You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2103
EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

Nama :
NUR NASIHA BINTI ABD HALIM
No Kad Pengenalan :

No Tel :

Alamat e-mail
nasiha2011@gmail.com
Nama Tutor :

Pusat Pembelajaran:
OUM CAWANGAN SEREMBAN
Semester :MEI 2016
1

ISI KANDUNGAN

BIL
1
2
3
4
5
5
6

ISI KANDUNGAN
Biodata Albert Bandura
Pengenalan
Teori Pemodelan
Aplikasi Teori Bandura
Sumbangan teori Bandura
RPH
Masalah-masalah oleh guru menggunakan

MUKA SURAT
2,3,4
5
6,7,8,9,10,11,12
13
14,15
15,16
17

teori Bandura
Rujukan

18

ALBERT BANDURA
2

Beliau di lahirkan di Mundare Canada pada 4 Disember 1925.Beliau merupakan anak lelaki

tunggal daripada 6 orang beradik.


Ketika remaja ayahnya berhijrah ke Canada dan ibunya berasal dari Ukraine.Kemudian mereka

mengusahakan sebuah ladang.


Ibu dan bapanya sangat mementingkan

pembelajaran dan pengetahuan walaupun tidak

mempunyai latar belakang yang hebat.Ayahnya juga mengajar Albert 3 jenis bahasa iaitu

Polish,Rusia dan german.


Beliau juga terpaksa belajar sendiri kerana kekurangan tenaga pengajar dan bahan bahan

rujukan.
Beliau meneruskan pelajaran dalam bidang sains biologi dan berminat melakukan kajian dalam

bidang psikologi di University of british Columbia di Vancouver.


Beliau medapat ijazah Sarjana muda dalam psikologi dan anugerah bolocan dalam psikologi.
Di bawah bimbingan Arthur Benton beliau meneruskan pengajian di University of Iowa.Beliau

mendapat ijazah sarjana pada tahun 1951 dan Doktor falsafah pada tahun 1952.
Beliau juga menjalankan kerjasama dengan Wichita Guidance Centre.
Kemudian beliau berkahwin dengan Virginia iaitu Pengurus di Obstetrics Hospital dan di

kurniakan 2 orang anak perempuan Mary dan Carol.


Pada tahun 1953 beliau mula berkhidmat di Fakulti Psikologi di Universiti Standford dan menjadi

professor psikologi secara sepenuh masa pada tahun 2002.


Beliau mula mengkaji tentang pengajian social dan di pengaruhi oleh kajian Searsmengenai
behavioral social .Beliau juga bergabung dengan anak muridnya iaitu Richard Walters dalam

mengemukakan proses modeling.


Konsep yang diketengahkan olehnya bercanggah dengan pendapat Freudian Hullian dan
membuatkan beliau menerbitkan buku pertamanya iaitu Adolescent Aggression (1959) dan
Aggresion :A social Learning Analysis (1973).

Seterusnya,beliau melakukan kajian mengenai konsep modeling bersama Sheila Ross dan
Dorrie.Pada tahun 1963 kajian tentang patung Bobo mula mendapat perhatian ramai di dalam

bukunya iaitu Social Learning and Personality Developmnt.


Teori pembelajaran social di terbitkan pada tahun 1977 dan beliau telah di lantik mengetuai

jabatan psikologidi University Stanford.


Teori Kognitif social ini pada mulanya di kenali sebagai teori pembelajaran social .Teori ini
mengandungi factor-faktor social,kognitif serta tingkah laku dalam memainkan peranan penting
dalam pembelajaran (Santrock,2001).Faktor kognitif ini mempengaruhi kejayaan seseorang

sementara factor social pula mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar..


Menurut teori pembelajaran social juga,ia menganggap manusia merupakan makhluk yang
berupaya dalam membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk
berkomunikasi dan mengaitkan sebuah peristiwa dengan orang lain.Perilaku seseorang tidak
bergantung kepada sejarah perkembangannya,kuasa dalaman atau tindak balas terhadap
persekitaran.Manusia saling memerlukan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain
.Manusia juga tidak di pengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka.

Pengenalan

Neil Miller dan John Dollard (1941) mengatakan peniruan merupakan proses pembelajaran yang ditiru
daripada orang lain .Proses pembelajaran tersebut di kenali sebagai social learning atau pembelajaran
sosial.Proses peniruan tingkah laku ini berlaku di sebabkan oleh imiginasi atau kesan tingkah laku
kepada seseorang.
Seterusnya,Albert Bandura dan Richard Walters pada tahun 1959,1963 telah melakukan kajian berkenaan
peniruan.Hasilnya mereka mendapati peniruan ini berlaku melalui pengamatan terhadap perilaku
seseorang meskipun tiada peneguhan.Proses pembelajaran ini juga di kenali Observational Learning
atau menggunakan pengamatan dalam pembelajaran.Kemudiannya teori pembelajaran social di perbaiki
keran memberi pertimbangan terhadap proses mental seseorang.
Teori pembelajaran Sosial kemudiannya di beri penekanan bahawa perilaku seseorang di pengaruhi oleh
persekitaran dan terdapat peneguhan dan observational learning iaitu cara memandang,berfikirterhadap
sesuatu maklumat dan juga bagaimana tingkah laku seseorang mempengaruhi persekitaran dan
menghasilkan peneguhan serta peluang untuk di perhatikan orang lain.

TEORI PEMODELAN /PENIRUAN

Teori ini di jalankan oleh Bandura dan Walters terhadap sekumpulan kanak-kanak yang berusia 3 tahun
sehingga 6 tahun.Kajian ini di jalankan pada tahun 1963 dan telah membuktikan bahawa kanak-kanak
tersebut meniru model yang di tonton dengan cara yang lebih agresif.Gerak balas yang di tunjukkan oleh
orang lain merupakan tingkah laku yang di perhatikan kanak-kanak tersebut.Beliau merumuskan bahawa
tingkah laku social sepertti persaingan,peniruan model,agresif merupakan hasil dari pemerhatian mereka
dalam eksperimen tersebut.

Mereka menggunakan 2 kumpulan berikut dalam eksperimen pertama:


KUMPULAN
A (KUMPULAN KAJIAN)

SITUASI
Kanak-kanak tersebut memerhati orang dewasa
yang sedang menumbuk ,menendang sebuah
patung besar yang di namakan patung Bobo
Kanak-kanak tersebut memerhati sekumpulan

B (KUMPULAN KAWALAN)

orang dewasa bermesra dengan patung Bobo


tersebut
Kemudiannya ,kanak0kanak tersebut di bawa ke tempat permainan yang serupa .Melalui hasil
pemerhatian kanak-kanak kumpulan A melakukan tindak balas yang Agresif berbanding tingkah laku
orang dewasa iaitu menendang,memukul ,menumbuk dan menjerit kepada patung tersebut.Manakala
kanak-kanak kumpulan B pula adalah sebaliknya.
Kesimpulannya tingkah laku kanak-kanak tersebut merupakan kesan peniruan atau pemodelan dalam
eksperimen tersebut.
Di dalam eksperimen yang kedua pula,Bandura dan Walters telah membahagikan kanak-kanak tersebut
kepada 3 kumpulan iatiu,2 kumpulan kajian,dan 1 kumpulan kawalan.

KUMPULAN
A(KUMPULAN KAJIAN)

SITUASI
Kanak-kanak memerhatikan orang dewasa
6

menumbuk patung besar tersebut dan kemudiannya


mendapat hadiah.
Kanak-kanak memerhatikan orang dewasa

B(KUMPULAN KAJIAN)

menumbuk pautng besar dan mendapat denda atau


hukuman
Kanak-kanak memerhatikan sekumpulan orang

C(KUMPULAN KAWALAN)

dewasa bermesra dengan patung besar tersebut.

Selepas pemerhatian terhadap situasi tersebut ,kanak-kanak tersebut telah di bawa ke taman permainan
yang serupa dengan eksperimen yang di jalankan.Kanak-kanak A menunjukkan tindak balas yang agresif
berbanding orang dewasa yang di perhatikan,Kumpulan B dan Kumpulan C pula tidak menunjukkan
sebarang tingkah laku yang agresif.Kesimpulannya peniruan dan pemodelan berlaku dari hasil peneguhan
yang berlaku.

Teori pemerhatian yang di berikan oleh Bandura menjelaskan bahawa pelbagai tingkah laku social yang
di pelajari oleh pelajar.Teroi ini juga di kenali sebagai teori peniruan atau teori pemodelan.

Terdapat beberapa cara yang dalam peniruan tingkah laku iaitu:


1. Meniru secara langsung
Peniruan secara langsung merupakan peniruan yang berlaku secara tidak langsung contohnya menonton
televisyen,melihat

gambar

atau

foto,meniru

pergerakan

atau

tingkah

laku

ibu

bapa

dan

guru,pertuturan,gaya berjalan dan sebagainya.Peniruan ini juga berlaku dengan menggunakan model
sendiri.

2. Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlaluan


Sekatlaluan ini merupakan peniruan yang tetap di lakukan jika tiada halangan atau hukuman.Peniruan ini
berlaku bergantung kepada situasi dan keadaan .Contohnya murid murid di kehendaki senyap di dalam
kelas akan tetapi di luar kelas murid akan bising dan tiada halangan ketika berada di luar kelas.Peniruan
ini merupakan sekatlaluan.
8

3. Peniruan elisitasi
Peniruan elisitasi ini merupakan peniruan yang akan di lakukan sekiranya dia telah mengetahui
bagaimana melakukan tindakan tersebut .Contohnya murid lain mengeluarkan buku bacaan untuk di baca
dan kemudiannya rakan-rakan lain mencontohinya.Peniruan elisitasi ini lebih tertumpu kepada keinginan
seseorang.Peniruan ini juga berlaku apabila gerak balasnya di perhatikan oleh orang lain.

4 unsur utama dalam Peniruan


Tumpuan

Subjek memberi tumpuan tertakhluk kepada nilai,harga diri dan sikap


Memberi tumpuan kepada tingkah laku seseorang.
Contohnya seseorang meniru tingkah laku atau gaya suara ahli muzik yang terkenal dan tidak

menunjukkan stailnya sendiri.


Bandura dan Walters juga menyatakan bahawa dengan memerhati tingkah laku seseorang
pembelajaran boleh berlaku.

Penyimpanan (Retention)

Seseorang mengingati sesuatu situasi yang berlaku dan melakukakan situasi tersebut apabila di
perlukan dan diinginkan.

Penghasilan(Reproduction)

Subjek juga berkebolehan dalam mewujudkan dan menghasilkan perkara yang di simpan dalam

bentuk tingkah laku.


Kemahiran motor di perlukan dalam mewujudkan tingkah laku yang telah di perhatikan.

Motivasi

Merupakan penggerak seseorang individu dalam melakukan sesuatu.


Contohnya penghargaan,hadiah dan sebagainya.

CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA

1.Unsur utama ialah pemerhatian terhadap satu situasi atau peristiwa dan peniruan.
2.Tingkah laku yang boleh di pelajari ialah bahasa,sikap,gaya,nilai dan lain-lain.
3.Pelajar dapat meniru kemahiran bergantung kepada

kecekapan individu lain dalam menunjukkan

sesuatu demonstrasi.
4.Pelajar memperoleh kemahiran dengan memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
5.Proses pembelajaran mengandungi pemerhatian,peniruan ,peringatan ,tingkah laku dan gerak balas yang
sesuai dan peneguhan yang positif.

Jenis-jenis Model dalam peniruan/pemodelan.

10

1. Model yang lebih tua

Peniruan ini berlaku jika mempunyai kekayaan,kehormatan serta kuasa kebebasan.

2.

Model yang berstatus tinggi

Faktor seseorang yang berstatus tinggi yang mempunyai kuasa dan kekayaan memberi dorongan
kepada seseorang individu yang berstatus rendah

3. Model yang mempunyai kecerdasan tinggi

Seseorang individu yang pintar mampu memberi dorongan kepada individu lain dalam
pembelajaran.Ini kerana seseorang yang pintar merupakan semangat seseorang untuk Berjaya.

4. Model terkenal dalam sesuatu bidang atau kepakaran

Contohnya kepakaran dalam bidang pendidikan,kedoktoran,psikologi dan sebagainya.Mereka


yang kurang mahir dalam bidang tersebut berkecenderungan meniru tingkah laku model.

ANALISIS SWOT

11

APLIKASI TEORI BANDURA KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SESUATU SUBJEK.

Guru sebagai role model

Segala tindakan positif yang di lakukan oleh seorang guru akan di ikuti oleh p[elajar kerana guru
merupakan contoh di dalam pembelajaran.
12

Tingkah laku

Tingkah laku guru contohnya ketika mengajar juga merupakan contoh kepada murid.Guru perlu
menunjukkan tauladan yang baik dan tidak boleh meninggikan suara ketika mengajar.Ini kerana
tindakan tersebut di khuatiri akan di ikuti oleh seseorang pelajar.

Peniruan tidak langsung

Pengaruh media massa seperti kartun di televisyen dan internet juga mempengaruhi muridmurid.Maka guru perlu bijak dalam memilih sesuatu program.Contohya kartun yang mampu
memberikan tauladan yang baik seperti cerita Upin dan Ipin.

Contoh dan hasil kerja yang baik

Guru boleh menunjukkan contoh terbaik atau hasil terbaik yang di buat oleh kalangan pelajar
kepada murid lain.Pelajar lain dapat mewujudkan idea yang berkualiti dalam menghasilkan
sesuatu kerja.

Permainan dan simulasi

Contohnya,guru boleh mengajar nilai dan perwatakan dalam permainan dan nilai-nilai ini akan di
ikuti oleh pelajar.Selain itu dengan cara permainan dan simulasi ini juga mampu mewujudkan
ingatan yang kuat dalam simulasi yang sebenar.

Rakan sebaya sebagai model

Pelajar yang pandai atau Berjaya dalam mata pelajaran perlu di jadikan contoh kepada muridmurid lain.

SUMBANGAN TEORI BANDURA.

1.Membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan harmonis

Seperti yang kita ketahui teori pembelajaran ini menggunakan peniruan tingkah laku terhadap
pemerhatian maka dengan adanya model ini ia mampu mewujudkan suasana yang kondusif dan
harmonis.Ini

kerana

pelajar

dapat

bersaing
13

secara

sihat

dalam

mencapai

sesuatu

keinginan.Contohnya murid A merupakan murid yang baik dan pandai manakala murid B pula
lemah dalam pembelajaran.Dengan adanya komunikasi dan pemerhatian antara murid A dan B
maka murid B secara tidak langsung berkeinginan untuk meniru tingkah laku murid A.Maka
murid A merupakan contoh yang baik kepada murid B dalam mencapai sesuatu perkara yang di
inginkan.
2.Memupuk nilai penghargaan

Ketika di sekolah ramai pelajar yang suka akan penghargaan yang di berikan oleh
guru.Contohnya pujian,hadiah dan sebagainya.Dengan adanya konsep seperti ini murid lain juga
berkeinginan dalam mendapatkan nilai penghargaan yang di berikan oleh guru.Maka murid lain
juga bersemangat untuk memperoleh penghargaan tersebut dengan melakukan aktiviti dengan
bersungguh-sungguh.

3.Meningkatkan peluang kepada murid lain

Dengan teori ini juga murid lain berpeluang untuk menunjukkan kreativiti atau kebolehan
masing-masing.Guru-guru juga tidak tertumpu kepada murid yang sama dan dengan adanya
peluang ini murid lain juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dan
pembelajaran yang di jalankan.

4. Mewujudkan nilai motivasi diri

Teori ini juga mampu mewujudkan nilai motivasi diri di mana pelajar lain mampu melihat
kelemahan diri dengan membandingkan kekuatan orang lain.Ia juga mampu mempertingkatkan
keyakinan dan kepercayaan diri dalam melakukan sesuatu.Selain itu juga murid-murid juga
mampu mengimbangi emosi dalam komunikasi dan sebagainya.

5.Meningkatkan sikap-sikap positif

Teori ini mempunyai kebergantungan kepada subjek yang di perhatikan.Seperti yang di lihat oleh
saya sendiri,kebarangkalian tindakan positif yang di tunjukkanoleh seorang guru memberikan
kesan atau impak yang positif kepada murid dalam pembelajaran dan aktiviti seharian mereka.

RPH Rancangan Pembelajaran Harian

14

Di dalam rancangan pengajaran yang saya sediakan ,aktiviti pertama ialah guru bercerita mengenai
suasana hari raya.Guru menanyakan murid-murid jika mengingati pengalaman ketika beraya.Murid-murid
bercerita mengenai pengalaman mereka dan menyatakan kesukaan mereka ketika menyambut
perayaan.Contohnya aktiviti bersalaman dan sebagainya.Pelajar mampu menunjukkan cara bersalaman
dengan orang tua dengan betul.
Ketika aktiviti senaman ,23 orang murid dapat melakukan dengan betul manakala 2 orang lagi tidak
berjaya.Ini kerana terdapat beberapa pelajar yang tidak berjaya dalam memberikan tumpuan terhadap cara
yang di tunjukkan oleh guru.Ketika memasukkan skital ke dalam gelung pelajar melakukan pemerhatian
terhadap rakan yang bejaya.Dengan emerhatian yang betul rakan-rakan lain mampu melakukan gaya yang
betul untuk memasukkan gelung ke dalam skital.
Kemudiannya,guru menunjukkan cara menyanyi dengan gaya tersendiri.Murid-murid pula melihat cara
guru menyanyi di ikuti iringan muzik.Apabila guru memberi arahan kepada murid-murid supaya
menyanyi mereka menyampaikan dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat.Ini kerana mereka
berminat dengan contoh nyanyian yang di sampaikan oleh guru tersebut.Selain itu juga guru menyebut
lirik secara berulang kali supaya murid dapat menyanyikan lagu dengan betul.Bukan itu sahaja guru juga
memberikan penghargaan kepada murid yang Berjaya menyanyikan lagu dengaan memberikan duit raya.

15

Masalah-masalah yang di hadapi oleh guru ketika menggunakan teori


Bandura.
Seperti yang kita ketahui,teori ini bergantung terhadap sesuatu subjek contohnya
subjek menggunakan tingkah laku yang negative maka si pemerhati akan meniru
tingkah laku tersebut dengan sikap yang sama.Maka guru perlu berhati-hati ketika
bertutur atau menyampaikan sesebuah pembelajaran kepada pelajar.Guru juga
perlu meneliti sesuatu bahan seperti tayangan video seperti cerita kartun
mempunyai unsur yang positif kerana di khuatiri menjadi ikutan kepada pelajar.

16

Selain itu juga guru perlu mengulangi sesuatu pembelajaran supaya ia dapat di
ingati oleh seseorang pelajar.Proses pengulangan ini mampu memberi ingatan yang
kuat kepada pelajar.Jika guru tidak melakukan pengulangan maka murid-murid akan
mudah lupa dan sukar mengikuti contoh yang di berikan oleh guru.
Bukan itu sahaja,teori ini perlu menggunakan focus sepenuhnya dari seseorang
pelajar terhadap sesuatu situasi.Jika tiada focus ini maka pelajar tidak mampu
mengingati cara dan pembelajaran yang di ajar.Maka guru perlu memastikan situasi
atau bahan yang di gunakan mestilah menarik minat seseorang pelajar dalam
penyampaian ilmu yang di berikan.
Selain itu juga guru perlu mampu memotivasi pelajar dalam meningkatkan
keyakinan dan mewujudkn kepercayaan diri.Jika tiada motivasi ini pelajar atau
murid hanya mampu memerhati dan tidak mampu memberi

kesan

kepada

pemerhatian dalam sesebuah situasi.

RUJUKAN
1. http://dalinsia8990.blogspot.my/2010/08/jenis-jenis-peniruan.html
2. http://www.nuraminsaleh.com/2012/11/albert-bandura-dan-teorinya.html

17

3. http://psikologibrebesjateng.blogspot.my/2011/07/sejarah-albertbandura.html
4. http://psikologi.net/albert-bandura/
5. http://www.psikologiku.com/biografi-lengkap-albert-bandura/
6. http://www.ilmupsikologi.com/2015/09/sejarah-bandura-eksperimen-bobodoll-teori-belajar-sosial.html

18

You might also like