You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEC2503

MATEMATIK UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

MAY 2018

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 JENIS GRAF DAN CARA MENGGUNAKANNYA 4

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN 8

4.0 PENILAIAN 13

5.0 KESIMPULAN 15

RUJUKAN 16

2
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah di Malaysia memberi penekanan kepada usaha bagi menyediakan


kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun peluang pembelajaran yang
bermakna dan menyeronokkan. Kaedah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pada tahap ini ialah pembelajaran yang berpusatkan murid, menekankan kepada konsep
inkuiri penemuan, pendekatan pembelajaran secara bersepadu, bertema, belajar melalui
bermain, pembelajaran kontekstual dan berasaskan projek.

Segala perancangan dan pelaksanaan pembelajaran dalam kelas prasekolah ini perlu
mengambil kira kesesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan perbezaan
pengetahuan sedia ada murid. Melalui pengalaman pembelajaran yang mereka alami di
sekolah, kanak-kanak ini diharapkan mampu untuk membuka minda mereka ke arah konsep
dan kemahiran yang lebih luas berbanding sebelum ini. Sejajar dengan itu, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan mula dilaksanakan pada tahun 2010 di seluruh
negara.

Kurikulum ini digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dipelajari dan diaplikasikan oleh murid-murid. Bagi
pembelajaran matematik di dalam kelas prasekolah, pemahaman guru terhadap psikologi
perkembangan kognitif kanak-kanak dan aplikasinya di dalam pengajaran dan pembelajaran
guru adalah amat penting dalam pembelajaran matematik yang berkesan. Murid-murid hanya
dapat memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit.

Oleh yang demikian, guru perlu menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak
dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti
pembelajaran matematik di peringkat sekolah. Aktiviti serta teknik pengajaran dan
pembelajaran matematik kanak-kanak yang hendak dijalankan mestilah dirancang dengan
rapi mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murid menguasai sesuatu konsep
atau kemahiran.

Aktiviti yang dirancangkan hendaklah dijalankan untuk kumpulan kecil atau individu.
Kesediaan amat penting jika kita berkehendakkan pembelajaran secara efektif. Oleh itu,
langkah-langkah kecil tertentu perlu diambil kira untuk menyediakan kanak-kanak tersebut
untuk langkah selanjutnya dengan mengintergrasikan serta mengukuhkan pembelajaran yang
lalu dengan tahap yang ada sekarang.
3
Dalam memperkenalkan Matematik di peringkat awal kanak-kanak, mengumpul dan
menyusun data adalah sangat penting. Ini kerana kemahiran ini akan diguna pakai sehingga
lah mereka masuk ke alam pekerjaan. Pada peringkat ini, beberapa cara mengumpul dan
menyusun data boleh diperkenalkan kepada murid-murid antaranya ialah penggunaan carta
dan graf. Dalam tugasan ini, 3 jenis carta dan graf akan dihuraikan iaitu graf menegak, carta
pai dan piktograf. Seterusnya, satu rancangan pengajaran harian akan di rancang dan akhir
sekali, penilaian selepas aktiviti dijalankan.

2.0 JENIS GRAF DAN CARA MENGGUNAKANNYA

Graf dan carta merupakan salah satu kaedah untuk mempersembahkan sesuatu keputusan.
Ianya merupakan salah satu kemahiran mengumpul dan menyusun data. Penggunaan graf dan
carta ini sangat luas dan universal. Ianya bukan sahaja digunakan pada peringkat
persekolahan, di alam pekerjaan juga ianya amat berguna. Oleh sebab itu, penting untuk
memperkenalkan graf dan carta ini kepada kanak-kanak. Selain itu, ianya juga akan
memudahkan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak kerana ia menggunakan
bentuk dan warna yang akan menarik minat kanak-kanak serta mengukuhkan ingatan mereka.

Terdapat tiga graf dan carta yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
kelas prasekolah iaitu graf menegak, carta paid an piktograf.

Graf Menegak

Menurut Zakaria, (2006), graf adalah kumpulan simpul (nodes) yang dihubungkan satu sama
lain melalui sisi ( edges ).Graf juga merujuk kepada hasil analisis data statistik ( nombor )
yang ditunjukkan dalam bentuk gambarajah yang membolehkan pemahaman dengan sekali
pandang. Dengan lain perkataan graf adalah penyataan data gambarajah yang dapat menarik
minat kepada penglibatan manusia dalam menyampaikan secara cepat dan tepat rumusan
maklumat tersebut.

Kepentingan graf ialah untuk meringkaskan data yang tertabur dan seterusnya
menggambarkan taburan secara sistematik. Gambaran yang mungkin lebih jelas dapat dibuat
bukan sahaja dengan jadual taburan kekerapan, tetapi dengan menggunakan berbagai bentuk
gambarajah atau graf bagi memperlihatkan keadaan pola dan bentuk taburan tersebut.

Graf Bar terdiri daripada beberapa bar yang dilukis secara menegak atau mendatar. Tinggi bar
menunjukkan kuantiti sesuatu data. Gra bar mudah sesuai digunakan unutk menunjukkan data

4
tentang jumlah sesuatu cirri seperti jumlah hujan tahunan, jumlah penduduk mengikut umur,
dan jumlah pengeluaran.

35

30

25

20
Series 1
Series 2
15 Series 3

10

0
Category 1

Berikut merupakan contoh graf menegak. Terdapat 2 paksi iaitu paksi melintang dan paksi
menegak. Paksi melintang mengandungi maklumat tentang jenis atau kategori, manakala
paksi menegak pula mengandungi maklumat tentang jumlah. Kemudian, data yang dikumpul
akan di plot kan pada graf. Akhir sekali, warna kan dengan warna warni bagi setiap kategori.
Graf ini dapat menunjukkan data dengan lebih jelas dan menarik kepada kanak-kanak.

Carta Pai

Carta pai merupakan satu bulatan yang bernilai 360°, yang dibahagikan kepada beberapa
sektor mengikut nilai yang diwakilinya. Carta pai boleh menggambarkan taburan dan
menunjukkan kadar peratusan. Saiz bulatan menggambarkan jumlah keseluruhan ciri yang
dikemukakan.

Contohnya, rajah di bawah ialah satu carta pai yang meunjukkan murid-murid dalam setiap
tingkatan di sebuah sekolah.

5
Bagi membina sebuah carta pai, satu bulatan dibahagikan kepada sektor-sektor berlainan
mengikut kuantiti setiap data. Misalnya, setiap sektor dalam carta pai di atas adalah sepadan
dengan bilangan murid. Saiz sudut setiap sektor berkadaran dengan bilangan murid yang
diwakili oleh setiap sektor.

Penggunaan carta pai dalam menerangkan sesuatu dapatan adalah sangat mudah terutamanya
kepada kanak-kanak. Rupanya yang seperti sebuah kek memudahkan penerangan tentang
banyak atau sedikit sesuatu dapatan. Sebagai contoh, guru boleh bertanya kepada murid-
murid warna apakah yang paling besar sekali, mereka akan menjawab warna yang
mempunyai permukaan paling luas dan guru akan menerangkan bahawa warna tersebut
mewakili kategori apa dan jumlahnya.

Piktograf

Piktograf atau juga dikenali sebagai carta gambar. Ia merupakan satu ilustrasi data yang
menggunakan gambar atau symbol yang sama bentuk dan sama saiz bagi mewakili frekuensi
atau kekerapan sesuatu perkara atau item. Gambar atau symbol yang digunakan adalah
selalunya merujuk kepada apakah data tersebut. Sebagai contoh, piktograf di bawah ini
menunjukkan data yang terkandung didalam jadual 1.

Kumpulan Bilangan Bola

A 5

B 4

6
C 2

D 1

Mewakili 1 bola

Melalui piktograf ini, amat mudah untuk mentafsir kumpulan mana yang memiliki bola
paling banyak dan yang paling sikit. Kanak-kanak pasti amat tertarik dengan gambar yang
digunakan dalam piktograf ini dan sedikit sebanyak akan menarik minat mereka untuk
belajar.

Ketiga-tiga carta dan graf ini digunakan dengan cara yang berbeza. Terdapat data yang sesuai
dengan graf menegak dan ada juga data yang tidak sesuai dengan graf tersebut tapi sesuai
dipersembahkan dalam bentuk piktograf. Oleh itu, sebagai seorang guru, mereka haruslah
bijak dalam memilih carta dan graf dalam mempersembahkan data yang dikumpul.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN

Kelas : Prasekolah bintang

7
Tarikh : 25 Mac 2018

Masa : 9.20 – 9.50

Bilangan Murid : 23 orang

Tajuk : Padanan Nombor

Subjek : Matematik

Tunjang Utama : Sains dan Teknologi (ST) – Awal Sains dan Matematik

Standard Kandungan : (S.T 7.1) Memahami nombor 1 hingga 10

Standard Pembelajaran : (S.T 7.1.5) Memadankan angka 1 hingga 10


dengan bilangan objek yang betul.

Kesepaduan tunjang : (BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respon

Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat :

Memadankan sekurang-kurangnya 3 padanan


dengan bilangan objek yang betul

Pengetahuan sedia ada : Murid boleh mengira

Kemahiran berfikir : Banding beza, menjana idea,mengumpul maklumat,


mengelaskan

Fokus MI : Linguistik, Logik Matematik

Penerapan nilai : Bekerjasama, tekun

BBM : Bahan Kuantiti

· Kad nombor 1 hingga 10 10


· Batang aiskrim / stick 15
· Gula-gula 30
Langkah/Masa Isi Pengajaran · CD Lagu Aktiviti Catatan

8
Set induksi 1. Guru menunjukkan kuih yang 1. Murid memberi MI :
telah dibeli di kedai kepada murid respon kepada Linguistik
(5 minit)
pertanyaan guru
2. Guru bertanya kepada murid
berapa bilangan kuih yang guru 2. Murid ikut
KB : Menjana
beli mengira bersama guru
Idea
3. Guru letakkan kuih atas
pinggan supaya murid boleh
mengira Nilai :
Menghormati
4. Guru bimbing murid untuk
mengira

BBM: Kuih

Langkah 1 1. Guru menunjukkan stick atau 1. Murid melihat MI :


batang aiskrim bahan yang dibawa oleh Linguistik,
guru Awal
2. Guru bimbing kanak-kanak
Matematik
mengira batang aiskrim daripada
bilangan 1 hingga 10 KB: Menjana
2. Murid mengira
Idea, banding
bilangan batang aiskrim
beza
bersama guru
Nilai :
Bekerjasama

BBM :
Batang
Aiskrim

9
Langkah 2 Murid membuat latihan
mengira
1. Murid mengira
1. Guru memberikan beberapa bahan yang telah
MI :
stick batang aiskrim kepada murid diberikan oleh guru
Linguistik,
2. Guru membimbing murid agar 2. Murid membuat Awal
mengira dengan betul pengiraan mudah dan Matematik
menyebut nombor 1
3. Seterusnya guru memberi pula
hingga 10
gula-gula kepada murid
KB: Menjana
3. Murid membentuk 4
4. Bimbing murid membuat Idea, banding
kumpulan.
pengiraan mudah daripada 1 beza
hingga 10 5. Dalam kiraan 1
minit, murid-murid
5. Guru membahagikan murid
berusaha mengambil Nilai : Tekun
kepada 4 kumpulan. Setiap
sebanyak mungkin
kumpulan akan diberikan masa 1
batang aiskrim dan
minit untuk mengambil sebanyak
gula-gula untuk
mungkin gula-gula dan batang BBM :
kumpulan mereka.
aiskrim. Batang
Aiskrim,
gula-gula

Langkah 3 1. Guru membuat agihan 1. Murid menerima MI :


peralatan yang akan digunakan agihan peralatan Linguistik,
daripada guru Awal
2. Guru menyuruh murid
Matematik
menghitung bilangan objek yang 2. Murid menghitung
telah diberi bilangan objek yang
telah diberi
3. Seterusnya murid diminta KB: Menjana
untuk memadankan objek tersebut 3. Seterusnya murid Idea, banding
dengan nombor seperti yang telah membuat padanan beza
10
guru tunjukkan nombor dengan
bilangan objek yang
4. Guru bimbing murid Nilai :
telah dihitung
melakukan aktiviti Bekerjasama
4. Murid bekerjasama
5. Guru menerapkan nilai
membuat aktiviti dalam
bekerjasama dalam menjalankan
kumpulan BBM :
aktiviti berkumpulan
Batang
Aiskrim

Murid mengira jumlah batang MI :


aiskrim dan gula-gula yang di Linguistik
Langkah 4
kumpul

1. Murid melihat
1. Guru menunjukkan kertas
demonstrasi guru KB: Menjana
yang menunjukkan sebuah jadual
Idea, banding
kosong.
beza
2. Seterusnya guru demonstrasi 2. Seterusnya murid
cara untuk mengisi jadual memberi respon dengan
berdasarkan jumlah batang ais bersama mengira objek Nilai :
krim dan gula-gula yang dikumpul serta melekatkan batang Bekerjasama
dengan cara melekatkan batang ais aiskrim dan gula-gula.
krim dan gula-gula di ruang yang
disediakan.
BBM :
Batang
Aiskrim,
gula-gula, kad
nombor

Langkah 5 1. Setelah aktiviti selesai, guru 1. Murid membuat MI :


minta murid menyanyikan lagu pergerakan kreatif Linguistik,
untuk mengira nombor 1 hingga sambil menyanyikan muzik, awal
11
10 lagu. matematik

Lirik lagu : KB: Menjana


Idea, banding
beza

One little two little three little


finger
Nilai :
Four little five little six little finger
Bekerjasama

Seven little eight little nine little


finger
BBM : CD
Ten little finger and all
Lagu

Penutup 1. Guru bertanya apa yang 1. Murid memberi MI :


dipelajari oleh murid respon kepada Linguistik
(3 minit)
pertanyaan guru
2. Guru minta murid
menceritakan apa yang telah 2. Murid
KB :
dipelajari menceritakan aktiviti
Menjana Idea
yang telah dilakukan
3. Guru membuat refleksi
aktiviti 3. Murid mendengar
guru membuat refleksi Nilai : Sabar,
4. Guru mengucapkan tahniah
bekerjasama
kerana murid berjaya membuat
aktiviti hari ini dengan cemerlang
4. Murid
mengucapkan terima BBM : Tiada
kasih.

4.0 PENILAIAN

12
Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial,
dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun
sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah kanak-
kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari
aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu
aspek yang harus diberi penekanan oleh guru bagi menentukan pencapaian dan
perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di
prasekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian daripada


proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya adalah proses
pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai
kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian yang
dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub dalam Akta
Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan:
“5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang
perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor”.

Dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang ini, kaedah penilaian ataupun
pentaksiran yang digunakan ialah dengan menggunakan lembaran kerja. Lembaran kerja
yang diberikan kepada murid ini adalah bagi memperkukuhkan lagi kefahaman murid
terhadap isi pelajaran yang telah mereka pelajari pada hari tersebut selain menguji tahap
kefahaman murid terhadap cara penyampaian dan kaedah yang digunakan oleh guru semasa
mengajar topik tersebut. Ini akan memudahkan guru untuk merancang aktiviti pemulihan dan
pengayaan yang seterusnya. Lembaran kerja yang diedarkan ini juga sesuai dengan peringkat
umur dan tahap perkembangan murid-murid. Mereka tidak akan rasa tertekan dan selesa
semasa menyiapkan tugasan tersebut. Guru juga bebas beredar dari satu murid ke satu murid
untuk membimbing semasa aktiviti ini berjalan. Berikut adalah contoh lembaran kerja yang
diedarkan oleh guru kepada murid:-
Nama : ..................................................................

Padankan nombor dengan bilangan objek dengan betul.

13
Kaedah pengajaran dengan menggunakan gambar adalah amat mudah diterima dan di fahami
oleh murid-murid prasekolah. Oleh yang demikian, penggunaan carta dan graf adalah amat
bertepatan dan bersesuaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

14
5.0 KESIMPULAN

Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi lagi
untuk melihat kebolehan mereka. Walaupun pelbagai kajian awal telah dijalankan mengenai
perkembangan awal kanak-kanak dalam kebolehan matematik tetapi masih tidak jelas kalau
kemahiran ini merupakan sebahagian daripada kemahiran konseptual atau prosedur.
Pengetahuan tentang bagaimana pengetahuan ilmu dalam bentuk konsep dan ilmu dalam
bentuk prosedur berinteraksi adalah penting dalam mengetahui bagaimana kanak-kanak
belajar membilang dan mengira. Pandangan bagaimana kedua-dua ilmu ini berinteraksi telah
menjadi perbahasan dalam perkembangan pengetahuan matematik awal kanak-kanak.
Sebagai contoh, ada pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak membina prosedur
untuk membilang dan mengira berdasarkan prinsip mengira yang mereka tahu (Gelman &
Gallistel, 1978; Gelman & Meck,1986).

Peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting, kerana ini akan
mempengaruhi persepsi dan sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik sepanjang
hayat mereka. Kanak-kanak prasekolah ini secara amnya belajar konsep-konsep informal dari
ahli keluarga, rakan, televisyen dan permainan mereka. Pengetahuan informal yang mereka
bawa ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami matematik formal
yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal.

Secara ringkasnya, perkembangan kebolehan informal dalam matematik mempunyai


persamaan, tidak kira budaya, bangsa dan kelas sosial. Semua kanak-kanak dapat
mengembangkan kebolehan asas dalam pemikiran tentang matematik. Walaubagaimanapun,
tidak bermakna pemikiran dan perkembangan kanak-kanak adalah seiras tetapi ia
menunjukkan corak perkembangan pemikiran yang sama. Kesimpulan yang boleh dibuat
adalah, kanak-kanak daripada beberapa latar belakang yang berbeza memperolehi pemikiran
melalui proses yang sama.

Oleh itu, adalah salah kalau kita membuat tanggapan yang kanak-kanak akan belajar
matematik tanpa mengambilkira bagaimana persembahannya atau cara pengajarannya.
Kanak-kanak perlu membina atau mengkonstruk pengetahuan mereka sendiri. Cara ini akan
menolong kanak-kanak memahami dan menggunakan kemahiran matematik dalam konteks
bilik darjah dan di luar bilik darjah.

15
RUJUKAN

Seow, Siew Hua.(1995). Pengajaran matematik KBSR. Selangor D.E.: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ginsburg, H. P. & Russell, R. L. (1981) Social class and racial factors on early mathematical
thinking. Monographs of the Society for Research in Child Development, 46, 913
Ginsburg, H. (1977). Children's arthmetic: The learning process. New York: D Van
Nostrand.

Hiebert & Lefevre, (1986). Conceptual and procedural knowledge in mathematics: an


introduction analysis. In Hiebert, J. (ed.), Conceptual and procedural Knowledge: the
case of mathematics. New Jersey: Erlbaum

Klein & Starkey (1988). Universals in the development of early arithmetic cognition. In G. B.

Saxe & M. Gearhart (eds.). Children’s mathematics. New Directions for Child Development,
41, 5-26.

Kamii, C. K. (1985). Young children reinvent arithmetic: Implication of Piaget’s theory. New
York : Teachers College Press

16

You might also like