You are on page 1of 37

JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NIK NUR AINA IZNANI BINTI NIK MUSTAFA KAMAL


(02DTM13F1068)

FATIHAH FROZEN FOOD


LOT 12, KOMPLEKS INDUSTRI MAKANAN MARA (KIMAR)
KM13, OFF JALAN BATU CAVES
68100 KUALA LUMPUR

JUN 2013

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


OLEH:
NIK NUR AINA IZNANI BINTI NIK MUSTAFA KAMAL
(02DTM13F1068)
DI :
FATIHAH FROZEN FOOD
LOT 12, KOMPLEKS INDUSTRI MAKANAN MARA (KIMAR)
KM13, OFF JALAN BATU CAVES
68100 KUALA LUMPUR

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Jabatan


Teknologi Makanan Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma
Teknologi Makanan.

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,


SEMAMBU
25350 KUANTAN, PAHANG

PENGESAHAN PELAJAR

Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

Nama Pelajar

: NIK NUR AINA IZNANI BINTI NIK MUSTAFA KAMAL

No. Pendaftaran

: 02DTM13F1068

Tarikh

PENGHARGAAN
Alhamdulillah , syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saye telah
berjaya menyiapkan laporan industri ini serta menjalani latihan industri tanpa
sebarang kesulitan di Fatihah Frozen Food yang telah diwajibkan oleh pihak
politeknik bagi pelajar Diploma Teknologi Makanan Sepanjang menjalani latihan
industri, banyak yang telah dipelajari dan akan saya jadikan ilmu untuk menempuh
alam pekerjaan .Jutaan terima kasih yang tidak tehingga saya ucapkan di atas
segala tenaga , tunjuk ajar , dorongan , nasihat serta idea-idea yang telah
dicurahkan kepada saya sepanjang menjalan latihan industri di organisasi ini.
Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan akan saya manfaatkan sebaiknya di
masa hadapan.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Puan Hazirah Che Hashim selaku Pengarah Urusan dan Penyelia Industri saya
kerana telah menjaga , mendidik dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya
menjalani Latihan Industri di Fatihah Frozen Food. Selain itu , ucapan terima kasih
juga ditujukan kepada Puan Hajjah Fatihah Anis Ibrahim selaku pemilik syarikat
kerana mengizinkan saya menjalani Latihan Industri. Tidak lupa juga kepada
semua kakitangan di atas kesudian memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada
saya dalam melaksanakan tugas dan membantu saya menyelesaikan segala
masalah yang dihadapi sepanjang sesi latihan industri ini. Menjalani Latihan
Industri di Fatihah Frozen Food membuatkan saya mengecapi banyak pengalaman
yang bernilai dan tidak mungkin dapat dilupakan .

Akhir sekali , tidak ketinggalan juga saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah yang telah banyak mengajar dan membimbing saya sehinggalah saya
dapat menjalani Latihan Industri dan menyiapkan laporan akhir ini. Tidak lupa
jugak buat ibu bapa serta ahli keluarga yang tidak putus-putus mendoakan
kejayaan saya dan rakan-rakan yang telah memberi suntikan semangat serta
dorongan dan memberikan cadangan bernas sepanjang Latihan Industri ini. Buat
teman-teman seperjuangan sokongan padu dan perkongsian ilmu yang kalian
sumbangkan menjadikan diri ini terus melangkah tanpa berpatah arah. Segala
sumbangan yang diberikan semoga mendapat keredhaannya.
Sekian

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN
SURAT
Judul
Pengesahan
Penghargaan
Isi Kandungan

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif Latihan Industri
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI


2.1

MUKA

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib bagi pelajar dalam programprogram tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi
(IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan,program LI
diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan.Kursus LI memberi
pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman
praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.Kursus ini memberi
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi ,
komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan
peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan.
Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan
pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih
yang cemerlang.Selama tempoh latihan ini berlangsung , para pelajar masih lagi
terikat bukan sahaja pada peraturan politeknik , malah para pelajar jugak
diwajibkan mengikuti dan mengamalkan segala peraturan dan etika kerja yang
telah ditetapkan oleh organisasi tersebut.Sepanjang tempoh latihan , pelajar akan
didedahkan kepada situasi pekerjaan yang sebenar.
Selepas menjalani kursus ini dengan jayanya, pelajar seharusnya mampu
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitand tempat kerja serta
mampu berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat. Selain itu ,
pelajar mampu mengamalkan kerja secara berpasukan serta professional dan

beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah di dalm organisasi


dan mampu menerangkan tugas-tugas yang diberikan semasa menjalani latihan
industri mengikut format yang ditetapkan.
Justeru itu , latihan industri mampu memberikan kesan yang positif kepada
para pelajar yang mengikutinya , agar mendidik diri menjadi tenaga kerja yang
berkualiti , berketerampilan, bertanggungjawab dan berdaya saing dalam
mengharungi alam pekerjaan yang sebenar.

1.2 Objektif Latihan Industri


Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, akan
menjalani Latihan Industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu
semester dalam mase 6 bulan bagi melayakkan diri dianugerahkan diploma yang
telah diambil .Diantara objektif latihan industri , adalah seperti berikut :
i. Menilai sejauh mana seorang pelajar dapat mempraktikkan apa yang telah
dipelajari dalam alam pekerjaan
ii. Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar
iii. Dapat mempelajari setiap kerja dikemukakan serta bekerja dengan telus.
iv. Mendapat pengalaman praktikal dalam bidang pengkhususan masingmasing
v. Memahami dan mematuhi nilai etika serta peraturan di tempat kerja

vi. Memahami sifat amanah dan tanggungjawab yang diberikan dan mampu
bekerjasama dengan kakitangan lain.
vii. Mengukuhkan keyakinan pelajar dalam komunikasi dan berinteraksi
dengan orang yang berbeza taraf atau umur.
viii. Membentuk sahsiah dan sikap yang murni serta mewujudkan suasana
kerja yang sihat
ix. Memupuk semangat kerja berpasukan dan mengeratkan silaturahim
sesama pekerja.
x. Menghasilkan laporan latihan industri

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri


Setiap pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri dibekalkan dengan
buku laporan harian iaitu Jurnal Refleksi Pelajar yang berkaitan dengan Latihan
Industri, bagi pelajar yang telah selesai menjalani Latihan Industri, pelajar
diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas Latihan Industri. Laporan ini
adalah berdasarkan kerja yang dilakukan semasa menjalani Latihan Industri
selama satu semester untuk menilai sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan
serta menggabungkan pengalaman dalam mengaitkan teori yang telah dipelajari di
Politeknik Sultan
Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan aspek-aspek praktikal di firma. Hal ini
bertujuan bagi memastikan latihan telah dijalankan oleh pelajar mencapai

matlamat dan objektifnya selaras dengan misi politeknik dalam melahirkan tenaga
kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam
dan swasta di Malaysia.
Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut :
i. Sebagai catatan bagi merekod maklumat atau data yang diperolehi
berdasarkan tugas yang dilakukan
ii. Sebagai rujukan dan pembacaan mengenai kegiatan sepanjang gerak
kerja yang dilakukan oleh pelajar serta peranan yang dimainkan oleh firma.
iii. Menerangkan dengan lebih terperinci skop penilaian bagi setiap perkara
yang dinilai.
iv. Sebagai gambaran awal kepada pelajar yang akan menjalani latihan
industri .
v. Bagi memenuhi syarat memperoleh diploma
vi. Dapat memupuk semangat di dalam diri pelajar sikap tanggungjawab
dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan bagi memenuhi
kehendak firma dan politeknik

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan
pelajar kepada suasana kerja yang sebenar agar lebih bersedia untuk menempuh
alam pekerjaan. Pendedahan awal seperti ini dapat memantapkan jati diri pelajar
selain mendapat keyakinan diri yang lebih tinggi untuk masa hadapan .
Selain itu , latihan industri ini bertujuan untuk menilai sejauh mana tahap
atau kedudukan seorang pelajar di alam pekerjaan. Latihan industri ini juga penting
untuk memastikan agar pelajar lebih bersedia menghadapi liku-liku dunia
pekerjaan dalam sector awam mahupun swasta.
Seterusnya , pelajar juga dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba
semasa sesi pelajaran pada kehidupan yang sebenar. Dengan cara ini , pelajar
akan lebih berkeyakinan dan dapat menambah ilmu melalui pengalaman sendiri .
Setelah menjalani latihan ini , pelajar akan lebih memahami persekitaran kerja
yang sebenar.

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan

Fatihah Frozen Food adalah sebuah syarikat yang menghasilkan makanan


sejuk beku yang telah dikenali dan menjadi kegemaran masyarakat tempatan.
Dengan merendah diri, hari ini Fatihah Frozen Food boleh berdiri sama tinggi
dengan pelbagai pencapaian sepanjang 20 tahun penubuhannya.
Fatihah Frozen Food menjamin kualiti produk berada pada tahap optimum,
kekayaan dalam rasa dan memelihara kesegarannya. Produk Fatihah Frozen Food
disahkan HALAL oleh Jakim dan AMALAN PERKILANGAN BAIK (GMP) oleh PSV.
Fatihah Frozen Food juga adalah jenama pilihan ramai kerana tiada bahan
pengawet dan pewarna ditambah kepada produk. Selain pasaran Malaysia,
Fatihah Frozen Food telah menembusi pelbagai pasaran iaitu China, Singapura,
Jakarta, Brunei dan Dubai.

2.2 Latar Belakang Syarikat


Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1994 oleh
Fatihah Anis Ibrahim dan sejak penubuhannya Fatihah Frozen Food mempunyai
pertumbuhan pengalaman dan mengukir nama dalam industri makanan beku.
Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd. kini mengeluarkan lebih daripada dua puluh
jenis makanan sejuk beku berasaskan resepi tradisional untuk Malaysia dan
pasaran antarabangsa.
Jenama "Fatihah" terkenal dalam kepuasan pelanggan ', tetapi masih terus
membawa produk ke tahap tertinggi kecemerlangan, menuju ke HACCP (Hazard
Analisis Critical Control Point).
Pengasas Fatihah Frozen Food mempunyai pengalaman lebih 20 tahun
dalam pembuatan makanan tradisional. Beliau memulakan perniagaan kecil dan
kini beliau telah mempunyai sebuah kilang untuk mengembangkan perniagaannya.
Semangat ibu tunggal ini menjadikan beliau kuat untuk menyara hidup semasa
krisis kewangan yang teruk pada tahun 1998. Beliau adalah wanita pertama di
Malaysia yang terlibat dalam industri makanan dan penggunaan mesin dalam
pemprosesan produk. Kejayaan beliau dalam kehidupan dan perniagaan
menjadikan beliau sebagai idola oleh ibu tunggal di Malaysia untuk berjaya dalam
kehidupan. Dari usaha dan doa, jenama Fatihah Frozen Food terkenal sebagai
pengeluar utama makanan tradisional di Malaysia

2.3 Misi Syarikat


i.
ii.
iii.

Menjadi ikon produk makanan sejuk beku di Malaysia


Melahirkan produk makanan berkualiti
Untuk memasuki pasaran tempatan dan membangunkan pasaran baru

2.4 Visi Syarikat


Fatihah Frozen Food berkemahiran dalam pengeluaran dan pengedaran
makanan sejuk beku di Malaysia serta produk yang disahkan Halal oleh JAKIM
dan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dengan PSV.

2.5 Polisi Syarikat


Fatihah Frozen Food Sdn Bhd hanya menghasilkan produk makanan halal
dengan kebersihan, kualiti dan keselamatan untuk meningkatkan keyakinan
pelanggan.

2.6 Pasaran Syarikat

2.6.1 Tempatan
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Lotus Consulting Group


Kedai Rakyat 1 Malaysia
Hotel Darby Park
Teso
Giant
Mydin Hypermarket
Georgetown White Coffee

2.6.2 Antarabangsa
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Singapore
China
Dubai
Jakarta
Brunei

2.7 Carta Organisasi

BOARD OF DIRECTOR
HJH FATIHAH ANIS BT IBRAHIM

CHIEF OPERATING
FOOD
ADVISOR
OFFICER
TECHNOLOGISTADMINISTRATIVE
HALAL
EXECUTIVE
OFFICER
ABDUL
HALIM BIN
SYED
OTHMAN
BIN

CHIEF
SALES EXECUTIVE
MARKETING/MANAGEMEN
FINANCIAL
OFFICER
T OFFICER
HERDAWATY
BERLIAN
SHAHARUDDIN BIN MOHD

2.8 Produk Syarikat


Bertahun-tahun masa yang diambil dalam penyelidikan untuk menghasilkan
produk yang lazat dan berkualiti, juga untuk mengekalkan rasa tradisional untuk
semua produk.Terdapat beberapa produk di bawah jenama Fatihah yang
menggunakan 100% kapasiti mesin yang boleh menghasilkan 3000 keping sejam
iaitu Malaysia PanCake, Paratha, Roti Canai, Cucur Badak, dan Karipap Crispy.

Paratha Durian adalah yang pertama di Malaysia yang menggunakan durian


sebenar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya di China.

Paratha Roti (Plain / Durian / Cheese / bawang putih)


Curry Puff (Chicken / Beef / Sardin / sayur-sayuran)
Pancake Malaysia
cucur Badak
Samosa (Ayam / Daging / sayur-sayuran)
Roll Spring (Sayur / Ayam)
Fried Ice-Cream
Mini Murtabak (Chicken / Beef)
Cakoi (Pusingan / Long)
Cek Mek Molek
Mini Pau (Chicken / Beef / Kaya)
Sardin Roll / dilapisi tepung roti Sardin Roll

Semua produk adalah HALAL dan tanpa bahan pengawet dan pewarna.

BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

TARIKH / MINGGU

AKTIVITI

Lapor diri di Fatihah Frozen Food Sdn


Bhd.

Suai kenal dengan pekerja di

Fatihah Frozen Food


Di beri taklimat etika didalam kilang

30 NOVEMBER 5 DISEMBER
(MINGGU KE 1)

dari segi pemakaian seperti :


shoes cover , mask ,apron ,

gloves.
Melawat setiap bahagian kilang
Melibatkan diri dalam Program
Malaysia Hari Ini di TV3

Di tempatkan di packing area

Pembungkusan makanan mengikut

kesesuaian makanan
Reject makanan yang rosak
Mengambil kehadiran setiap

pekerja di kilang
Belajar cara mengambil suhu
Belajar cara pengiraan stok
Packing makanan apabila

8 DISEMBER 12 DISEMBER
(MINGGU KE 2)

mendapat pesanan
Di tempatkan di packing area

14 DISEMBER 17 DISEMBER
(MINGGU KE 3)

Menyusun produk dalam freezer


Mendapatkan respond dari orang

ramai
Packing produk mengikut

kesesuaian pembungkus
Kenalpasti rekod bahan mentah

keluar dan masuk


Packing produk apabila mendapat
pesanan

Di tempatkan di packing area

21 DISEMBER 24 DISEMBER

Packing produk mengikut

kesesuaian pembungkus
Mengambil kedatangan setiap

perkerja di kilang
Failkan dokumen

(MINGGU KE 4)

Pengurusan Pejabat
28 DISEMBER 31 DISEMBER

Mengendalikan panggilan telefon

dan email syarikat


Kemaskini fail dan rekod dengan

lebih sistematik
Mengambil pesanan dari

(MINGGU KE 5)

pelanggan
4 JANUARI 8 JANUARI
(MINGGU KE 6)

11 JANUARI 14 JANUARI
(MINGGU KE 7)

Pengurusan Pejabat

Faks dokumen kepada pelanggan

dan pembekal
Membuat baucar pembayaran
Kemaskini profil syarikat dan fail

kewangan
Persediaan untuk Ekspo Brunei

Ditempatkan di Production Line

Pembuatan samosa
Pembungkusan produk
Belajar menggunakan stamping
machine

-Penggambaran majalah Keluarga bagi

18 JANUARI 22 JANUARI
(MINGGU KE 8)

tujuan promosi
-Membuat demo pizza kepada pelanggan
-Merekod tugasan pekerja ke dalam buku
rekod tugasan
Ditempatkan di Production Line

25 JANUARI 29 JANUARI

Pertunjukan demo pizza kepada

pelanggan
Menggunakan sealer machine
Membungkus makanan

(MINGGU KE 9)

menggunakan pembungkusan
Ditempatkan di Production Line
2 FEBRUARI 5 FEBRUARI

Pertunjukan demo pizza kepada

pelanggan
Pembuatan karipap pusar
Pemeriksaan suhu
Merekod suhu

(MINGGU KE 10)

8 FEBRUARI 12 FEBRUARI
(MINGGU KE 11)

Ditempatkan di Production Line

Membakar roti boom


Membuat cek mek molek
Mempraktikkan kebersihan dalam

tempat kerja
Pemeriksaan suhu
Merekod suhu

15 FEBRUARI 19 FEBRUARI
(MINGGU KE 12)

Ditempatkan di Production Line

Menghadiri presentation di MICH


Pemeriksaan suhu
Merekod suhu

Ditempatkan di Production Line

Usahawan MARDI & Hari Bertemu

22 FEBRUARI 26 FEBRUARI
(MINGGU KE 13)

29 FEBRUARI 6 MAC

Membuat karipap pusar


Menghadiri Ekspo MARDI (Fiesta

Pelanggan )
Pemeriksaan suhu
Merekod suhu

Pembuatan roti boom


Pembuatan samosa
Menghadiri Food Sampling di

(MINGGU KE 14)

Lembaga Tabung Haji dan Sabha

Edar Sdn Bhd


Terlibat dalam Jualan Gudang
Syarikat

Pengurusan Pejabat
8 MAC 13 MAC

Pencarian fail dan dokumen untuk

Audit LHDN
Menyertai rundingan bersama

(MINGGU KE 15)

pegawai audit LHDN

Menghadiri Food Sampling di HQ


Tesco

Ditempatkan di Production Line


14 MAC 18 MAC
(MINGGU KE 16)

Penghasilan produk samosa


Membuat karipap pusar dan roti

paratha
Mengemas dan kemaskini peti
jualan

Menghadiri Food Sampling di

21 MAC 27 MAC

Restoran Little Cravings One

(MINGGU KE 17)

Utama dan Restoran Kueh Shah

Alam
Terlibat dalam Karnival Industri
Asas Tani di Sarawak

28 MAC 1 APRIL

Terlibat dalam program MIHAS di KLCC

(MINGGU KE 18)
Pengurusan Pejabat

Membuat Cash Bill, Payment

Voucher , minit mesyuarat


Kendalikan panngilan dan faks
Menyertai mesyuarat pengurusan
Menghadiri Food Sampling di Rasa

4 APRIL 8 APRIL
(MINGGU KE 19)

Utara
11 APRIL 15 APRIL

Pengurusan Pejabat

(MINGGU KE 20)

BAB 4

Membuat Cash Bill, Payment

Voucher , minit mesyuarat


Kendalikan panggilan dan faks

LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan Produk

Roti Paratha Original

Ramuan: Tepung Gandum, Marjerin, Susu Tepung, Gula, Garam, Air


Saiz hidangan: 70g
Hidangan per pek: 5
Perisa: Asli

Roti Paratha Durian

Ramuan: Isi Durian, Tepung Gandum, Marjerin, Susu Tepung, Gula, Garam, Air
Saiz hidangan: 70g
Hidangan per pek: 5
Perisa: Durian

Roti Boom

Ramuan: Tepung gandum, Marjerin, Minyak sapi, Telur, Susu, Garam, Gula
Saiz hidangan: 60g
Hidangan setiap pek: 6 keping

Samosa Ayam

Ramuan: Tepung Gandum, Sayur campur, Ayam, Bawang, Rempah kari, Gula,
Garam
Saiz hidangan: 30g
Hidangan per pek: 10
Perisa: Ayam

Samosa Daging

Ramuan: Tepung Gandum, Sayur campur, Daging, Bawang, Rempah kari, Gula,
Garam
Saiz hidangan: 30g
Hidangan per pek: 10
Perisa: Daging

Samosa Kentang

Ramuan: Tepung Gandum, Sayur campur, Kentang, Bawang, Rempah kari, Gula,
Garam
Saiz hidangan: 30g
Hidangan per pek: 10
Perisa: Kentang

Sardin Roll

Ramuan: Tepung Gandum, Sardin, Bawang, Gula, Garam


Saiz hidangan: 30g

Hidangan setiap pek: 8 keping


Perisa: Sardin

Breaded Sardin Roll

Ramuan: Tepung Gandum, Sardin, Bawang, Serbuk Roti, Gula, Garam


Saiz hidangan: 25g
Hidangan per pek: 8 keping
Perisa: Sardin

Popia Sayur

Ramuan: Pastri popia, Sengkuang, Lobak merah, Bawang putih, Gula, Garam
Saiz hidangan: 25g
Hidangan setiap pek: 8 keping
Perisa: Sayur

Popia Ayam

Ramuan: Pastri popia, Sengkuang, Lobak merah, Bawang putih, Ayam, Gula,
Garam
Saiz hidangan: 35g
Hidangan setiap pek: 8 keping
Perisa: Ayam

Mini Murtabak

Ramuan:Tepung Gandum, Serbuk kari, Ayam, Bawang, Gula, Garam


Saiz hidangan: 40g
Hidangan per pek: 10
Perisa: Ayam

Karipap Pusar

Ramuan: Tepung Gandum, Marjerin, Bawang, Rempah, Ubi kentang, Ayam,


Garam, Gula
Saiz hidangan: 30g
Hidangan per pek: 8
Perisa: Asli

Karipap Crispy

Ramuan: Tepung Gandum, Marjerin, Bawang, Rempah, Ubi kentang, Ayam,


Garam, Gula
Saiz hidangan: 35g
Hidangan per pek: 8 keping
Perisa: Ayam

Cucur Badak

Ramuan: Tepung Gandum, Ubi Keledek, Kelapa, Bawang, Udang Kering, Garam,
Gula
Saiz Hidangan: 35g

Hidangan satu pek: 8 keping


Perisa: Asli (Kelapa)

Cek Mek Molek

Ramuan:Ubi Keledek, Gula, Garam


Saiz hidangan: 30g
Hidangan per pek: 10 keping
Perisa: Asli

Ais Krim Goreng

Ramuan: Roti putih, Ais krim


Saiz hidangan: 55g
Hidangan setiap pek: 6 keping
Perisa: Vanilla / Strawberry / Coklat / Durian / Pelangi

Produk Fatihah Frozen Food kebanyakan dihasilkan dengan menggunakan


mesin. Mesin yang digunakan antaranya ialah mesin pengadun , mesin penampal ,
mesin kelim dan mesin penipis doh . Terdapat juga produk yang dihasilkan
menggunakan separa mesin seperti murtabak , samosa , popia dan karipap pusar .
Bagi produk separa mesin ini , memerlukan tenaga pekerja untuk menghasilkan
produk .
4.1.1 Fungsi Ramuan/Bahan Mentah

4.2 GMP Good Manufacturing Practice/Amalan Pengilangan Yang Baik

GMP adalah amalan yang diperlukan untuk mematuhi garis panduan yang
disyorkan oleh agensi-agensi yang mengawal kebenaran dan pelesenan bagi
pengeluaran dan penjualan makanan, produk ubat, dan produk farmaseutikal aktif.
Garis panduan ini menyediakan keperluan minimum yang farmaseutikal atau
pengilang produk makanan mesti memenuhi untuk memastikan bahawa produk
tersebut adalah berkualiti tinggi dan tidak menimbulkan apa-apa risiko kepada
pengguna atau orang ramai.

4.2.1 OBJEKTIF
Objektif Skim Pensijilan GMP ini adalah untuk member pengiktirafan
rasmi kepada premis makanan yang telah berjaya melaksana dan
mengamalkan semua kriteria skim pensijilan GMP.
4.2.2 FAEDAH

Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil

Penjualan Bebas, Sijil GMO, dan lain-lain.


Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain

seperti ISO. HACCP dan HALAL.


Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan
global.

Memudahkan industri mendapat pengiktirafan dalam berurusan


dengan agensi kewangan dalam urusan insentif atau bantuan

kewangan.
Logo GMP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat

pengiktirafan.
Memastikan industri makanan mematuhi piawaian di peringkat
domestik dan luar negara .

BAB 5
KESIMPULAN
Selepas menjalani 20 minggu latihan industri di FATIHAH FROZEN FOOD
SDN.BHD., terdapat banyak pengetahuan baru yang telah dipelajari dan saya
dapat memahami bagaimana firma ini memainkan peranan yang penting dalam
bidang makanan dan keusahawanan. Pendedahan yang telah diberikan kepada
saya oleh

kakitangan syarikat mengenai kerja secara langsung atau tidak

langsung membolehkan saya untuk menyediakan diri saya sebelum melangkah


kea lam pekerjaan sebenar pada hari-hari yang akan datang.
Dengan berakhirnya Latihan Industri ini, saya lebih yakin dan tidak akan
janggal untuk menempuh dunia pekerjaan .Semua kakitangan syarikat yang
banyak membantu telah memberikan saya banyak pengetahuan dan pengalaman
dalam menguruskan syarikat selain mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari
di Politeknik. Pendedahan yang diberikan kepada saya di firma ini dapat memberi
gambaran kepada keadaan, tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan
semasa bekerja .
Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam latihan industri seperti ini dapat
membuktikan dan mengukuhkan identiti pelajar dalam menjalani latihan dalam
bidang masing-masing . Selain itu , laporan akhir yang perlu dilakukan oleh pelajar
selepas menjalani latihan industri juga boleh melatih setiap pelajar dalam
menyediakan laporan yang lengkap, padat dan dalam susunan sesuai yang boleh

digunakan sebagai rujukan . Program ini selaras dengan objektif Politeknik iaitu
untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan profesional di negara ini.
BAB 6
KOMEN DAN CADANGAN
Sepanjang 20 minggu latihan industri di FATIHAH FROZEN FOOD SDN.
BHD., terdapat banyak pengetahuan baru yang telah dipelajari, tanpa mengira
pengetahuan yang berkaitan dengan kursus atau pengetahuan dalam pengurusan
pejabat . Dengan menjalani latihan industri, saya dapat mengalami dan merasai
persekitaran kerja dan dunia pekerjaan. Ini membolehkan pelajar untuk memupuk
semangat selain mengurangkan gemuruh untuk menempuh dunia pekerjaan di
masa akan datang.
Selain daripada itu, dengan melaksanakan latihan industri, pelajar dapat
menyesuaikan diri sendiri dengan masalah yang sering dihadapi oleh syarikat dan
pekerja, ini membolehkan pelajar untuk menjadi lebih matang dan dapat memikul
tugas yang diberikan kepada mereka dengan usaha yang terbaik. Semua yang
telah dipelajari oleh pelajar semasa menjalani latihan industri akan dimanfaatkan
sebaik mungkin untuk masa hadapan .
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diperbaiki oleh
Politeknik atau syarikat itu sendiri. Antara peningkatan yang boleh dicadangkan
ialah:
a. Melaksanakan

penggunaan

Bahasa

Inggeris

semasa

kuliah.

Penggunaan bahasa Inggeris adalah sangat penting apabila bekerja

kerana pelanggan dan pembekal terdiri dari pelbagai bangsa dan


memerlukan kemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Kebanyakan pelajar tidak mahir untuk berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris. Saya berharap pihak Politeknik akan memberi penekanan
kepada pelajar dalam komunikasi Bahasa Inggeris.
b. Pihak pengurusan Politeknik terutama UPLI (Unit Perhubungan Dan
Latihan Industri) perlu mengadakan lebih banyak lawatan ke tempat
latihan industri untuk memantau perkembangan pelajar agar pelajar
lebih terpantau dan dapat mengenalpasti masalah pelajar .
c. Sesuatu firma haruslah memberi sesuatu tugasan kepada pelajar
beserta bimbingan agar pelajar dapat memahami dengan lebih
mendalam mengenai sesuatu perkara . Selain itu , firma seharusnya
menyediakan jadual tugasan agar kerja yang diberi kepada pelajar
lebih sistematik.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh latihan

industri ini juga, pelajar telah diberi peluang untuk menyesuaikan diri
dirinya sendiri dengan penemuan baru yang biasanya tidak belajar di
politeknik.

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/skim-pensijilan-amalan-pengilangan-yang-baik-gmp-3

JADUAL/RAJAH

RAJAH 1 : MEREKOD SUHU FREEZER

RAJAH 2 :MEREKOD TUGASAN PEKERJA

RAJAH 3 : MEREKOD BAHAN MENTAH

RAJAH 4 : PENGIRAAN STOK BAHAN MENTAH

RAJAH 5 : ORDER FORM

You might also like