You are on page 1of 1

Tugasan 2

Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Kursus ini memberikan saya gambaran sebenar berkaitan keusahawanan yang selama ini
saya percaya ia hanyalah bersifat warisan. Saya bersemangat untuk meneroka bidang
keusahawanan setelah mendapat maklumat yang tepat berkaitan ilmu keusahawanan seperti
konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea, rancangan perniagaan dan kini saya telah mampu
membezakan antara peniaga dan usahawan. Kursus ini menambah kemahiran saya untuk
mengharungi pembelajaran melalui kaedah membaca modul, forum, menonton video dan
menjawab soalan. Kaedah kursus tersebut merupakan pemangkin untuk saya teruskan
pembelajaran di OUM secara kendiri dengan penuh keyakinan pada masa hadapan.

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

            Saya merasa amat teruja kerana begitu banyak ilmu diperolehinya semasa mengikuti
kursus ini. Saya juga mengambil kesempatan membaca beberapa artikel berkaitan keusahawanan
oleh penulis-penulis jurnal secara atas talian. Saya juga semakin selesa mengikuti forum,
tugasan, soalan, kuiz di laman sesawang myINSPIRE kerana telah hampir setahun
menggunakannya. Saya, pelajar lain dan tutor dapat berhubung dan berbincang walaupun tidak
bersua muka. Kursus usahawan ini sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya. Saya akan
terus mendalami ilmu keusahawanan walaupun telah tamat kursus ini kerana minat yang
mendalam. Saya telah membantu seorang rakan untuk menyediakan rancangan perniagaan
kerana beliau tidak mengetahui format untuk menyediakannya. Saya akan gunakan ilmu yang
ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.

Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Saya mencadangkan agar pihak OUM berkerjasama dengan SSM, MARA, Kerajaan dan
yang berkaitan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkiatan keusahawanan
melalui gerai pameran dan taklimat perkhidmatan yang ditawarkan khas kepada usahawan. Saya
juga mencadangkan agar diwujudkan satu kerja kursus untuk pelajar-pelajar membuat
perancangan perniagaan dan tugasan mendaftar perniagaan sendiri dengan SSM sebagai salah
satu cara penilaian kursus ini agar pelajar-pelajar merasai pengalaman sebenar sebagai peniaga
seterusnya usahawan pada peringkat awal lagi.
        (297 patah perkataan)

You might also like