You are on page 1of 2

KANDUNGAN

BUKU PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM


SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
BAB I PENGUATKUASAAN AKTA PENDIDIKAN 1996

BAB II KONSEP, MATLAMAT, STRATEGI DAN PELAKSANAAN

BAB III PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

1) Nyatakan 2 akta pendidikan dan 6 warta kerajaan berkaitan dengan Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996.
(a) Akta Pendidikan
 Akta Pelancongan 1957 – Pemberitahuan Undang-Undang L.N.326
 Akta Pelajaran 1961 – Peraturan-Peraturan (Kursus Pengajian Sekolah) 1956
(b) Warta Kerajaan
 Warta Kerajaan 1950 – Registration of School Ordinance 1950
 Warta Kerajaan 1956 – School Societies Regulations L.N. 179-180
 Warta Kerajaan 1967 – Jil. 11, Bil. 27, bertarikh 28 Disember 1967
 Warta Kerajaan 1997 – Peraturan-Peraturan Kokurikulum Kebangsaan P.U. (A) 531 dalam Akta Pendidikan 1996
bertarikh 31hb Disember 1996
 Warta Kerajaan 1998 – Pemberitahuan Undang-Undang 196, Jil. 42, No.11

2) Nyatakan konsep, matlamat, strategi dan pelaksanaan ko kurikulum secara ringkas.


(a) Konsep
 Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah di mana murid diwajibkan melibatkan diri.
Aktiviti kokurikulum penting dalam menyediakan pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat,
bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta social yang positif.
(b) Matlamat
 Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.
(c) Strategi

 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling
melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

 Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta
mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif
secara individu atau kumpulan.

 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan
perpaduan.

 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat

 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatuan Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan
murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki

 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid.

 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.

 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke semasa.
(d) Pelaksanaan

 Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib kerana ia adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di
sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar wajib mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah
satu gerak kerja pakaian seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan
atau permainan. Oleh itu, kehadiran pelajar harus direkod. Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan
kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan yang melibatkan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. Penyertaan semua
guru juga wajib bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Tambahan lagi,
pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada
unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Perlembagaan Negara.

3) Nyatakan jenis dan fungsi aktiviti ko kurikulum secara ringkas.


(a) Jenis Aktiviti Kokurikulum
 Aktiviti kokurikulum dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu yang pertama, pasukan pakaian seragam seperti
Pergerakan Pandu Puteri, Pergerakan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Bahagian kedua
pula ialah persatuan/kelab yang terdiri daripada 2 jenis iaitu persatuan akademik seperti persatuan geografi/sejarah
dan kelab hobi dan rekreasi seperti kelab bina badan dan kelab memancing. Manakala bahagian ketiga merupakan
kelab sukan dan permainan yang dibahagikan kepada permainan, olahraga dan sukan air.

(b) Fungsi Aktiviti Kokurikulum

I. Salah satu fungsi aktiviti kokurikulum ialah pengukuhan dan pengayaan. Melalui pengukuhan dan pengayaan
ini, Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat diperkukuhkan dan diamalkan
melalui aktiviti kokurikulum, di mana seterusnya memberi peluang kepada murid-murid memahami konsep
latihan dalam bidang tertentu. Selain itu, cara ini dapat member pengalaman yang mungkin tiada semasa
pembelajaran dalam bilik darjah. Antara contoh-contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi dalam pengukuhan
dan pengayaan ialah pertolongan cemas, perkhemahan, kawad kaki, kuiz, bahas dan pidato, olahraga, bola
sepak dan sebagainya.

II. Fungsi yang kedua ialah khidmat masyarakat, yang bertujuan untuk memupuk hubungan dua hala antara
sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu
sama lain. Contohnya, sebagai sumbangan sekolah kepada masyarakat, murid-murid boleh bergotong-royong,
membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar dan mengadakan ceramah di mana aktiviti ini boleh
menimbulkan suasana hubungan dua hala. Manakala bagi sumbangan masyarakat kepada sekolah,
masyarakat boleh memberi sumbangan kepada sekolah dalam bentu material, tenaga, usaha, buah fikiran dan
kepakaran.

III. Fungsi yang lain ialah hobi dan rekreasi, kerjaya, perkembangan diri individu dan ciri-ciri pelajar yang boleh
ditingkatkan dengan aktiviti kokurikulum, contohnya celik huruf dan menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira serta mampu dan berkebolehan menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan bijaksana.

You might also like