You are on page 1of 2

Kesan Hubungan Berganda

Hubungan berganda yang tidak munasabah akan menyebabkan kerosakan atau risiko ekplotasi
atau kemudaratan dalam proses menolong dan dianggao tidak beretika (APA, 2002). Hubungan
berganda yang berlaku dalam sesi kaunseling bukan secara langsung berpunca daripada
kaunselor itu sendiri. Standard 3.05 menjelaskan etika golongan profesional tidak menghalang
kehadiran kaunselor ke majlis pengkebumian keluarga. Akan tetapi hubungan berganda akan
memberikan kesan sama ada kepada kaunselor mahupun klien. Namun begitu, kesan hubungan
berganda lebih memberikan kesan negatif kepada kaunselor.
Hubungan berganda yang berlaku akan memberikan kesan ke atas emosi. Berlakunya
mainan emosi adalah disebabkan oleh kaunselor yang ingin menjaga hati kliennya. Emosi
kaunselor akan terganggu apabila kaunselor berasa berbelah bahagi apabila terpaksa menjaga
hati klien. Kaunselor akan berada dalam delima sama ada untuk menerima atau menolak
permintaan klien. Contohnya, apabila klien menjemput kaunselor untuk sesuatu majlis seperti
majlis perkahwinan, kaunselor akan berada dalam delima sama ada untuk menolak atau
menerima. Kaunselor sedar bahawa dalam profesion etika profesional beliau perlu menolak
undangan tersebut manakala atas nilai masyarakat kaunselor merasakan beliau perlu menerima
undangan tersebut. Oleh yang demikian, mainan emosi akan berlaku disebabkan oleh kaunselor
merasakan beliau perlu menjaga hati kliennya.
Kesan seterusnya ialah matlamat tidak dapat dicapai. Matlamat utama kaunseling tidak
dapat dicapai sekirannya berlaku hubungan berganda. Matlamat utama untuk membantu klien
tidak dapat dicapai jika mempunyai hubungan lain selain daripada sesi menolong. Hubungan
yang terjalin selain daripada menolong antara kaunselor dan klien akan menyebabkan matlamat
untuk menyelesaikan sesuatu masalah tidak dapat dicapai. Misalnya, kaunselor yang

mempunyai hubungan dengan keluarga klien, kaunselor berkemungkinan sedikit sebanyak akan
menceritakan masalah klien kepada keluarga klien. Keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh
ibu bapa klien yang ingin mengetahui perkembangan anak mereka ketika sesi kaunseling
dijalankan. Oleh yang demikian, tindakan kaunselor yang secara tidak sengaja menceritakan
kepada keluarga klien akan mengakibatkan matlamat utama tidak dapat dicapai. Hal ini kerana
etika profesional utama ialah kaunselor perlu merahsiakan maklumat kliennya ketika sesi
kaunseling berjalan.
Selain itu, hubungan berganda yang berlaku dalam kaunseling akan menjatuhkan
reputasi sebagai ahli profesional. Disebabkan berlakunya pelanggaran etika, reputasi sebagai
ahli profesional dalam proses menolong akan terjejas. Hubungan berganda yang berlaku akan
menyebabkan klien hilang kepercayaan untuk mendapatkan perkhidmatan menolong oleh
kaunseling. Klien akan berasa ragu-ragu untuk mendapatkan khidmatan kaunseling kerana
mereka merasakan kaunseling tidak lagi boleh dipercayai untuk menjaga hak-hak peribadi
mereka. Oleh yang demikian, hubungan berganda akan memberikan kesan negatif kepada
perkhidmatan kaunseling disebabkan kurang kepercayaan daripada klien dan dianggap
melanggar etika golongan profesional.

You might also like