You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai perubahan yang dihadapi oleh
setiap individu yang berubah mengikut peredaran masa. Walaugaimanapun, pelbagai
pendapat telah dikemukakan, menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku
perkembangan kanak-kanak, berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak merupakan
perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada
sifat baru yang berlain daripada sifat yang lebih awal. Manakala Santock (2008) pula
mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioekonomi individu yang bermula daripada peringkat bercambahan sehingga ke akhir
hayat.

Perkembangan juga merujuk kepada perubahan dalam struktur atau fungsi dari masa
ke masa. Struktur merujuk kepada beberapa substrat organisma, seperti tisu saraf, otot atau
anggota badan. Dalam psikologi kognitif pengetahuan mental dilihat sebagai kecerdasan
minda. apabila bercakap mengenai perkembangan kognitif, struktur digunakan untuk
beberapa andaian misalnya, logam yang konstruk, fakulti, atau keupayaan yang pertukaran
dengan umur. Sebagai contoh, pengetahuan daripada minda kanak-kanak seperti anjing, singa
dan zebra boleh ditafsirkan sebagai sedia ada dalam beberapa jenis struktur mental, dengan
maksud lain ianya berubah-ubah dari masa ke masa.

Perkembangan kognitif kanak-kanak merujuk kepada kebolehan mereka untuk


berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku
disekeliling mereka. Menurut Piaget (1896-1980) menjelaskan perkembangan kognitif
menekankan pelbagai aspek bagaimana kanak-kanak membina pemikiran mereka sendiri
mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman hidupnya. Beliau berpendapat bahawa
kemahiran kognitif seseorang berubah-ubah dari satu peringkat ke peringkat yang seterusnya.
Perkembangan merupakan keupayaan berfikir dan menaakul berlaku seiringan dengan
perkembangan sosioemosi, fizikal dan pengusaan kemahiran berbahasa. (Dalam Lew Moi
Mooi dan rakan-rakan, 2014)

Lantaran itu, jelaslah bahawa perkembangan kognitif merupakan satu proses yang
berterusan yang berlaku dalam diri seseorang. Kanak-kanak akan mengalami perubahan
apabila mencapai tahap perkembangan tertentu dalam diri mereka. Misalnya, kanak-kanak
akan mula berkebolehan untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-
perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Hal ini melibatkan aktiviti mental seperti
ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup
seseorang individu.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Jean Piaget memperkenalkan teori perkembangan kognitif yang berfokuskan kepada aspek
biologi dan pengalaman dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget
menjelaskan bahawa manusia membina struktur minda yang akan membantu mereka
menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Beliau juga turut menekankan bahawa kanak-
kanak membina kemahiran kognitif mereka secara aktif. Kemahiran tersebut akan berubah
sistematik dan berterusan (Santrock, 2012).

Piaget telah mengenalpasti beberapa faktor saling berkaitan yang boleh


mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan
persekitaran, pengalaman sosial dan juga keseimbangan. Kematangan biologi merujuk
kepada proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Piaget turut
menjelaskan bahawa minda manusia menbina skema dan melaksanakan proses asimilasi dan
akomodasi dalam membina ilmu. Proses pemikiran individu akan berubah secara menyeluruh
bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan.

Menurut Piaget lagi seseorang itu akan cuba memahami persekitaran mereka dengan
memahami sesuatu situasi, mengetahui objek-objek dan proses-proses yang berlaku
disekelilingnya. Lantaran itu, seseorang itu akan merasa kurang selesa apabila berdepan
dengan keadaan yang tidak menentu atau kekusutan. Pemikiran juga akan berada dalam
keadaan bimbang. Hal tersebut akan menyebabkan seseorang itu berusaha mencari
penyelesaian masalah atau memulikan semula keseimbangan pemikiran kita.

Dalam mencapai proses keseimbangan,Piaget telah memperkenalkan beberapa proses


keseimbangan iaitu skema, asimilasi dan akomodasi, organisasi. Skema terbentuk apabila
individu ingin memahami dunia disekeliling individu. Skema adalah satu perwakilan mental
atau struktur kognitif kepada pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi (Santrock, 2012).
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu menyesuaikan diri
meraka dengan keadaan persekitaran. Skema dikatakan akan berkembang, bertambah
kompleks dan lebih teratur seiring dengan pengalaman individu. Skema dikatakan terbentuk
bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Misalnya, seorang bayi apabila
dilahirkan akan mempunyai skema yang diperoleh semakin lama semakin meningkat dan
skema tersebut akan diperhaluskan. Apabila bayi dilahirkan, skema yang sedia ada pada bayi
ialah menghisap susu, melihat dan menggenggam. Melalui perlakuan tersebut, bayi dapat
mengklasifikasikan objek mengikut saiz, bentuk, tekstur dan warna. Lantaran itu, seseorang
bayi mempunyai skema perlakuan dan struktur minda yang ringkas.

Asimilasi adalah proses kognitif di mana seseorang menghimpunkan informasi-


informasi baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada iaitu
penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Contohnya, kanak-kanak
mengetahui struktur asal motorsikal dan spefikasi informasi berkenaan motorsikal itu di
simpan didalam fail skemanya. Bermula dengan motorsikal biasa kepada motorsikal yang
mempunyai pelbagai jenama dan reka bentuk, maklumat sentiasa ditingkatkan dan ditambah.
Akomodasi pula berlaku apabila individu memodifikasikan skema yang sedia ada atau
membina skema baru sekiranya maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam skema
lama. Contohnya, motorsikal yang diketahui telah diubahsuai menjadi motorsikal roda tiga,
maka penerimaan pandangan daripada skema yang sedia ada adalah bahawa itu motorsikal
tersebut bukan motorsikal roda tiga. Namun apabila disesuaikan dengan penerangan dan
pendekatan maka kanak-kanak tersebut boleh menerimanya.

Manakala mengikut Santrock (2012) menjelaskan organisasi ialah proses penyusunan


skema ke dalam sistem yang lebih kompleks. Menurut Piaget, proses penyusunan dan
penyesuaian skema merupakan proses perkembangan kognitif semulajadi yang berlaku secara
berterusan sepanjang hayat manusia. Individu mengorganisasikan pengalaman mereka untuk
memahami persekitarannya dan keupayaan mengorganisasikan ini bergantung kepada
kemahiran kognitif mereka. Misalnya, kanak-kanak akan mengorganisasikan pengalamannya
tentang penggunaan alat tulis seperti pensil, pemadam, pen, pensil warna dan sebagainya
mengikut kategori dan jenis tugasan yang diminta oleh guru (Lew Moi Mooi et. al., 2014).

Keseimbangan pula akan tercapai apabila individu menyimpan proses penyerapan dan
pengubahsuaian. Proses keseimbangan merupakan satu mekanisma yang digunakan oleh
individu untuk mengalih satu tahap pemikiran kepada tahap yang lebih tinggi. Pengalihan
tahap pemikiran berlaku apabila individu mengalami konflik kognitif atau ketidakseimbangan
minda semasa ingin memahami sesuatu maklumat baru yang wujud dalam persekitarannya.
Sekiranya ia berjaya, proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat
diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta
skema yang baru. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan
tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Disamping itu, Piaget turut memperkenalkan empat peringkat dalam perkembangan


kognitif iaitu peringkat sensorimotor (sejak lahir hingga 2 tahun), peringkat pra operasi (2
hingga 7 tahun), peringkat operasi kontrik (7 hingga 11 tahun) dan peringkat operasi formal
(11 tahun dan ke atas). Piaget menjelaskan bahawa kanak-kanak pada peringkat operasi
konkrit berkebolehan untuk berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat
dengan situasi konkrit dan pada peringkat ini juga kanak-kanak boleh menguasai konsep
pengekalan (conservation), proses pengelasan dan proses pengusunan. Bagi konsep
pengekalan terbahagi kepada tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti yang mana tiada
perubahan dalam ciri-ciri objek sama ada bilangan, keluasan atau isipadu walaupun
bentuknya berubah. Prinsip kedua ialah prinsip ganti rugi yang mana perubahan dalam satu
aspek akan diganti semula oleh aspek lain. Manakala prinsip ketiga ialah prinsip keterbalikan.
Prinsip ini menjelaskan bahawa objek boleh kembali semula kepada sifat yang asal sekiranya
diulangi operasi tertentu.

UJIAN KONSERVASI PIAGET

Jean Piaget menjalankan pelbagai ujian bagi memahami keupayaan kognitif dan perspektif
kanak-kanak. Antara ujian yang sering digunakan untuk menguji keupayaan kognitif kanak-
kanak adalah ujian konservasi. Ujian tersebut adalah bertujuan untuk menilai tahap
keupayaan kanak-kanak memahami pengekalan ciri-ciri bahan yang terdiri daripada
pengekalan kuantiti dan bilangan, pengekalan ruang seperti jarak dan kawasan, pengekalan
isi padu seperti cecair dan jisim serta memahami pengekalan berat.

(kalau ada jumpa ujian konvensional yg full, letak yaa kita cari tak jumpa yg full)

OBJEKTIF

1. Mengkaji tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.


2. Melihat pada peringkat umur berapakah kanak-kanak mempunyai pemikiran konsep
objek pengekalan.
RUJUKAN

Haliza Hamzah & Joy, N. Samuel. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman.

Lew Moi Mooi et. al. (2014). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Free Horizons
Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia


Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rohani Abdullah. (2006). Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah Edisi 3. Kuala Lumpur
: PTS Publication.

Santrock, J. W. (2012). Child Development (12th ed.). New York : McGraw Hill.

You might also like