You are on page 1of 3

SULIT PKUK3113

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 3

UJIAN BAWA PULANG : JUN 2020

KAMPUS : DARULAMAN

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : PKUK3113


KURSUS : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
MASA : 2 JAM 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 70

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 2 soalan struktur (30 markah)
Bahagian B : 3 soalan esei (40 markah)

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

3. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

5. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

1
SULIT PKUK3113

BAHAGIAN A
( 30 markah )

Jawab semua soalan.

1. Pentaksiran dalam pendidikan khas adalah untuk memberikan maklumat dan


gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai domain.
a Nyatakan domain tersebut.
[5
markah]

b Jelaskan instrumen yang sesuai digunakan oleh guru untuk mengumpul


maklumat berkaitan dengan tahap penguasaan murid.

[10 markah]

2. Pentaksiran autentik merupakan pentaksiran yang menilai pengetahuan dan


penglibatan murid dalam konteks yang mendekati dunia sebenar serta kehidupan
nyata sedekat mungkin.
a Senaraikan ciri-ciri tugasan autentik yang sesuai dalam pentaksiran autentik
(5 markah)

Tingkah laku bermasalah ialah tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar daripada
nilai dan norma sosial masyarakat.
b Huraikan tingkah laku bermasalah luaran murid berkeperluan khas beserta
contoh yang sesuai.
(10 markah)

2
SULIT PKUK3113

BAHAGIAN B
( 40 markah )

Jawab dua soalan.

1. Pentaksiran tingkah laku melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang merupakan


aspek penting untuk membentuk tingkah laku positif.
Cadangkan langkah untuk pengubahsuaian tingkah laku kanak-kanak berkeperluan
khas.
[ 20 markah]

2. Persepsi motor penting dalam mengajar murid pendidikan khas membuat gerakan
koordinasi. Koordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta
kebolehan anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya
dengan minda.

Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan beserta contoh tahap kelemahan


penguasaan kemahiran persepsi motor terhadap pembelajaran murid tersebut.

[ 20 markah]

3. Pentaksiran yang dijalankan dapat mengesan tahap prestasi murid pendidikan


khas. Pencapaian murid akan menjadi rujukan kepada guru untuk membina
klasifikasi mengikut tahap pencapaian sama ada pada tahap lemah, tahap
sederhana, atau tahap baik.

Perincikan persediaan guru hasil maklumat daripada pentaksiran yang perlu diberi
perhatian sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran didalam kelas
pendidikan khas.

[20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like