You are on page 1of 49

EDUP3113

PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK


TOPIK 6:

MOTIVASI DAN
PEMBELAJARAN
MOTIVASI
• Berasal daripada perkataan Latin (movere) yang bermaksud
menggerakkannya.
• Suatu usaha yang menggerakkan individu untuk melakukan
sesuatu tindakan.
• Motivasi ialah rangsangan yang membangkitkan dan
mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai
sesuatu matlamat termasuk mengubah sikap, minat dan
tingkah laku.
• Woolfolk (1990), Motivasi ialah kuasa dalaman yang
membangkit, mengarah dan mengawal tingkah laku serta
minat manusia.
• Kebiasaannya motivasi wujud kerana keperluan fisiologi atau
psikologi yang timbul.
• Tahap motivasi akan berubah secara positif atau negatif
disebabkan suasana bilik darjah atau persekitaran.
• Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi motivasi
contohnya seperti minat, persepsi, keyakinan diri dan
keinginan utk berjaya yang dapat mempengaruhi motivasi
murid dalam pelajaran.
Ciri-ciri Motivasi
• Wujud disebabkan keperluan fisiologi atau psikologi.
• Tidak diwarisi.
• Tidak wujud secara semula jadi.
• Suatu insentif untuk mencapai matlamat.
• Aras motivasi berkadar langsung terus mengikut kadar
keinginan. Semakin tinggi keinginan mencapai matlamat
semakin tinggi motivasinya.
JENIS-JENIS MOTIVASI

•Motivasi Ekstrinsik

•Motivasi Intrinsik
Motivasi Ekstrinsik

•Wujud daripada rangsangan luaran dengan


tujuan menggerakkan individu untuk melakukan
sesuatu aktiviti yang berfaedah.
•Dirangsang dalam bentuk pujian, hadiah,
pengiktirafan, insentif dan sebagainya.
Motivasi Intrinsik

•Wujud secara semula jadi yang bersifat dalaman.


•Terdiri daripada dorongan atau minat melakukan
sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran.
•Terdapat juga motivasi intrinsik yang dibentuk melalui
pembelajaran dan pengalaman yang membawa
kepuasan.
•Contoh: Tabiat membaca buku cerita dan bermain
alat muzik
Bagaimana hendak mewujudkan motivasi
intrinsik?
• Matlamat dan ganjaran pembelajaran bermakna boleh
dicapai tetapi bukan terjamin perolehannya.
• Pembelajaran penting untuk mencapai prestasi yang
diingini.
• Murid berupaya untuk kawal kadar pembelajaran
masing-masing.
• Pengalaman pembelajaran yang mencabar kebolehan,
akan timbul perasaan ingin tahu yang tinggi.
Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi
• Minat
•Timbul apabila aktiviti tersebut dapat menghasilkan
kepuasan.
• Naluri dan inkuiri
•Naluri ingin tahu – Akibat rangsangan dalam
persekitaran.
•Naluri inkuiri (Exploration) – Mencuba, menjelajah,
mencipta dan mereka bentuk.
Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi
• Desakan dan keperluan
• Desakan - Perubahan tingkah laku akibat keperluan fisiologi yang tidak
dipenuhi.
• Keperluan – Keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu
daripada aspek fisiologi dan psikologi.
• Sikap, harapan dan aspirasi
• Sikap – Sikap positif terhadap sesuatu aktiviti.
• Harapan – merujuk kpd ramalan yg subjektif.
• Aspirasi – setakat mana objektif pencapaiannya ke atas sesuatu kerja
atau tugasan yang dilakukan.
PENDEKATAN MOTIVASI
PERSPEKTIF BEHAVIORIS
- B. F. Skinner

PERSPEKTIF KOGNITIVIS
- David Mc Clelland
- Bernard Weiner

PERSPEKTIF HUMANISTIK
- Abraham Maslow
- Carl Rogers
PERSPEKTIF BEHAVIORIS
• Motivasi – Perubahan tingkah laku akibat interaksi pengalaman
seseorang dengan persekitaran.
• Konsep pengukuhan dapat meningkatkan tahap motivasi murid.
• Tokoh utama : Pavlov, Thorndike dan Skinner.
• Tumpuan utama: Hubungan antara rangsangan dan tindak
balas yang membawa kepada perubahan tingkah laku .
Teori Motivasi Ekstrinsik B. F. Skinner
• Ganjaran – Sesuatu objek atau peristiwa yang diberi akibat
kelihatan atau manifestasi sesuatu tingkah laku yang diingini.
• Contoh: Murid beri jawapan betul – Dapat satu bintang
(token)
• Insentif – Sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakkan
atau tidak menggalakkan membentuk tingkah laku yang diingini.
• Jaminan bahawa murid akan mendapat gred A setelah
berjaya menghimpun sejumlah bintang (token) yang
ditentukan.
• Jika murid-murid diberi pengukuhan secara konsisten
bagi sesuatu tingkah laku mereka akan dilazimkan untuk
bertindak mengikut cara-cara tertentu.
• Contoh: murid diberi ganjaran (wang, hadiah, pujian)
apabila menang dalam sukan & permainan.

• Pemberian gred, bintang, token bagi tingkah laku yang


diingini dan markah demerit bagi salah laku merupakan
motivasi ekstrinsik dlm bentuk insentif, ganjaran dan
dendaan.
PERSPEKTIF KOGNITIVIS
• Ahli teori Kognitif seperti MaxWertheimer (1880-1943) dan
John Piaget melihat pembelajaran sebagai satu fenomena
mental dalaman dan bukan perubahan tingkah laku luaran.
• Hal ini bermakna, apa-apa yang dipelajari berkemungkinan
dapat ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku .
• Implementasi motivasi dari Perspektif Kognitif menekankan
bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara manusia berfikir
tentang diri mereka dan persekitaran.
• Manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu secara intrinsik,
bermotivasi, dan suka meneroka untuk menyelesaikan
masalah serta membentuk tingkah laku bagi menyesuaikan
diri.
• Oleh itu, guru harus merangsang naluri ingin tahu murid dan
menyokong kebolehan murid untuk berjaya.
TEORI MOTIVASI MC CLELLAND
• Merupakan salah satu model psikologi mengenai keperluan manusia
yang paling dikenali, terutamanya dalam perniagaan dan organisasi.

• David McClelland menerangkan dalam bukunya Persatuan


Pencapaian ("The Realizing Society") mengenai tiga keperluan.

• McClelland mengesyorkan penggunaan ujian apperception


tematik oleh Henry A. Murray sebagai ujian psikologi penilaian
projektif bagi menilai keperluan manusia.
Teori Motivasi Mc Clelland

3 jenis keperluan motivasi asas


i) Keperluan terhadap kuasa
ii) Keperluan terhadap penggabungan
iii) Keperluan terhadap pencapaian.
Keperluan terhadap kuasa
• Orang yang mempunyai keperluan yang tinggi terhadap kuasa
sentiasa mencari kedudukan dalam kepimpinan.
i. Sifat / Tingkahlaku sebagai pemimpin
ii. Mereka adalah seorang yang suka memberi arahan
iii. Lantang bersuara.
iv. Keras Kepala.
v. Mereka gemar mengajar orang lain
Keperluan terhadap Penggabungan
• Orang yang mempunyai keperluan yang tinggi terhadap
penggabungan selalunya ingin sentiasa dikasihi dan
mengelakkan rasa kecewa dari disingkir oleh sesuatu kumpulan
sosial
i. Sifat / Tingkahlaku yang Ekstrovert
ii. Berusaha memelihara hubungan sosial yang baik
iii. Sentiasa mesra.
iv. Saling memahami.
v. Bersedia untuk menghiburkan orang lain
vi. Membantu orang dalam kesusahan.
Keperluan terhadap Pencapaian
• Orang yang mempunyai keperluan terhadap pencapaian yang tinggi
sangat menginginkan kejayaan dan pada masa yang sama takut
akan kegagalan.
i. Sifat / Tingkahlaku yang berkeyakinan tinggi
ii. Mereka tidak gentar dicabar.
iii. Menetapkan matlamat yang agak sukar (tetapi bukan mustahil)
v. Mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko.
vi. Lebih kepada penganalisis dan menilai masalah.
vii. Lebih gemar memikul tanggungjawab peribadi untuk
melaksanakan sesuatu tugas (workaholic)
Teori Atribusi Bernard Weiner
• Weiner menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika
memperoleh sesuatu hasil yang diingini.
• Penekanan tertumpu kepada persepsi murid yang mempengaruhi
cara mereka mentafsirkan kejayaan atau kegagalan.
• Hasil usaha sendiri mempengaruhi kecenderungan murid untuk
mengulangi tingkah laku yang sama.
•Menurut Weiner, atribut atau kualiti karakter seseorang
wujud dalam tiga dimensi iaitu:

1. Lokus : Lokasi sesuatu penyebab berada.


3. Stabiliti : Penyebab boleh berubah atau tidak berubah.
3. Kawalan : Sejauh mana murid bertanggung jawab atas kejayaan atau
kegagalan mereka dalam mengawal situasi pembelajaran
yang dilalui.
Faktor yang mempengaruhi motivasi
dalam pendidikan berasaskan perspektif
kognitif
•Kebolehan
•Usaha dengan lokus yang ada dalam diri murid
•Nasib
•Aras kesukaran sesuatu tugasan dengan lokusnya di luar
kawalan murid
Peranan guru diperlukan untuk
meningkatkan motivasi murid.
• Guru membantu murid untuk percaya bahawa mereka ialah kompeten.
• Guru menggalakkan murid untuk berusaha dan melipat gandakan usaha.
• Guru memastikan murid berusaha dengan gigih.
• Guru perlu melakukan sesuatu agar murid tidak gagal berulang kali.
• Guru membantu murid untuk memahami mereka bahawa tingkah laku
akan membawa kepada kejayaan atau kegagalan.
• Guru merangsang konsep kendiri murid dan memfokuskan usaha sebagai
faktor kejayaan.
PERSPEKTIF HUMANISTIK
•Menjurus kepada Teori Abraham Maslow dan Carl
Rogers.
•Melihat murid sebagai insan berpotensi, bermotivasi
dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang.
•Faktor pembelajaran adalah dipengaruhi oleh situasi,
hubungan dan penerimaan guru dan rakan-rakan.
Kepentingan Perspektif Humanistik
•Selalu mendahulukan hal-hal yang bersifat demokratik dan
humanistik.
•Suasana pembelajaran yang saling menghargai, adanya
kebebasan memberi pendapat dan kebebasan bersuara.
•Penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti di sekolah dapat
membantu pelajar ke arah kemampuan untuk hidup
bermasyarakat.
Kaedah Pelaksanaan PdP dari
Perspektif Humanistik
1. Penyediaan keadaan bilik darjah yang sesuai dan selamat.
•Guru haruslah mempertimbangkan aspek kesesuaian fizikal
di dalam kelas.
•Contohnya, guru tidak digalakkan untuk menyediakan
aktiviti PdP yang melibatkan terlalu banyak pergerakan fizikal
demi menjaga keselamatan murid terutama murid
berkeperluan khas.
2. Beri peluang pilih tugasan dan aktiviti
pembelajaran

•Guru sewajarnya mengambil tahu tentang ilmu yang ingin


dipelajari murid dan bukan semata-mata hanya mengajar
sahaja.
•Contohnya, guru boleh melakukan aktiviti PdP yang menarik
seperti bermain sambil belajar agar murid dapat belajar
dengan gembira dan berkesan.
3. Gerak kerja kumpulan

•Membahagikan murid-murid untuk melaksanakan aktiviti


dalam gerak kerja berkumpulan.
•Contohnya, guru boleh memberi satu tajuk perbincangan
kepada murid-murid dan mereka perlu melakukan aktiviti
secara berkumpulan.
4. Program pemulihan bagi murid yang lemah

•Guru wajar menjalankan aktiviti/ program pemulihan bagi


murid yang lemah agar dapat membentuk konsep kendiri
yang positif.
•Contohnya, guru boleh memberi didikan khas kepada murid
yang lemah dan memberi dorongan agar mereka dapat
belajar dengan bersemangat.
Teori Pembelajaran Humanistik
Abraham Maslow (1908-1970)
1. Seorang ahli psikologi yang berasal dari
Amerika Syarikat dan menjadi pelopor
aliran psikologi humanistik
2. Ia terkenal dengan teorinya tentang hieraki
keperluan manusia.
3. Mengikut Maslow manusia akan memenuhi
keperluan-keperluan asas seperti fisiologi, keperluan
keselamatan, penghargaan kendiri dan kesempurnaan
kendiri
Hierarki Keperluan Maslow
Teori Pembelajaran
Humanistik Carl Rogers
(1902-1987)
1. Seorang ahli psikologi kelahiran
Amerika Syarikat
2. Teori Kaunseling: Psikoterapi Berpusatkan Klien.
3. Beliau mengatakan behawa seseorang hanya dianggap
berpendidikan sekiranya ia telah belajar cara belajar
dan ingin berubah.
Teori Pembelajaran Humanistik
Carl Rogers
Prinsip Pembelajaran Carl Rogers

1. Mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar


(Learner Centered Education)
2. Mengutamakan prinsip pembelajaran berasaskan
kebebasan (freedom to learn) - pembelajaran merupakan
sesuatu jenis naluri ingin tahu (curiosity)
Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran
Rujukan
: Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik
dari
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html
Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston
Halim Ahmad (2013), Teori pembelajaran social Albert Bandura. Dipetik dari
http://http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaran-sosial-albert-
bandura.html
Mok Soon Sang.(2009), Psikologi Pendidikan untuk pengajaran & pembelajaran.Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam
Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid
dan Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2011). Educational psychology.Theory and practice.(10th ed.). Boston: Allyn and
Bacon.

You might also like