You are on page 1of 5

LAPORAN AKTIVITI PROMOSI DAN PEMASARAN

Pada zaman era globalisasi ini, perkembangan teknologi mempengaruhi setiap


bidang dalam kehidupan. Komputer dan perisian telefon menjadi pemudah cara menyampai
maklumat dengan berkesan dan cepat serta berfungsi. Oleh itu, saya telah memilih dan
menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran dengan hanya menggunakan media sosial.
Contoh media sosial yang telah saya gunakan ialah Facebook, Twiter dan Instagram.
Promosi ialah segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan
barang dan pemasaran pula ialah perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu) (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2017).

Bagi meningkatkan jualan barang, saya telah membuat sebaran dengan


menggunakan poster. Saya membuat poster tersebut dengan hanya menggunakan telefon
bimbit kerana amat senang dan aplikasi dapat didapati dengan mudah hanya di Playstore.
Poster perlu dibuat mengikut tema dan pemilihan warna dan maklumat yang bersesuaian
dengan produk (Nursyuhada Asyikin Ramli, 2013). Nama aplikasi yang telah saya gunakan
ialah Flyers, Posters, Adverts, Graphic design Templates. Saya telah membuat poster
berdasarkan tema produk saya iaitu Taman Rekoder untuk menarik perhatian dan bertujuan
untuk aktiviti pemasaran. Saya telah memilih warna pink untuk menggambarkan tema
sebuah taman dengan meletakkan beberapa kuntum bunga dan gambar rekoder. Saya juga
membuat poster tersebut dengan hanya meletakkan maklumat berkaitan dengan Karnival
Inovasi iaitu pameran produk inovasi yang telah dijalankan dengan jayanya di Blok Baru,
IPGKPP pada 21 Mac iaitu hari Khamis pada jam 2 hingga 4 petang.

Saya juga telah menyediakan ‘booklet’ untuk menjelaskan maklumat secara ringkas
berkaitan dengan produk inovasi digital yang telah saya hasilkan. Saya telah menghasilkan
‘booklet’ ini dengan hanya menggunakan Microsoft Word kerana aplikasi ini juga amat
senang dan mudah didapati. Aplikasi ini boleh didapati di komputer mahupun telefon bimbit
yang canggih. ‘Booklet’ ini juga amat menarik untuk digunakan apabila mempunyai pelbagai
maklumat berkaitan dengan produk dan warna-warni. ‘Booklet’ ini hanya terdapat semasa
pameran inovasi dijalankan.

Saya telah melakukan pemasaran berstrategi dengan menggunakan pemasaran


bermaklumat dan peruncitan dalam talian. Pemasaran ini amat mudah kerana hanya
menggunakan internet (Sazelin Arif, 2010). Contohnya, saya telah menggunakan media
sosial saya sendiri iaitu Whatsapp, Instagram, Facebook dan Twitter sebagai medium unutk
menyebarkan poster yang telah dihasilkan. Saya juga menyediakan telefon saya untuk
dihubungi sekiranya pembeli mempunyai pertanyaan atau maklumat dengan lebih lanjut.
Tambahan pula saya mempunyai ramai kenalan khususnya guru-guru yang mengajar di
sekolah rendah di laman sosial. Hal ini dapat meningkatkan hasil jualan saya apabila
mempunyai pemasaran yang luas. Saya juga menyediakan pembelian secara talian untuk
memudahkan urusan pembeli sekiranya tidak dapat membeli di Karnival Inovasi. Pembeli
hanya perlu menghubungi saya di Whatsapp dan membuat pembayaran termasuk harga
pos.

Selain itu, kaedah pemasaran saya juga tidak melibatkan kos yang begitu banyak
kerana hanya menggunakan tenaga kecil saya sahaja dan boleh didapati dengan mudah.
Hal ini dapat menjimatkan kewangan dan dapat memasarkan produk dengan murah dan
berpatutan.

Kelemahan yang terdapat bagi aktiviti promosi dan laporan produk ini ialah saya
mempromosikan di media sosial pada waktu yang tidak sesuai atau waktu yang kurang
masyarakat bermain di laman sosial kerana kebiasaannya masyarakat akan bermain di
laman sosial sebelum tidur atau waktu rehat dan makan. Penambahbaikan yang perlu saya
lakukan ialah saya sepatutnya mempromosikan pada waktu yang tepat untuk mendapat
lebih sambutan daripada masyarakat.

Kelemahan yang dapat saya kenali juga ialah sambutan yang kurang menggalakkan
semasa pameran inovasi dijalankan berbanding kelas yang berada di dewan peperiksaan
kerana kelas saya diasingkan dan sedikit tertutup walaupun poster teah ditampal di hadapan
bilik pameran. Hal ini berlaku kerana kelas saya menggunakan inovasi yang memerlukan
ruang dan audio yan kuat dan jelas. Cadangan penambahbaikannya ialah pameran ini boleh
diadakan di kawasan yang lebih luas dan terbuka.

Secara tuntasnya pelbagai langkah konkrit, sistematik dan pragmatik boleh diambil
untuk meningkatkan lagi promosi dan pemasaran yang dilakukan hingga ke akar umbi.

(588 patah perkaatan)


RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nursyuhada Asyikin Ramli. (2013). Strategi Promosi Kraftangan Kristal. diperoleh dari
https://ir.unimas.my/id/eprint/19926/1/Strategi%20promosi%20kraftangan%20kristal
%20(24%20pages).pdf

Sazelin Arif. (2010). Keupayaan Pemasaran dalam Kalangan Pengusaha Kecil Makanan
Halal di Melaka Tengah diperoleh dari
http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_10_2009/a11%20sazelin.pdf
LAMPIRAN

1. Gambar rajah dibawah menujukkan poster yang telah dihasilkan.

2. Gambar rajah di bawah menunjukkan pemasaran yang telah dilakukan di media


sosial seperti Facebook dan Instagram.
3. Gambar rajah dibawah menunjukkan pameran karnival inovasi di Blok Baru.

4. Gambar rajah menunjukkan contoh pembeli di Whatsapp.

You might also like