You are on page 1of 13

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sesebuah firma lazimnya menyediakan sejumlah dana yang besar untuk memperoleh aset
seperti hartanah, loji dan peralatan. Selain itu, sejumlah dana juga disediakan bagi tujuan
untuk membuat pelaburan jangka panjang. Tujuan utama melakukan pelaburan yang
besar ini adalah untuk mendapatkan pulangan kepada perniagaan pada masa hadapan dan
bukan untuk dijual kepada pelanggan. Aset ini dikenali sebagai aset tetap dan usia
gunanya adalah melebihi satu jangka masa perakaunan.

MFRS 116 mentakrifkan HLP sebagai aset tetap yang dipegang oleh sesebuah
perusahaan untuk digunakan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan, disewa
kepada orang atau organisasi lain, atau untuk tujuan pentadbiran atau penyelenggaraan;
dan dijangka akan digunakan lebih daripada satu tempoh pelaporan (tempoh perakaunan).

Umum mengetahui aset tetap merupakan harta yang dimiliki oleh sesebuah
organisasi perniagaan dan dimanfaatkan dalam menjalankan operasi perniagaan. HLP
merupakan antara komponen penting bagi sesebuah organisasi yang berteraskan
perniagaan. HLP secara umumnya ditakrifkan sebagai aset tetap iaitu item ketara yang
dipegang untuk digunakan dalam pengeluaran atau menyediakan barangan atau
perkhidmatan.

Tujuan HLP diperolehi ialah untuk menyumbang kepada keupayaan sesebuah


firma atau syarikat untuk mendapat hasil atau pulangan dalam beberapa tempoh
perakaunan. Susut nilai perlu diambil kira dalam HLP agar selaras dengan konsep pem
adanan. Sesebuah organisasi yang cekap akan memastikan pengurusan HLP dibuat
dengan rapi dan teliti. Hal ini bagi memastikan HLP dapat berfungsi dan digunakan
dengan baik sesuai dengan tujuan organisasi memilikinya. Pengurusan HLP merupakan
amalan yang sistematik untuk mengurus aset secara optimum dan kemapanan sepanjang
kitar hayat aset untuk memenuhi misi dan visi sesebuah organisasi.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengurusan HLP amat penting kepada sesebuah entiti perniagaan kerana aset tersebut
menyumbangkan perolehan dan keuntungan kepada perniagaan. Tanpa aset tetap utama,
perniagaan berkenaan akan mengalami kegagalan. Oleh itu, aset tetap perlu diurus
dengan baik. Di samping itu, terdapat sebahagian aset tetap yang digunakan oleh
perniagaan, tetapi tidak memberi kesan langsung ke atas perolehan. Namun aset tersebut
masih penting dan perlu diuruskan dengan baik

Pengurusan HLP yang cekap memerlukan prosedur yang sistematik dan


terkawal. Prosedur yang dimaksudkan ini melibatkan beberapa perkara penting antaranya
pemeriksaan aset, menyediakan dan mengemaskini daftar aset, pelabelan aset, jadual
pergerakan aset, jadual susut nilai dan borang pelupusan aset. Jadual pendaftaran aset
membolehkan kewujudan pangkalan data yang lengkap, tepat dan dikemas kini. Hal ini
bagi memudahkan proses pengesanan dan pemantauan dilakukan ke atas aset-aset
tersebut. Jadual daftar aset yang lengkap juga akan memudahkan proses
penyelenggaraan, proses pelupusan dan proses penggantian aset dilakukan dengan
sistematik.

Aset tetap merupakan item-item yang dipunyai oleh syarikat dengan jangka
hayat yang panjang iaitu melebihi 12 bulan. Secara asasnya, aset-aset tetap ini tidak
dimiliki oleh syarikat untuk dijual semula atau ditukarkan kepada wang tunai. Aset tetap
digunakan untuk membantu pihak perniagaan mendapat hasil untuk lebih daripada satu
tempoh perakaunan, asalkan hayat aset itu belum tamat. Maka, kos aset itu hendaklah
diagihkan sebagai susut nilai sepanjang hayat aset digunakan. Hal ini, adalah selaras
dengan konsep pemadanan dalam perakaunan di mana susut nilai tahunan ialah belanja
yang mesti dipadankan dengan hasil yang diperoleh dalam tahun berkenaan.
Aset tetap juga mempunyai tempoh masa penggunaan tertentu untuk
membolehkannya ditukar dengan aset baru bagi menggantikan yang lama. Keadaan ini
berlaku disebabkan beberapa perkara seperti aset yang sedia ada sudah tidak mengikut
spesifikasi keperluan semasa, peralatan rosak kekal dan lain lain lagi. Oleh yang
demikian, proses ini penting sebagai salah satu elemen yang menjadi faktor
kemantapan pengoperasian sesebuah organisasi yang perlu sentiasa memenuhi
keperluan semasa dan melancarkan proses kerja.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pengurusan aset merangkumi proses penzahiran produk sehingga pelupusan produk


tersebut, bukan setakat di peringkat pengoperasian dan penyelenggaraan sahaja. Langkah
permulaan, pengumpulan maklumat aset dan pemeriksaan aset adalah asas untuk
melaksana satu pengurusan aset yang menyeluruh. Smua maklumat yang diperolehi perlu
didokumen dan disimpan dengan baik kerana salah satu aspek dalam pengurusan aset
adalah dokumentasi dan historical records.

Sistem pemfailan yang sistematik merupakan satu cara atau kaedah


penyimpanan data, rekod dan dokumen yang tersusun dan kemas. Ia juga merupakan satu
proses klasifikasi, penyusunan, penyimpanan dan pelupusan rekod. Di dalam
menguruskan aset-aset tetap perniagaan, perlunya suatu sistem pemfailan yang sistematik
diwujudkan dengan tujuan mengekalkan daftar aset tetap dan memastikan semua aset
direkodkan dengan betul dalam daftar atau pangkalan data aset tetap yang digunakan.

Kegagalan mewujudkan sistem pemfailan mengikut standard yang betul akan


memberi kesan kepada perniagaan kerana tidak mempunyai sebarang maklumat yang
mencukupi yang telah dikemaskini dan perkara ini akan menyebabkan perniagaan gagal
menyediakan satu daftar aset dan jadual susut nilai yang lengkap. Ketiadaan prosedur
pelupusan yang mengikut standard sebenar juga akan menyebabkan perniagaan
mengalami kesukaran ketika proses pembuatan keputusan dan kawalan dijalankan. Di
samping itu, perkara ini juga memberi kesan ke atas penyata kewangan perniagaan yang
disediakan.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk menambahbaik pengurusan hartanah, loji dan
peralatan di Syarikat NB Poultry Processing Sdn Bhd. Terdapat dua (2) objektif kajian
yang hendak dicapai. Objektif bagi kajian ini adalah untuk :

i. Menyediakan cadangan jadual daftar aset dan jadual susutnilai aset syarikat
ii. Merekabentuk cadangan prosedur pelupusan aset mengikut standard sebenar

1.5 LIMITASI KAJIAN

Limitasi kajian ini meliputi :


i. Hartanah, loji dan peralatan (aset tetap) perniagaan
ii. Dijalankan di Syarikat NB Poultry Processing Sdn Bhd, Pontian Johor

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu usaha untuk menambah baik pengurusan Hartanah, loji dan
Peralatan di Syarikat NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd. Melalui kajian ini, pihak
syarikat akan mendapat input-input berguna untuk diaplikasikan dalam perniagaan
khususnya bagi pengurusan aset tetap. Beberapa kaedah yang dicadangkan oleh pengkaji
seperti menyediakan jadual daftar aset, jadual susut nilai dan prosedur pelupusan aset
diharapkan akan meningkatkan tahap kecekapan operasi perniagaan ini

Kajian yang dilaksanakan ini dapat menambah pengetahuan pengkaji tentang


sistem pengurusan aset tetap oleh Syarikat NB Poultry Proccessing Industries Sdn Bhd.
Melalui kajian ini juga membantu pengkaji mengenalpasti kaedah yang sesuai digunakan
dalam perekodan aset tetap syarikat sekaligus dapat mengaplikasi pengetahuan sedia ada
pengkaji berkaitan perkara ini.

Secara keseluruhannya, kajian ini akan dapat dijadikan sumber rujukan dan
panduan pada mana-mana pihak yang memerlukan sedikit sebanyak maklumat yang
bersangkutan. Usaha yang berterusan ini akan membawa kelebihan dan impak berguna
dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dikaji.

1.7 RUMUSAN

Dalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan perkara-perkara yang menjadi asas dan
hala tuju kajian ini. Di dalam bahagian objektif kajian, penyelidik telah menetapkan
matlamat yang hendak dicapai di akhir kajian ini. Soalan kajian turut ditentukan
berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kajian ini dapat
memberi manfaat kepada banyak pihak. Kajian ini turut dibataskan skopnya agar kajian
ini mudah dan munasabah untuk dilakukan. Akhir sekali, dalam bahagian definisi
operasional telah diterangkan maksud beberapa istilah dan konsep yang penting dalam
kajian ini.
BAB 2

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Dalam menjayakan kajian bagi mencapai objektif yang dinyatakan serta


permasalahan yang timbul, pelbagai prosedur yang dirangka secara berperingkat akan
dilakukan. Sebelum itu, perlaksanaan sesebuah projek kajian kes, satu perancangan gerak
kerja harus dibuat bagi memastikan pembangunan projek dapat dilaksanakan dengan
lancar. Data terdiri daripada dua bahagian iaitu data prima terdiri daripada temubual, soal
selidik dan pemerhatian dan data sekunder iaitu kajian literatur dan analisa. Kedua-dua
digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian penambabaikan

Tanpa perancangan yang teliti, pelbagai masalah akan timbul seperti melebihi
tempoh masa yang ditetapkan, melebihi kos atau tidak memenuhi kehendak pengguna.
Oleh itu, sebelum memulakan sesuatu projek, apa yang perlu adalah kajian tentang
kesesuaian dalam pemilihan metodologi. Semua ini dilakukan untuk mendapatkan
maklumat atau data-data yang seiring dengan tajuk yang dikaji.

Metodologi dapat ditakrifkan sebagai suatu rujukan aktiviti yang sistematik bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dengan membangunkan satu aplikasi pengaturcaraan.
Sesebuah metodologi akan menggunakan satu set teknik yang digunakan untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang spesifik. Setiap pendekatan yang dipilih haruslah
bersesuaian dengan projek yang akan dibangunkan.
Perancangan dalam melaksanakan sesuatu projek adalah amat penting bagi memastikan
projek yang ingin dibangunkan dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Data yang dikumpul bagi kaedah penyelidikan ini adalah melalui seperti berikut:

i. Kaedah literatur
ii. Temubual
iii. Pemerhatian
iv. Analisa

3.2 BERDASARKAN OBJEKTIF PERTAMA DAN KEDUA

Bagi mencapai objektif pertama dan kedua dalam projek ini, objektifnya adalah untuk
mengenalpasti sistem penuaian air hujan dan kaedah pembinaan sistem penuaian air
hujan. Bagi mencapai objektif yang pertama dan kedua ini, dua kaedah kajian metodologi
digunakan iaitu melalui:

i. Kaedah Literatur
ii. Temubual

3.2.1 KAEDAH LITERATUR

Bahan bacaan adalah salah satu kaedah yang amat penting dalam menyelesaikan kajian
yang dilakukan. Ianya bertujuan untuk membantu dalam memudahkan perjalanan hasil
kajian projek akhir. Antara bahan literatur yang digunakan adalah seperti buku-buku
rujukan, laporan, sumber percetakan dan sumber media elektronik seperti laman
sesawang yang diperolehi daripada internet dimana ianya berkaitan dengan pembinaan
Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).

Kesemua maklumat yang telah diperolehi daripada semua sumber yang telah dinyatakan,
dianalisa terlebih dahulu sebelum diterima pakai dalam kajian yang sedang dijalankan.
Kajian literatur ini dibuat untuk memenuhi objektif pertama dan kedua yang telah
dinyatakan.
3.2.2 TEMUBUAL

Kaedah seterusnya yang telah digunakan dalam kajian ini adalah kaedah temubual.
Tujuan kaedah ini dijlankan untuk mendapatkan data mengenai permasalahan tersebut
secara lisan dalam pertemuan di antara kedua-dua pihak secara langsung. Melalui
temubual lisan, maklumat yang ingin diperolehi daripada responden dapat dicungkil
untuk tujuan penambahbaikan. Dalam kajian ini, hanya 2 responden yang telah berjaya
ditemubual antaranya ialah Jurutera JPS Jajahan Pasir Puteh iaitu En Mohd Shihahm B
Abd Ghapar dan Juruteknik iaitu En Abd Razak B Abdullah.

Selain temubual secara lisan, kami juga menggunakan temubual melalui kaedah
borang soal selidik dimana ia dijalankan secara bertulis. Kaedah ini digunakan bertujuan
untuk mengenalpasti sejauhmana tahap kesedaran orang awam terhadap penggunaan
Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). Seramai 10 orang responden yang dipilih secara
rawak di negeri Kelantan.

3.3 BERDASARKAN OBJEKTIF KETIGA

Objektif ketiga pula merujuk kepada kos pembinaan sistem penuaian air hujan.
Kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif ini ialah dengan cara membuat
pengiraan bagi mendapatkan kos yang terlibat berpandukan senarai kuantiti yang telah
dirangkakan. Untuk mencapai objektif ini, satu kaedah metodologi digunakan iaitu
melalui:

i) Literatur
ii) Pemerhatian

3.3.1 SEMAKAN DOKUMEN

Dalam menjalankan tinjauan dan pemerhatian untuk melengkapkan objektif iaitu


menyediakan senarai kuantiti untuk sistem penuaian air hujan. Ianya bertujuan untuk
mengenalpasti kaedah-kaedah yang dilaksanakan di kawasan kajian bagi mendapatkan
Analisa kos elemen.

3.4 CARTA ALIR METODOLOGI KAJIAN


Kenalpasti Tajuk Penyelidikan

Pemilihan Tajuk Projek

Objektif Penyata Masalah Skop kajian


Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Kajian

Pengumpulan Data Dan Maklumat

Data Primer Data Sekunder

Kajian literatur &


Temu Bual Berstruktur &
Analisa
Pemerhatian

Penyusunan & Pengumpulan Data

Analisis Data & Maklumat

Kesimpulan, Rumusan & Cadangan


3.4 CARTA GANTT

BULAN OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER


AKTIVITI/MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Pemilihan tajuk Cocu
SKM tahap 4
Mengenalpasti tempat
perlaksanaan
Tinjauan, pemerhatian dan
temubual untuk
mendapatkan maklumat
Mengumpul data dan
menganalisa data yang
diperolehi
Merangka cadangan
penyelesaian
Membuat dapatan kajian
Menyatakan kesimpulan
Menyatakan cadangan
Persembahan kertas
cadangan
Perlaksanaan cadangan
penyelesaian
Penilaian perlaksanaan dan
membaiki kelemahan
Pemerhatian tindakan
penyelesaian projek
Penulisan projek
Pemantauan dan semakan
pegawai penilai Pelaksanaan Projek
Pembentangan projek
Penghantaran projek
Rajah 3.7: carta gantt pelaksanaan projek

You might also like