You are on page 1of 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDPS3203

BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI

NAMA : WOO QIN QIAN

NOMBOR MATRIK : 940607125572001

NO KAD PENGENALAN : 940607-12-5572

NOMBOR TELEFON : 010-932 8258

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

JANUARI 2019
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

2.0 KEPENTINGAN DRAMA/DRAMATIKA KREATIF


DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK
3.0 4 JENIS DRAMA/DRAMATIKA KREATIF

4.0 KESIMPULAN

BAHAGIAN 2

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang


penting bagi perkembangan intrinsik dan ekstrinsik kanak-kanak. Perkembangan intrinsik
bermaksud aspek pendidikan diberikan untuk menilai potensi prestasi kanak-kanak dalam
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi perkembangan ektrinsik pula, pendidikan
yang diterapkan adalah proses pembelajaran hakiki yang perlu dilalui oleh kanak-kanak
mengikut tahap umur mereka.

Berdasarkan kedua-dua kepentingan pendidikan ini, maka terdapat beberapa kajian yang
menunjukkan bahawa guru pendidikan awal kanak-kanak mempunyai pengetahuan yang
terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanak-kanak akibat pendekatan pra
perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan atau pun memandang ringan
pengaplikasian teori dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna, terdapat
strategi yang tidak efektif dalam pengajaran guru ekoran daripada kurang pengetahuan dan
latihan yang jitu dalam proses memberi pendidikan dan dalam masa yang sama menilai
kembali keberkesanan pengajaran mereka.

Pengajaran guru seharusnya menerapkan pelbagai strategi yang kompeten bagi


memastikan kualiti pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak sejajar dengan hasrat
yang diinginkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bertitik tolak daripada
permasalahan ini, para guru perlu memastikan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran
bersifat proaktif dan strategi penilaian yang dimanfaatkan dapat mengukur potensi
kognitif dan psikomotor kanak-kanak dengan baik dan berkesan.

Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang
disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap
pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan
berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil
bahagian secara aktif didalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-
komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta
kesenian dan rekreasi.

Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan
kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna.
Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan
pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
mengikut kebolehan,keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.

Abdul Rashid Ali (1992) menyatakan bahawa kanak-kanak dalam lingkungan umur dua
hingga enam tahun secara tidak langsung memperoleh atau menguasai bahasa secara aktif.
Oleh itu, proses pengajaran bahasa pada tahap tersebut sangat penting kerana kanak-kanak
memperoleh dan menguasai sesuatu bahasa tanpa disedari. Dalam pengajaran bahasa ini,
aspek bahasa perlu diterapkan secara holistik. Aspek ini merangkumi aspek fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Namun begitu, hampir keseluruhan
pedagogi guru prasekolah kurang menitikberatkan penguasaan bahasa kanak-kanak yang
merangkumi kesemua aspek bahasa tersebut. Oleh itu, paradigma yang berlaku dalam proses
pedagogi guru perlu diteliti untuk menilai keberkesanannya dalam mengenal pasti pedagogi
guru terutamanya guru prasekolah sama ada pedagogi yang dipraktikkan mereka ini dapat
memberi impak terhadap penguasaan bidang bahasa kanak-kanak.

Salah satu teknik pengajaran yang berkesan ialah dengan aktiviti drama/dramatika. Dalam
tugasan ini, kepentingan drama kreatif dalam pendidikan kanak-kanak akan dibincangkan
secara terperinci. Selain itu, satu rancangan mengajar harian juga akan di rancang untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

2.0 KEPENTINGAN DRAMA/DRAMATIKA KREATIF DALAM PENDIDIKAN


KANAK-KANAK

Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), seni drama merupakan salah satu
kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Kanak-kanak belajar mengenal diri dan masyarakat menerusi drama. Hal ini
demikiian kerana, elemen asas yang terdapat dalam mencerminkan kehidupan individu serta
masyarakat. Menerusi aktiviti drama, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara
bersuara atau tanpa suara dengan lebih efektif. Mereka juga boleh dilatih dalam aspek
penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai menerusi aktiviti simulasi,
main peranan dan improvisasi. Pembelajaran melalui drama akan menjadikan pembelajaran
murid-murid lebih bermakna dan berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan.

Drama merupakan salah satu elemen yang merentas kurikulum kerana boleh diaplikasikan
sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran
khususnya Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Menurut Farizah Nazir et al. (2015), aktiviti
drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran
berkomunikasi secara berkesan serta tepat seperti nama yang ditekankan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Sama seperti karya
kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan sebagai medium penyebaran ilmu
pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh
membimbing murid menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan
perbincangan berkenaan dengan skrip yang dibaca. Murid-murid dapat memahami perihal
manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia dan sosiobudaya masyarakat
melalui watak-wataj yang terdapat dalam skrip tersebut.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang
lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain yang terdapat dalam skrip drama
melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai (Amir Juhari, 2015). Penghayatan skrip juga
boleh dilaksanakan dengan aktiviti drama pembaca atau pementasan drama. Selain itu, skrip
juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan
sejarah, guru boleh memilih skrip yang menterjemahkan kisah sejarah yang dipelajari atau
membinanya sendiri bersama murid dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau
simulasi.

Melalui plot atau konflik yang dikemukakan dalam skrip, guru boleh meminta murid
berbincang bagi memikirkan penyelesaian masalah, andaian atau meramalkan penyelesaian
sesuatu cerita atau peristiwa. Melalui analisis perwatakan pula, guru boleh meminta pendapat
murid tentang perilaku, tindakan dan cara watak menyelesaikan permasalahan yang
ditimbulkan (Lutfi Abas, 1987). Aktiviti sebegini menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan
kreatif, di samping menggalakkan murid memahami permasalahan masyarakat dan cuba
menjadikan persoalan yang terdapat dalam skrip itu sebagai satu pengajaran yang
menambahkan pengalaman mereka tentang erti kehidupan. Dalam hal ini, secara tidak
langsung guru telah dapat menerapkan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi pelajar itu
sendiri.

Nor Hashimah Jalaluddin (2007) menyatakan bahawa penghasilan sebuah drama kanak-
kanak, merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada para pelajar. Peranan drama dalam
pendidikan bukan sekadar melatih kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, berfikir dan
berketrampilan, malahan melalui aktiviti berdrama, murid boleh mempertingkatkan potensi
diri dalam banyak aspek. Ini termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya. Drama
merupakan seni persembahanyang menggabungkan seni lakon dengan plbagai seni lain
seperti seni muzik, seni tari, seni pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan seni yang lain.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa drama merupakan medium yang signifikan dalam
konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui penglibatan dalam aktiviti drama,
murid-murid digalakkan untuk memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka.
Perkara tersebut selaras dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai
kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti drama juga merupakan aktiviti yang
berpusatkan murid, kerana proses penghasilan drama itu sendiri pasti melibatkan penyertaan
mereka secara aktif. Murid-murid yang memainkan peranan dalam aktiviti drama akan
menerokai pelbagai aspek penting dalam perkembangan diri mereka.

Konsep Drama dalam Pendidikan dengan Drama Pendidikan sering kali disalahertikan oleh
masyarakat umum. Apabila menyebut Drama Pendidikan bermakna melatih kanak
membicarakan tentang seni atau aktiviti drama yang diintergrasikan ke dalam pendidikan.
Dalam hal ini, pendidikan bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang
lebih penting ialah proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan
sikap pelajar yang terlibat. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat
mengenal diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta
meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek.

Drama dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar menajamkan sensitiviti
mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya
mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti,
konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti drama boleh berfungsi
sebagai satu kaedah terapi yang membantu murid mempunyai masalah emosi dan fizikal.
Drama dan drama juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi
Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara.

3.0 4 JENIS DRAMA/DRAMATIKA KREATIF

4.0 KESIMPULAN
BAHAGIAN 2

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

You might also like