You are on page 1of 73

TOPIK 4:

PERKEMBANGAN
SEMASA BAYI
KSL 6063 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
PENGENALAN
Lahir – dua tahun
Bayi yang baru dilahirkan akan bergerak secara
refleks atau pantulan seperti menghisap jari dan
menggerakkan tangan @ kaki apabila diusik
Seminggu – keupayaan melihat dan mendengar
adalah terbatas
Ketika dilahirkan mereka sudah dilengkapi
kebolehan menerima maklumat dan belajar
melalui deria sentuhan, bau, pendengaran dan
penglihatan.
 Berat purata bayi baru lahir yang sihat
adalah tiga kilogram
Bayi kembar baru lahir adalah kurang
berat
Bayi yang dilahirkan oleh ibu kencing PERKEMBANGAN
manis lebih berat daripada biasa FIZIKAL
Berat badan bertambah dengan cepat
pada peringkat awal kanak-kanak.
Bertambah berat badan 1kg pada akhir
bulan pertama
 Minggu ke empat dan lima (pralahir) –
perkembangan panjang yang pesat.
 Janin bertambah sebanyak 1.5 mm sehari
 Ketinggian bayi akan bertambah 30 % daripada
ketinggian lahir pada umur lima bulan.
 Meningkat sebanyak 25 cm iaitu 50% daripada Ketinggian
ketinggian lahir pada umur 1 tahun.
 Tahun ke-2 – penambahan ketinggian sebanyak
Badan
75%
 Seterusnya pertambahan sebanyak lima hingga
7.5 cm ketinggian setiap tahun
VISION (PENGLIHATAN)
◦ Newborn's vision is 20/600
◦ (30 times lower than adults')
◦ 6-month old's vision is 20/100
◦ (5 times lower than adults')
◦ Adult's vision is 20/20
Reflek
◦ Jenis gerakan refleks di kalangan bayi:


1) Tingkah laku menghisap
Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yang
dibekalkan sejak lahir bagi bayi dan amat penting bagi bayi
untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat
mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air, bayi
yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan
di mulut. Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi
semakin membesar iaitu berusia 3 atau 4 bulan.
◦ 2) Refleks mengesan punca (rooting reflex)
Refleks mengesan punca merupakan reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan
apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan
memaling ke arah tempat yang disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.

3) Refleks moro
Bayi didapati sering melakukan pergerakan menyentak atau strartle sebagai reaksi
kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan
mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan. Pergerakan ini
dikenali sebagai gerakan atau refleks moro. Pergerakan ini membolehkan bayi
berpaut kepada penjaganya supaya tidak jatuh.
4) Refleks menggenggam (grasping or palmar reflex)

◦ Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut
dengan kuat. Selepas bayi mencapai usia 3 bulan tingkah laku ini akan hilang dan
berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan.
◦ Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila melihat sesuatu objek.

◦ Tingkah laku refleks yang lain adalah seperti refleks berenang dan memijak.
Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia
bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang
lebih bertujuan, manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat.
Tingkah laku refleks yang kekal adalah batuk, mengerdipkan mata, menguap,
sentakan lutut dan bersin.
CONTOH
REFLEK

BABINSKI REFLEK PALMAR GRASP


NEWBORN

◦ Breathe twice as fast as adults


◦ Heart beats at double the rate of adults
◦ Urinate approx. 18 times per day
◦ Move their bowels approx. 4 to 7 times per day
◦ SLEEP NEWBORNS
17 hours per day

◦ AT ONE MONTH:
Infants are sleeping for longer periods at night than during the day.

◦ FOUR MONTHS:
Sleeping pattern beginning to resemble(mirip) that of adults.
Infants sleep an average of 14 hours per
PERKEMBANGA
N PSIKOMOTOR
PERKEMBANGAN
PSIKOMOTOR
◦ PERKEMBANGAN MOTOR BAYI
◦ Pada masa bayi baru lahir ia tidak berupaya untuk memegang satu-satu benda tetapi
dapat menyentuhnya sahaja. Apabila ia berumur 3 hingga 4 bulan, bayi boleh
menampar benda-benda yang ditunjukkan kepadanya tetapi masih tidak boleh
menggenggam benda tersebut. Mereka dapat menggenggam tangan sama ada secara
cepat atau lambat (Bower, 1982). Tambahan pula, mereka masih belum mempunyai
koordinasi mata-tangan.
• Fokus kepada otot besar
Kemahiran • Contoh: membantu bayi merangkak, berdiri
Motor Kasar
dan berjalan.

• keupayaan melaksanakan pergerakan kecil dengan


lebih sempurna yang melibatkan otot tertumpu dan
bukannya kekuatan
Kemahiran • melibatkan koordinasi mata dan tangan dan kurang
Motor Halus
menggunakan otot besar
• Contoh: menggunakan jari untuk memegang
pensil.
Perkembangan motor kasar
◦ Newborns No Motor Co-ordination
◦ 1 month - Lift head when in prone position
◦ 4 months- Hold chest up when in prone position
◦ 5 months - Sit up with support
◦ 6 months * Roll over when lying down
* Sit up without support
◦ 7 - 8 months * Crawl
* Stand with support
* Pull themself up into standing position
◦ 11 months * Can walk independently
KEMAHIRAN MOTOR HALUS

◦ 3 - 4 months: Reach for objects in sight


◦ 5 months: - Improved reaching
- Successful in grasping object
◦ 8 - 11 months: -Grasping well developed
-Searches for objects not in sight
Kemahiran Kemahiran Motor
Umur Peranan Pengasuh Permainan/Bahan
Motor Halus Kasar
12 bulan  Memungut  Bergerak-  Membantu kanak-kanak Bola besar
objek dengan merangkak, meningkat kemahiran Staking beakers (menyusun
dua jari berdiri dan fizikal mereka dengan bikar)
 Memegang berjalan memberi pujian dan Kereta mainan yang boleh
“rattle”  Duduk tanpa rangsangan ditolak
(permainan disokong  Menggalakkan kanak- Bongkah
kerincing)  Berjalan dengan kanak mencuba bermain
 Menunjuk dibantu seperti; - menyusun
objek  Menaiki tangga bongkah kayu ataupun
 Memegang menarik kereta sorong
 
cawan
dengan
bantuan
 Memasukkan
objek kecil ke
dalam bekas
15  Boleh  Merangkak Pengasuh perlu selalu Buku bergambar
bulan memegang turun dari memberi perhatian Permainan
cawan dengan tangga – kaki pergerakan kanak-kanak bermuzik
dua tangan dahulu kerana mereka amat aktif Blok
 Membina  Berjalan dan suka bergerak. Kanak- Crayon besar
menara  Duduk sendiri kanak suka meneroka
dengan dua di atas kerusi pelbagai barang permainan
bongkah dan objek-objek di sekeliling
 Membuat mereka. Tunjukkan kepada
contengan kanak-kanak cara untuk
 Menyelak bermain dan dengan
helaian buku memberi arahan mudah.
 
18 bulan  Menguntai  Menendang bola  Membenarkan kanak- Blok
manik besar  Mencangkung kanak bermain dan Barang
 Memutar untuk mengambil menyediakan ruang permainan
knob pintu permainan yang secukupnya. Bola besar dan
 Membuka  Membaling dan Kanak-kanak suka kecil
kasut menggolek bola bermain bersendirian Puzzle besar (4
 Memasang dan memerlukan keping)
mainan seperti masa ketika bermain
lego dengan barang
 Turun dan naik permainan. Selalu beri
tangga dengan pujian dan sokongan
orang dewasa
2 tahun  Menggunakan sudu  Menendang bola Kanak-kanak gembira meneroka Menunggang dan
untuk makan  Memanjat perabot persekitaran mereka dan duduk di atas
 Menggunakan zip  Memasang barang mempunyai barang permainan permainan
 Boleh memasukkan permainan kegemaran mereka. Menggunakan Barang Permainan
gelong dalam pasak  Naik turun tangga kemahiran motor untuk Tolak dan tarik
 Melukis gambar  Membuka dan menjalankan aktiviti. Shape sorters
bulatan pada memakai pakaian Crayon
garisan putus sendiri Play-dough
 Membina menara Buku-buku
lima ke enam bergambar
tingkat
 Menggunakan satu
tangan untuk
memegang objek
PERKEMBANGAN FIZIKAL
◦ Semasa bayi baru lahir, 70 peratus daripada saiznya ialah kepala dan ia
menyumbang kepada ¼ daripada jumlah panjang bayi, begitu juga kaki. Apabila
bayi membesar perubahan bentuk badan turut berubah..
◦ Pertumbuhan berlaku secara cephalocaudal iaitu daripada arah kepala ke
bawah. Apabila ia berumur satu tahun, kepala bayi hanya 20 peratus daripada
jumlah keseluruhan panjang/tingginya. Pertumbuhan menjadi cepat selepas itu.
◦ Perkembangan otot-otot pula berlaku dalam arah cephalocaudal iaitu otot-otot
kepala dan leher membesar dahulu daripada bahagian-bahagian lain.
◦ Pertumbuhan juga berlaku dengan cara proximodistal iaitu dari tengah ke sisi.
Misalnya, dada dan organ-organ dalaman akan membesar dahulu beranding
dengan lengan, tangan dan kaki semasa berumur satu tahun
Faktor-faktor yang
merangsang
perkembangan fizikal
kanak-kanak
1. Persekitaran
◦ Galakkan kanak² teroka &
tingkat kemahiran fizikal.
◦ Bayi: menyulur, merangkak &
berjln, pegang & capai objek.
◦ Kanak²: ruang utk berjalan,
berlari & buat pergerakan, alat
permainan utk tingkatkan
kemahiran motor.
2. Penggunaan Deria
◦ Galakkan aktiviti
hands-on, asingkan
objek berlainan ciri.
◦ Kembangkan deria:
dengar, lihat, sentuh,
bau, rasa.
3. Panduan Keselamatan
◦ Tentukan ciri²
keselamatan, tapi
jangan terlalu
melindungi.
◦ Pastikan kanak² selamat,
disamping tidak
mengabaikan keupayaan
& minat kanak² jalankan
aktiviti.
4. Penyakit & Jangkitan
◦ Imunisasi.
◦ Jauhkan dr penyakit
berjangkit.
◦ Jaga kebersihan –
diri, persekitaran.
PERKEMBANGA
N MENTAL-
EMOSI/
KOGNITIF
PENGENALAN
 Perkembangan Sosio-Emosi melibatkan
kebolehan membentuk hubungan yang rapat,
selamat, mengawal dan melahirkan emosi.

 Perkembangan sosioemosi melibatkan dua


jenis perkembangan iaitu Perkembangan
Sosial dan Perkembangan Emosi.

 Perkembangan Sosio-Emosi merupakan


perkembangan yang amat penting diberi
perhatian oleh semua.
◦ PERKEMBANGAN KOGNITIF BAYI

Apabila memperkatakan tentang perkembangan


kognitif, kita tidak dapat lari daripada membincangkan
teori perkembangan kognitif Piaget. Jean Piaget (1896-
1980) merupakan tokoh terkenal dalam Teori Kognitif.
Beliau berpendapat kecerdikan itu sebagai dasar
kepada proses yang aktif di mana manusia dapat
memperoleh maklumat melalui interaksi dengan objek,
idea dan bergaul dengan orang lain.
◦ Selain itu, Piaget berpendapat perkembangan kognitif adalah
proses pembangunan intelektual yang berguna bagi
beradaptasi dengan persekitaran. Piaget telah mengenalpasti
empat tempoh masa utama atau peringkat bagi perkembangan
kognitif iaitu:

1) Peringkat Deria motor Lahir - hingga 2 tahun


2) Peringkat Praoperasi - 2 hingga 7 tahun
3) Peringkat Operasi konkrit - 7 hingga 11 tahun
4) Peringkat Operasi formal - 11 tahun dan seterusnya
◦ Bagi peringkat perkembangan kognitif bayi, kita akan
menghuraikan perkembangan pada peringkat deria motor iaitu
semenjak lahir hingga 2 tahun. Terdapat beberapa tahap dalam
peringkat deria motor.

1. Aktiviti reflex
Piaget menyifatkan bulan pertama kelahiran adalah tahap bagi
aktiviti refleks – satu tempoh bila aksi seseorang bayi adalah
sangat terhad untuk melatih bakat refleks, menyerap objek
baru ke dalam aktiviti refleksi ini (contoh menghisap selimut
dan alat permainan seperti menghisap puting) dan
menyesuaikan pergerakkannya dengan objek baru.sudah tentu,
ini bukanlah satu intelek yang tinggi, tapi penyesuaian primitif
ini yang menggambarkan permulaan perkembangan kognitif.
◦ 2. Primary circular reactions ( 1 hingga 4 bulan)
Merupakan sub-tahap kedua dalam peringkat
sensorimotor Piaget. Pada peringkat ini, bayi
menunjukkan tindak balas yang mereka dapat
mengulangi reaksi. Satu tindak balas yang
menyeronokkan, berpusat pada tubuh bayi itu
sendiri, ia ditemui melalui peluang dan tindakan
yang berterusan. Contoh menghisap ibu jari dan
membuat bunyi kukur.
3. Secondary circular reactions ( 4 hingga 8 bulan)
Bayi sudah tahu membuat perancangan dan pelarasan sendiri
seperti mendapatkan objek yang menarik perhatian mereka. Satu
tindak balas yang menyeronokkan, berpusat pada objek luaran, ia
juga ditemui melalui peluang dan tindakan yang berterusan.
◦ 4. Coordinatian of secondary schemes ( 8 hingga 12
bulan)
Kanak-kanak mula menunjukkan tanda kecerdikan
mereka. Di mana mereka mula mengatur dua atau lebih
aksi untuk mencapai objektif yang mudah.
◦ Contoh jika kita meletakkan alat permainan yang
menarik di bawah bantal, bayi yang berada pada umur
ini akan mengangkat bantal tersebut dengan sebelah
tangan dan menggunakan tangan yang satu lagi untuk
mendapatkan permainan tersebut.
◦ 5. Tertiary circular reactions ( 12 hingga 18 bulan)
Kanak-kanak sudah kreatif menyelesaikan masalah
menggunakan strategi dan menilainya. Merupakan satu
aktiviti menerokai di mana bayi memikirkan kaedah
baru beraksi ke atas objek untuk menghasilkan semula
keputusan yang menarik.
◦ Contohnya, seorang bayi yang ingin membuatkan itik
getahnya berbunyi akan melakukan pelbagai cara
seperti menjatuhkannya, memijak, menghempap
dengan bantal untuk melihat sama ada aksi-aksi
tersebut akan memberi kesan yang sama atau berbeza
terhadap itik getah tersebut.
◦ 6. Internalization of Schemes @ Symbolic problem
solving (18 hingga 24 bulan)
Mula menggunakan simbol buat pertama kali.
Simbol banyak membenarkan mereka melentur
pelbagai masalah. Ia juga dikenali sebagai inner
experimentation. Merupakan tahap keupayaan
menyelesaikan masalah mental yang mudah atau
simbolik. Peringkat tanpa mempunyai pergantungan
kepada pengalaman cuba dan salah (trial-and-error).
TAHAP-TAHAP
PERKEMBANGAN
SOSIO- EMOSI
BAYI
Umur Perkembangan

Lahir-1 Kemahiran Sosial penting pada peringkat awal kelahiran bayi. Bayi belajar melalui
tahun renungan mata, senyuman dan ketawa. Tahun pertama juga amat kritikal dari segi
  perkembangan emosi. Bayi perlu membina hubungan yang rapat dengan penjaganya.
  Walaupun adalakanya agak sukar untuk membina hubungan kerana bayi lebih
  mengenali ibunya, tetapi lama kelamaan hubungan akan terjalin dengan sendirinya
  dan ini akan membantu bayi untuk lebih mudah bersosialisasi apabila umur mereka
  meningkat.
   
1 bulan Merenung wajah penjaga
3 bulan Senyum dan mengeluarkan bunyi (cooing)
  Suka di sentuh dan didukung
6 bulan Pandai ketawa dan suka bermain
8 bulan Takut kepada orang asing
9 bulan Mula bermain (cak….cak)
12 bulan Boleh kenal antara keluarga dan orang asing
Menyayangi ahli keluarga dan penjaga
Boleh bermain permainan yang mudah ….tepuk amai-amai, enjut-enjut semut
1-2 tahun Pada usia ini kanak-kanak sudah mula memperolehi kemahiran sosial. Kanak-kanak
  sudah boleh bermain dengan penjaga dan amat selesa dengan orang yang dikenali.
  Mula meneroka persekitaran tetapi memastikan penjaga ada bersama mereka. Pada akhir
  usia ini kanak-kanak mula ingin berkawan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.
   
  Dari segi perkembangan emosi, kanak-kanak sangat bergantung kepada penjaganya.
  Kanak-kanak memberontak dan menangis sekiranya ditinggalkan. Walaupun kanak-kanak
  masih bergantung dengan penjaga, mereka mula menyedari bahawa mereka adalah
  individu. Mereka sudah mengenali nama sendiri.
   
15 bulan Mula meneroka persekitaran sekiranya ditemani penjaga
  Mempunyai kekuatan perasaan sebagai individu
   
18 bulan Kemahiran bahasa meningkat
  Menunjuk ke arah objek yang digemari
Meneroka persekitaran dan cuba berdikari
Emosi yang kuat- marah, takut, gembira dsb
 
2 tahun Cuba bermain dekat dengan kanak-kanak lain – parallel play
  Mula berbual semasa bermain – main peranan
  Meniru perlakuan orang dewasa
  Beremosi – marah, takut, gembira dsb
PERKEMBANGAN
PERSEPSI

Bayi yang berusia sehingga


dua tahun, perkembangan
mentalnya adalah terbatas.
Bagaimanapun, seorang bayi
biasanya sudah ada persepsi
tertentu terhadap sesuatu
perkara melalui penglihatan
dan pendengarannya.
Ia menganggap yang kecil
adalah ringan dan besar
berat.
PERKEMBANGAN SOSIAL
Interaksi sosial bayi
◦ Pengalaman sosial pertama bayi ialah dengan ibu bapa dan adik-
beradiknya. Respons sosial pertama bayi ialah berbalas
pandangan dan senyuman dengan ibu bapanya. Bayi juga
ketawa apabila digeletek atau diusik oleh ibu bapanya.

◦ Bayi mula berinteraksi dengan bayi lain apabila usianya


mencapai 5 bulan. Apabila mereka sudah boleh bergerak di
persekitaran, mereka akan mula merangkak dan memanjat badan
orang yang paling rapat dengannya seperti ibu atau bapanya.
Mereka mula merapati orang yang disukai apabila mereka telah
boleh berdiri tegak. Selain itu, mereka juga pandai mengangkat
tangan minta didukung.
◦ Bayi yang berusia 9 bulan sudah mula menawarkan alat
permainan kepada orang lain. Walau bagaimanapun ia akan
menangis atau melawan sekiranya ada orang cuba mengambil
barangnya. Perlakuan ini adalah disebabkan oleh sifat
egosentrisme yang dimiliki bayi. Sifat agresif bayi bertambah
mengikut perkembangan usia tetapi pada masa yang sama,
sifat bekerjasama pula turut meningkat.
◦ Kajian telah menunjukkan kesedaran kendiri (self-awareness)
bayi muncul ketika bayi berusia 18 bulan. Pada masa yang
sama bayi juga mempunyai pengenalan diri (self-recognition)
yang ditunjukkan melalui keupayaan bayi mengenali imej
diri.
◦ Sebagai bukti, satu pemerhatian telah dijalankan oleh
Lewis dan rakan-rakan tentang kesedaran kendiri di
kalangan bayi yang berusia di antara 6 hiungga 24
bulan. Dalam kajian tersebut, pengkaji melihat
kekerapan tingkah laku bayi menyentuh hidung di
depan sebuah cermin setelah hidung mereka dibubuh
pewarna merah.
◦ Kajian mendapati terdapat peningkatan dari segi
kekerapan menyentuh hidung di kalangan bayi berusia
18 bulan. Ini menunjukkan bayi berusia 18 bulan sudah
mengenali diri sendiri kerana mereka tahu bahawa
hidung mereka tidak bewarna merah.
◦ Kesedaran kendiri merupakan satu peningkatan yang besar dalam
keupayaan memahami orang lain serta berhubung dengan mereka.
Sebaik sahaja mereka mempunyai kesedaran kendiri, mereka sedar
tentang kecenderungan mereka memilih orang yang ingin bersama.
Misalnya, mereka lebih menyukai rakan sepermainan yang sejantina
atau lebih mengutamakan rakan yang terdiri daripada kanak-kanak
berbanding dengan orang dewasa.
◦ Mereka juga dapat membentuk perasaan empati, memikirkan perasaan
diri sendiri, dan tahu bahawa orang lain tidak akan tahu apa yang
difikirkan oleh mereka. Pemahaman ini menyebabkan mereka
membentuk keupayaan untuk berbohong. Sebagai kesimpulan,
pembelajaran tentang kendiri manusia bermula sejak bayi.keupayaan ini
mempengaruhi hubungan antara manusia dan menjadi asas kepada
kecekapan sosial, hubungan rakan sebaya, dan identiti kejantinaan.
PERKEMBANGA
N MORAL BAYI
DEFINISI MORAL
◦ Moral ialah satu kesedaran
tentang apa yang buruk dan apa
yang baik, apa yang betul dan
apa yang salah. Perkembangan
moral pula merujuk kepada
perolehan tentang apa yang
betul dan salah berdasarkan kod-
kod etika masyarakat setempat.
KOMPONEN MORAL
◦Afektif (Emosi) – Komponen moral yg mengandungi unsur-unsur perasaan

Kognitif – komponen pemikiran atau konsep betul dan salah

Tingkah laku – Komponen yang menggambarkan bagaimana


kita bertingkah laku
TAHAP-TAHAP
PERKEMBANGAN
MORAL BAYI
UMUR PERKEMBANGAN

 
Bayi yang baru lahir bergerak balas terhadap
Lahir
tangisan bayi lain dengan cara empati yang agak
primitif.

10-14 Tunjukkan pelbagai empati.


bulan
UMUR PERKEMBANGAN

   Membantu individu lain yang tertekan dengan cara


1-2 tahun menepuk, menyentuh atau memberi satu-satu objek.
 Mula menunjukkan konflik semasa interaksi dengan
rakan sebaya.
TAHAP-TAHAP
PERKEMBANGA
N BAHASA BAYI
◦ PERKEMBANGAN BAHASA BAYI
◦ Bagi menjadi seorang yang pandai berkata-kata, kanak-kanak mesti mahir dalam
empat bidang iaitu:
1) Fornologi - Pengakajian bunyi bahasa.
2) Semantik - memahami makna perkataan.
3) Sintaksis - susunan kata dalam ayat.
4) Pragmatik - mempraktikkan bahasa dalam pelbagai situasi.

Walaubagaimanapun, kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan


kecerdasan ibubapa dengan kecekapan berbahasa bagi seseorang kanak-kanak.
Faktor persekitaran juga penting kepada perkembangan kanak-kanak seperti cara
ibubapa berkomunikasi dan jantina anak-anak.
Lahir hingga 5 bulan
◦ Bayi yang baru dilahirkan hinggalah umurnya 6 minggu
walaupun tidak boleh memahami percakapan serta bercakap
tapi ianya tidak tuli. Suara yang dikeluarkan pada masa ini ialah
tangisan dan bunyi-bunyi yang mudah. Seterusnya bila umur
bayi meningkat kepada 6 minggu hingga 3 ½ bulan bunyi
bertempek dan mengogok yang dikenali sebagai ‘cooing’ mula
terdengar.
◦ Bayi pada masa ini sudah dapat mengidentifikasikan (bergerak
balas) sesuatu bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan cara
mengarahkan mukanya kepada bunyi itu dan mata mereka
kelihatan mencari siapakah yang bercakap. Bila berumur lebih
daripada dari 20 minggu bunyi ‘cooing’ itu yang ‘vowel-like’
lebih bercampur dengan bunyi konsonon, geseran lidah, putaran
dan nasal.
6 hingga 11 bulan
◦ Pada tahap umur 6 bulan bunyi ‘cooing’ mula bertukar kepada
bunyi ‘babbling’ yang merupakan sebutan ‘one-syllable’ iaitu
bukan vowel juga bukan konsonan. Bunyi yang selalu
dikeluarkan ialah ma , mu, da atau di.
◦ Hingga umur kanak-kanak 8 bulan pengulangan bunyi tadi agak
bertambah malah kalau nada bunyi tadi agak ketara ianya
mungkin melambangkan perasaan dan penekanan tertentu.
◦ Semasa umur 10 bulan kanak-kanak kelihatan cuba meniru bunyi
seperti dengan cara ‘gurgling’ dan bermain air liur. Tetapi
peniruan ini tidak begitu berjaya. Kanak-kanak pada umur ini
juga mula membezakan antara perkataan yang didengar dengan
membuat beberapa penyesuaian yang berbeza.
12 hingga 24 bulan
◦ Kanak-kanak pada peringkat umur ini sudah mula menunjukkan
tanda memahami beberapa perkataan dan perintah yang senang.
Contohnya “tunjukkan mata”. Semasa umur 18 bulan kanak-
kanak telah mempunyai perkataan yang berangkai tapi tidak
lebih dari tiga. Perkataan pada umur ini boleh termasuk terima
kasih.
◦ Walau bagaimanapun mereka tidak berupaya lagi untuk
menyambungkan dua item sekaligus, tetapi pemahaman adalh
meningkat dengan cepat sekali. Pada peringkat umur 24 bulan
kanak-kanak sudah mempunyai jumlah perbendaharaan kata
lebih dari 50 item. Setengah kanak-kanak boleh menamakan
semua yang biasa ada dalam persekitarannya.
Perkembangan Bahasa
◦  Mereka mula bersuara mudah seperti “ba…ba” dan “ma…
ma”. Bayi mula membayangkan aktiviti-aktiviti yang biasa
dengan melakonkan watak-watak tertentu dengan caranya
sendiri. Mereka membuat bunyi-bunyian yang hanya orang
yang amat rapat dengan mereka tahu maksudnya.
◦ Mereka mengulangi perbuatan yang menghasilkan reaksi.
Contohnya jika diberi mainan yang berbunyi bila
digoncang, mereka akan tahu apa yang hendak dibuat
setiap kali diberi mainan tersebut. Mencecah 12 bulan bayi
selalunya mula menutur perkataan pertama yang boleh
difahami.
UMUR TAHAP
   Perkataan pertama kanak-kanak biasanya akan diperolehi pada usia 12
12 bulan bulan.
 Bayi biasanya menggunakan gesture untuk mendapatkan perhatian.
 Bayi pada usia ini sudah boleh memahami sekurang-kurangnya 20 patah
perkataan dan mentafsirkannya melalui mimik muka.

   Kanak-kanak mula memahami bahasa dan memberi tindakbalas kepada


12-18 bulan perbualan.
 Mencantum suku kata dan menghasilkan perkataan pertama. Sudah
memahami 30 patah perkataan.
 Pada usia 15 bulan kanak-kanak sudah boleh menyebut 10 patah perkataan
mudah.

   Perbendaharaan bertambah antara 10 ke 30 perkataan sebulan.


18-24 bulan  Pada penghujung umur 2 tahun kanak-kanak sudah boleh menguasi 200
perkataan.
PERINGKAT
PERKEMBANGA
N SAHSIAH BAYI
Peringkat Umur Perkembangan Cara Membantu

20 minggu  Jika anda tinggalkannya dan  Panggil namanya dari jarak yang jauh dan
datang semula, dia akan senyum kepadanya setiap kali anda
berfikir bahawa itu adalah diri mendekatinya.
anda yang baru dan bukannya  Main permainan ‘Cak!’ supaya dia faham
individu yang bersamanya orang di sekitarnya datang dan pergi.
tadi.
8 bulan  Sudah boleh berfikir bahawa  Main permainan yang berasaskan
“Diri saya hari ini adalah komunikasi.
individu yang sama dengan  Berikan respon setiap kali bayi mengeluarkan
diri saya yang semalam”. suara atau melakukan sesuatu.
 Jika melihat dirinya di cermin,  Berikan perhatian kepada bayi dan buatkan
dia tidak tahu bahawa itu dia berasa sentiasa dalam keadaan selamat.
adalah dirinya.
PERKEMBANGA
N
KREATIVITI
Peringkat Perkembangan Cara Membantu
Umur
1½ - 2 tahun  Menconteng tanpa apa-  Sediakan krayon dan
apa maksud tertentu. kertas untuk dia
 Lebih suka merasa menconteng.
tanah liat berbanding  Berikan dia merasa
memicit atau tanah liat atau doh
menekannya. tepung dengan tangan.
UMUR PERKEMBANGAN CARA MEMBANTU
 Jika melihat cermin, dia mula  Bermain dengan aktiviti yang
22 bulan memahami orang yang dilihatnya menggunakan cermin.
di dalam cermin itu adalah dirinya.  Bermain dengan permainan
menjadi watak tertentu.
 Ingatkan kebolehan kanak-kanak
seperti “Sarah kan pandai
bercakap”.
 Tunjukkan kepadanya album
gambar.

You might also like