You are on page 1of 18

JABATAN PERDAGANGAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

IZZATULJANNAH BINTI CHE KAMARUDIN

(23DIB20F1005)

AUFFRISK MANAGEMENT

NO.4 TINGKAT 1, LOT 2040 TAMAN RIA,

BATU 2, JALAN SEREMBAN,

71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

SESI II 2022/2023
BAB 1

PENGENALAN & LATAR BELAKANG ORGANISASI/ LI

1.1 Pengenalan

Latihan Industri merupakan salah satu cabang subjek yang perlu diambil
dan ditempuhi oleh setiap pelajar di IPTA/IPT mengikut kursus yang diambil dan
tahap pendidikan yang tertentu. Di peringkat Politeknik, semua pelajar WAJIB
untuk menjalani Latihan Industri seawal peringkat Sijil dan Diploma, manakala di
IPTA/IPT lain dikehendaki menjalani Latihan Industri pada peringkat Ijazah
Sarjana yang dijalankan pada semester yang berlainan. Latihan Industri
merupakan satu syarat bagi pelajar untuk dianugerahkan sijil, diploma dan ijazah
sarjana.

Latihan Industri bukan sahaja membolehkan pelajar menerokai pelbagai


ilmu berkaitan dengan apa yang dipelajari semasa di IPTA/IPT, malahan
mendedahkan gambaran awal untuk persediaan pelajar-pelajar ke arah alam
pekerjaan yang sebenar. Bukan itu sahaja, pelajar juga turut boleh mempelajari
sesuatu yang baru dan yang mungkin tidak akan diajar oleh pensyarah-
pensyarah mereka semasa di dalam bilik kuliah mahupun semasa di makmal.

Latihan Industri juga mendidik pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin. Jika
di IPTA/IPT pelajar harus mengikut undang-undang dan peraturan yang telah
dikuatkuasakan oleh IPTA/IPT, maka sama sahaja halnya sewaktu mereka
menjalani Latihan Industri. Pelajar haruslah mengikut undang-undang dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut. Pelajar juga mestilah
mempamerkan imej yang baik ketika menjalani Latihan Industri di syarikat agar
tidak memburukkan nama baik IPTA/IPT.
1.2 Objektif Latihan Industri

Terdapat banyak objektif yang harus dicapai oleh pelajar ketika menjalani
Latihan Industri. Antaranya ialah supaya pelajar dapat membiasakan diri mereka
kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini adalah kerana pelajar
haruslah mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh
sesuatu syarikat tersebut. Selain daripada mematuhi undang-undang dan
peraturan, pelajar juga haruslah menepati masa supaya tidak hadir lewat ke
syarikat.

Selain itu, dengan menjalani Latihan Industri, pelajar dapat meluaskan


lagi pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar dalam bidang yang diceburi. Ini
kerana dengan menjalani Latihan Industri, pelajar akan diajar dengan perkara
yang baru, perkara yang mungkin tidak diajar oleh pensyarah-pensyarah ketika
berada di IPTA/IPT.

Kemudian, Latihan Industri juga dapat menanamkan semangat


Kerjasama antara pelajar, penyelia dan masyarakat. Hal ini kerana, sewaktu di
firma, pelajar dapat memahami atau mengetahui sesuatu perkara akan diajar
oleh pekerja lain atau penyelia. Selain dapat memupuk semangat kerjasama, ia
juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan penyelia.

Selain itu, melatih para pelajar supaya patuh kepada arahan penyelia
juga merupakan salah satu objektif Latihan Industri. Pelajar mestilah
bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan serta berdisiplin
dalam melakukan pekerjaan supaya tidak menghadapi kesulitan kelak. Pelajar
juga dapat menepati masa, hal ini kerana penyelia telah menetapkan tarikh untuk
pelajar menyiapkan sesuatu kerja itu. Pelajar juga tidak akan berasa kekok
ataupun terasing apabila berada dalam alam pekerjaan sebenar kerana telah
lima bulan menjalani Latihan Industri.

Dengan menjalani Latihan Industri, ia merupakan salah satu cara


bagaimana para pelajar mempraktikkan segala apa yang dipelajari di Politeknik
semasa melakukan Latihan Industri di Firma atau syarikat terbabit. Pelajar
haruslah menggunakan segala kesempatan ini dengan menunjukkan kebolehan
dan apa yang telah dipelajari di Politeknik. Hal ini juga dapat menambah baik
nama pelajar dan Politeknik.
Akhir sekali, Latihan Industri dapat melatih para pelajar menyediakan
satu buku laporan yang lengkap dan bermutu. Melalui laporan inilah penilaian
secara menyuluruh dibuat oleh pensyarah untuk menentukan tahap
kecemerlangan pelajar. Ia juga merupakan salah satu cara untuk memudahkan
pelajar dalam mencari pekerjaan pada masa akan datang kerana mereka telah
mempunyai pengalaman bekerja yang berkualiti.

1.3 Objektif Laporan

Antara objektif laporan adalah sebagai bukti Latihan Industri yang telah
dijalankan sepanjang semester ke-6 (bagi pelajar diploma). Selain itu, supaya
dapat menjelaskan segala aktiviti yang telah dipelajari atau dibuat sepanjang
Latihan Industri. Kemudian laporan Latihan Industri yang bermutu boleh dijadikan
sebagai dokumen sokongan dalam temu duga. Ia juga dapat membina
personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah,
berkeyakinan dan bertanggungjawab. Laporan juga dapat mengajar pelajar
supaya menepati masa dengan menyiapkan leporan mengikut tarikh yang
ditetapkan.

Kemudian, pelajar juga dapat mengamalkan etika dan peraturan kerja


yang baik. Seterusnya, laporan juga dapat memberikan pengetahuan terhadap
kedua belah pihak sama ada pelajar dan pihak yang membaca tentang apa yang
dipelajari semasa menjalani Latihan Industri. Pelajar juga dapat mempelajari
cara menyediakan sebuah laporan yang baik, mematuhi syarat lulus Latihan
Industri yang ditetapkan oleh Politeknik. Akhir sekali, laporan merupakan rujukan
terhadap apa yang dipelajari semasa menjalani Latihan Industri
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan Industri merupakan salah satu perkara penting kepada para


pelajar kerana pelajar dapat menambah dan memperluaskan pengetahuan teori
dan teknikal serta kemahiran para pelajar, jika sebelum ini para pelajar
memperoleh pengetahuan secara teori dan hanya memprakrikkan sebagai
latihan tambahan untuk memahami suatu perkara itu, tetapi apabila pelajar
mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang
sesuatu perkara dan kehendak semasa sesuatu pekerjaan sedang dijalankan.
Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran yang baru
dimana sesetengah kemahiran ini tidak ada dalam pengajaran semasa di
Politeknik.

Selain daripada itu, latihan ini juga memperkenal diri pelajar itu sendiri
dari segi kebolehan, kesanggupan dalam melakukan tugasan, dan sikap kepada
majikan dan rakan sekerja. Latihan ini dapat menonjolkan kebolehan pelajar
untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi
serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan. Latihan ini juga penting
kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar itu semasa
berada di Politeknik tetapi apabila pelajar itu berada dalam latihan itu
berkemungkinan dia akan bertemu dengan pegawai-pegawai yang berpangkat
tinggi atau menghadiri mesyuarat secara rasmi dan formal serta menyediakan
tugasan dengan pekerja internasinal.
1.5 Pengenalan Organisasi

Rajah 1.4 Auffrisk Management Port Dickson

Auffrisk Management memainkan peranan penting dalam memberi


perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang ingin mempebaharui cukai
jalan kenderaan, dan memudahkan pelanggan untuk mendapatan khidmat
nasihat tentang takaful dan mempebaharui takaful sama ada bagi kenderaan
atau bagi diri pelanggan dan juga keluarga pelanggan itu sendiri.

Auffrisk Menagement merupakan agensi kepada beberapa syarikat


takaful seperti Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, Zurich Takaful dan
juga AIA Public Takaful. Hal ini dapat memberikan pelanggan pilihan untuk
memilih produk takaful dan syarikat takaful yang terbaik dan sesuai dengan
kehendak pelanggan.

Auffrisk Management bukan sahaja memberikan perkhidmatan yang


sangat pantas dan berkualiti, tetapi juga telah menjangkau hati dan minda
banyak pelanggan syarikat dalam pelbagai cara. Syarikat ini juga telah
memberikan keyakinan kepada pelanggan dan menjadikan pengalaman mereka
lebih menarik setiap kali mereka berurusan dengan pihak Auffrisk Management.
1.6 Lokasi organisasi

Rajah 2.2 Peta Lokasi Auffrisk Management Port Dickson

Auffrisk Management Port Dickson

No.4 Tingkat 1, Lot 2040 Taman Ria,

Batu 2, Jalan Seremban,

71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Tel: 019-6671277
1.7 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Auffrisk Management mula beroperasi pada tahun 2008, pada ketika itu
pengarah urusan iaitu Encik Syahrizal bin Abd Samat memulakan perniagaan di
rumahnya sendiri dan hanya bekerja sendiri bersama isterinya iaitu Puan Salwah
binti Mohd Aksan yang juga merupakan pengarah urusan di syarikat ini,

Pada tahun 2009 perniagaan Auffrisk Management mula berkembang


dengan membuka cawangan pertama di Port Dickson, Negeri Sembilan bagi
memudahkan urusan bersama pelanggan dengan pelanggan dapat datang ke
pejabat bagi berurusan secara bersemuka dan melakukan berbincangan dengan
lebih efektif dan berkesan. Mereka juga telah mencari beberapa pekerja bagi
membantu urusan perniagaan mereka yang semakin berkembang dan berjaya.

Dengan usaha mereka yang gigih dan cekal, mereka juga dapat
membuka satu lagi cawangan di Tampin, Negeri Sembilan. Dengan bantuan dan
kerjasama semua pihak, kedua-dua cawangan ini masih beroperasi sehingga
kini dan masih bersama-sama berusaha untuk memajukan lagi syarikat ini
hingga masyarakat tidak asing lagi dengan nama syarikat ini dan dapat
membantu pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik dan
berkualiti.

1.7 Jenis Aktiviti Organisasi

I. Mengeluarkan cukai jalan menggunakan mesin myeg secara lansung.


Jadi, pelanggan tidak perlu menunggu untuk beberapa hari untuk
mendapatkan cukai jalan.
II. Membantu pelanggan memperbaharui takaful motor dan rumah mereka
dengan cepat pada setiap tahun.
III. Menawarkan perlindungan takaful kepada kerja kontraktor sekiranya
berlaku perkara yang tidak diingini semasa melakukan kerja kontraktor.
IV. Menguruskan tuntutan pelanggan dengan teliti dan cepat
V. Menawarkan perlindungan nyawa dengan AIA Public Takaful kepada
pelanggan yang memerlukan
VI. Menawarkan perlindungan takaful kepada mereka yang ingin melancong
atau berjalan jauh.
VII. Menawarkan perlindungan takaful kepada bangunan perniagaan
pelanggan.
1.8 Carta Organisasi

PENGARAH URUSAN 1

SYAHRIZAL BIN ABD SAMAT

PENGARAH URUSAN 2

SITI SALWAH BINTI MOHD AKSAN

CAWANGAN PORT DICKSON CAWANGAN TAMPIN

BAHAGIAN PENGURUSAN BAHAGIAN PENGURUSAN

1. AIZA AMIRA BINTI 1. NORFAIEZAH BINTI


IBRAHIM AHMAD KARIM

2. KHAZEMIN BINTI
AMINUDDIN

3. NUR ATIQAH BINTI


MOHAMMAD
BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini menerangkan tentang ringkasan aktiviti yang dijalankan


sepanjang menjalankan Latihan Industri. Tujuan ringkasan ini dibuat adalah
untuk dijadikan sebagai rujukan sepanjang perjalanan Latihan Industri pelajar.
Semasa menjalani Latihan Industri para penuntut Politeknik diberikan dokumen
laporan harian yang menjadi satu dokumen penting kerana dokumen tersebut
akan mendokumentasikan suatu skop kerja sepanjang Latihan Industri.
Dokumen laporan harian ini mestilah dilengkapkan oleh pelajar setiap hari untuk
membuktikan kerja atau aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Daripada
keseluruhan dokumen laporan harian ini, pelajar dikehendaki meringkaskan
catatan keja atau aktiviti sepanjang Latihan Industri dalam bentu mingguan
berdasarkan dokumen laporan harian.
2.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Minggu/ Tarikh Aktiviti

- Lapor diri hari pertama pada jam 9 pagi


- Menyediakan kertas kerja sebagai permulaan
Minggu 1 Latihan Industri
30/1/2023 – 3/2/2023 - Menyertai sesi Q&A bersama penyelia dan agent
- Mempelajari tentang produk Life AIA Public Takaful
- Mempelajari mengisi borang AIA
- Mempelajari borang-borang AIA
- Berurusan dengan pihak CityLink untuk
penghantaran dokumen
-

- Mengisi borang AIA


- Mengasingkan status pelanggan AIA Puan Salwah
menggunakan Microsoft Excel
- Mempelajari tentang produk takaful am Zurich
Takaful
- Menyusun polisi agen-agen mengikut nama
Minggu 2 - Mempelajari isi maklumat Majlis Agama Islam Negeri
7/2/2023 – 11/2/2023 Sembilan dan PDK di dalam Microsoft Excel
- Mempelajari tentang produk motor takaful ikhlas
- Mempelajari tentang report summary persistency
bonus rate
- Menambah nama baharu di portal AIA group.
- Memasukkan senarai nama baru MAINS ke dalam
excel dan asingkan kakitangan member serta
tanggungan.
- Mempelajari tentang faraid
- Mempelajari tentang wasiat
Minggu/ Tarikh Aktiviti
- Mempelajari cara membuat roadtax menggunakan
mesin myeg
- Menambah nama kakitangan di portal AIA group
(MAINS)
- Susun semula kakitangan dan tanggungan MAINS
Minggu 3 dalam excel.
13/2/2023 – 17/2/2023 - Mempelajari produk motor takaful ikhlas
- Mengisi borang pelanggan iaitu borang arahan bagi
pelan takaful berkaitan pelaburan
- Menambah tanggungan di portal AIA group MAINS
- Mengasingkan polisi
- Memasukkan polisi yang telah disusun mengikut
tarikh ke dalam fail
- Membuat roadtax pelanggan menggunakan mesin
myeg
- Menyemak nama kakitangan MAINS di portal AIA
- Mempelajari tentang satu produk AIA life
Minggu 4 - Mengemaskini polisi En syah dan Puan Salwah
20/2/2023 – 25/2/2023 - Mempelajari tentang faraid
- Mempelajari tentang borang AIA jika berlaku kes
- Mengemaskini email kakitangan MAINS yang telah
diberikan di portal coperate AIA
- Menambah nama baru yang telah diberikan di portal
coperate AIA
- Mempelajari cara memasukkan maklumat kerja
kontraktor yang ingin membuat takaful ke dalam
system takaful ikhlas dan submit ke dalam system
untuk mendapatkan polisi takaful bagi kerja
Minggu 5 kontraktor
27/2/2023 – 3/3/2023 - Membuat roadtax pelanggan menggunakan mesin
myeg
- Mempelari tentang satu produk Life AIA
- Mendengar penerangan En syah tentang persistency
report agen AIA di dalam portal AIA
- Memaklumkan agen tentang persistency report
Minggu/ Tarikh Aktiviti

- Mempelajari tentang produk Life AIA


- Mengemaskini email kakitangan MAINS yang telah
diberikan di portal coperate AIA
- Menganalisi tentang persistency report agen as at
Minggu 6 28 feb di dalam excel
6/3/2023 – 11/3/2023 - Memaklumkan agen tentang persistency report
- Menyusun polisi yang dihantar mengikut polisi agen
- Mengisi borang AIA
- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
- Membuat roadtax pelanggan menggunakan mesin
myeg

- Membuat roadtax pelanggan menggunakan mesin


myeg
- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
tentang kerja-kerja kontraktor
- Membuat salinan borang AIA
Minggu 7 - Menyusun nama kakitangan Majlis Agama Islam
13/3/2023 – 17/3/2023 Negeri Sembilan (MAINS) menggunakan Excel dan
mengira jumlah staff MAINS.
- Mempelajari cara memahami surat tawaran kerja
kontraktor
- Membantu penyelia mencari juz diri menggunakan
excel menggunakan tarikh lahir
- Memberi sebut harga takaful bagi projek krontraktor
kepada pelanggan
Minggu/ Tarikh Aktiviti

- Menulis nama dan nombor akaun di cek


- Cop nama agency di cek
- Memberi sebut harga bagi kontraktor projek kepada
pelanggan
- Menganalisis tentang persistency report agen as of
Minggu 8 15 MAR di dalam excel
20/3/2023 – 24/3/2023 - Memaklumkan agen tentang persistency report
mereka
- Membantu untuk menyemak semula dan mengira
jumlah kakitangan dalam uniti asia
- Menyusun syarikat syarikat uniti asia tersebut
menjadi satu dokumen
- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
tentang kerja-kerja kontraktor
- Memberikan pelanggan surat LOU bagi kerja
kontraktor projek untuk dicop dan juga tanda tangan
- Membuat roadtax dengan menggunakan mesin
myeg
-

- Menyusun polisi agen AIA Public Takaful di meja


pejabat
- Memaklumkan agen tentang polisi dan meminta
mereka untuk mengambil polisi di pejabat
- Memeriksa dan menyediakan polisi pelanggan AIA
Minggu 9 Puan Salwa untuk di kurier
27/03/2023-31/03/2023 - Menghubungi CityLink
- Membuat roadtax menggunakan mesin myeg
- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
tentang kerja-kerja kontraktor
- Menyertai perbincangan AIA bersama penyelia
- Mempalajari tentang produk Life AIA
- Menghubungi pelanggan AIA
Minggu/ Tarikh Aktiviti

- Menyemak tarikh akhir sumbangan bagi polisi-polisi AIA


- Membuat pembaharuan tarikh akhir polisi-polisi
tersebut
- Menyemak polisi-polisi tersebut jika sudah luput dan
mengasingkan polisi tersebut
Minggu 10
- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
3/4/2023 – 7/4/2023
tentang kerja-kerja kontraktor
- Memberi polisi kepada pelanggan
- Mempelajari tentang produk AIA life
- Menyediakan Payment Voucher Auff Risk Management
untuk kegunaan pejabat
- Membuat salinan borang AIA
- Mengisi borang permintaan untuk pertukaran AIA
takaful
- Membuat salinan borang takaful ikhlas dan juga borang
permintaan untuk pertukaran

- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas


tentang kerja-kerja kontraktor
- Menganalisis tentang persistency report agen as of
31 MAR
- Memaklumkan agen tentang persistency report
Minggu 11 mereka
10/4/2023 – 14/4/2023 - Membuat salinan borang tuntutan keluarga takaful
ikhlas dan juga borang auto debit menggunakan
kad visa
- Menyediakan roadtax untuk dikurierkan
- Mencari maklumat di laman sosial tentang hamper
raya
- Menghubungi Ctylink
- Menyusun kes atau polis mengikut bulan
- Menyusun polisi-polisi tersebut di dalam file
Minggu/ Tarikh Aktiviti
- Menyusun file-file pejabat
- Membuat roadtax menggunakan mesin myeg
- Mengikuti training class bersama takaful ikhlas
- Menulis nombor di cetakan roadtax
- Berinteraksi dengan peniaga hamper raya
Minggu 12 - Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
17/4/2023 – 20/4/2023 tentang kerja-kerja kontraktor dan submit kes
tersebut dan seterusnya memberi polisi kepada
pelanggan sekiranya telah mendapat bayaran
- Membaca surat tawaran kerja kontraktor dengan
lebih terperinci
- Berinteraksi dengan pelanggan untuk mengetahui
SSM syarikat
- Menyusun bil-bil syarikat mengikut kategori

- Membuat roadtax menggunakan mesin myeg


- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
tentang kerja-kerja kontraktor
Minggu 13 - Memberi harga takaful kepada pelanggan untuk
25/4/2023 – 29/4/2023 mereka membuat pembayaran
- Submit kes dan muat turun polisi untuk diserahkan
kepada pelangan
- Menganalisi persistency report as at 15 april
- Membuat kesimpulan PR agen AIA menggunakan
whatsapp
- Memaklumkan PR tersebut kepada agen
- Meneliti dokumen-dokemn yang ada di pejabat
Minggu/ Tarikh Aktiviti
- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
tentang kerja-kerja kontraktor
- Memberi harga takaful kepada pelanggan untuk
mereka membuat pembayaran
- Submit kes dan download polisi untuk diserahkan
kepada pelangan jika sudah membuat pembayaran.
Minggu 14 - Mengemaskini tarikh baru pembayaran takaful
2/5/2023 – 5/5/2023 pelanggan AIA En Syah
- Mengemaskini tarikh tersebut menggunakan excel
- Membaca surat kenyataan sebut harga bagi
perkhidmatan insurans kenderaan dari UTeM
- Mengemaskini tarikh baru pembayaran takaful
pelanggan AIA Pn Salwah
- Memberikan dokumen kepada En Syah untuk
dibawa ke cawangan HQ Takaful Ikhlas dan juga
AIA Public Takaful

- Mengemaskini tarikh baru pembayaran takaful


pelanggan AIA Pn Salwah
- Menyediakan roadtax untuk diambil oleh pihak citylink
- Menghubungi pihak citylink
- Mengisi nama peserta PDK untuk mendapatkan
perlindungan takaful menggunakan excel
- Mengisi maklumat di dalam system takaful ikhlas
Minggu 15
tentang kerja-kerja kontraktor
8/5/2023 – 13/5/2023
- Memberi harga takaful kepada pelanggan untuk mereka
membuat pembayaran
- Submit kes dan muat turun polisi untuk diserahkan
kepada pelangan jika sudah membuat pembayaran.
- Menganalisis persistency report as at 30 april
- Membuat Salinan borang tuntukan
- Menjawab soalan pelanggan jika ada sebarang
pertanyaan melalui panggilan telefon

You might also like