You are on page 1of 10

Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi peristiwa yang amat

penting dalam sejarah Tanah Melayu dan peristiwa ini


memberi pengajaran kepada semua penduduk terutamanya
para pemimpin politik dan rakyat Malaysia.
Tragedi ini telah menyebabkan kematian dan kerosakan
harta benda yang teruk di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil beberapa
langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
terutamanya masalah yang berkaitan dengan hubungan
antara kaum.
Hal yang demikian kerana tragedi 13 Mei berpunca
daripada masalah perpaduan yang amat ketara antara kaum
.
Sehubungan dengan itu, pada 17 Mei 1969 sebuah
majlis telah ditubuhkan dibawah kuasa Timbalan
Perdana Menteri,YAB Tun Abdul Razak bin
DatoHussien iaitu Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) untuk mengambil alih tugas
parlimen.
Beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang
terdiri daripada pemimpin-pemimpin
politik,pegawai kanan kerajaan dan pegawai-
pegawai tinggi polis dan tentera.
MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama
iaitu bertanggungjawab mengembalikan keamanan
dan undang-uandang negara, menentukan
pentadbiran yang licin dan sempurna serta
Dasar-dasar yang yang berkaitan dengan hal ehwal awam
tersebut termasuklah dasar kewangan, pelajaran, pembangunan
negara, luar bandar dan perusahaan, perdagangan dan
perniagaan, pengangkutan, perkhidmatan dan peluang pekerjaan
dalam perkhidmatan persekutuan dan negeri dan imigresen dan
pendaftaran negara.
Bagi membantu dalam melaksanakan dasar-dasar ini beberapa
panel telah ditubuhkan seperti panel ekonomi, panel pelajaran,
jawatankuasa ekonomi dan kewangan, jawatankuasa penanaman
modal serta jawatankuasa perancangan dan pembangunan negara
( JPPN).
Selain itu, MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara (JPN) pada tahun 1970.
Majlis Muhibah Negara (MMN)ditubuhkan pada 18 Julai 1969.
Tujuan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara yang diketuai oleh
Tan Sri Mohd.Ghazali Shafie adalah bagi membantu kerajaan
mengerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara
dengan lebih teratur dan teliti di samping mendraf satu idealogi
iaitu Rukun Negara.
Majlis Muhibah turut dibentuk di peringkat pusat, negeri, daerah dan
kampung di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Perlu 1969 untuk
menggalakkan perkembangan muhibah dengan memulihkan
kepercayaan sesebuah kaum dengan kaum yang lain, mengkaji dan
menyelesaikan masalah dengan kerjasama pihak berkenaan yang
berkaitan dengan kesulitan serta perselisihan faham antara kaum,
membantu pertubuhan lain dan kerja-kerja sukarela dalam lapangan
kerja sosial mengikut pelbagai peringkat serta sedia membantu kerajaan
pada bila-bila masa diperlukan.
Kerajaan Berparlimen telah dipulihkan semula pada 23 Feb 1971.
Ekoran daripada hal tersebut Majlis Muhibah Negara telah
dimansuhkan dan diganti dengan Majlis Perpaduan Negara(National
Unity Council) yang mempunyai 51 orang anggota dan ditadbir
melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dengan Pejabat Muhibah
Negara.
Peranan utama majlis ini adalah membincangkan perkara-perkara
berkaitan perpaduan negara yang difikirkan oleh Perdana Menteri
perlu dirujukan kepada majlis dan membincangkan , mencadangkan
langkah-langkah penyelesaian kepada masalah perpaduan negara bagi
memupuk perpaduan kaum.
Pada 1 Januari 1972 Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah
Negara digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang
bertanggungjawab mengurus serta menyelaras tugas-tugas Majlis
Penasihat Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Muhibah.
Selepas pilihan raya umum 1974, kerajaan baru Barisan Nasional
dibentuk menyebabkan Kementerian Perpaduan Negara bertukar nama
menjadi Lembaga Perpaduan Negara malah sebuah panel penasihat
yang terdiri daripada 16 ahli juga ditubuhkan.
Panel penasihat ini bertanggungjawab membincangkan masalah
perpaduan, mencari idea baru bagi menghapuskan perasaan perkauman
serta mengelakkan berlakunya konflik atau konfrontasi antara kaum.
Lembaga Perpaduan Negara bertukar kembali menjadi Jabatan
Perpaduan Negara yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.
MAPEN telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 27 Jan
1970 yang dipengerusikan oleh pengarah MAGERAN dan telah
menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu membuat keputusan
berkenaan bentuk masyarakat Malaysia pada masa akan datang
bagi mencapai perpaduan yang harmoni.
Melalui perbincangan yang dijalankan selama beberapa bulan
MAPEN berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu
panduan yang boleh dijadikan idealogi bagi membentuk sebuah
masyarakat Malaysia yang baru dan maju.
Idealogi tersebut dikenali sebagai Rukun Negara yang
mengandungi 5 prinsip utama iaitu kepercayaan kepada Tuhan,
kesetiaan kepada raja dan Negara, keluhuran perlembagaan,
kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.
Rakyat Malaysia harus mendukung cita-cita yang berpandukan
kepada kelima-lima prinsip tersebut iaitu mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan masyrakat , memelihara cara
hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil
,menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah masyarakat
progresif dengan mengunakan sains dan teknologi moden.
Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil
daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 untuk
menjadi panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.
Kementerian Kebudayaan ditubuhkan pada 20 Mei 1987 bagi
merancang ,mengawal ,menyelia dan melaksanakan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan.
Di samping melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
kementerian ini berfungsi untuk memberi khidmat nasihat,
mengubal dan menyelia dasar yang berkaitan dengan
perkembangan kebudayaan dan industri pelancongan.

Mengawal dan menyelia perjalanan jabatan dan agensi di


bawahnya serta merancang program pembangunan, penyelidikan
dan perhubungan dalam bidang kebudayaan dan pelancongan
selaras dengan dasar yang telah ditetapkan .
Melaksanakan, menyelaras dan mengawasi program kebudayaan
dan pelancongan serta menilai keberkesanan dasar program
kebudayaan dan pelancongan.
Sehubungan daripada peristiwa 13 Mei ini terdapat beberapa perkara
yang perlu diteliti bagi menyelesaikan masalah perpaduan kaum iaitu:
sentiasa mengalakkan penduduk bermigrasi untuk meluaskan
pergaulan.Terdapat beberapa faktor tarikan yang boleh menggalakan
penduduk berpindah iaitu penyatuan perkhidmatan awam antara
semua negeri di Malaysia , mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih
baik di sesebuah tempat dan meningkatkan aspek keselamatan untuk
mengelak ancaman dari luar.
Selain itu,penyeragaman sistem pendidikan adalah penting kerana
Dasar Pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu,Undang-
undang Pelajaran1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar
Pendidikan Kebangsaan serta dasar lain berkaitan pendidikan
berperanan dalam memupuk perpaduan kaum.
Media massa pula memainkan peranan dalam memberi pendedahan
kepada berita-berita, laporan dan dasar kerajaan untuk mengurangkan
jurang penerimaan maklumat yang ada. Media massa dapat membentuk
pemikiran dan pandangan rakyat yang positif terhadap negara.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, peristiwa ini telah banyak mengajar setiap


anggota masyarakat tentang nilai murni yang perlu ada pada
diri setiap masyarakat untuk mewujudkan hubungan yang
harmoni .Selain itu, setiap anggota masyarakat juga diajar untuk
saling bantu-membantu agar pisang tidak berbuah dua kali
iaitu agar tragedi 13 Mei ini tidak berlaku lagi dan dijadikan
pengajaran oleh semua anggota masyarakat.

You might also like