You are on page 1of 5

SEMESTER 1 2014/2015

WUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN


Rancangan Perniagaan :
Buddyz Cyber Enterprise
Disediakan Oleh :
KUMPULAN 76
Bil
1
2
3
4
5

Nama
Noranizah Binti Riba
Lim Shi Nie
Wong Qin Ai
Nur Fatihah Binti Salim
Ema Patimah Binti Naharuddin
Disediakan Untuk :
En. Mohd Shafie Ariffin
Pensyarah WUS 101
Tarikh Penghantaran :
11 November 2014

27 Oktober 2014

Ema Patimah Binti Naharuddin,


Desasiswa Restu,

1 | Page

No. Matrik
126518
125896
125992
124881
126492

Universiti Sains Malaysia,


11800 USM,
Pulau Pinang.

En. Mohd Shafie Ariffin,


Pensyarah WUS 101,
Pusat Rancangan Kokurikulum,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,Pulau Pinang.

Tuan.

Penghantaran WUS 101 Tugasan Profil Keusahawanan

Saya menghantar projek seperti yang tertera di atas untuk semakan pihak tuan. Sekiranya terdapat
apa-apa kemusykilan, sila hubungi saya di talian 0198812023.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(Ema Patimah Binti Naharuddin )

EN. JOSEPH CHIN HUN KHIONG


Encik Joseph Chin Hun Khiong merupakan seorang jurugambar profesional dan
tenaga pengajar fotografi. Beliau berumur 50 tahun dan beliau menceburi bidang fotografi
sejak beliau muda lagi. Anak jati Sabah ini berketurunan campuran Cina-Dusun. Beliau telah
2 | Page

membuka kedai fotografi beliau pada tahun 2011 di Putatan,


Sabah.
Encik Joseph Chin merupakan graduan program Diploma
Pengurusan Pembinaan di Nanyang Technological University di
Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan pemegang Ijazah
Sarjana Muda Pembangunan di Newcastle, Australia. Kini, Encik
Joseph telah memiliki sebuah kedai dan studio fotografi di Grand
Plaza Putatan, Sabah iaitu Pusat Kreatif Fotovideo. Pembukaan
perniagaan ini merupakan hasil usaha beliau dan rakan
kongsinya. Beliau telah mempelbagaikan perkhidmatan fotografi.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Kreatif
Fotografi ialah bengkel fotografi, fotografi untuk perkahwinan,
konvokesyen, hari raya, dan pembuatan bingkai gambar bersaiz
besar.
Berdasarkan temubual saya, Encik Joseph menceburi bidang perniagaan kerana
minat dan hobi beliau terhadap bidang fotografi. Pada mulanya, beliau menjadikan fotografi
sebagai kerja separuh masa untuk melakukan hobi beliau. Beliau membuka perniagaan ini
menggunakan modal sendiri. Hal ini kerana beliau mengalami kesukaran untuk
mendapatkan bantuan daripada agensi kewangan. Cabaran lain ialah beliau tidak
mempunyai kemahiran dan pengalaman. Sebelum ini, beliau pernah menglibatkan diri dalam
perniagaan selama 6 bulan namun gagal dan beliau telah megalami kerugiaan yang besar
kerana kurang kemahiran. Namun dengan sokongan dan motivasi diri dan rakan-rakan,
beliau telah menceburi bidang ini untuk kali yang kedua dan perniagaan beliau sehingga kini
mendapat sambutan daripada pelanggan. Beliau berkata pengalaman banyak membantu
beliau dalam perniagaan.
Beliau seorang yang kreatif dan berfikiran jauh ke hadapan. Antara cabaran semasa
yang beliau hadapi kini ialah memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai. Keadaan ini
menyebabkan beliau bertambah kreatif dan berinovasi yang tinggi dalam bidang fotografi.
Contohnya, beliau sentiasa mengubah cara atau style fotografi beliau mengikut trend terkini
seperti outdoor wedding. Hal ini bagi mengikuti kehendak semasa pelanggan. Selain itu,
beliau juga memastikan style fotografi beliau tidak ketinggalan zaman. Cabaran seterusnya
ialah pendapatan perniagaan yang tidak stabil. Hal ini kerana permintaan dari pelanggan
mengikut musim seperti musim perkahwinan. Misalnya, pada musim perkahwinan,
permintaan pasaran akan meningkat dan menjadikan beliau sibuk untuk memenuhi
permintaan pelanggan.
Semasa temu bual dijalankan beliau memberitahu bahawa kemahiran untuk
menguruskan pemasaran ( marketing ) sangat penting. Hal ini dapat menjamin kemajuan
perniagaan. Beliau menggunakan pelbagai inisiatif untuk mengiklankan dan mempromosikan
perkhidmatan fotografi yang syarikat beliau tawarkan. Misalnya, Encik Joseph menggunakan
teknologi moden dan kemudahan komputer bagi mempromosikan perniagaan beliau seperti
di blog, banner dan risalah kecil. Selain itu, Encik Joseph juga berkata kemahiran tentang
perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah dikuasai sepenuhnya oleh usahawan. Contohnya,
beliau menggunakan kemahiran teknikal dalam fotografi untuk mengambil foto-foto yang
berkualiti. Di samping itu, Encik Joseph juga memberitahu bahawa usahawan hendaklah
melayan semua karenah dan kehendak pelanggan. Menghormati pelanggan juga sangat
penting agar pelanggan berpuas hati dengan layan usahawan. Selain itu, usahawan baru
juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berwawasan agar perniagaan berkembang ke
arah yang lebih baik.

Lampiran

3 | Page

Gambar 1 menunjukkan kad perniagaan Encik Joseph Chin Hun Khiong

Gambar 2 menunjukkan Encik Joseph Chin pemilik kedai Pusat Kreatif Fotovideo

Gambar 3 menunjukkan brosur tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Kreatif Fotovideo

4 | Page

5 | Page

You might also like