belajar.
-

2. MEMASTIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI


- Menurut laman web HarianMetro.com bertarikh Pendidikan berkualiti boleh
disampaikan dalam apa juga pendekatan terutama pengajaran dan pembelajaran di
rumah. KPM dan Google bekerjasama melatih sehingga 5000 orang guru sekolah
kebangsaan untuk menjadi pendidik yang mempunyai pensijilan Google yang juga
sebahagian daripada program pensijilan Delima dan menjadikan program Delima
sebagai satu program pembelajaran digital rasmi sejak 2019 sekaligus membuktikan
Malaysia salah satu pengguna aktif Google tertinggi dalam kalangan murid dan
pendidik di rantau ini semasa wabak pendemik Covid- 19 melanda.
- Kementerian Pendidikan sedang dan bakal melaksanakan pelbagai inisiatif bagi
menambah baik lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di seluruh negara.
- Menteri Kanannya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, antara usaha tersebut
ialah penggantian segera semua komputer usang di sekolah menerusi kaedah sewa
untuk guna.
- “Dengan cara ini, tiada lagi pembelian komputer baharu tetapi sekolah akan
menerima set baharu dibekalkan vendor tertentu untuk tempoh lima tahun,”
katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan secara rasmi Majlis Transformasi
Pendidikan: Pemerkasaan ICT (2019-2023) di Sekolah Menengah Kebangsaan
Putrajaya Presint 18(1) di sini hari ini.
- Inisiatif itu selaras dengan misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025) ke arah penggunaan teknologi digital dalam ekosistem sekolah termasuk sesi
PdP lebih luas.
- Pada acara itu, beliau turut menyerahkan peranti kepada 25 buah sekolah di
Putrajaya di bagi keperluan PdP di bawah Projek Perkhidmatan Sewaan Perkakasan
ICT secara sewa guna.
-
3. MENINGKATKAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI DIKALANGAN PENDIDIK
4. PROSES P LEBIH INTERAKTIF DAN MUDAH

You might also like