You are on page 1of 14

BAB 3

METODOLOGI

PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan satu perancangan yang rapi dari segi perjalanan projek akhir ini.
Bagi melicinkan projek akhir ini, metodologi haruslah disusun dengan sebaik mungkin. Dengan
ini, setiap peringkat perjalanan projek tidak akan terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan
atau lebih tepat lagi, hasil akhir kajian akan menepati kriteria permasalahan yang hendak
diselesaikan. Bagi mencapai kajian yang dijalankan, beberapa kaedah telah dikenalpasti iaitu
kaedah pemerhatian, pengumpulan data dan mengedarkan borang soal selidik kepada
responden seterusnya membuat analisa terhadap data yang diperolehi selama kajian dibuat.
Dengan kaedah ini, kajian yang dijalankan lebih sempurna dan tersusun serta selari dengan
matlamat dan objektif kajian yang dibuat.

Kaedah ini digunakan untuk mendapat seberapa banyak data yang diperlukan untuk
melengkapkan kajian ini. Justeru itu, penting untuk mengetahui dan memahami dengan lebih
mendalam setiap proses yang terdapat dalam struktur metodologi kajian.
3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Pengumpulan data yang dikenalpasti yang digunakan dalam projek ini ialah daripada sumber
sekunder dan primer. Pengambilan data dibuat dengan semasa pengkaji berada di kawasan
kajian sewaktu proses pengambilan data diperolehi.

3.2 PEMBANGUNAN PRODUK

i. FASA PERTAMA
a) Pembangunan Produk
Untuk membangunkan projek dalma menghasilkan produk Patty Nangka Muda ini, kami telah
membangunkan produk patty burger dan buah nangka muda bagi memberi kelainan dan
kemudahan kepada produk yang telah diinovasikan. Kegunaan nangka muda selain digunakan
dalam produk ini ialah untuk memberi pendedahan baru kepada orang ramai tentang variasi
yang boleh digunakan dari nangka muda. Oleh itu, kami memupuk warga kolej untuk menjaga
pengambilan makanan mereka.

b) Perancangan Produk
Sebelum membangunkan dan membuat sesuatu projek, perancangan perlulah dibuat terlebih
dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul sewaktu proses penyediaan
bahan dan peralatan serta proses pembuatan produk patty nangka muda ini. Nangka muda ini
juga bergantung kepada kertas kerja yang dibangunkan kerana ia mempunyai keseluruhan
perancangan dan perjalanan projek yang boleh dirujuk.

ii. FASA KEDUA


a) Menguji Produk
Dalam pengujian produk kajian, setiap kesalahan dan kesilapan perlulah dicatat bagi
memudahkan kerja-kerja pengesanan kekurangan produk dari segi rupa atau rasa. Pengujian
rasa perlulah dilakukan berulang kali untuk mengenalpasti tahap keseimbangan rasa produk
yang sebenar untuk memberikan rasa yang diingini dalam penghasilan produk.
iii. FASA KETIGA
a) Mencari Kekurangan Atau Kelemahan Produk
Data yang diambil akan dikumpul dan digunakan untuk mencari kekurangan dan kelemahan
produk. Segala kesilapan akan dicatat dan terus dibaiki supaya proses tidak tersekat dan
mudah untuk mendapatkan hasil yang diingini.

iv. FASA KEEMPAT


a) Menyiapkan Keseluruhan Projek
Dalam melaksanakan projek Patty Nangka Muda ini, produk mestilah disiapkan keseluruhannya
selepas penambahbaikan yang dibuat berulang kali mengikut masa yang ditetapkan
3.3 MASALAH TEORI / REKA BENTUK
3.4 SENARAI BAHAN DAN PERALATAN

3.4.1 BAHAN YANG DIGUNAKAN

BIL BAHAN
1

Nangka muda
2

Kentang
3

Breadcrumb
4

Gula perang
5

Paprika
6

Garam
7

Garlic powder
8

Lada sulah
9

Serbuk cili
10

Sos BBQ

- bahan membuat patty nangka muda


3.4.2 KOS PERLAKSANAAN PROJEK

Nama resepi : Patty Nangka Muda

Porsi : 2 porsi

Bil. Bahan Kuantiti Harga seunit Harga keseluruhan

1. Nangka muda 565g 3.99/150g RM 15.29

2. Gula perang 24g 4.29/kg RM 0.10

3. Paprika 5g 9.49/30g RM 1.58

4. Garam 2.5g RM0.69/450g RM 3.83

5. Garlic powder 5g 15.50/50g RM 1.55

6. Lada sulah 2.5g 5.80/80g RM 0.18

7. Serbuk cili 2.5g 1.50/20g RM 0.19

8. Sos BBQ 72g 11.80/260g RM 3.27

9. Kentang 240g 1.99/300g RM 1.99

10. Breadcrumb 250g 3.80/250g RM 3.80

JUMLAH KESELURUHAN RM 31.78

- kos bahan membuat patty nangka muda


3.4.3 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Untuk melakukan kerja-kerja dalam menyiapkan Projek Tahun Akhir (PTA), peralatan amat
penting supaya dapat melaksanakan projek ini dengan berkesan. Peralatan dan bahan yang
ingin digunakan juga perlulah sesuai dan selamat digunakan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Setiap peralatan yang ingin digunakan mestilah mempunyai cirri-ciri keselamatan
untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Sebelum menggunakan peralatan yang
tajam seperti pisau, langkah keselamatan haruslah dititik beratkan dan juga mematuhi
Standard Operation Procedure (SOP)

Peralatan Yang Digunakan Serta Fungsinya

BIL PERALATAN FUNGSI


1 Untuk mengisar bahan
sehingga sebati

Food processor
2 Untuk memotong nangka
muda dan kentang

Pisau serbaguna
3 Digunakan ketika memotong
nangka muda dan kentang

Papan landas
4 Untuk meletakkan bahan yang
sudah dipotong, direbus dan
ditimbang.

Mangkuk ‘stainless steel bowl’


5 Untuk menimbang bahan

Penimbang digital

- peralatan yang digunakan dalam proses pembuatan produk


3.5 PENGGUNAAN SUMBER / PERSEMPELAN

3.5.1 POPULASI

Menurut airasian (2003) “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji iaitu kumpulan kepada
siapa hasil kajian akan digeneralisasikan.”. Populasi kajian yang disasarkan ialah pelajar-pelajar
Kolej Vokasional Dato Undang Haji Muhamad Sharip kerana mereka lebih pakar dalam
mengetahui rasa, rupa, tekstur, bentuk dan warna yang sesuai dengan ciri-ciri pemasaran
terkini. Lebih kurang 20 responden yang akan dipilih nanti.

3.5.2 ULASAN TEKNIK

Teknik yang digunakan untuk menghasilkan patty nangka muda adalah pembekuan. Istilah
pembekuanyang digunakan dalam menghasilkan patty nangka muda ialah proses membekukan
sesuatu bahan dalam suhu yang rendah dalam jangka masa yang lama. Setelah dihancurkan
dengan food processor, patty nangka muda akan dibulatkan dan disimpan di dalam freezer
selama 2 jam. Ini akan menjadikan makanan tahan lebih lama tanpa merosakkan rasa, rupa
atau tekstur makanan. Meskipun teknik ini mengambil masa yang lama untuk disimpan, ianya
sangat berbaloi dan mudah untuk disediakan. ……...........

3.5.3 SAMPEL

Dalam kajian menghasilkan patty nangka muda ini, kami menggunakan sampel untuk menilai
tahap sensori tertentu seperti rasa, rupa, tekstur dan tahap penerimaan produk kepada 10
orang pelajar DVM 2 Seni Kulinari, 5 orang pelajar DVM 2 Fesyen dan 5 orang pelajar DVM 2
Kosmetologi di Kolej Vokasional Dato Undang Haji Muhamad Sharip. Kami memberikan sampel
secara rawak bagi menilai tahap kebolehpasaran produk Patty Nangka Muda dalam kalangan
pelajar Kolej Vokasional Dato Undang Haji Muhamad Sharip
3.6 PROSES PEMBUATAN

BIL LANGKAH-LANGKAH GAMBAR


1 Sediakan bahan dan timbang bahan.
2 Basuh kentang dan rebuskan nangka muda dan
kentang dalam periuk yang berasingan
3. Potong nangka muda dalam bentuk yang kecil.
Hancurkan sedikit kentangdan masukkan dalam food
processor bersama bahan yang lain.
4 Keluarkan dari food processor dan bentukkan menjadi
bulat mengikut berat yang dipilih.
5 Bekukan patty selama 2 jam.
6 Apabila patty sudah keras terbentuk, keluarkan dan
biarkan dalam suhu bilik.
7 Goreng tohor patty dan ……....

3.7 METODOLOGI YANG DIGUNAKAN

Metodologi adalah kajian yang meliputi kaedah, teknik mereka-bentuk, mengumpul dan
menganalisis data untuk menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi
diperlukan untuk mengkaji masalah, sebab sesuatu kaedah dan teknik digunakan. Ini
membantu kajian difahami dengan lebih luas dan terperinci selari dengan objektif dan matlamat
kajian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi merupakan sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain
metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga
bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu
untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling
sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalah kajian.
3.7.1 KAEDAH PENGUKURAN

Bagi memastikan objektif kajian yang dijalankan tercapai, kami menggunakan beberapa kaedah
yang telah dikenalpasti dapat menganalisis data yang diperolehi yang digunakan dalam
penilaian iaitu kaedah pemerhatian, pengumpulan data dan mengedarkan borang penilaian
sensori serta soal selidik kepada responden. Borang soal selidik dan penilaian sensori dibentuk
secara khusus berkaitan produk supaya data yang diterima dapat dianalisis dengan wajar.
Responden yang diberi borang perlulah jujur, boleh dipercayai dan tidak mudah terpengaruh
dengan emosi dan keadaan sekeliling. Perlaksanaan soal selidik juga memerlukan masa dan
pemikiran yang mendalam supaya mendapat sambutan yang merangsangkan.

3.7.2 KAEDAH KEMASUKAN DATA

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang boleh digunakan untuk mendapatkan data
daripada responden. Antaranya yang digunakan ialah penilaian sensori yang digunakan untuk
menilai tahap penerimaan produk dan borang soal selidik untuk menilai tahap kebolehpasaran
produk dalam kalangan responden. Responden yang dipilih adalah secara rawak seramai 20
orang pelajar iaitu 10 orang pelajar daripada DVM 2 Seni Kulinari, 5 orang pelajar dari DVM 2
Fesyen dan 5 orang pelajar daripada DVM 2 Kosmetologi. bagi borang soal selidik pula 10
orang pelajar dari DVM 2 Seni Kulinari, 5 orang pelajar dari DVM 2 Fesyen dan 5 orang pelajar
dari DVM 2 Kosmetologi. Penilaian sensori merupakan satu set penilaian atau soalan dalam
bentuk tulisan yang dihasilkan bagi menilai tahap penerimaan dari segi rupa bentuk, tekstur,
rasa dan tahap penerimaan responden terhadap produk Patty Nangka Muda dengan
meletakkan darjah kesukaan sebagai tanda ukuran. Manakala, borang soal selidik dihasilkan
bagi menilai tahap kebolehpasaran produk jika dipasarkan. Responden perlu menjawab soalan
mengenai kesesuaian, kuantiti dan kualiti serta kemudahan produk dari skala sangat setuju ke
sangat tidak setuju. Kedua-dua kaedah ini akan memastikan data dan analisis yang lebih efektif
dan berkesan.
3.8 KAEDAH RINTIS

Kaedah rintis

You might also like