You are on page 1of 4

Cabaran mendidik semasa wabak Covid-19

Oleh AZIZI AHMADMarch 31, 2020 12:10 pm

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 1.4 bilion kanak-kanak di 136 negara telah
terjejas akibat penutupan sekolah dan universiti untuk mencegah penyebaran Covid-19.

Peningkatan ini dijangka berterusan dan membawa kepada gangguan dalam PDP di sekolah,
kolej dan universiti di seluruh dunia.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan


Tinggi bertindak bijak dan awal dengan menutup sekolah-sekolah dan universiti sebelum
negara-negara seperti Itali dan UK (yang kini muncul sebagai tumpuan penyebaran virus global
yang baru).

Ketika UK dan Itali teragak-agak, Malaysia sudah pun mengambil tindakan tegas dengan
menambah cuti sekolah sehingga 14 April ini.

Berhadapan realiti baharu ini, institusi pendidikan di seluruh dunia kini berebut untuk mencari
amalan terbaik dalam pembelajaran di atas talian.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kenyataan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran


dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan telah disediakan oleh KPM (27
Mac 2020) memperincikan peranan dan tanggungjawab pentadbir, guru, ibu bapa dan murid
untuk memastikan penyampaian PdP yang berkesan.

Pendidik diberi fleksibiliti dari segi masa PdP, kaedah membimbing murid, menyemak dan
memeriksa latihan/tugasan/kerja rumah murid.
Penghantaran dan pengambilan bahan cetak yang melibatkan pergerakan dalam tempoh PKP
adalah dilarang sama sekali.

Berkat kerjasama pentadbir, guru, ibu bapa dan murid, KPM yakin pembelajaran murid dapat
dilaksanakan dengan berkesan walaupun dalam keadaan yang mencabar ini.

Bagi pendidik pula, mereka perlu mempertimbangkan untuk membuat pelarasan dasar dalam
penyampaian dan pentaksiran akademik.

Walaupun tidak menyeluruh, tindakan dasar seperti itu boleh termasuk:

• Mengurangkan beban mengajar bersemuka

• Mengkaji semula nilai pentaksiran dalaman dan luaran

• Menganjak tarikh penyerahan tugasan ke hadapan

• Mencari pentaksiran alternatif

• Menawarkan komunikasi dan sokongan yang jelas kepada yang terlibar

• Menawarkan konsesi dan sokongan untuk pelajar yang tidak mempunyai akses kepada
sumber

Kewajipan dan tanggungjawab bukan hanya di sekolah dan universiti.


Ia jelas lebih kritikal kepada pengawal selia dan kementerian pendidikan di seluruh dunia.

Ahli politik, penggubal dasar, gergasi teknologi, pengeluar peranti dan penyedia perkhidmatan
internet (ISP) juga perlu bersama untuk memerangi gangguan perjalanan bilik darjah dan
berusaha ke arah pelan yang boleh menjaga kontingensi semasa.

Peningkatan dalam ‘penjarakkan sosial’ (social distancing) dan belajar dari rumah boleh
diterjemahkan sebagai permohonan untuk mendapatkan akses internet percuma adalah
dianggap sebagai hak asasi manusia.

Kerajaan juga melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berkata,
beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, antaranya
internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta, mulai 1 April ini sehingga
tempoh pelaksanaan PKP ditamatkan. (27 Mac 2020)

Perkara ini dijelaskan menerusi satu kenyataan media bersama oleh enam syarikat
telekomunikasi dimana semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis dan U
Mobile akan menerima internet percuma berkelajuan tinggi sebanyak 1GB setiap hari, untuk
digunakan antara pukul 8 pagi dan 6 petang. Ini akan bermula pada 1 April 2020 dan
berkuatkuasa sepanjang tempoh PKP.

Bagi mereka yang sudah terdedah kepada pembelajaran diatas talian, meneroka platform baru
lebih mudah dan cepat , sama ada mencipta bilik darjah maya di Google Classroom , Moodle
atau lain-lain platform pembelajaran maya yang di cadangkan.

Tetapi ini adalah bahagian yang lebih mudah. Bahagian yang sukar adalah untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan tingkah laku.
Cabaran pengajaran, pengasingan diri dan penutupan sekolah turut hadir seiring peningkatan
besar dalam beban kerja untuk pendidik di rumah. Persekitaran bilik darjah telah berubah
secara tiba-tiba.

Menyedia dan menghantar nota suara, rakaman ceramah, merenung di depan skrin untuk
jangka masa panjang, menyediakan dan menilai tugasan dan memantau kemajuan setiap
pelajar apabila semua orang diasingkan adalah tugas setinggi pergunungan Himalaya.

Kemudian terdapat cabaran pengajaran mata pelajaran seperti aspek kejuruteraan, reka bentuk
dan animasi tertentu.

Digabungkan dengan semua ini adalah pengasingan fizikal; tanpa gelak ketawa, gurau senda,
perbincangan dan kehangatan bersama dalam kelas.

Perubahan dalam dasar mengenai penyampaian akademik juga perlu dilihat dari sudut
kekurangan pendidik sendiri (ada pendidik yang perlu belajar semula dan agak sukar dengan
penggunaan komunikasi teknologi maklumat) keadaan rumah kerana ia mungkin akan menjadi
lebih teruk dari apa yang dihasratkan.

Walaupun kebanyakan guru akan memberitahu anda bahawa ia adalah satu cabaran untuk
mendapatkan perhatian pelajar di dalam bilik darjah; perkongsian ‘memes’ dan lawak jenaka di
media sosial yang memberi kesaksian betapa sukarnya pendidik dan ibu bapa untuk
memastikan PDP berlangsung di rumah.

*Penulis adalah seorang pendidik senior.

You might also like