You are on page 1of 6

SEMESTER II - 2014/2015

WUS 101- TERAS KEUSAHAWANAN


PROFIL USAHAWAN
ENCIK CHONG
( PENJUAL PERANTI KERAS dan BARANGAN ELEKTRIKAL
SDN.BHD )
Disediakan oleh:
MUHD AQRAM ZAKI BIN MANZUR 125152
Kumpulan 516
Disediakan untuk:
En Mohd Shafie Ariffin
Pensyarah WUS 101, USM
Tarikh Penghantaran:
14 April 2015

Surat Penghantaran
1

14 April 2015

Muhd Aqram Zaki bin Manzur (125152)


Desasiswa Jaya 6315,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM
Pulau Pinang.

Encik Mohd Shafie Ariffin


Pensyarah WUS 101,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM Pulau Pinang.

Perkara: Penyerahan Tugasan Profail Usahawan


Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhd Aqram Zaki bin Manzur
(Nombor matrik : 125152) dari Kumpulan 516 ingin menghantar projek
seperti yang tertera di atas untuk semakan. Sekiranya terdapat apa-apa
kemusykilan, tuan bolehlah menghubungi saya di talian, 013-484 5100.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Muhd Aqram Zaki bin Manzur

PROFIL USAHAWAN
2

Encik Chong merupakan seorang pemilik kedai yang menjual


barangan peranti keras dan barangan elektrikal (Hardware & Electrical)
yang berpengalaman di Ting Chuan Hardware & Electrical Sdn.Bhd. Kedai
ini merupakan kedai yang dimiliki oleh beliau yang telah beroperasi
selama 10 tahun. Beliau berasal dari Kedah dan juga berasal dari keluarga
yang
mempunyai
10
orang
adik-beradik.
Beliau
kini
telah
berumahtanggga dan mempunyai dua orang anak.
Beliau telah mendapatkan diploma dalam bidang Kejuruteraan
Awam di institut pendidikan F.I.T. Beliau telah menceburi bidang ini selama
lebih kurang 15 tahun. Selepas mendapatkan diploma beliau di institut
F.I.T , beliau telah bekerja di sektor pembinaan. Selepas itu , beliau juga
ada menceburkan diri beliau dalam perniagaan menjual bumbung
sehinggalah beliau memutuskan untuk menceburkan diri dalam
perniagaan ini. Tambahan lagi, menurut beliau , beliau memperoleh
pengalaman yang amat berharga dan bermakna semasa beliau dalam
sektor pembinaan dan perniagaan bumbung tersebut dan ia menjadi aset
yang penting bagi beliau untuk menceburkan diri beliau dalam perniagaan
ini.
Menurut beliau, faktor beliau menceburi diri dalam bidang yang
beliau cebur kini ialah sebab minat beliau terhadap bidang ini sejak awal
lagi. Beliau seorang yang mementingkan disiplin dan berasa bahawa yakin
bahawa bidang ini mempunyai potensi yang tinggi. Beliau berhasrat untuk
meneruskan perniagaan ini hingga beliau mencapai umur bersara dan
mungkin akan meneruskan lagi perniagaan ini selepas itu.

Cabaran yang dihadapi oleh beliau semasa memulakan perniagaannya


ialah kekurangan modal permulaan. Beliau terpaksa menggunakan wang
simpanan beliau sendiri untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan
ini. Selain itu , perkara yang menyukarkan beliau ialah tidak mempunyai
pengalaman dalam bidang perniagaan. Tambahan lagi , beliau juga
mendapati bahawa agak mencabar bagi memasarkan perniagaan beliau
kepada pihak pengguna atau awam. Namun begitu , pada pendapat
beliau , melalui bidang perniagaan ini , pendapatan beliau ialah lebih
stabil, oleh sebab itu beliau tidak berputus asa untuk menceburkan diri
beliau dalam bidang perniagaan ini .
Antara cabaran yang dihadapi oleh beliau pada waktu semasa ialah
cabaran-cabaran sepanjang operasi perniagaan harian . Contoh yang
dapat diketengahkan ialah, perlu memenuhi permintaan pelanggan ,
menerima aduan daripada pelanggan , serta perlu mengemaskini stok di
kedai beliau iaitu agak sukar bagi beliau. Selain itu, disebabkan
perkembangan dalam bidang media massa, ramai orang dapat
mengetahui teknologi kini. Oleh itu, beliau harus memastikan
perkhidmatan yang disediakan oleh beliau sentiasa memenuhi hasrat
pelangan yang sentiasa berubah supaya dapat searus dengan teknologi
kini.
Pada pendapat beliau kemahiran- kemahiran yang diperlukan untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya ialah kepakaran menguruskan
perniagaan dan kepakaran menilai pasaran. Selain itu, seorang peniaga
harus berani mengambil risiko dan bijak untuk merampas peluang yang
diberikan sebelum terlambat. Kemahiran seterusnya dan terpenting sekali
ialah minat terhadap bidang keusahawanan. Minat akan mendorong
seseorang individu untuk berjaya. Di samping itu , kepada mereka yang
ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini , mereka perlulah
jujur serta perlu komited 100% untuk meneruskan perniagaan. Beliau juga
menekankan bahawa seseorang itu perlulah mendapatkan pengalaman
yang secukupnya bagi menjayakan diri dalam bidang perniagaan.
Pesanan beliau kepada semua usahawan baru yang teringin
menceburi bidang perniagaan ialah jangan mudah putus asa. Setiap
usahawan akan mengalami kegagalan. Namun setiap kegagalan harus
dijadikan sebagai pengajaran untuk mengembangkan perniagaan dengan
lebih pesat.

LAMPIRAN

Gambar kawasan premis dan


Kad perniagaan Ting Chuan
Hardware
&
Electrical
Sdn.Bhd.

RUJUKAN
1. Encik Mohd Shafie Ariffin, Pensyarah WUS
101
2. Encik Chong, Pemilik Ting Chuan Hardware
5

& Electrical Sdn.Bhd.


3. Rakan-rakan sekalian

4. Internet
-Elearning USM
http://elearning.usm.my/school.php?
s=00711

You might also like