You are on page 1of 11

TAKE HOME EXAMINATION

SEMESTER 2 / 2020

HDPS4303

PERKEMBANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : 880530495054001


NO. KAD PENGNEALAN : 880530495054
PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
NO. TELEFON : 0142836468
E-MEL : steacy88@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE
BAHAGIAN A

SOALAN 2(a)
Terdapat tiga pendekatan utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
peringkat prasekolah iaitu pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema dan
juga pendekatan bersepadu. Ketiga-tiga pendekatan ini mempunyai kaedah tersendiri
dalam memberikan kanak-kanak ilmu pengetahuan.
Pendekatan belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan
berstruktur yang dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dalam
persekitaran yang santai, menyeronokkan, bebas dan selamat. Konsep bagi aktiviti belajar
melalui bermain antaranya ialah aktiviti mestilah aktiviti yang boleh meransang kanak-
kanak meluahkan perasaan, membolehkan kanak-kanak meneroka, mencuba melakukan
sesuatu dan meningkatkan kemahiran tertentu serta aktiviti bersifat bebas, dirancang dan
selamat. Melalui pendekatan ini, akan membolehkan kanak-kanak meningkatkan
keupayaan kognitif, memahami sesuatu konsep, meningkatkan rasa ingin tahu melalui
eksplorasi serta banyak lagi.
Pendekatan bertema pula ialah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui
topik atau tema yang dipilih berdasarkan kesesuaian masa,tempat,minat dan latar
belakang. Dalam pendekatan bertema kriteria dalam pemilihan tema mestilah melibatkan
penggunaan satu topik yang merangkumi semua komponen pembelajaran, topik tema
harus bermula dari dekat hingga jauh, dari mudah kepada sukar dan mencabar dan dari
umum kepada yang lebih khusus yang relevan atau berkaitan dengan kehidupan kanak-
kanak. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah
pendekatan bertema ini, tema yang dilpilih akan digunakan sebagai medium untuk
menyatukan pengetahuan atau kemahiran daripada beberapa komponen yang belainan.
Pendekatan bertema penting dalam membantu guru merancang,mengurus dan
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih fokus dan
meluas.
Pendekatan bersepadu melibatkan penyediaan persekitaran kelas untuk mencapai
objektif pembelajaran. Pendekatan ini dapat membantu kanak-kanak memahami perkara
yang saling berkait rapat. Pendekatan bersepadu turut melibatkan kesepaduan antara

1
komponen, kemahiran dan nilai moral, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, kesepaduan
antara guru dan pelajar melalui aktiviti terfokus serta pelbagai kaedah dan teknik.

SOALAN 2(b)
Pada pendapat saya, pendekatan pembelajaran yang paling berkesan dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran di peringkat prasekolah adalah melalui pendekatan belajar
melalui bermain. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat meneroka keadaan
sekelilingnya. Dengan bermain kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan
sekelilingnya dan orang-orang di sekelilingnya. Apabila mereka bermain mereka akan
dapat membina pola dan membina skema tersendiri khususnya kanak-kanak yang baru
bertatih. Mereka akan dapat bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka
keadaan sekeliling. Melalui bermain kanak-kanak juga dapat membina kemahiran
fizikal. Terdapat dua kemahiran fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus. Melalui bermain kemahiran fizikal ini dapat dimantapkan. Sebagai contohnya,
kemahiran motor kasar dapat diperolehi melalui aktiviti seperti melompat, memanjat,
naik turun tangga dan banyak lagi. Manakala kemahiran motor halus pula adalah
melibatkan koordinasi mata tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti adalah seperti
menguntai manik, bermain pasir, menggunting dan menampal. Kedua-dua kemahiran
motor kasar dan motor halus harus seimbang agar akank-kanak dapat berkembang
dengan baik.
Melalui pendekatan ini juga akan membina kemahiran kognitif kanak-kanak.
Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting pada masa kini. Kanak-
kanak yang kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka
kurang daripada aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang penting adalah seperti
penyelesaian masalah. Sebagai contoh aktivitinya ialah permainan blok, membina istana
dengan pasir, kreativiti seperti lukisan , focus, ingatan dan juga inovasi.
Melalui bermain juga akan membina kemahiran emosi kanak-kanak. Untuk
menjadi dewasa yang stabil, kanak-kanak perlu dididik tentang emosi yang stabil. Kanak-
kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan orang lain, meluahkan perasaan
sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan.

2
Seterusnya, melalui bermain dapat membina kemahiran sosial. Kebanyakkan
kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal daripada orang dewasa.
Bagaimanapun, kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesame sendiri supaya
mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai-
nilai murni.
Kesimpulannya, pendekatan belajar melalui bermain amat berkesan dalam
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak
yang cenderung untuk bermain daripada belajar.

SOALAN 3(a)
Dalam membentuk kurikulum terdapat tiga pendekatan utama teori yang digunakan iaitu
Teori Tradisional, Teori Konseptual dan Teori rekonseptual. Setiap pendekatan teori ini
adalah berbeza-beza.
Teori Tradisional ini lebih memfokuskan kepada pendekatan perlakuan.
Kurikulum yang dihasilkan daripada teori ini juga dikenali sebagai kurikulum terhad. Ini
kerana, objektif pembelajaran kurikulum boleh ditetapkan dan boleh dilihat sama ada
boleh dicapai atau tidak. Teori Tradisional ini disokong sepenuhnya oleh ahli akademik
seperti Dewy, Bobbit, Tyler, Taba, Dull dan lain-lain. Teori Tradisional ini memfokuskan
kepada proses perpindahan pengetahuan. Dalam teori ini menyatakan bahawa proses
pendidikan boleh dikenal pasti, dihuraikan dan dikawal. Kurikulum yang dibina adalah
berdasarkan proses pelbagai perilaku. Sementara itu, pengajar bertindak sebagai pemberi
maklumat dan dilatih dalam bidang kurikulum secara lebih terperinci dan mendalam.
Teori Konseptual pula, banyak disokong oleh ahli akademik dalam bidang
psikologi kognitif seperti Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain. Ahli akademik ini percaya
bahawa pengetahuan boleh dibentuk dan disusun berdasarkan konsep utama. Konsep
utama pula akan disusun untuk mengetahui kepentingan dan hubung kait antara satu sama
lain. Hubung kaitan ini akan dapat membentuk kurikulum, disusun secara teratur dan
memudahkan pelajar memahami konsep sesuatu pengetahuan dengan mudah. Teori ini
juga, memfokuskan kepada analisis keadaan semasa dan mencadangkan pilihan
kandungan kurikulum. Teori ini menggunakan kaedah pengawasan sains untuk

3
menghasilkan kesimpulan umum dan juga dapat membantu pendidik meramal serta
mengendalikan perkara yang berlaku di sekolah.
Manakala Teori rekonseptual pula berpendapat bahawa kurikulum menyediakan
panduan dan siri garis panduan apabila melakukan keputusan. Antara ahli akademik yang
menyokong teori rekonseptual ialah seperi James MacDonald,Michale,Apple,Harold
Rugg,Robert Yong dan beberapa orang lagi. Teori ini memberi perhatian kepada
kandungan kurikulum sebagai perkara penting yang mampu membawa kesedaran dan
perubahan dalam masyarakat. Kurikulum yang dibentuk berdasarkan teori ini bertujuan
untuk mengembangkan kesedaran pelajar yang mempunyai kesedaran dan boleh
mengubah masyarakat. Teori rekonseptual ini menyatakan bahawa pelajar perlu
menganalisis kebenaran dari semasa ke semasa dan merenungi kepercayaan dan
pendapat yang mempengaruhi kehidupan.

SOALAN 3(b)
Reka bentuk Kurikulum berfokuskan Matapelajaran merupakan bentuk yang berasaskan
kepada kandungan pengetahuan dan pengajaran. Bentuk berfokuskan subjek ini terdiri
daripada Reka bentuk mata pelajaran, Reka bentuk Disiplin, Reka bentuk integrasi dan
Reka Bentuk hubung kait.
Reka bentuk mata pelajaran kerap digunakan dalam membentuk kurikulum. Reka
bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan
pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu disusun menjadi teratur dan seterusnya
berperanaan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan proses pembelajaran, konsep ini
juga disusun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk
ini tertumpu kepada proses mengingati dan memahami.
Reka Bentuk Disiplin memfokuskan setiap matapelajaran mempunyai disiplin
ilmu yang tersendiri. Disiplin adalah cara atau proses sesuatu mata pelajaran. Reka
bentuk ini menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Sebagai
contohnya, mata pelajaran pendidikan jasmani, selain kemahiran, guru perlu mengajar
sesuatu disiplin sesuatu permainan. Pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam
permainan tetapi juga disiplin berkaitan kemahiran. Reka bentuk ini dibina berdasarkan

4
proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek atau proses yang terlibat
dalam menjana ilmu dalam sesuatu bidang.
Reka Bentuk Integrasi menggabungkan dua atau lebih subjek yang menjadikan
mata pelajaran yang bersepadu. Reka bentuk ini menghilangkan sempadan mata pelajaran
dengan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih
bermakna. Contohnya, subjek biologi, kimia dan fizik diintegrasikan menjadi mata
pelajaran sains dalam pendidikan sekolah menengah.
Reka Bentuk Hubung Kait meghubungkan maklumat antara satu subjek dengan
subjek yang lain bagi mengurangkan jurang antara subjek. Misalnya, guru pendidikan
jasmani boleh berkerjasama dengan guru sejarah untuk menghasilkan portfolio sejarah
perkembangan bola sepak dari era zaman penjajahan sehingga sekarang. Dalam reka
bentuk ini, para pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu bekerjasama dalam
memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan maklumat dari subjek-
subjek berlainan. Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting
dalam bidang pendidik.
Antara kepentingan Reka Bentuk Mata Pelajaran ialah, memudahkan proses
pembelajaran melalui kaedah penyampaian maklumat dari senang kepada susah,
melahirkan modal insan abad ke-21, garis panduan dan sempadan ilmu serta
membolehkan para pelajar memperolehi pengetahuan tanpa had.

5
BAHAGIAN B
SOALAN 1
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan mempunyai enam komponen kemahiran yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Enam komponen itu adalah komponen bahasa dan
komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen moral dan rohani, komponen
perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan
estetika. Setiap komponen ini mempunyai kepentingan tersendiri dalam melahirkan
modal insane yang cemerlang dan berdaya saing.
Komponen bahasa dan komunikasi mengandungi bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Prinsip pengajaran bahasa dan komunikasi adalah untuk mengintegrasikan kemahiran
bahasa seperti mendengar, bercakap, membaca dan menulis mengikut bahasa kanak-
kanak yang mudah difahami oleh kanak-kanak.Pendedahan kemahiran berbahasa secara
lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi mampu melahirkan modal insan yang boleh
bertutur dengan yakin disamping boleh menguasai lebih dari satu bahasa. Sebagai contoh
pelaksanaan di peringkat prasekolah adalah seperti melalui pendedahan awal kanak-
kanak dalam pertandingan bercerita, pertandingan membaca dan lain-lain.
Komponen perkembangan kognitif ini pula memberikan penekanan kepada
menerapkan sikap positif terhadap sains dan matematik. Penguasan kemahiran kognitif
termasuklah klasifikasi,konsep nombor, operasi nombor, perbandingan, konsep masa,
konsep ruang, penyelesaian masalah dan perancangan memenuhi keperluan. Melalui
penerapan perkembangan kognitif ini akan membentuk murid yang bersifat saintifik dan
sentiasa berinovasi serta mampu membuat penaakulan dan penyelesaian masalah.
Komponen moral dan rohani member pendedahan dan memupuk nilai –nilai
murni dalam kalangan pelajar agar dapat membentuk masyarakat Malaysia yang percaya
kepada Tuhan,mempunyai pewatakan yang mulia, bertanggungjawab dan
mencapaikesempurnaan diri,keluarga,masyarakat dan kesejahteraan Negara. Komponen
ini juga mengandungi pendidikan agama bagi kanak-kanak muslim dan pendidikan moral
untuk kanak-kanak bukan islam. Pendidikan agama memberi tumpuan dalam
penyampaian ilmu,kemahiran dan penghayatan Islam berlandaskan al-Quran dna Sunnah.

6
Pendidikan moral member tumpuan kepada penyebaran pengetahuan untuk membina
individu yang berakhlak baik dan mempunyai integriti. Modal insan yang cemerlang
boleh dilahirkan melalui penerapan nilai-nilai murni di mana pemupukan nilai murni ini
akan membentuk peribadi individu yang baik, menghormati masyarakat berbilang kaum,
berbudi pekerti mulia,bertoleransi dan sebagainya.
Seterusnya komponen perkembangan sosioemosi memberi penekanan kepada
kemahiran melahirkan emosi yang positif. Keupayaan untuk menjadikan seseorang itu
lebih mahir dalam bersosial dan berani serta yakin dalam menghadapi cabaran. Sebagai
contohnya, kanak-kanak boleh belajar memahami perasaan orang lain dan tahu cara
meluahan perasaan sendiri. Melalui komponen ini mampu membentuk individu yang
berkeyakinan dan mengetahui keperluan orang lain.
Komponen perkembangan fizikal memberi penekanan kepada perkembangan
motor halus dan motor kasar, aspek kesihatan dan keselamatan. Penguasaan kemahiran
ini diharap dapat menyumbang kepada arah gaya hidup yang lebih sihat dan selamat serta
membina tubuh yang sihat serta menjana minda yang aktif.
Komponen kreativiti dan estetika memberi penekanan kepada perkembangan
kreativiti menerusi imaginasi dan pemikiran. Terdapat lima aspek yang boleh
meningkatkan kreativiti dan estetika iaitu persekitaran dan keindahan alam semula jadi,
seni dan kraf,muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif, drama dan puisi, dan budaya
warisan. Penguasaan kemahiran ini diharapakan dapat melahirkan modal insan yang
berbakat dan sentiasa kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang baharu.
Sebagai kesimpulannya, penguasaan enam komponen dalam kurikulum
prasekolah dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dan berdaya saing seiring
dengan kemajuan negara yang penuh dengan pelbagai cabaran.

SOALAN 2
Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada

7
perpaduan negara. Oleh itu adalah penting bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri
masyarakat majmuk di negara kita. Menurut Jawatankuasa Perpaduan Negara (Jun 1991),
perpaduan negara merupakan proses dinamik untuk menyatupadukan masyarakat di
Malaysia terutamanya antara negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak yang
bertujuan untuk membentuk satu negara iaitu Malaysia yang mempunyai identiti
tersendiri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Sosio-budaya merupakan amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan
dalam pelbagai bidang hidup untuk memberi kepuasaan dan meransang pembangunan
hidup masyarakat tersebut. Kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat di Malaysia
dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti bangsa, struktur masyarakat dan kelas sosial,
agama dan kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Setiap kaum mempunyai
pengamalan adat yang tersendiri seperti mana yang telah diwarisi oleh sesebuah
masyarakat sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan ada sebahagian daripadanya
diamalkan sehingga kini. Sosio-budaya ini penting dalam kehidupan manusia agar setiap
manusia boleh mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain dalam menghormati
pengamalan budaya di negara ini. Sebagai contoh, agama islam merupakan agara rasmi
negara Malaysia,walau bagaimanapun agama-agama lain juga masih bebas menjalankan
kepercayaan masing-masing selagi tidak menganggu ketenteraman awam dan tidak
mengundang apa juga permasalahan berhubung dengan perpaduan masyarakat Malaysia.
Sosio-budaya juga penting bagi memberi peluang kepada murid-murid agar
bergaul secara tertib, menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan persaingan
sihat sesama mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain
itu, kepelbagaian sosio-budaya juga membolehkan para pelajar menambahkan
pengetahuan tentang budaya lain seterusnya mewujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif.
Kepentingan sosio-budaya juga antara lainya meningkatkan integrasi antara
kaum. Di mana, masyarakat saling mengenali budaya etnik yang berlainan dan saling
menghargai dan menghormati kepelbagaian sosio-budaya serta mengeratkan silaturahim.
Sosio-budaya juga penting dalam mempengaruhi peningkatan ekonomi negara
yang mana kepelbagaian sosio-budaya dapat dijadikan produk pelancongan. Sebagai

8
contohnya, pelancong asing akan teruja untuk melihat kepelbagaian sosio-budaya yang
unik dan menarik. Contoh lainya, kepelbagaian makanan tradisional menarik minat para
pelancong untuk menikmati juadah tersebut.
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita
memberikan implikasi kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sosio-budaya yang pelbagai boleh
mempengaruhi murid, guru, sekolah dan juga kurikulum tersirat.
Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya,
agama dan juga persekitaran. Dalam sebuah kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan
sosio-budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Murid perlu mengambil
peluang daripada kepelbagaian sosio-budaya dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum
dan jantina berlainan. Murid-murid perlu dibersihkan minda dan kefahaman mereka
terhadap rakan sebaya yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak wujud jurang
perbezaan antara mereka seterusnya memudahkan proses pembelajaran. Dismaping itu,
penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika berada dalam kelas
mahupun berada di kawasan sekolah.
Seorang pendidik pula, seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid
yang berkenaan. Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum
tertentu dalam satu kumpulan. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan
jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk
mereka berinteraksi terbuka luas. Dari aspek kepercayaan, guru tidak harus menyentuh
atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum mestilah menggunakan pelbagai dialek bahasa yang
sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran. Penggunaan bahasa
yang standard akan memberi peluang kepada setiap murid untuk mengambil bahagian
dalam pembelajaran di dalam kelas.
Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan India. Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM) telah berusaha untuk mengatasi maslaah kepelbagaian sosio-budaya
melalui pelbagai aktiviti seperti gotong-royong perdana, sukan aneka tradisional, pesta
perayaan mengikut kaum etnik dan banyak lagi. Pembinaan sekolah juga mengambil kira

9
tahap kelas sosial masyarakat seperti masyarakat luar bandar dan kawasan bandar. Oleh
itu, pada hari ini jurang perbezaan sosio-budaya tersebut semakin hilang ekoran usaha
murni kerajaan dalam memberi penekanan dalam bidang pendidikan seperti pelaksanaan
bahasa melayu menjadi bahasa rasmi.
Kurikulum tersirat merupakan cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui
proses pengajaran pembelajaran dan pengurusan orginisasi sekolah. Budaya dan sikap
yang dimaksudkan adalah seperti kepatuhan kepada autoriti, mematuhi peraturan sekolah,
menepati masa, bekerjasama, hormat-menghormati dan banyak lagi. Pembentukan sikap
dan amalan budaya tidak semestinya diajar secara terancang tetapi boleh dipelajari dan
dihayati oleh pelajar melalui teladan dan amalan yang dibiasakan di sekolah. Oleh itu,
kurikulum tersembunyi atau tersirat merupakan nilai impicit atau tidak dirancang
pencapainnya tetapi terlaksana hasil daripada amalan dalam bilik darjah sebagai kesan
proses pelaksanaan kurikulum formal.
Sebagai kesimpulannya, kepelbagaian sosio-budaya di negara kita Malaysia harus
diperkenalkan dan ditanam sejak awal lagi dalam diri kanak-kanak agar dapat melahirkan
masyarakat yang saling menghormati dan menghargai anatar kaum seterusnya
mendorong kepada pembentukan perpaduan kaum yang utuh.

10

You might also like