You are on page 1of 20

KONSEP, TEORI DAN

FALSAFAH
PEMBENTUKAN
KURIKULUM
Nama ahli kumpulan: Lee Bee Heoy
Tan Jia Yi
Looi Hooi Chen
Opsyen: 3 PISMP BC PJ
• Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui
aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan
dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor;
pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk
kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif
terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961).
• Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan
Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal
dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan
mental dan sosial.
i. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani
dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan
berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

ii. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan


pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular,
intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil
melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.
iii. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan
Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan
menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif.

iv. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani


merupakan suatu proses yang membolehkan individu
mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan
sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

v. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah


sebahagian daripada program pendidikan yang
menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya
melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada
perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-
kanak.
• Konsep Pendidikan Jasmani boleh dibaratkan
sebagai pendekatan pendidikan melalui aktiviti
fizikal.
• Clark Herington dikenali sebagai bapa Pendidikan
Jasmani moden, mengklasifikasikan Pendidikan
Jasmani kepada empat fasa utama iaitu:
a. Pendidikan Organik (Organic Education)
b. Pendidikan Psikomotor (Psycomotor
Education)
c. Pendidikan Karakter (Character Education)
d. Pendidikan Intelektual (Intelectual Education)
Pendidikan Organik
(Organic Education)

Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang


bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang mampu
meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri
individu melalui peningkatan pelbagai sistem
organik dalam badan manusia.
Pendidikan Psikomotor
(Psycomotor Education)

Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu


kepada kepentingan pergerakan fizikal yang lebih
bermakna dengan penggunaan tenaga yang
seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan
dengan efisyen serta mengekalkan nilai estetika
pergerakan.
Pendidikan Karakter
(Character Education)

Pembangunan mental atau kognitif bertumpu


kepada pengumpulan maklumat dan pengetahuan
dengan keupayaan berfikir dan mentakfsir
maklumat.
Pendidikan Intelektual
(Intelectual Education)

Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu


individu menyesuaikan diri dalam kumpulan,
masyarakat dan persekitaran dan bertindak
memainkan peranannya sebagai seorang ahli
dalam satu masyarakat.
Teori Kurikulum
Pendidikan Jasmani
• Teori kurikulum dalam Pendidikan Jasmani termasuklah
teori ekologi, yang telah diperkembangkan oleh Urie
Bronfenbrenner (1917).
• Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) didefinisikan
dengan manusia merupakan satu paradigma untuk
menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu
berinteraksi dengan persekitaran. Dari segi huraiannya,
mereka juga melibatkan pendekatan sistem dinamik di
mana individu berkenaan, melalui pergerakan,
berinteraksi dengan persekitaran.
• Berdasarkan teori ekologi yang dipelajari,
persekitaran yang dimaksudkan ialah dengan apa dan
siapa murid belajar dan bagaimana hasil itu dapat
dicapai.

Guru merupakan salah satu persekitaran dalam pembelajaran ini.


Sebagai contoh, dalam mengajar teknik larian pecut, guru akan
menunjukkan demontrasi kepada murid – murid bagaimana
teknik larian ini diaplikasikan dengan pergerakan kaki dan juga
tangan. Kemudian murid – murid akan mencontohi apa yang
telah diajar oleh guru tersebut dan cuba mengaplikasikan dan
mengadaptasikannya dalam situasi yang sebenar. Pengajaran ini
memerlukan kebolehan murid dalam berfikir dan kecekapan
murid dalam mengingati setiap pembelajaran yang diajar oleh
guru.
• Guru yang merupakan satu bahagian daripada
persekitaran pelajar semasa mengharungi proses
pembelajaran. Interaksi pelajar dengan guru sama
seperti murid telah berinteraksi dengan persekitaran.
Jadi, ia menepati prinsip ekologi di mana proses
pembelajaran berlaku kerana hadirnya proses interaksi
pelajar dengan persekitaran.
• Di dalam perlaksanaan KSSR telah diberi beberapa
elemen yang memberi nafas baru kepada kurikulum
pendidikan Malaysia di mana beberapa elemen baru
ditambah seperti penggunaan kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Selain itu
elemen kreativiti dan inovasi, keusahawaan serta
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga
diterapkan dengan lebih memberi fokus kepada 4M
iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan satu elemen
baru iaitu Menaakul.
• Daripada KSSR, aktiviti yang direka dan dicadangkan
untuk dilakukan kepada pelajar adalah khusus untuk
menjana minda dan pemikiran pelajar secara
menyeluruh. Contoh aktiviti yang direka untuk tajuk
Kesedaran Ruang di dalam Pendidikan Jasmani KSSR
Tahun 1 ialah pelajar harus menggunakan imaginasi
untuk membentuk diri menjadi sesuatu.

• Seiring dengan kemajuan teknologi yang terhasil pada


masa kini, minda dan pemikiran pelajar telah terisi
dengan maklumat yang dipengaruhi oleh persekitaran.
Di sekolah, aktiviti yang dijalankan bukan hanya
bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu konsep
tetapi juga mengayakan pemikiran mereka.
• Menurut teori ini lagi setiap interaksi individu
terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil
daripada gabungan pendekatan sistem dinamik dan
persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan
pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya
secara proaktif lalu membentuk konsep – konsep
untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor.
• Contohnya menerusi penggunaan ICT ini murid murid
lebih mudah untuk memahami asas-asas pergerakkan
seperti melihat video-video pergerakkan yang telah
disediakan. Tambahan pula, penggunaan audio visual
yang menarik seperti bunyi yang jelas serta gambar-
gambar yang menarik dapat menarik minat kanak-
kanak.
• Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha
yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk
menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS) dan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
• Usaha di atas adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
• Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid
menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal
dan amalan kecergasan.
• Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan
gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan yang
dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah
pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jsamani
yang merangkumi tiga aspek penting iaitu
penglibatan murid secara aktif dan selamat,
interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan
alat serta penyimpanan rekod kegiatan murid
sebagai bukti pembelajaran.
• Kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti
Pendidikan Jasmani ialah meningkat dan membangunkan
keupayaan murid dari aspek psikomotor, kognitif dan
afektif.
• Melalui aktiviti Pendidikan Jasmani secara amnya dapat
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui:
a. Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial
seperti bekerjasama, bertolak ansur, sabar, saling
hormat-menghormati dan sebagainya.
b. Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan
intelek seperti tafsiran, kefahaman, pertambahan
pengetahuan, pengalaman dan sebagainya.
c. Mengembang dan menerapkan perubahan tingkah
laku dan disiplin seperti yakin kepada diri, taat setia,
bertanggungjawab, memiliki nilai tentang
kemasyarakatan dan sebagainya. (Teng Bon Tong,
2001)
• Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua
pendidikan di mana otak dan badan berfungsi
serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan
intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai
melalui pendidikan jasmani – Clark W. Hetherington.
• Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti
yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk
mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih
haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi
individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari,
peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis – J.F
Williams.
• Menginterpretasikan pendidikan melalui jasmani
sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan –
Delbert Oberteutter.
• Pendidikan untuk jasmani ialah satu program aktiviti
otot yang giat direka untuk merangsang organisma
jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada
aktiviti-aktiviti dicapai.
• Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti
jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk
menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan
pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan
kesihatan.
Sekian Terima Kasih !!

You might also like