You are on page 1of 3

Konsep Boneka dalam Pengajaran dan

Pembelajaran
In the Name of Allah, The Most Merciful and Most Gracious
Konsep Boneka dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian
kanak-kanak dalam pendidikan yang dapat dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar.
Beberapa contoh teknik tersebut ialah seperti boneka dan permainan bahasa. Bagi
Tugasan Projek tugasan 1 untuk individu di bawah tugasan Penggunaan Modul Literasi dan
Aplikasi Teknik Pengajaran, saya telah memilih teknik boneka.
Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah
menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman
ketamadunan Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa
Portugis Boneca yang membawa maksud hidup. Secara ringkasnya, boneka dapat
didefinisikan sebagai sesuatu objek atau benda bukan hidup yang dilakukan oleh pemain
sama ada secara sentuhan atau arahan bagi menyampaikan mesej.
Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai
boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan
watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka
boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan
dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka.
Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Sebagai
contoh ialah boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat, boneka lidi dan
boneka layang-layang. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi,
informasi, eksplorasi, persuasi dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana
pengajaran dan pembelajaran boleh menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik

perhatian murid. Boneka yang terdiri daripada banyak saiz ini juga mudah dibawa ke manamana dan muudah dihasilkan.
Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh
menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah
penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan
tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik
dan menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni.
Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada
kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak
autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan
tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat
memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat
menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat
mencipta dan merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan
salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah Rendah iaitu
Didik Hibur. Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang
menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan
pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa
kanak-kanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai
dengan keperluan mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan
untuk pembelajaran kanak-kanak.
Cara perlaksanaan teknik boneka ini berbeza-beza mengikut jenis
boneka yang dimainkan. Boneka jari dimainkan dengan diletakkan pada hujung
jari dan diperbuat daripada sarung tangan berbentuk kepala boneka. Boneka jari
dimainkan dengan menggerak-gerakkan jari tersebut. Bagi boneka tangan pula,
boneka ini dimainkan dengan tangan. Boneka ini terdiri daripada kepala dan dua
tangan, manakala bahagian badan dan kakinya hanya merupakan baju yang
akan

menutup

tangan

dan

lengan

orang

yang

memainkannya.

Cara

memainkannya adalah dengan menggerakkan kepala boneka tangan dengan


menggunakan jari, manakala ibu jari dan jari kelinking menggerakkan tangan
boneka itu. Selain itu, terdapat boneka tongkat. Boneka ini dinamakan sebagai
boneka tongkat kerana cara memainkannya adalah dengan menggunakan
tongkat. Bagi boneka tali pula, boneka ini atau yang dikenali sebagai Marionet
banyak dipakai di negara Barat. Boneka tali diperbuat daripada anak patung
biasa yang dipakaikan tali pada anggota badannya seperti kepala, kaki dan
tangannya. Cara menggerakkannya ialah dengan menggerakkkan tali-tali
tersebut dimana orang yang memainkannya perlu berada di atas dan boneka
tersebut dibawah. Perlaksanaan permainan boneka tali agak rumit dan
memerlukan kemahiran daripada orang yang sudah mahir. Selain itu, boneka
bayang-bayang pula dimainkan dengan mempertontonkan gerak bayangbayang boneka tersebut. Boneka itu juga dikenali sebagai wayang kulit. Wayang
kulit sering dimainkan di beberapa buah negara di kawasan Asia Tenggara
seperti Terengganu dan Kelantan di Malaysia serta Jawa di Indonesia.
Perlaksanaan boneka bayang-bayang atau wayang kulit memerlukan ruangan
yang gelap dan tertutup untuk membuat bayang-bayang.

Kesimpulannya, dapatan analisis daripada teknik boneka menunjukkan


bahawa perlaksanaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran amat
relevan. Teknik ini wajar dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran
kanak-kanak dapat dijalankan selari dengan perkembangan mereka.

You might also like