You are on page 1of 21

KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN TANJUNG PIAI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

KURSUS SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI JULAI 2011

NOORSHAIFULIZAM BIN NOORHAN J15SKS10F008 SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN

HUBRIS EXPERT BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU

Laporan ini dikemukan kepada Unit Perhubungan & Latihan Industri Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Kursus Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan

PENGAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali bahan-bahan yang telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama

: : NOORSHAIFULIZAM BIN NOORHAN

No. Pendaftaran: J15SKS10F008 Kursus : SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN

DEDIKASI

Khas untuk ayah dan ibu yang tersayang serta rakan-rakan, Wawa, Nysa, Abang Farhan dan juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarga yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dari penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama keluarga yang banyak member dorongan kepada saya. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat juga saya menyiapkan buku laporan industri sebagai salah satu syarat untuk lulus dalam kursus ini. Alhamdullilah dapat juga saya menyelesaikan laporan ini setelah melalui banyak halangan dan kekeliruan di dalam memahami maksud yang tersirat dan tersurat kepada permasalahan di dalam permasalahan organisasi ini.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa kursus ditujukan kepada pekerja dan penyelia Hubris Expert di atas semua dorongan dan tunjuk ajar yang telah di berikan secara langsung atau tidak langsung. Semoga apa yang diberikan kepada saya akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Sekian Terima Kasih

ABSTRAK

Industri sistem komputer merupakan salah satu sektor industri yang berkembang pesat dan maju pada masa kini. Industri ini menjadi asas penyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara. Syarikat Uni Multimedia System Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat yang memberi perkhidmatan memasang, membaiki, berurusan jual beli, menyelenggaraan rangkaian. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan membaik pulih system komputer dan perkakasan. Uni Multimedia System Sdn. Bhd juga merupakan salah satu cawangan bagi pusat komputer Bandar Baru Uda Johor Bahru. Salah satu bahagian yang terpenting di dalam syarikat adalah perkhidmatan komputer dan berurusan jual beli. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memudahkan perkhidmatan komputer dapat beroperasi dengan pelanggan dalam keadaan selesa. Terdapat berbagai bentuk perkhidmatan membaikpulih antaranya menjalankan format komputer, memasang perisian, membaiki pencetak, perkakasan, membaikpulih rangkaian, menukarkan perisian atau perkakasan dan lain-lain. Selepas Enam bulan menjalankan latihan industri di syarikat ini, pelbagai kemahiran berhubung dengan perkhidmatan komputer dan urusan jual beli yang saya dapat pelajari. Kemahiran ini boleh dijadikan asas untuk menyediakan pelatih menghadapi alam pekerjaan setelah tamat pengajian peringkat sijil di Kolej Komuniti.

ABSTRACK

The computer system industry is one of the industrial sectors that is developing at a fast rate and is very advanced in this era. This industry basically contributes towards the economical growth of the nation. The Uni Multimedia Sdn. Bhd. Company provides computer system and hardware repair service. The company is one of the branches of the computer centre in Bandar Baru Uda, Johor. One of the most important department in this company is computer service and sales. This department is responsible for assisting computer service to deal with the customer in a proper way. There are various forms repair services for example, formatting the computers, installing softwares, repairing hardwares, repairing printer, fixing networks, replacing softwares, hardwares and more. After 6 months undergoing Industrial Training in this company. I have learned various skills regarding computer service and sales. These skills can be used as basics in preparing trainess to get ready for their career after graduating from the Community College at the Certificate level.

BAB 1

PENGENALAN

Bagi setiap penuntut KOLEJ KOMUNITI yang terdapat di negara ini diwajibkan untuk menjalani latihan industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil. Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan KOLEJ KOMUNITI dan tempoh Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan. Semua pelajar akan diberi tempoh ini untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka pilih sendiri ataupun yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan KOLEJ KOMUNITI.

Latihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga bagi Kursus Peringkat Sijil. Peanugerahan Sijil atau Diploma hanya akan diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan Industri sebelum menyambung semula semester nanti. Ia juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan untuk peanugerahan Sijil. Dengan ini para penuntut KOLEJ KOMUNITI semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri ini dan kita tidak boleh memandang remah sahaja. Melalui Latihan Industri kita akan dapat mengetahui alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.

1.1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma adalah satu langkah yang baik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk melahirkan ramai tenaga mahir dan separuh mahir. Melalui Latihan Industri ini para pelajar yang menuntut di Kolej Komuniti dapat menimba kemahiran dan pengalaman yang baru. Malah disamping itu juga, mereka dapat mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa belajar ditempat pengajian. Ini kerana ketika apa yang para pelajar belajar di tempat pengajian berbanding semasa menjalani Latihan Industri ini adalah amat berlainan sekali. Ternyata semasa para pelajar menjalani Latihan Industri mereka dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia pekerjaan yang sebenarnya. Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi tahap pemikiran serta kepakaran para pelajar lepasan Kolej Komuniti khususnya.

Dunia pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan kematangan seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah diberikan. Latihan Industri menguji sejauh manakah kebolehan serta kesabaran para pelajar untuk

mempraktikkan semula teori yang telah dipelajari dan merupakan penyediaan diri bagi pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenarnya. Ketika di alam pekerjaan nanti para pelajar perlu mempelajari dan mengetahui lebih banyak kesulitan yang akan menimpa diri kita apabila sudah bekerja kelak.

Oleh itu, buku laporan Latihan Industri ini adalah gambaran keseluruhan semasa saya menjalani Latihan Industri di Hubris Expert. Selain itu, saya sertakan juga penerangan-penerangan sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugas-tugas yang saya lakukan di Hubris Expert.

1.1.1

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di KOLEJ KOMUNITI sebelum layak dipertimbangkan untuk mendapat Sijil dan Diploma di dalam bidang pengkhususan masing-masing. Kepentingan Latihan Industri ini dapat di lihat apabila setiap pelajar perlu lulus di dalam Latihan Industri sebelum mereka memasuki semester yang berikutnya.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firmafirma atau organisasi-organisasi yang sesuai dengan khusus yang dipelajari ketika berada di KOLEJ KOMUNITI. Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan adalah: Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.

Untuk menanam semangat kerja yang berpasukan dan membina perhubungan baik sesama pekerja.

Untuk memperlihatkan pelajar berkaitan antara teori dan praktikal.

Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan, disiplin masa dan etika kerja dalam latihan industri. Untuk memupuk sifat amanah, tanggungjawab, membina keyakinan diri dan bertahan menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan.

Untuk menyiapkan diri bagi menyediakan satu laporan rasmi setelah tamat latihan industri.

1.1.2 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri mempunyai banyak kepentingannya kepada para pelajar. Tambahan pula tempoh masa panjang yang ditetapkan oleh pihak KOLEJ KOMUNITI memberi kelebihan kepada pelajarnya berbanding dengan industri pengajian lain yang hanya menyediakan ruang tempoh yang begitu singkat.

Selain itu, Latihan Industri ini membolehkan para pelajar mengaitkan teoriteori kepada praktikal dan sebaliknya. Sebagai seorang penuntut di KOLEJ KOMUNITI, teori dan praktikal adalah dua perkara yang same penting. Oleh itu, sebagai seorang penuntut amat penting bagi mereka yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari agar tidak berasa kekok apabila bekerja nanti. Latihan Industri amat penting kepada para pelajar kerana: Pelajar dapat berdikari dengan mengenali cabaran dunia luar dan bertemu orang-orang baru di sekeliling mereka. Mengasah bakat dan minat pelajar terhadap setiap tugasan yang telah diberikan oleh penyelia atau kakitangan di syarikat tersebut. Mematangkan kehidupan serta pemikiran pelajar dalam menempuhi tempoh sepanjang latihan industri tersebut. Dapat membentuk sahsiah diri dan keterampilan para pelajar ke arah yang lebih positif agar mereka lebih berkeyakinan apabila bekerja kelak. Mengetahui serta mempelajari lebih mendalam lagi bagaimana sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan sistematik dan bagaimana menyelesaikan masalah yang timbul.

1.1.3 RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani Latihan Industri di Hubris Expert ini saya telah banyak didedahkan dengan tugas-tugas yang kebiasaannya seorang teknikal lakukannya setiap hari. Antara aktiviti dan tugas yang telah saya lakukan ialah:

Bertugas sebagai membantu perkhidmatan sistem komputer dan sokongan.

Membantu membuat perkhidmatan kepada pelanggan.

Mencatat barangan yang hendak membuat tempahan di perkhidmatan.

Menerima dan menjawab panggilan dari pelanggan melalui telefon.

Melaksanakan tugas dari masa ke semasa.

1.1.4 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini, pengurus tidak menetapkan sesuatu tugas kepada saya. Oleh itu, setiap hari saya melakukan tugas yang berbeza. Ini kerana pengurus mahu melihat saya mempelbagaikan tugas saya yang berlainan untuk mencari pengalaman dalam bidang sistem komputer dan sokongan ini. Saya amat berterima kasih kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada pengurus serta rakan-rakan sekerja sebagaimana yang diharapkan sebelum menghadapi Latihan Industri.

1.1.5 JADUAL MASA KERJA PAGI.


HARI Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu WAKTU BEKERJA 9.30 a.m 6.30 p.m 9.30 a.m 6.30 p.m 9.30 a.m 6.30 p.m 9.30 a.m 6.30 p.m 9.30 a.m 6.30 p.m 9.30 a.m 2.30 p.m WAKTU REHAT 1.00 p.m 2.00 p.m 1.00 p.m 2.00 p.m 1.00 p.m 2.00 p.m 1.00 p.m 2.00 p.m 1.00 p.m 2.00 p.m Balik

1.1.5 Senarai jadual mengikut tugas pada waktu pagi.

1.1.6 TUJUAN MEMBUAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Laporan ini dihasilkan adalah untuk di jadikan sumber rujukan kepada pihak majikan apabila pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di KOLEJ KOMUNITI keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Malah laporan ini dapat di jadikan panduan oleh para pelajar untuk melakukan sesuatu tanggungjawab terhadap pihak majikan mereka kelak.

1.1.7 PENYELARASAN
Buku laporan Industri ini adalah: Merupakan satu cacatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang

berkaitan dengan perjalanan latihan industri. Untuk tujuan penyelarasan. Penulisan laporan ini adalah mengambil kira

setiap tugasan yang berkaitan dengan perjalanan latihan industri.

1.1.8 OBJEKTIF LAPORAN

Objektif laporan ini adalah untuk menghuraikan apa yang telah dipraktikkan semasa menjalani Latihan Industri dan juga dapat melihat sejauh manakah kefahaman para pelajar tentang Latihan Industri sebenarnya. Selain itu, di dalam laporan ini saya turut menceritakan serba sedikit tentang apa yang saya laksanakan di Hubris Expert. Ini bertujuan untuk dijadikan sumber rujukan bagi saya serta para pelajar di masa akan datang. Akhir sekali, laporan ini juga bertujuan sebagai satu rumusan atau kesimpulan tentang segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan pelajari di perkhidmatan komputer ini selama tempoh 6 bulan ketika menjalani Latihan Industri. Semoga dengan adanya ilmu serta kemahiran yang diperolehi semasa menjalani Latihan Industri ini saya berharap semua pelajar dapat mempraktikkan dengan sebaik yang mungkin. Di samping itu para pelajar dapat membantu negara dengan melahirkan tenaga pekerja yang lebih optimis di masa hadapan apabila mereka sudah mendapat pekerjaan kelak.

1.1.9

CARA LAPORAN DISUSUN

Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas supaya dapat mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut:

JULAI

Mempelajari serta memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala perkhidmatan komputer dan pelanggan.

OGOS

Mula mencari maklumat-maklumat yang diperlukan untuk memuatkan ke dalam buku Laporan Industri seperti latar belakang organisasi, nama orang yang memegang jawatan firma ini.

SEPTEMBER

Mencari maklumat yang perlu ditambah untuk dimasukkan ke dalam Laporan Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu ditaip untuk laporan ini.

OKTOBER

Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan disamping itu juga mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam laporan ini.

NOVEMBER

Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah untuk disusun dan dijadikan buku laporan yang dilengkap. Kemudian, menyiapkan isi laporan kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan.

DISEMBER

Seterusnya menyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi sebuah buku laporan sebelum ia dijilid.

1.2

LATAR BELAKANG ORGANISASI HUBRIS EXPERT

1.2.1 PENGENALAN

Rajah 1.2.1 Pandangan firma Hubris Expert

1.2.2 MAKLUMAT SYARIKAT TARIKH PENDAFTARAN NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN ALAMAT PEJABAT
31 DISEMBER 2000 JM 0531115 - Y NO 37, JALAN PADI EMAS 3/1, BANDAR BARU UDA, 81200 JOHOR BAHRU

NAMA PENGUSAHA MODAL PERMULAAN

ENCIK FARHAN BIN ABU BAKAR 1000,000.00

1.2.3 MAKLUMAT PENGURUS SYARIKAT NAMA JAWATAN NO. TELEFON KELAYAKKAN EMAIL SYARIKAT MISI
FARHAN BIN ABU BAKAR PENGURUS 07-2345323 DIPLOMA APPLICATION SCIENCE (ITM SABAH) hubrisexpert@live.com.my Mewujudkan satu bentuk perniagaan yang dapat memberi kepuasan kepada pelanggan pada ranking yang tertinggi.

1.2.4 SEJARAH

PENUBUHAN

HUBRIS

EXPERT

DAN

UNI

MULTIMEDIA SYSTEM SDN.BHD.

Hubris Expert di kenali sebagai Uni Multimedia System Sdn.Bhd iaitu nama sebenar firma tersebut. Ia telah bermula beroperasi pada 31 Disember 2000. Syarikat ini merupakan salah satu cawangan Acer yang merupakan milik bumiputra. Kebiasaannya ini cenderung kita lihat kebanyakkan cawangan Acer terdiri daripada orang bukan Melayu dan tidak ramai yang berani untuk melibatkan diri dengan perniagaan seperti ini. Selain aktiviti menjual barangan komputer, syarikat ini juga melakukan aktiviti servis membaiki dan mengadakan kelas komputer bagi semua golongan. Di mana meliputi pakej-pakej tertentu yang ditawarkan bagi menarik minat semua golongan terutama pelajar dan individu yang berminat untuk mengambil kursus Microsoft Office. Uni Multimedia System Sdn.Bhd. memberikan nama yang unik bagi salah sebuah bangunan Acer. Ia dinamakan ringkas iaitu Hubris Expert lebih mudah di sebut salah sebuah firma ini. Hubris Expert merupakan salah satu syarikat yang lebih mementingkan kepuasan hati pelanggan. Setiap perkhidmatan yang diberikan akan dilakukan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati pelanggan. Pelanggan Hubris Expert terdiri daripada semua golongan terutama bagi mereka yang mementingkan kemudahan dalam menjalankan aktiviti harian mereka. Tidak ketinggalan juga terdapat firma-firma guaman dan sekolah yang menjadi pelanggan tetap syarikat ini setiap kali berlaku sebarang kerosakkan pada sistem komputer mereka. Uni Multimedia System Sdn.Bhd. memberikan keistimewaan kepada orang awam di mana orang awam dapat mempelajari ilmu komputer yang di sediakan di Hubris Expert. Tawaran mengikuti kursus pendek Hubris Expert ini terdapat juga pelbagai kos mempelajari bidang ICT di sini.

1.2.5 SEJARAH PERKEMBANGAN ORGANISASI

Sejak mula lagi Hubris Expert menjalani perniagaannya pada tahun 2000. Hubris Expert secara konsisten telah mencapai matlamatnya untuk menembusi benteng antara manusia dan teknologi. Dengan memberi fokus kepada pemasaran produk IT yang berjenama. Hubris Expert banyak memberi sumbangan kepada pelanggan untuk menjalani perkhidmatan komputer dan pengurusan jualan. Di samping kejayaan Hubris Expert ini banyak perubahan pada firma ini bertujuan untuk meningkatkan mutu perniagaan. Dengan ini Hubris Expert terkenal kepada penduduk di bandar baru uda dalam masa seharian pelanggan melakukan perkhidmatan komputer seramai 10 orang.

1.2.6 OBJEKTIF HUBRIS EXPERT DITUBUHKAN

Meningkatkan kecekapan jualan dan perkhidmatan.

Memastikan perkhidmatan yang berkualiti.

Memberi pengurusan pemasaran dan khidmat sokongan jualan bagi pelbagai sistem bagi komputer peribadi dari notebook sehingga ke sistem rangkaian.

Membantu pelanggan menerusi sistem pengurusan desktop, bantuan secara online atau menelefon terus kepada Pusat Panggilan.

Memberi bantuan dan nasihat yang diperlukan dalam cara paling selesa.

1.2.7 FUNGSI HUBRIS EXPERT

Untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai perjalanan yang kerap dengan membawa notebook.

Memberi perkhidmatan komputer kepada pelanggan.

Melaksanakan pengurusan jualan barangan komputer kepada pelanggan.

Memberi nasihat tentang perkhidmatan komputer.

Memberi perkhidmatan memperbaiki komputer, server, rangkaian komputer dan lain-lain.

You might also like