You are on page 1of 17

KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK

KOSMETOLOGI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DISEDIAKAN OLEH

FARISHA EIZA IZZATI BT MD ZAMRI

960728-10-5568

SESI OJT 2015-2016


ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 3

2 BAB 1 : PENGENALAN
- Pengenalan Kepada Latihan Industri
5-6
- Objektif Latihan Industri
- Kepentingan Latihan Industri 7
- Peraturan Semasa Menjalankan Latihan 8
Industri 9

3 BAB 2 : LATARBELAKANG ORGANISASI


- Pengenalan Syarikat 10
- Visi, Misi Dan Objektif Syarikat
13
- Maklumat Pemilik Syarikat
14
- Capello By Nina Ampang
16
- Lokasi
- Perkhidmatan Di Capello By Nina 18
- Carta Organisasi Syarikat 19
21

3 BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN


23-34
4 BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL
34-49
5 BAB 5 : KOMEN DAN CADANGAN
50-52

6 BAB 6 : KESIMPULAN
53-54

7 BAB 7 : RUJUKAN
55

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa


tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya, Pn Suhana Bt Ibrahim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini.

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik Capello By
Nina, Pn Nina Sabrina kerana telah menerina saya untuk menjalani latihan industri di
syarikatnya. Tidak lupa juga kepada semua pekerja di Capello By Nina yang telah banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar kepada sama daripada mula saya menjalani latihan industri
sehingga tamat.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan laporan ini.Terima kasih.

3
BAB 1 : PENGENALAN

Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan bagi
setiap pelajar di Kolej Vokasional ERT Setapak Semester 4 Diploma. Para pelajar akan menjalani
latihan industri atau lebih dikenali sebagai ‘praktikal’ selama 4 bulan di syarikat yang telah
dipilih. Dalam tempoh itu pelajar mesti mengikuti segala peraturan atau prosedur syarikat
tersebut, contohnya disiplin, kedatangan, pakaian, dan lain-lain.

Latihan industri adalah pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam
pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Mereka akan mengambil aliran yang berkaitan dengan
kursus semasa menjalani praktikal untuk memastikan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan
pada masa hadapan. Sepanjang tempoh latihan, pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkan
perkara baru yang berkaitan dengan kursus yang diambil di Kolej Vokasional ERT Setapak.
Pelajar juga dibimbing oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman
yang luas yang mana dapat membimbing pelatih untuk menjadi pekerja yang lebih produktif.

Di samping itu juga pelajar diterapkan dengan etika kerja yang tinggi dan menjadikan
suasana kerja yang tenteram dan ceria. Pelajar juga dikehendaki untuk membuat laporan harian
berkaitan dengan aktiviti di tempat kerja. Mereka mesti menyerahkan buku laporan harian sekali
dalam seminggu kepada pegawai di syarikat itu untuk diperiksa dan ditandatangani. Selain itu,
pensyarah daripada kolej juga melawat ke tempat dimana pelajar akan membuat latihan industri
untuk melihat perkembangan mereka dan berjumpa dengan pengurus atau pegawai terbabit untuk
mengetahui keadaan atau suasana kerja yang dilalui oleh pelajar terbabit.

Semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar dikehendaki membuat cacatan harian
berkenaan dengan kerja yang dilakukan. Ini memudahkan proses membuat buku laporan setelah
tamat latihan. Selain daripada itu pihak kolej juga mewujudkan sistem pembahagian markah
yang wajib diisi oleh majikan di tempat latihan diadakan. Dengan adanya sistem ini, pelajar akan
lebih tekun dan berusaha untuk melakukan terbaik bagi memperolehi markah yang cemerlang
semasa latihan.

4
1.1 Objektif Latihan Industri

Latihan industri yang akan dijalani oleh pelajar Kolej Vokasional adalah berdasarkan

beberapa objektif. Antaranya adalah mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.

Inilah persediaan awal para pelajar sebelum menamatkan pengajian di Kolej Vokasional. Selain

daripada itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengetahuan yang

diperolehi di luar kampus.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan berpeluang mempraktikkan segala

pengetahuan yang dipelajari di kampus serta menerima pendedahan awal sesuatu perkara yang

berkaitan dengan teori mahupun praktikal. Latihan ini akan menimbulkan banyak kesedaran

sikap serta meningkatkan minat para pelajar terhadap pelajaran di Kolej Vokasional. Kaedah ini

dipercayai akan menarik minat lebih ramai lagi bakal pelajar di luar untuk menyambung

pengajian di Kolej Vokasional.

Latihan ini akan mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari kepada praktikal atau

sebaliknya. Malahan pelajar juga dapat mengenali peraturan-peraturan keselamatan di dalam

latihan industri, serta menanam sifat amanah dan tanggungjawab semasa menjalani latihan

industri. Pelajar juga dapat meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat di sektor industri.

5
1.2 Kepentingan Latihan Industri

ØØ Mendisiplinkan pelajar ke arah melahirkan pekerja yang berdisiplin setelah pelajar

tamat pengajian di Kolej Vokasional. Ini kerana pelajar perlu mematuhi peraturan yang

telah ditetapkan oleh pihak kolej dan organisasi tempat menjalani latihan industri.

ØØ Melahirkan pekerja yang berkemahiran setelah pelajar melangkah ke alam pekerjaan

yang sebenar. Ini kerana dengan mengikuti latihan industri di organisasi tertentu pelajar

akan lebih berkemahiran dalam menjalankan sesuatu kerja setelah diberi penerangan dan

tunjuk ajar tentang sesuatu kerja oleh pekrja yang berkemahiran.

ØØ Pelajar yang mengikuti latihan industri akan lebih matang dalam menjalankan sesuatu

kerja kerana telah diberi pendedahan.

ØØ Pelajar juga akan lebih berpengetahuan dan memahami tentang perkara-perkara yang

berkaitan dengan bidang pengajian setelah mengikuti pelajaran secara amali.

6
1.3 Peraturan Semasa Latihan Industri

Semasa menjalani latihan para pelajar perlu mengikuti peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak kolej dan firma latihan. Peraturan-peraturan ini mesti dipatuhi selama

tempoh latihan. Walaupun pelajar tidak berada dikawasan pusat pengajian tetapi peraturan ini

perlu untuk menjaga nama baik kolej. Semua peraturan ini dapat membentuk pelajar tersebut

untuk menjadi lebih berdisiplin dan berdedikasi. Antara peraturan yang telah ditetapkan adalah

• Pelajar perlu menepati tarikh permulaan dan tamat tempoh latihan.

• Menjaga penampilan diri supaya kemas dan bersih.

• Menjaga disiplin diri agar tidak memberi sebarang masalah kepada pihak syarikat dan

politeknik.

• Mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

• Tidak boleh membocorkan maklumat sulit syarikat sewaktu menjalani latihan industri.

• Tidak boleh terlibat dengan mana-mana kes polis dan yang berkaitan dengan politik.

• Membawa buku laporan harian setiap hari dan perlu disemak oleh penyelia tempat latihan

industri.

7
BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 PENGENALAN SYARIKAT

Capello By Nina adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kecantikan

wanita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Syarikat ini diasaskan oleh seorang anak gadis

muda yang berbakat dalam bidang perniagaan. Pemilik Capello By Nina adalah Pn Nina Sabrina

Bt Ismail Sabri. Capello By Nina telah beroperasi hampir setahun dan terdapat 3 cawangan yang

telah dibuka. Cawagan pertama mula beroperasi pada 1 April 2014 di Shah Alam dan bertempat

di No 7A, Jalan Plumbum S/7S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Setelah 7 bulan

beroperasi di Shah Alam dan mendapat sambutan yang menggalakkan, Capello By Nina

seterusnya dibuka di kawasan bangi pada 15 November 2014 yang terletak di No 47A, Jalan

Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Cawangan

yang ketiga adalah di Ampang berdekatan dengan Ampang Point dan mula beroperasi pada 1

Mei 2015 di alamat 91A, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang,

Selangor, Malaysia.

Di Capello By Nina terdapat pelbagai jenis rawatan kecantikan yang disediakan khas

untuk kaum wanita seperti rawatan rambut, rawatan muka, rawatan kuku kaki dan tangan, urutan

badan dan juga waxing. Syarikat ini amat mementingkan kualiti setiap perkhidmatan yang

dilakukan. Oleh itu, produk yang digunakan adalah pastinya produk yang berkualiti dan sesuai

dengan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Selain itu, produk di Capello By Nina seperti

produk rawatan rambut, rawatan keratin, serum rambut, rawatan muka, rawatan kuku pewarna

kuku dan bahan waxing adalah dijamin halal. Capello By Nina ditubuhkan khas bagi kaum

wanita sahaja dan perkhidmatan yang disediakan juga terhad kepada wanita sahaja. Kaum lelaki

8
tidak dibenarkan masuk sama sekali di dalam salon untuk menjamin keselesaan kaum wanita

yang mendapatkan perkhidmatan di Capello By Nina. Salon ini menggunakan slogan ‘A Women

Only Salon’ bagi menunjukkan bahawa salon ini adalah khas untuk wanita sahaja.

Salon ini beroperasi pada jam 11 pagi dan tutup pada jam 9 malam setiap hari Selasa

hingga Ahad di cawangan Ampang. Manakala cawangan di Shah Alam dan Bangi pula

beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad pada jam 10 pagi dan tutup pada jam 8 malam. Terdapat

pelbagai kemudahan yang di sediakan di Capello By Nina untuk pelanggan yang datang untuk

mendapatkan perkhidmatan. Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik solat bagi wanita

muslimah yang ingin menunaikan solat sebelum atau selepas mendapatkan rawatan. Terdapat

juga kids play area yang disediakan bagi melekakan kanak-kanak yang datang sementara

menunggu ibu mereka melakukan rawatan. Selain itu, VIP room disediakan bagi ibu yang ingin

menyusukan anak mereka semasa melakukan rawatan dan juga bagi wanita yang inginkan lebih

privasi semasa melakukan rawatan.

Capello By Nina amat menitikberatkan keselesaan dan keperluan pelanggan. Salon ini

menyediakan rawatan rambut yang terbaik bagi merawat masalah pelanggan. Segala bahan atau

produk adalah daripada jenama Selective Professional yang diimport daripada Italy. Antara

produk Selective Professional yang digunakan adalah Hydration Shampoo (syampu untuk

rambut kering), Stimulate Shampoo (syampu untuk rambut gugur), Lenitive Shampoo (syampu

untuk kulit sensitive), Dandruff Shampoo (syampu untuk kulit kepala berkelemumur). Selain

daripada itu, salon ini juga menggunakan Dandruff Lotion daripada produk Selective

Professional.

9
Capello By Nina juga menyediakan 100% henna (inai) tulen, bahan organic dan juga

bebas ammonia untuk wanita muslimah yang ingin mencuba mewarnakan rambut mereka tanpa

was-was dan selamat digunakan dan dibawa solat. Bagi wanita yang mempunyai masalah kulit

kepala sensitif, salon ini menyediakan rawatan yang terbaik untuk masalah ini. Produk rawatan

kuku dan pewarna kuku adalah daripada produk OPI dan juga INGLOT dimana pewarna kuku

INGLOT ini adalah pewarna kuku yang membenarkan kuku bernafas dan membolehkan air

memasuki kuku. Bagi rawatan fasial pula., produk yang digunakan adalah produk Beubelle yang

didatangkan daripada Switzeland. Produk ini sesuai dugunakan untuk semua jenis muka dan

boleh merawat masalah muka.

Di setiap cawangan Capello By Nina terdapat seramai minima 8 orang pekerja dan

maksima 10 orang pekerja termasuklah Salon Admin, Senior Hairstylist, Junior Hairstylist,

Junior, Shampoo Girl, Senior Beautician dan Junior Beautician. Setiap pekerja di bawah syarikat

ini mempunyai tugas masing-masing. Setiap pekerja yang baru juga akan dilatih sehingga mahir

sebelum memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Kemahiran setiap pekerja amat

dititikberatkan kerana salon ini amat mementingkan kualiti perkhidmatan supaya pelanggan

berpuas hati. Pekerja di bawah syarikat ini akan menerima beberapa keistimewaan seperti tempat

tinggal yang selesa, komisen setiap perkhidmatan yang diberikan, dan juga EPF dan Socso.

10
2.2 VISI, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT

Visi

Menjadikan pusat kecantikan yang selesa dan mempunyai privasi di mana wanita boleh

memanjakan diri di persekitaran yang bebas dan aman

Misi

Membantu kaum wanita untuk tampil lebih cantik dan berseri supaya dapat menambah

keyakinan diri dan mengubah penampilan supaya lebih menarik.

Objektif Syarikat

• Menjadi penyedia perkhidmatan kecantikan yang serba lengkap serta setanding atau lebih

dari jenama yang ternama di Malaysia.

• Menghasilkan pulangan yang terbaik dalam industri perkhidmatan kecantikan serta

kesihatan diri yang mana boleh dikecapi bersama dalam syarikat.

• Berdaya saing di peringkat tempatan dan nasional dalam memberi perkhidmatan

kecantikan yang bermutu tinggi.

11
2.3 MAKLUMAT PEMILIK SYARIKAT

Pn Nina Sabrina Bt Ismail Sabri adalah pengasas atau pemilik kepada Capello By Nina

dan juga pencetus idea bagi menubuhkan salon ini. Beliau dilahirkan pada 6 April 1987 dan kini

beliau berumur 29 tahun. Beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia sejak kecil lagi. Beliau

juga adalah anak pertama di antara 4 adik beradiknya dan beliau adalah satu-satunya anak

perempuan. Beliau telah berkahwin dengan pereka fesyen terkenal di Malaysia iaitu Jovian

Mandagie pada ketika umurnya mencapai 27 tahun. Beliau adalah satu-satunya puteri kepada

Menteri Kabinet dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri

Bin Yaacob.

Pn Nina Sabrina telah mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Hartamas daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Setelah selesai

tingkatan lima, beliau telah menyambung pengajiannya di dalam jurusan Ijazah Sarjana

Perniagaan di University Queensland, Australia pada tahun 2009. Selain daripada itu, beliau juga

akan menghadiri pengajian pendek berkaitan dengan Hair And Beauty.

Pn Nina Sabrina adalah seorang yang penyayang dan beliau amat menyayangi kanak-

kanak. Beliau juga merasa tenang dan gembira apabila melayan kerenah kanak-kanak yang

comel. Oleh sebab itu, beliau telah menubuh sebuah tadika yang dinamakan Peterana

Kindergarten Bangsar pada tahun 2013. Tadika ini menawarkan pendekatan bersepadu untuk

membantu pembelajaran kanak-kanak selaras dengan usia mereka. Setelah beberapa bulan

tempoh tadika tersebut beroperasi, Pn Nina Sabrina telah bercadang untuk membuka perniagaan

yang lain.

12
Beliau telah bercadang untuk membuka sebuah salon setelah berkahwin dengan pereka

fesyen terkenal di Malaysia iaitu Jovian Mandagie kerana dorongan yang diberikan oleh

suaminya sendiri. Beliau ingin mencuba membuka perniagaan selaras dengan kerjaya suaminya

tetapi oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang kecantikan, beliau hapuskan hasrat

itu dan bercadang membuka salon kecantikan. Sebelum membuka salon kecantikannya sendiri,

beliau telah meminta pandangan sahabat handai dan juga keluarga. Beliau juga mendapatkan

nasihat daripada sahabatnya yang mahir dalam bidang kecantikan. Setelah mendapatkan nasihat

dan pandangan, Pn Nina Sabrina dan juga beberapa sahabatnya yang mahir telah melakukan

pemantauan tentang produk yang terbaik untuk digunakan oleh pelanggan yang akan datang.

Setelah selesai segala perihal salonnya, beliau akhirnya membuka sebuah salon yang

dinamakan Capello By Nina pada 1 April 2014 di Shah Alam. Beliau telah memilih nama

‘Capello’ yang berasal daripada Italy yang bermaksud ‘rambut’. Pn Nina Sabrina juga telah

membuka cawangan keduanya di Bangi setelah beberapa bulan salon di Shah Alam beroperasi

atas permintaan dan juga sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Salonnya di

Ampang pula telah dibuka pada 1 Mei 2015. Capello By Nina juga sedang di dalam perancangan

untuk di buka di Johor Bharu atas permintaan ramai.

13
2.4 CAPELLO BY NINA AMPANG

Capello By Nina Ampang adalah cawangan salon ketiga yang dibuka oleh Pn Nina

Sabrina. Salon ini dibuka dan mula beroperasi pada tarikh 1 Mei 2015. Cawangan di Ampang ini

dibuka oleh kerana permintaan pelanggan sendiri. Salon ini dibuka di kawasan yang strategik

bertempat di kedai lot berhadapan dengan Ampang Point. Beralamat 91A, Lorong Mamanda 1,

Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia. Salon ini terletak di atas Hong

Leong Bank dan di lorong yang sama dengan Secret Recepi. Salon ini juga terletak 1 kilometer

jauh daripada stesent LRT Ampang dan memudahkan pelanggan untuk berkunjung untuk

mendapatkan perkhidmatan.

Salon ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan ramai pelanggan menyukai konsep

salon Pn Nina di Ampang ini. Seluruh dinding kedai ditampalkan wallpaper yang memaparkan

wajah Pn Nina Sabrina sendiri dan separuh dinding lagi diwarnakan dengan warna yang menarik

dan memberikan kesan nyaman kepada pelanggan yang datang ke salon. Suasana di dalam salon

ini dibuat dengan teliti untuk menjadikan salon ini seperti salon professional. Terdapat 10 kerusi

atau tempat untuk melakukan rawatan rambut termasuklah bilik VIP dan 2 basin mencuci

rambut, 2 seat untuk melakukan rawatan kuku dan juga bilik khas bagi melakukan rawatan

fasial, waxing dan juga body massage.

Perkhidmatan yang diberikan perlulah selaras dengan konsep dan reka bentuk dalaman

salon itu sendiri. Reka bentuk dalaman salon itu sendiri perlu menggambarkan perkhidmatan

yang akan diberikan kepada pelanggan. Di Capello By Nina Ampang terdapat seorang senior

hairstylist, Connie Chong, mempunyai pengalaman yang cukup lama sebagai pendandan rambut

iaitu selama 30 tahun dan pernah bekerja dan memiliki salon sendiri di singapura. Terdapat juga

14
junior hairtylist, Amalina, senior beautician, Norliyana, yang juga mempunyai pengalaman di

dalam bidang kecantikan selama 5 tahun dan juga junior beautician, Hazimah. Selain itu,

terdapat juga salon admin yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga atau menguruskan

Capello By Nina Ampang. Dalam perihal memberi perkhidmatan, senior hairstylist di beri

tanggungjawab untuk melatih pekerja baru atau pekerja praktikal sehingga mereka mampu

memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Nurul Farahin Binti Mustafa,

Manager Capello By Nina,

91A, Lorong Mamanda 1,

68000, Kuala Lumpur.

Tel: +603 42656800

H/P: +60193990464

Intagram : Capellobynina

15
2.5 LOKASI

16
2.6 PERKHIDMATAN DI CAPELLO BY NINA

17

You might also like