You are on page 1of 2

STRATEGI PERNIAGAAN

Strategi perniagaan menumpukan kepada aktiviti perniagaan khusus bagi organisasi. Ia juga dikenali
sebagai strategi kompetitif yang menekankan untuk memperbaiki posisi kompetitif bagi produk atau
perkhidmatan organisasi dalam lingkungan industri atau segmen pasaran di mana unit perniagaan itu
berfungsi (Hunger dan Wheelen, 1996).
Strategi perniagaan membantu organisasi untuk menentukan bagaimana ia boleh bersaing secara
efektif dalam perniagaannya.
Terdapat tiga strategi yang melambangkan strategi perniagaan iaitu;
1.
Strategi Kepimpinan Kos
Strategi kepimpinan kos adalah strategi kos rendah yang digunakan apabila peniaga menyasarkan
untuk menjadi pengeluar kos terendah dalam pasaran. Strategi ini digunakan melalui perbandingan
harga kos dengan pesaing. Strategi ini memerlukan skala kemudahan yang baik dan usaha berterusan
bagi mengawal dan meminimumkan kos operasi dengan memfokuskan kepada pelaksanaan fasiliti
yang cekap, pengurangan kos, dan kawalan yang tinggi terhadap pengeluaran produk dan
perkhidmatan.
Syarikat yang menggunakan strategi kepimpinan kos menawarkan barangan dan perkhidmatan pada
harga yang lebih rendah berbanding pesaingnya dan ini dapat menghalang kemasukan pesaing baru
dalam pasaran.
Strategi ini lebih sesuai digunakan bagi pengeluaran produk berskala besar dan juga terhadap
pelanggan yang sensitif terhadap harga barangan berbanding produk.
2.
Strategi Perbezaan
Strategi perbezaan adalah apabila organisasi melihat aktiviti perniagaan mereka berbeza daripada
pesaing. Perbezaan ini meliputi ciri-ciri produk atau perkhidmatan seperti jenama, reka bentuk produk,
ciri-ciri teknologi, saluran pengedaran atau perkhidmatan pelanggan. Organisasi perlu mengeluarkan
produk yang berbeza dan lain dari yang terdapat dalam pasaran.
Kesetiaan pelanggan terhadap jenama dan sikap tidak prihatin terhadap harga menjadi punca utama
kejayaan strategi perbezaan ini dan boleh menjadi penghalang kepada kemasukan pesaing baru dalam
pasaran.
Untuk terus kekal dengan strategi perbezaan adalah penting bagi organisasi untuk sentiasa memahami
gelagat, tren, cita rasa dan kecenderungan membeli pengguna.
3.
Strategi Fokus
Strategi fokus adalah apabila organisasi menumpukan ke atas segmen pasaran tertentu dalam
pemasaran produk dan perkhidmatan. Ia dilaksanakan berdasarkan kepada kecekapan kos atau
perbezaan dari segi produk dan perkhidmatan. Kekuatan strategi fokus ini bergantung kepada sejauh
mana organisasi mampu menyumbang kepada segmen pasaran sasarannya yang menekankan kepada
gelagat pembeli, segmen barisan produk dan lokasi geografi.
KESIMPULAN

Memilih strategi perniagaan yang sesuai adalag sangat penting dalam membangunkan perniagaan.
Organisasi perlu bijak memilih strategi yang sesuai bagi mencapai objektif, visi dan misi syarikat.
Strategi perniagaan terbahagi kepada 3 jenis iaitu Kepimpinan Kos, Perbezaan dan Fokus.
Strategi Kepimpinan Kos berorientasikan penjimatan kos, produk yang mudah dicipta, komponen
yang dihasilkan boleh diguna untuk produk lain dan keuntungan yang dijana amat bergantung kepada
kemampuan mencapai skala ekonomi.
Strategi perbezaan pula adalah organisasi perlu untuk sentiasa memahami gelagat, trend, cita rasa dan
kecenderungan membeli pengguna. Perbezaan ini meliputi ciri-ciri produk atau perkhidmatan seperti
jenama, reka bentuk produk, ciri-ciri teknologi, saluran pengedaran atau perkhidmatan pelanggan.
Organisasi perlu mengeluarkan produk yang berbeza dan lain dari yang terdapat dalam pasaran.
Bagi strategi fokus, mengetahui dan memahami kehendak pengguna merupakan syarat penting dalam
pemasaran kerana trend pengguna sentiasa berubah mengikut peredaran masa. faktor sekeliling juga
turut memainkan peranan pada perubahan tren pengguna. Membuat kajian tentang keperluan dan
kemahuan pengguna akan memberi peluang untuk memperbaiki mutu produk yang sedia ada
disamping mengeluarkan produk yang baru.

You might also like