You are on page 1of 12

PELANTAR DELIMA

PENGENALAN
https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

Pelancaran secara rasmi pada 15 Jun 2020


oleh Datuk Dr. Habibah binti Abdul Rahim,
Ketua Pengarah Pelajaran,
Kementerian Pendidikan Malaysia

https://youtu.be/BKoqJ3fvH1k
PLATFORM MOE DIGITAL LEARNING

• DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.


Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang
dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

• DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem


pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh
para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.
DIAKSES MENGGUNAKAN AKAUN GOOGLE
SEDIA ADA
• Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama
iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan
pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning
(DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.
DISOKONG TIGA RAKAN STRATEGIK UTAMA:
GOOGLE, MICROSOFT DAN APPLE
• Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan
Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global
sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.

• Mereka menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada
sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul
pembelajaran.
DISOKONG TIGA RAKAN STRATEGIK UTAMA:
GOOGLE, MICROSOFT DAN APPLE
• Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu
ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud
computing).

• Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple
menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar.
DISOKONG OLEH PELBAGAI RAKAN DALAM
PENYEDIAKAN KANDUNGAN DELIMA
• KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF,
ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan
pembelajaran kepada para guru dan pelajar.

• Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru dan pelajar,
MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi
manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan Siber.
DISOKONG OLEH PELBAGAI RAKAN DALAM
PENYEDIAKAN KANDUNGAN DELIMA
• KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF,
ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan
pembelajaran kepada para guru dan pelajar.

• Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru dan pelajar,
MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi
manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan Siber.
STANDARD OPERATING PENGGUNAAN ID
DELIMA DAN PELANTAR PEMBELAJARAN
• Rujukan KPM 600-6/6/5 (26) bertarikh 26 april 2021

• FAQ DELIMa

You might also like