You are on page 1of 12

PENDEKATAN WALDORF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-

KANAK
Oleh: Zailani Binti Zakaria
Pendahuluan

Pada masa kini semakin ramai guru dan ibu


bapa yang menyedari akan pendidikan Waldorf. Sebagaimana
Montessori dan Reggio, Wardolf yang berakar umbi di Eropah
telah pun berkembang ke seluruh dunia. Ramai yang tertarik
dengan pendekatan ini kerana mereka melihatnya sebagai
alternatif kepada pendidikan tradisional dan sebagai ilham untuk
meningkatkan mutu pendidikan (Edwards, 2002). Model
Pendidikan Waldorf berkaitan dengan pendidikan awal kanak-
kanak yang bertujuan untuk menggalakkan persekitaran
pembelajaran yang sihat kepada kanak-kanak, pembelajaran
yang tidak tergesa-gesa dan menyediakan persekitaran
pembelajaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak.
Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Pendekatan Waldorf
menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah pusat jagaan
kanak-kanak di rumah, kumpulan ibu bapa dan kanak-kanak,
program sokongan untuk ibu bapa, dan tadika yang
menyediakan program  untuk kanak-kanak berusia antara 3
hingga 7 tahun (Oldfield, 2001). Pendekatan Waldorf diasaskan
oleh Rudolf Steiner dan pertama kali dilaksanakan di Jerman.  

Rudolf Steiner dan Falsafah Antropologi

Rudolf Steiner dilahirkan di Austria pada tahun 1861 dan


merupakan anak kepada seorang pegawai stesen kereta api.
Beliau menghabiskan masa kecilnya di sebuah perkampungan
petani di Austria. Rudolf mempelajari matematik, fizik, dan
kimia dalam pengajian ijazah pertamanya di sebuah universiti di
Vienna dan kemudian menyambung pengajian doktor falsafah di
University Rostock.
   Selepas Perang Dunia Pertama, beliau memulakan usaha
membangunkan dan mengembangkan ideanya berkenaan
ketenteraman sosial di mana usaha gigihnya mendapat sambutan
menggalakkan daripada semua pihak. Berdasarkan konsep yang
diperkenalkan ini, beliau berpendapat bahawa masyarakat yang
sihat perlu saling bergantung dalam  bidang ekonomi yang
berkaitan dengan pengeluaran, penerbitan, serta penggunaan
tenaga dan perkhidmatan. Dalam bidang politik pula, perkara
yang diambil kira ialah mengenai hubungan sosial sesama
manusia manakala dalam bidang kerohanian pula pandangannya
lebih kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kemenjadian
manusia. Ketiga-tiga bidang ini saling berkait antara satu sama
lain dan yang paling penting ada tolak ansur demi mewujudkan
perpaduan dalam masyarakat (Childs, 1991a).
     Malangnya, pada masa itu tiada  sokongan sepenuhnya
diberikan  kepada Steiner untuk
mengubah cara pemikiran tradisional di Jerman menyebabkan
hasrat Steiner terbantut. Walau bagaimanapun, idea-idea
beliau dimanifestasikan ke dalam bidang-bidang yang lain.
Steiner juga menulis lebih daripada 50 buah buku dan
menyampaikan lebih daripada 6000 syarahan yang mewakili
dirinya sebagai saintis terkenal, pelukis, ahli falsafah, arkitek,
dan pendidik sebelum meninggal dunia pada tahun 1925. Boleh
dikatakan, peninggalan beliau  yang paling hebat ialah model
pendidikan yang direkabentuk berdasarkan kepada pandangan 
falsafah beliau dan teori perkembangan kanak-kanak (Richard,
1980; Steiner, 1982).
        Apa sahaja gambaran daripada falsafah Steiner adalah
bermula daripada falsafah antropologi dari Greek; antro
bermaksud lelaki dan sophia yang bermaksud
kebijaksanaan.Ramai yang berpendapat bahawa antropologi
ialah kajian mengenai kombinasi antara kemanusiaan dan
kerohanian. Matlamat ilmu antropologi ini ialah untuk
menunjukkan kebenaran atau pengetahuan baru, dan bukannya
dihasilkan mengikut mana-mana prinsip tertentu yang
membuatnya menjadi ortodoks. Keutamaannya adalah untuk
mengetahui kebenaran tentang hal-hal kerohanian (Wilkinson,
1996).
           Komponen kedua dalam kajian kemanusiaan
sebagaimana yang dikehendaki oleh Steine ialah mengenali diri
sendiri iaitu setiap individu itu harus membina kekuatan diri
dalam pelbagai bidang. Melalui kajian dan penerokaan
mengenai  hal-hal intelektual, usaha-usaha artistik, kraf dan
kemahiran tenaga buruh dan meditasi kerohanian, seseorang itu
boleh meningkatkan kekuatan dan semangat dalam diri mereka.
Sifat semula jadi manusia yang tidak dapat lari daripada
menghadapi pengalaman di dunia, tetapi mereka mesti
meletakkan diri dalam situasi sebenar dalam satu kedudukan
pengasingan  dan tidak menguasai diri mereka (Wilkinson,
1996, p.53). Steiner merasakan bahawa melalui falsafah dan
ilmu kemanusiaan, nilai kerohanian, jiwa dan tubuh badan untuk
sebuah kehidupan dapat disediakan dan direalisasikan untuk
pertumbuhan dan pembelajaran yang berterusan.

Teori Steiner mengenai Perkembangan Kanak-kanak

Steiner sentiasa konsisten dengan kepercayaannya dalam bidang


antropologi,  seterusnya mencipta teorinya sendiri berkenaan
dengan perkembangan kanak-kanak. Beliau mencadangkan 7
tahun kitaran yang merangkumi aspek perkembangan fizikal dan
kerohanian. Dalam tempoh 7 tahun pertama kehidupan, Steiner
merasakan bahawa perkembangan kanak-kanak lebih tertumpu
pada bentuk fizikal tubuh badan. Mereka meniru orang-orang 
dewasa di persekitaran mereka untuk mengenali dunia. Mereka
juga melatih diri dengan pekerjaan sebenar melalui bermain dan
projek-projek kraf tangan. Serentak dengan itu, perkembangan
kerohanian sepatutnya baik berasakan konsep boleh yang
digarap oleh Steiner dan dipupuk melalui drama atau simulasi.
Tempoh masa tujuh tahun pertama inilah merupakan masa yang
penting bagi kanak-kanak untuk meneroka alam fantasi dan
imaginasinya.  Pada tahap ini, Steiner berpendapat bahawa
pengajaran secara formal sangat tidak sesuai bagi kanak-kanak.
            Dalam kitaran tujuh tahun kedua iaitu lingkungan umur 7
hingga 14 tahun kanak-kanak Kanak-kanak mula sedar tentang
dunia sekeliling mereka dan mula memahami arahan serta boleh
belajar secara formal . Pada peringkat ini, kanak-kanak mulai
memahami akan perasaan dan konsep kerohanian. Hubungan
sesama insan juga mulai berkembang pada peringkat ini.
            Peringkat umur 14 hingga 21 tahun yang merupakan
kitaran 7 tahun ketiga, manusia  telah mula mencapai tahap akil
baligh dalam kehidupan mereka. Mereka mula menggabungkan
kepintaran mereka mula berfikir secara abstrak. Perasaan untuk
bebas dan berdikari mulai berkembang pada tahap ini dirasai
dan pelajar mula meneroka dan berhubungan secara sendirian.
Steiner menggariskan 7 tahun kitaran dan karektor-karektor
yang bersesuaian mengikut susur galur kehidupan sehinggalah
mencapai usia 85 tahun (Wilkinson, 1996).
            Kesimpulannya, bersandarkan kepada teori
perkembangan ini menunjukkan Steiner percaya kepada
pendidikan. Beliau merasakan bahawa kanak-kanak mesti
berkembang secara menyeluruh dari aspek fizikal tubuh badan,
jiwa dan kerohanian. Tumpuan hendaklah diberikan kepada
mendidik semua kanak-kanak kerana membangunkan kebolehan
kanak-kanak adalah lebih penting daripada mengajar kanak-
kanak memahami pelajaran. Ini bermakna bahawa mengajar
kanak-kanak memahami dan mengenali diri mereka adalah lebih
baik daripada  mengajar mereka tentang fakta dan ilmu daripada
buku. Steiner juga percaya bahawa pembelajaran yang sesuai 
terutamanya untuk peringkat menengah adalah mengikut tahap
umur dan peringkat yang telah ditetapkan.

Pendidikan Waldorf mengikut Konteks Sejarah

Steiner akhirnya berpeluang menyampaikan sendiri teori


perkembangan dan pandangannya dalam pendidikan pada akhir
Perang Dunia Pertama. Selepas Steiner menyampaikan
syarahannya di Waldorf-Astoria Cigarette Factory, pemilik
kilang tersebut iaitu Emil Molt mula tertarik dengan idea-idea
Steiner dan mencadangkan Steiner membuka sebuah sekolah
kepada anak-anak pekerja di kilangnya. Steiner menyahut
cabaran itu dengan memberikan beberapa syarat iaitu:
 Sekolah mestilah diuruskan oleh guru dan bukannya pihak
pentadbir.
 Kurikulumnya mestilah berasaskan impian dan cita-cita
yang tinggi.
 Pentingnya untuk mempunyai impian, kebenaran, dan
perasaan tanggung jawab terhadap tiga aspek perkembangan
sosial.
 Guru-guru hendaklah dipilih oleh Steiner dan dilatih
mereka melalui syarahan dan meditasi kendaliannya.
           Sekolah Waldorf yang pertama dibuka pada tahun 1919
apabila pemilik kilang itu, Emil Molt menerima syarat-syarat
yang ditetapkan Steiner. Emil Molt juga menyediakan
pembiayaan dan tempat untuk sekolah itu. Sambutan amat
menggalakkan selepas beberapa bulan sekolah ini dibuka.
Dalam tempoh 20 tahun, lebih daripada 6 buah sekolah Waldorf
dibuka di Jerman, 7 buah lagi di negara-negara lain di seluruh
dunia. Apabila rejim Nazi menguasai Jerman pada tahun 1939,
kerajaan menutup semua sekolah-sekolah Waldorf kerana
menganggap sekolah-sekolah tersebut mengajar kanak-kanak
diajar berfikir tentang diri mereka sendiri. Sebaik sahaja rejim
Nazi  lumpuh, sekolah-sekolah itu dibuka semula dengan
semangat baru dan semakin maju.
       Sekolah-sekolah Waldorf adalah berdasarkan kepada
budaya Jerman dan berpusatkan murid daripada idea-idea
Steiner yang merangkumi 3 bidang pengurusan utama iaitu
politik, kerohanian, dan ekonomi. Jerman Selatan secara
dasarnya berminat dengan idea-idea Steiner mengenai
kebebasan, kesamaan dan persaudaraan. Idea-idea Steiner bukan
sahaja menjadi daya tarikan kepada negara Jerman sahaja
malahan turut menarik minat kepada pendidik-pendidik di
seluruh dunia. Kini, lebih daripada 800 buah sekolah Waldorf
dibina di lebih 40 buah negara di seluruh dunia dan lebih
daripada 150 buah daripada sekolah-sekolah itu dibina di
Amerika Utara. Sebilangan sekolah-sekolah Waldorf ini
hanyalah menyediakan pendidikan di peringkat tadika sahaja,
dan ada juga yang menyambung pendidikan dari tadika sehingga
peringkat gred ke-12 atau gred ke-13.
           
Tadika Waldorf

Tadika Waldorf berbeza dengan tadika-tadika yang biasa kita


lihat. Tadika Waldorf menyediakan pendidikan kepada kanak-
kanak yang berusia antara tiga hingga enam tahun bersesuaian
dengan kitaran 7 tahun pertama sebagaimana yang dinyatakan
dalam teori perkembangan Steiner. Kurikulum meliputi
permainan imaginatif, cerita-cerita dongeng, cerita rakyat dan
cerita-cerita teladan, peniruan, aktiviti-aktiviti seni, aktiviti yang
menunjukkan pekerjaan sebenar seperti menjahit, membuat
roti, bermain alat muzik, menari, drama dan kesedaran tentang
alam semula jadi, serta musim dan kitarannya.
        Steiner berpendapat kanak-kanak pada tahap tadika sedang
berusaha mengembangkan fizikal tubuh badan dan apa yang 
mereka kehendaki. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan tidak
memerlukan suasana akademik dan lebih kepada hands-
on. Menurut Steiner, Banyak peluang akan wujud semasa
aktiviti dijalankan di tadika dan beliau percaya itu akan
mengembangkan lagi kehendak kanak-kanak. Alat mainan di
tadika juga hendaklah dalam bentuk yang biasa  'open ended'
bagi menggalakkan imaginasi kanak-kanak berkembang dengan
sempurna. Selain itu, objek di dalam kelas kebanyakannya
bahan semula jadi seperti buah labu, ranting, "pinecones &
pebbles' dan sebagainya.
     Tadika Waldorf tidak mengamalkan pengajaran formal dan 
dibentuk supaya ada kesinambungan dengan suasana di rumah.
Apa yang lebih penting ialah kurikulum yang dibina adalah
dapat menyediakan asas perkembangan yang baik dan
menyumbang kepada kegembiraan dan kesihatan jangka panjang
dan lebih-lebih lagi kepada perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh.
Sekolah Bergred Waldorf

Setelah berusia 7 tahun, kanak-kanak akan meneruskan tahap


persekolahan  di gred dua hingga lapan. Dalam tempoh masa
kitaran 7 tahun kedua ini kanak-kanak masih lagi bersama guru
dan rakan-rakan pelajar dari kelas yang sama. Tujuannya adalah
untuk memberikan kanak-kanak hubungan  yang berkekalan dan
membentuk persekolahan yang konsisten kepada kanak-kanak.
Ia juga sebagai salah satu cara bagi mengelakkan guru menjadi
lembap atau pasif. Maka, guru dan murid akan bersama-sama
dalam tempoh tujuh tahun kedua sehinggalah murid itu melalui
peringkat tumbesaran.
            Berdasarkan kepada teori Steiner, Kanak-kanak pada
tahap kedua ini telah bersedia untuk belajar subjek-subjek
akademik. Mereka telah mempunyai asas-asas pendidikan yang
cukup daripada pengalaman mereka di tadika sebelum ini.
Kesedaran mereka mengenai dunia luar juga telah berkembang
dengan baik. Nilai-nilai kerohanian dan perasaan juga telah
berkembang dengan baik. Bidang-bidang akademik yang biasa
seperti  membaca, menulis, kemahiran-kemahiran bahasa,
matematik, geografi, sejarah dan sains akan diajar oleh guru
supaya  kanak-kanak dapat menerokai ilmu dan  mahir dalam
bidang-bidang tersebut.
            Mengikut jadual harian di sekolah Waldorf, setiap pagi
guru akan menyambut kedatangan murid dan  memberi ucap
selamat dan kata-kata pujian supaya murid-murid bersemangat
untuk meneruskan pembelajaran. Kemudian semua kelas akan
berkumpul untuk menjalankan sesi pagi. Pembelajaran utama
bermula dalam tempoh masa 2 jam. Kelas ini akan
menggunakan pelbagai pendekatan bukan setakat syarahan
sahaja tetapi juga  pelbagai aktiviti yang sesuai dengan jadual
kurikulum pada hari tersebut akan dijalankan. Pada waktu
tengah hari kanak-kanak diberi peluang untuk menyertai aktiviti
yang kurang akademik seperti seni, muzik dan aktiviti praktikal.
Mata pelajaran yang sama mungkin akan diterokai selama 3 – 4
minggu sebelum mata pelajaran  baru diperkenalkan.

Latihan Guru Waldorf

Oleh sebab falsafah Waldorf diuruskan dengan baik dan


kandungannya juga merangkumi pelbagai komponen terancang,
maka guru-guru Waldorf perlu dilatih agar memahami  falsafah
dan teori bagaimana cara  untuk mengaplikasikan  idea-idea
tersebut dengan cara yang betul di dalam kelas.Kini terdapat
lebih 50 sekolah latihan sepenuh masa di seluruh dunia di mana
sekurang-kurangnya 8 daripadanya di Amerika Syarikat. Salah
satu Kolej Latihan Rudolf Steiner terletak di California,
Amerika Syarikat. Kolej ini menawarkan pelbagai program dan
kursus-kursus untuk melatih  guru, pendidik guru, pengikut-
pengikutnya, dan sesiapa sahaja yang berminat dengan Steiner
dan  teorinya.

Ciri-ciri Program Waldorf


Mewujudkan  Masyarakat Penyayang dalam Kalangan
Pelajar
Pendekatan Waldorf  dalam pendidikan awal kanak-kanak
mengandungi unsur-unsur kemasyarakatan. Rudolf Steiner telah
membincangkan secara terperinci perkara-perkara penting
mengenai persekitaran fizikal, kumpulan umur, perancangan
aktiviti, jadual dan hubungan sosial dalam program ini. Antara
elemen-elemen yang terdapat di Tadika Waldorf ialah:
  Kepekaan kanak-kanak kepada persekitaran.
  Kepentingan bermain dan peniruan.
  Faedah daripada kumpulan pelbagai umur.
  Mewujudkan ritma dan rutin.
               Kelas Waldorf dibentuk seperti di rumah sebagai
kesinambungan antara sekolah dan rumah. Menurut Waldorf,
kanak-kanak sangat sensitif dengan persekitarannya. Mereka
berupaya menyerap semua pengalaman pembelajaran melalui
lima deria. Oleh itu, guru mestilah bijak melakukan susun atur
dan reka bentuk dalam dan luar kelas yang akan digunakan oleh
kanak-kanak. Selain itu, keindahan dan keceriaan  di dalam
kelas juga  memainkan peranan untuk menarik minat kanak-
kanak. Warna memainkan peranan yang amat penting,
contohnya warna yang garang akan memberikan rangsangan
yang terlebih manakala warna yang lembut akan memberikan
rasa selesa dan tenang. Oleh kerana itu, Steiner mencadangkan
supaya kelas bagi kanak-kanak perlulah dengan warna kosong
yang lembut tanpa dihiasi dengan sebarang tampalan kertas
dinding. Suasana menarik yang ringkas seperti perabot kayu
dengan warna asli, langsir daripada natural fiber dan mainan
buatan tangan menjadi keutamaan. Keadaan ini bagi
membolehkan kanak-kanak meningkatkan imaginasi dengan
keadaan yang tenang dan selesa. 

Pengajaran untuk Mempertingkatkan
Perkembangan dan Pembelajaran
Terdapat beberapa kepercayaan  yang didokong oleh guru-guru
Waldorf berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak iaitu:
 Hormat-menghormati, keterujaan dan dilindungi. 
 Menghormati dan memandang tinggi kepada kanak-kanak.
 Menyediakan persekitaran yang menarik dan responsif.
 Hubungan kanak-kanak dengan pengalaman deria.
 Kerjasama sesama rakan sebaya.
 Kanak-kanak belajar melalui pengalaman.
 Sikap bertanggung jawab dan menjaga keselamatan diri.
      
     Membina Kurikulum yang Sepadan dan Sesuai 
 Memupuk  pemikiran kanak-kanak bermula dari minda,
hati,  sosial, emosi, kerohanian, moral,fizikal dan intelektual
kanak-kanak.
 Mempertingkatkan perkembangan secara holistik dari
aspek:
 Perkembangan kerohanian
 Perkembangan fizikal
 Perkembangan intelektual
 Mengekalkan integriti intelektual.
 Menggabungkan pelbagai variasi dalam aspek disiplin  
 Merangkumi kepelbagaian budaya
Menaksir Pembelajaran Kanak-kanak
 Tiada lagi pendekatan tradisional dalam  penaksiran.
 Membina hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
 Kebebasan untuk melangkah ke hadapan.
 Melihat kanak-kanak sebagai individu yang bernilai.
 Pemerhatian untuk melihat perkembangan kanak-kanak. 

Sumber Rujukan:
Roopnarine, J.L. & Johnson, J.E. 2005. Approaches to Early
Chilhood Education. 4thedition. Ohio: Prentice Hall.

You might also like