You are on page 1of 27

PENULIS DAN HAK CIPTA

JPM IPGK Ipoh


• HASIL karya seorang penulis ialah jerih payah bagi menghasilkan
sesebuah karya. Sesungguhnya menjadi seorang penulis bukanlah suatu
tugas mudah. Maka dari kesedaran inilah, undang-undang hak cipta
wujud sebagai salah satu daripada cabang undang-undang harta
intelektual.

Secara amnya, undang-undang harta intelektual terdiri daripada :
a) Hak cipta (Copyright)
b) Paten (Patent)
c) Tanda niaga (Trademark)
d) Reka bentuk (Design)

Hak cipta di Malaysia ialah satu rangka undang-undang yang wujud untuk
melindungi hak-hak pencipta yang menghasilkan karya sastera, muzik,
seni, filem, rakaman bunyi dan siaran.
• Dengan kata lain, hak cipta diwujudkan bagi maksud melindungi mereka
yang mencipta hasil karya.
 
• Seorang penulis boleh mendapat perlindungan hak cipta seperti yang telah dijelaskan oleh
Akta Hakcipta 1987 (Akta 332,) iaitu antara lain, novel, cerita, buku, risalah, manuskrip,
syair, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, sejarah, biografi, karangan dan
artikel, ensiklopedia dan kamus. Penulis juga telah diistilahkan dalam undang-undang hak
cipta sebagai pembuat karya itu.

• Walau bagaimanapun, undang-undang hak cipta tidak hanya melindungi hak-hak penulis
atau pencipta dalam karya mereka sama ada dalam bentuk buku, pementasan drama,
lukisan ataupun penciptaan muzik. Ia juga termasuk perlindungan ke atas hak-hak penerbit
buku, penerbit filem serta penyiar.

• Undang-undang hak cipta wujud atas keperluan mengawasi dan merangsang pemasaran
karya-karya sastera, muzik dan seni. Matlamat ini dicapai dengan memberi salinan dan
keluaran ulangan karya bagi penyebaran dan jualan serta untuk memberi kuasa kepada
orang lain menggunakan hak berkenaan.

• Jika diteliti dengan betul, undang-undang hak cipta tidak bertujuan melindungi buah fikiran
atau idea pengarang atau pencipta tetapi hanya cara penyampaiannya. Seksyen 7(3) Akta
Hakcipta menyatakan bahawa:
• “Sesuatu karya sastera, muzik atau seni tidaklah layak mendapat hakcipta melainkan:
a) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; dan
b) karya itu telah ditulis, direkod dan selainnya dijadikan dalam bentuk bahan.”

Dengan erti kata lain, karya itu hendaklah dipindahkan daripada bentuk idea kepada bentuk penulisan
ataupun direkodkan. Oleh itu, jelas bahawa perkara yang ingin dielakkan itu ialah perbuatan menceduk
langsung, plagiat atau meniru sepenuhnya atau sebahagian daripada karya yang asli.

Undang-undang ini melindungi hak-hak penulis atau pencipta dalam karya-karya mereka. Tujuan utama
wujudnya undang-undang harta intelektual ini secara am dan khususnya undang-undang hakcipta adalah
untuk merangsang perkembangan seni dan sastera untuk kepentingan masyarakat. Dalam masa yang sama ia
memberi penghargaan yang sewajarnya kepada penulis dan pencipta tersebut. Dengan cara sebegini,
diharapkan supaya kreativiti dalam bidang-bidang ini dapat diwujudkan dalam usaha menyaksikan
perkembangan positif seni dan sastera untuk generasi masa depan.

Meskipun undang-undang hak cipta tidak sama sekali melindungi idea yang masih belum dijadikan dalam
bentuk bahan, kualiti sesuatu karya pula bukanlah satu kayu ukur untuk mendapat hak cipta. Secara nyata,
Seksyen 7(2) Akta ini menerangkan bahawa “karya-karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan
karya-karya itu dihasilkan.”

• Ini bermakna, selagi ia wujud dalam bentuk yang material dan tidak sekadar berada pada minda atau tidak
sekadar suatu konsep yang masih belum direkodkan, pencipta atau penulis itu masih boleh mendapat
perlindungan hak cipta karyanya.
• Perkara penting mengenai idea dan ekspresi penulis dalam karya seringkali menjadi isu yang
mengundang perdebatan. Akta ini tidak melindungi idea dengan tujuan supaya tidak wujud monopoli
idea, maka setiap penulis berhak untuk menyampaikan sesuatu idea yang sama dalam cara
penyampaian yang berbeza lagi kreatif. Undang-undang membenarkan mana-mana penulis untuk
menghasilkan karya atas suatu topik yang sama selagi penghasilan tersebut berbeza antara satu sama
lain. Maka tidak hairanlah jika kita berjumpa di toko-toko buku kisah Cinderella, Hang Tuah dan
sebagainya dalam pelbagai versi. Setiap penulis karya tersebut mendapat hak perlindungan hak cipta.

Bagi membolehkan sesuatu karya mendapat hak ciptanya, ia haruslah sebuah karya yang asli. Istilah
asli di sini bukan sahaja bermaksud baharu. Ini bermakna, karya tersebut bukan disalin atau diplagiat
daripada mana-mana sumber lain. Memadai untuk kita amati di sini bahawa karya tersebut lahir
daripada tangan penulis yang berkenaan dan dia telah menggunakan kemahiran, usaha serta
iltizamnya untuk menghasilkan karya tersebut.

Akta ini juga membenarkan pindah milik hak cipta daripada seorang penulis kepada suatu pihak yang
lain. Walau bagaimanapun, penyerahan hak cipta atau pemberian lesen oleh seorang penulis hanya
boleh berkuat kuasa sekiranya ia dilakukan secara bertulis. Ini menunjukkan bahawa seorang penulis
boleh memberi lesen kepada penerbit karyanya, ataupun seorang produser filem untuk membuat
adaptasi, ataupun seorang penulis penulis skrip. Keadaan tersebut tidak melanggar hak cipta setelah
penulis memberi kebenaran dan lesen kepada pihak yang lain bagi tujuan mewujudkan karya-karya
terbitan (derivative works). Pemberian lesen tersebut pula tidak bermakna penulis menyerahkan
hakmilik karyanya kepada pihak-pihak tersebut.

Perlanggaran hak cipta boleh berlaku secara langsung ataupun tidak langsung. Perlanggaran secara
langsung berlaku apabila seseorang itu melakukan mana-mana perbuatan yang dikawal oleh Seksyen
13 Akta Hakcipta tanpa sebarang kebenaran daripada pemegang hakcipta.
• Seksyen 13 tersebut berbunyi : “Hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem atau rakaman
bunyi adalah hak eksklusif bagi mengawal dalam Malaysia –
a) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan;
b) pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam;
c) siaran;
d) perhubungan melalui kabel; dan
e) pengedaran salinan-salinan karya kepada orang awam melalui penjualan, sewaan, pajakan atau
pinjaman keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan.”

Dalam kes perlanggaran hak cipta secara langsung, bagi membuktikan bahawa suatu perlanggaran hak
cipta berlaku, seseorang itu hendaklah membuktikan:
a) wujudnya persamaan bersifat objektif yang cukup (sufficient objective similarity) antara karya asal atau
sebahagian daripada karya asal dengan karya yang ditiru;
b) Terdapat kaitan antara karya asal dengan karya yang ditiru, iaitu karya terkemudian itu mestilah dapat
ditunjukkan bahawa ia telah ditiru sepenuhnya atau sebahagian daripada karya asal tersebut; dan
c) Apa yang telah ditiru itu ialahperkara yang penting (substantial part) daripada karya asal tersebut.

• Perlanggaran hak cipta secara tidak langsung pula berlaku apabila suatu transaksi komersial atau sebarang
aktiviti diadakan berkaitan dengan salinan langgaran karya tersebut. Perbuatan yang termasuk dalam
aktiviti ini ialah menjual, mengedar atau mengimport karya yang dilindungi hakciptanya. Ini telah
dijelaskan oleh Seksyen 36(2) Akta Hakcipta.
• Apabila perlanggaran hak cipta telah dibuktikan berlaku, remedi dalam undang-undang pula boleh
diperoleh dalam dua bentuk utama. Pertama, remedi sivil dan yang kedua dalam bentuk hukuman. Ini
kerana, perlanggaran hak cipta boleh dikaitkan kepada kesalahan sivil ataupun jenayah.

Bagi remedi sivil, hak tersebut diberikan kepada pemegang hak cipta ataupun pemegang lesen yang
telah diberikan oleh pemegang hak cipta. Ia terpulang kepada beliau sama ada tindakan sivil harus
diambil kepada pihak yang telah melanggar hak ciptanya. Dalam hal ini, penulis itu sendiri ataupun
penerbit yang telah diberi lesen oleh penulis boleh mengambil tindakan sivil ke atas mana-mana
individu yang melakukan perkara yang disenaraikan di dalam Seksyen 13 di atas tanpa kebenaran.

Bentuk-bentuk remedi yang boleh diperoleh oleh pemegang hak cipta apabila suatu perlanggaran hak
cipta telah dibuktikan di mahkamah adalah ganti rugi, perintah penahanan atau injunksi dan
pembayaran keuntungan. Dalam kes-kes tertentu pula, mahkamah juga boleh memberikan ganti rugi
tambahan seperti sebarang faedah kewangan yang terkumpul akibat daripada perlanggaran tersebut.

Gantirugi diberikan oleh mahkamah dengan tujuan untuk meletakkan pemegang hakcipta itu kembali
kepada keadaan asal sebelum perlanggaran itu berlaku. Perintah penahanan pula dikeluarkan oleh
mahkamah bagi menghalang pihak yang melanggar hak cipta daripada terus berbuat demikian kepada
pemegang hak cipta. Ia boleh jadi perintah penahanan sementara ataupun perintah penahanan kekal.
Sementara itu, perintah supaya pembayaran keuntungan dibuat kepada pemegang hak cipta oleh pihak
pihak yang telah melanggar hakcipta tersebut itu pula bermaksud, keuntungan yang diperoleh setelah
ditolak kos penghasilan karya.
• Sementara itu, Seksyen 41 Akta Hak cipta pula menyenaraikan kesalahan-kesalahan perlanggaran hakcipta
yang terletak di bawah bidangkuasa jenayah. Seksyen ini dengan jelas memperincikan bahawa sesiapa
yang menjual, menyewa, mengedar, memiliki (selain daripada untuk kegunaan sendiri), mempamerkan
atau mengimport satu salinan langgaran boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak
melebihi 5 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, seseorang itu
boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Seksyen ini juga menyebut mana-mana orang yang membuat atau ada dalam miliknya apa-apa alat yang
boleh digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud untuk membuat salinan langgaran, maka
dia boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya dan
bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM40,000-00 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau
kedua-duanya.

Kawalan ke atas hak cipta diperoleh melalui undang-undang. Namun penguatkuasaan undang-undang
sahaja tanpa kesedaran sosial yang tinggi tidak akan memberi erti kepada konsep hak cipta yang
sebenarnya. Ramai antara kita yang memperkecil-kecilkan perlanggaran Akta Hakcipta sebagai sesuatu
yang tidak signifikan berbanding jenayah pembunuhan. Mungkin secara dasarnya ia tidak sehebat jenayah
yang tersenarai dalam Kanun Keseksaan, tetapi berapa ramai yang menyedari bahawa plagiat dan cetak
rompak telah “membunuh” kerjaya dan tugas penulis dengan mengakui sesuatu yang bukan milik sendiri.

Secara keseluruhannya, undang-undang hak cipta wujud dalam usaha untuk menghalang plagiat serta
cetak rompak ke atas harta intelektual. “Rompakan” ke atas karya intelektual sesungguhnya ialah suatu
“jenayah” yang kejam. Mengakui karya orang lain sebagai hasil kita sendiri benar-benar menjatuhkan
moral seorang penulis itu sendiri terutama sekali apabila penulis itu mengambil jalan termudah bagi
mencipta nama.
Mengapa Berlaku Plagiat
• Azizan Kadir Dot Com dalam blognya telah menulis tentang Plagiarism Fenomena
Atau Trend. Anda boleh ke blog beliau ataupun baca artikel berkenaan yang telah
saya salin dan tampal seperti di bawah:

• Plagiarism, fenomena atau trend? merupakan isu bagi penulisan saya kali ini.
“Plagiarism’ adalah mudah difahami dengan mnegambil hakcipta orang lain
ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan)
kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini ialah copy-
paste. Many people think of plagiarism as copying another’s work, or brrowing
someone else’e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). Plagiarism atau
amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar
institusi pengajian atau universiti di negara kita.
 
• Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan
idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum
ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk
menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan
utama para pelajar telah beralih arah kepada Internet untuk mendapatkan
maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka

Adakah plagiarism wujud dengan adanya Internet sebagai medium baharu untuk mencari sumber
atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan Internet dalam kalangan pelajar
banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya Internet , para pelajar akan
mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet
untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan
‘copy paste’ kian menular di universiti. Selain penggunaan Internet , sumber jurnal yang pelbagai
juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.
 
• Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism dalam kalangan pelajar akan dianggap sebagai
jenayah akademik? Pada perenggan sebelum ini, saya telah menyatakan antara sebab umum
berlakunya amalan ‘copy paste’. Sekarang, saya akan kupas beberapa sebab-sebab yang lebih
khusus atau spesifik kenapa amalan ini berlaku di kalangan pelajar.
 
1. Pelajar kurang mahir mencari maklumat

• Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan
untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung
untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari
maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif
utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini,
produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti
di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari
maklumat.
2. Tidak mempunyai masa yang secukupnya
• Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa
tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol
dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak
akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih
daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri
pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil
mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.
 
3. Suasana pembelajaran di universiti berbeza dengan sebelumnya
• Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di peringkat
matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-nota oleh guru-guru
dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para
pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri
oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka
ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang
dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan ‘copy paste’ untuk menyiapkan
tugasan mereka.
 
4. Kurang kesedaran tentang plagirism
• Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak
menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat
buah fikiran orang lain. Saya berpendapat, para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar
untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pensyarah perlu
sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam ‘copy paste’ ini. Para pelajar juga perlu
menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka
sering mengamalkan amalan ini.
 
5. Kurang persedian dalam menyiapkan tugasan
• Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan
amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk
menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan
terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain,
maka pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir,
banyak masa yang telah luangkan oleh mereka untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang
dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100%
kepada Internet . Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih
berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh
berguru dengan Internet semata-mata.
 
6. Sifat pelajar itu sendiri
• Kebanyakan pelajar yang melakukan plagirism terdiri daripda mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu
dalam diri mereka. Mereka telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru tanpa usaha sendiri. Berjaya
menjejaki kaki ke mara gading tanpa usaha sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan
terbawa-bawa ke universiti. Saya yakin, apabila di universiti kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat
meneruskan pelajaran mereka dan mereka akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa menamatkan pengajian
mereka terlebih awal.
 
• Adakah dengan cara menciplak hasil kerja orang lain akan mendatangkan kajayaan kepada anda? Sebagai
pelajar, mungkin anda mempunyai pendapat sendiri mengapa wujudnya amalan ‘copy paste’ di universiti dan
saya yakin juga kebanyakan pembaca blog ini terdiri daripada mereka yang cerdik pandai iaitu pelajar universiti.
 
• Sebelum saya menoktahkan artikel kali ini, saya tinggalkan satu persoalan kepada tuan puan. Patutkah jenayah
akademik ini dijatuhkan hukuman atau denda?
Undang-Undang dan Penulisan
• Sebelum menelaah entri ini sepenuhnya, sila baca entri saya terdahulu di Etika dalam
Penulisan untuk lebih memahami secara kasar tentang pematuhan yang diperlukan
apabila menulis.
 
• Pelbagai fonomena berkaitan penulisan, terutama secara maya boleh dibaca di entri-
entri berikut sebagai contoh pelanggaran etika dan akta secara maya yang sepatutnya
tidak dilakukan; Apabila Rafiqin Darwisy Tiba-tiba Menjadi Satu Fonomena Maya dan 
Salleh Groger Samsa di Facebook. Sila baca juga entri Bila Menulis Secara Maya sebagai
bacaan tambahan.
 
• Undang-undang tidak membezakan antara penulis dengan rakyat lain dan tidak
memberikan sebarang keistimewaan kepada mereka. “Penulis” kontaks ini bukan
bermakna, anda perlu mengistiharkan diri sebagai penulis secara sepenuh masa atau
melibatkan diri dalam dunia penulisan, namun, ia bererti: sesiapa sahaja yang menulis
sama ada secara sepenuh masa, sambilan ataupun menulis sebagai hobi dan
menyebarkannya (sama ada dalam bentuk bercetak atau secara maya). Sekiranya tulisan
berkenaan tidak dibaca oleh orang lain dan hanya catatan peribadi yang tidak
disebarkan, kemungkinan untuk penulis berkenaan diambil tindakan sangat rendah,
kecuali ia disebarkan kemudiannya (dengan persetujuan penulis atau tanpa
persetujuan).
• Apabila menulis, seseorang itu akan dikaitkan dengan undang-undang secara langsung atau
tidak langsung. Undang-undang akan dikaitkan secara langsung dengan penulis apabila
kesan sesuatu undang-undang itu amat rapat dengan hasil penulisan seseorang penulis
seperti undang-undang hakcipta, manakala kaitan tidak langsung kepada penulis boleh
diterima apabila sesuatu tulisan itu mengarah kepada hal-hal yang menjurus kepada
kesalahan (melanggar undang-undang negara) seperti kesalahan menghasut (akan didakwa
di bawah undang-undang hasutan), menfitnah (akan didakwa di bawah undang-undang
menfitnah) dan sebagainya.
 
• Hak penulis juga dijamin oleh undang-undang. Penulis akan dilindungi jika tulisan disiarkan
atau diterbitkan dan ini terjamin dalam undang-undang kontrak, manakala hasil karya itu
sendiri dilindingi hakciptanya.
 
• Isu tentang kebebasan menulis di Malaysia pernah hangat beberapa waktu dahulu, namum
kebebasan ini telah dimasukkan dalam dalam Perlembagan Malaysia. Negara Malaysia yang
mengamalkan demokrasi berparlimen melalui pilihanraya telah membenarkan kebebasan
bersuara secara terhad dalam penulisan. Walaupun boleh menulis secara bebas untuk
mengutarakan pendapat dan fikiran kepada umum, namun perlu disedari bahawa
kebebasan ini bersifat terhad. 

Setiap penulisan perlu mematuhi undang-undang negara. Antara akta yang mengawal dan
melindungi setiap orang yang terlibat dalam penulisan adalah seperti yang berikut;
1. Akta hak cipta
2. Akta Fitnah
3. Akta hasutan
4. Akta kontrak
5. Akta rahsia rasmi
6. Akta keselamatan dalam negeri
7. Akta mesin cetak dan penerbitan
8. Akta kawalan penerbitan yang diimport
9. Akta siber
Undang-Undang Siber

• Yang berikut ialah lima akta siber yang diluluskan oleh


Parlimen pada tahun 1997 dan 1998 iaitu:
1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
2. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia 1998.
3. Akta Tandatangan Digital 1997.
4. Akta Jenayah Komputer 1997.
5. Akta Teleperubatan 1997.
Kategori Jenayah Siber
Secara kasar, jenayah siber dilakukan melalui Internet, oleh itu rangkuman
jenayah ini boleh meliputi negara luar dan juga lingkungan penguatkuasaan
di Malaysia. Walau bagaimanapun, undang-undang siber yang digubal
hanya boleh dikuatkuasakan kepada pesaalah yang berada di Malaysia
sahaja. Sekiranya penjenayah berkenaan tidak berada di Malaysia, akta ini
tidak dapat digunakan kepada mereka. Walau bagaimanapun, dalam kes
tertentu, pihak berkuasa di Malaysia boleh berkerjasama dengan pihak
berkuasa di negara berkenaan dan interpol bagi menangani kegiatan
jenayah yang serius.

Jenayah siber dikategorikan kepada;


a) jenayah siber terhadap harta benda, 
b) jenayah siber terhadap manusia/ individu dan 
c) keganasan siber.
Jenayah siber terhadap harta benda
• Jenayah Siber yang melibatkan harta benda ini melibatkan semua bentuk harta
benda seperti mencuri maklumat, wang, harta atau perkhidmatan. Ia
merangkumi penipuan, pemalsuan dan pengganggu (mischief) yang boleh dilihat
melalui beberapa contoh di bawah;
 
• kesalahan menggunakan kenyataan dan salah tafsiran untuk memujuk negara
memberikan harta, barang-barang berharga secara rela seperti: pemasaran
secara 'mutilevel', francais, lelongan dan sebagainya.
• Perlakuan mengubah suai dokumen dengan niat menggunakan dokumen-
dokumen itu untuk menipu. Jenayah siber jenis ini dilakukan apabila seseorang
yang menggunakan komputer.
• Menggangu seperti dilakukan secara maya oleh virus komputer. Virus ini boleh
dihasilkan dan disebarkan melalui muat turun (download), laman web pornografi
dan games, dan membuka program atau file yang berpaut pada e-mail.
• vandalisme siber: iaitu seorang yang menceroboh masuk sistem komputer bagi
tujuan merosakkan atau memusnahkan maklumat yang ada.
 
 
Jenayah siber terhadap manusia

• Walaupun jenayah siber tidak melibatkan kesan terhadap


kecederaan fizikal, namun, ia masih lagi mampu memberi kesan
buruk kepada mangsanya. Contoh:
• pornografi: foto boleh diubahsuai menjadi foto pornografi
melalui pelbagai teknik super impose, menyebarkan rakaman
video
• gangguan siber, iaitu mangsa diganggu melalui Internet dan
dilakukan ke atas mangsa melalui laman web, e-mel atau
program 'chat'.
• pengintipan yang dilakukan untuk mengancam mangsa melalui
mesej e-mae seperti kes yang berlaku kepada Bill Gates;
menerima ugutan bunuh.
Keganasan siber

• Keganasan jenis terancang ini telah dirancang


dengan teliti dan dimotivasikan secara politik
terhadap pencerobohan maklumat, sistem
komputer, program komputer dan data oleh
segolongan kecil orang dan agen-agen sulit
sahaja.
• Contoh: jenayah yang melibatkan kawalan
trafik udara terjejas mengakibatkan
perlanggaran kapal terbang.
 
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
• Akta ini merupakan akta yang digubal berkenaan undang-
undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi
campur tangan kerajaan Malaysia dalam memantau
industri komunikasi dan multimedia.
• Aktiviti-aktiviti yang dikawal di bawah akta ini merangkumi:
• penyiaran tradisional,
• telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk
kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam
memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang
dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan
rangkaian tersebut.
• Walau bagaimanapun, tiada peruntukan membenarkan penapisan
Internet. Namun akta ini boleh memantau kegiatan di dunia maya yang
melanggar undang-undang Malaysia termasuk penulisan. Sekiranya
sesuatu tulisan di laman web atau blog didapati menyalahi undang-
undang, tindakan akan diambil dengan mengarahkan Internet Service
Provider (ISP) menyekat laman-laman web tertentu yang menyalahi
undang-undang negara di bawah peruntukan pencegahan yang
dibenarkan oleh Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (AKM 98). Tindakan ini tidak boleh dianggap sebagai menapis
Internet, sebaliknya ia adalah tindakan penguatkuasaan dan
menegakkan kedaulatan undang-undang negara.
• Sepanjang tempoh Januari 2008 hingga Julai 2009, sebanyak 470 laman
web yang didapati melakukan kesalahan telah dikenakan tindakan
sekatan oleh Internet Service Provider (ISP) atas arahan SKMM. Begitu
juga dengan beberapa kes pendakwaan di mahkamah atas kesalahan
tertentu seperti kes Raja Petra Kamarudin (RPK) didakwa menghasut
berhubung dengan artikel beliau di Malaysia Today, “Let’s Send the
Altantuya Murderers to Hell” pada 25 April 2008.
• Seksyen 233 (2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan
hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau
kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari
kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Melalui syeksen ini, Seorang kerani
bank telah menjadi individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi
lucah melalui Internet bagi tujuan komersial. Tajulzairi Tajuddin, 31, mengaku
bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet di
laman web wanitamelayu2.com dengan memberikan komunikasi lucah bagi
maksud komersial telah didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal
membayar denda tersebut.
• Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia.
Pendakwaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula membabitkan apa-apa
kegiatan berkaitan penyalahgunaan akaun komunikasi untuk mengelak bayaran.

• Selain itu, penyebaran maklumat berunsur fitnah atau menjatuhkan maruah


orang lain boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan. Akta ini
menggabungkan penyiaran dan komunikasi iaitu menggantikan Akta
Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Mutimedia 1998
• Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan
berkaitan dengan jaringan seperti Internet. Suruhanjaya berkenaan ialah Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), iaitu badan penyeliaan industri
komunikasi dan multimedia di Malaysia. Badan ini juga akan mengambil alih kuasa
pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini
diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
 
• Tujuan utama dibentuk suruhanjaya ini adalah sebagai salah satu usaha untuk
mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia di negara ini berdasarkan
kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Peranan utama SKMM
ialah:
• melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor
telekomunikasi dan multimedia.
• menyelia rangka penyeliaan baharu untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi,
penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.
Akta Tandatangan Digital 1997
• Akta ini digubal untuk membolehkan segala urusan melalui online
diterima secara sah termasuk penggunaan tandatangan secara
digital. Tujuan utama Akta Tandatangan Digital digubal untuk
membolehkan tandatangan elektronik dan tanda tangan dalam
bentuk bukan tulisan dapat diterima dalam urusan perniagaan dan
perundangan bagi melicinkan urusan dagangan secara elektronik,
sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang.
• Tandatangan digital ini sebenarnya satu nombor kekunci yang
digunakan untuk tujuan penyulitan dan tandatangan maklumat
digital. Kelulusan undang-undang ini sangat diperlukan kerana
tanpa pengesahan dari segi undang-undang, dokumentasi secara
online sukar untuk dilaksanakan.
Akta Jenayah Komputer 1997
• Undang-undang ini memberi satu rangka kepada pihak penguat kuasa untuk mendefinisikan aktiviti
membaca, memintas dan menggunakan komputer serta maklumat komputer secara haram, piawaian
untuk pembekal khidmat dan menggariskan hukuman kepada mereka yang salah di sisi undang-
undang.
• Jenayah komputer ialah apa-apa kegiatan jenayah yang menggunakan komputer sebagai alat dan
melibatkan hubungan yang terus antara komputer dengan penjenayah berkenaan. Akta ini digubal
untuk melengkapkan undang-undang jenayah sedia ada khususnya berkaitan dengan jenayah yang
dilakukan melalui jaringan komputer. Pengguna yang terbabit dalam kegiatan pencerobohan
rangkaian komputer, penipuan perbankan internet, pemalsuan kad ATM serta penyebaran virus boleh
didakwa mengikut Akta Jenayah Komputer 1997. Akta ini dikuatkuasakan pada 1 Jun 2000, bertujuan
menyediakan hukuman berkaitan penyalahgunaan komputer.
 
• Antara kesalahan yang dijelaskan ialah:

• capaian tanpa kuasa ke atas bahan komputer,


• capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut,
• pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer dan komunikasi salah.
• Menceroboh, mencuri & membinasakan data,
• merosakkan laman web, mencuri e-mail, menyalahgunakan kad kredit untuk penipuan dan lain-lain
lagi.
Akta Teleperubatan 1997
• Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan Internet untuk
menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukan apa-apa yang boleh dan apa yang tidak boleh
dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
• Akta ini menyediakan garis panduan yang membolehkan pengamal perubatan berlesen memberi teleperubatan
melalui audio, visual dan komunikasi data. Seorang doktor boleh menggunakan kemudahan multimedia untuk
mendapatkan bacaan tekanan darah, denyutan nadi, sehu badan yang diambil oleh pesakit sendiri melalui skrin
komputer, merujuk pada rekod sedia ada, membuat diagnosis dan rundingan secara telesidang. Melalui
perkhidmatan dengan perlindungan insurans ini, pesakit berpeluang mendapat rawatan seolah-olah hadir sendiri
di hospital.
 
• Para doktor dan pakar perubatan pula boleh bertukar pendapat dan pandangan perubatan daripada pakar lain
yang jauh tanpa 'duduk' berbincang di tempat yang sama. Jarak tidak lagi menjadi halangan utama. Ini amat
menjimatkan masa, kos dan dapat menyelamatkan nyawa dalam situasi yang kritikal.
 
• Undang-undang lain yang melindungi penulis apabila berkarya, ataupun boleh dikenakan tindakan terhadap
penulis yang melanggarnya akan saya tulis dalam entri-entri akan datang. Dokumen lengkap tentang akta-akta
yang terdapat di Malaysia boleh dilihat secara online di Akta-akta di Malaysia. Selamat menelaah. 

• SUMBER DIPEROLEH DARIPADA LAMAN WEB.

You might also like