You are on page 1of 12

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEPTEMBER / 2021

MPU2222

KEUSAHAWANAN 1

NO. MATRIKULASI : 820727086321001


NO. KAD PENGENALAN : 820727086321
NO. TELEFON : 0196266112
E-MEL : husni.wahab@zakat.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTRE


MPU2222
TUGASAN 1
Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, bidang keusahawanan mendapat
tempat yang paling meningkat jumlahnya. Memulakan perniagaan sendiri mungkin kelihatan
mudah tetapi membuat keuntungan daripada perniagaan tersebut agak mencabar. Peluang
perniagaan ialah suatu keadaan atau situasi dalam perniagaan yang memberi kesempatan
kepada seseorang individu untuk mendapatkan sesuatu manfaat. Peluang perniagaan ini
menjadi perkara yang paling penting sebelum membuka perniagaan. Peluang perniagaan
wujud dan boleh dicari jika usahawan peka dan bertindak dengan segera. Sekiranya lambat
bertindak maka terlepaslah peluang tersebut. Peluang perniagaan bermula apabila wujudnya
permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Oleh itu untuk menentukan serta
mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang bersesuaian, kita perlu memadankan
peluang-peluang tersebut dengan kebolehan dan kemampuan diri serta sumber-sumber yang
ada pada diri kita.
Terdapat banyak peluang perniagaan di sekitar kita, tetapi tidak semuanya berpotensi
untuk memperoleh keuntungan jangka panjang. Berikut adalah beberapa ciri peluang
perniagaan yang berpotensi: Mempunyai nilai jualan, bukan hanya cita-cita, tetapi nyata, ia
boleh bertahan lama dan berterusan, bukan perniagaan bermusim, skala perniagaan dapat
diperbesar, permulaan modal tidak terlalu besar dan perniagaan menguntungkan.
Salah satu cara untuk mengenal pasti sekiranya perniagaan saya mempunyai potensi
untuk dipasarkan ialah dengan mengetahui apa yang dibeli oleh pengguna. Google Trends
merupakan sumber yang bagus untuk menentukan topik dan produk yang diminati ramai.
Penyelidikan trend untuk satu-satu ketegori produk membantu memberikan gambaran yang
jelas tentang sesuatu idea yang boleh diketengahkan dalam perniagaan anda. Lebih banyak
kaji selidik pasaran yang saya lakukan, lebih mudah untuk saya mengenal pasti sasaran
pembeli yang dikehendaki.
Perniagaan yang berjaya dan berskala besar berusaha untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh pengguna pada setiap hari. Lebih kompleks dan sukar masalah yang
dihadapi dalam kehidupan pengguna, lebih penting untuk saya mencari penyelesaian kepada
masalah tersebut. Namun begitu, tidak semua masalah sukar dan tidak semua masalah mudah
untuk diselesaikan. Tidak dapat disangkal lagi bahawa sesetengah idea perniagaan
memerlukan bajet yang lebih tinggi untuk dilaksanakan berbanding idea-idea yang lain.
Blogger bebas yang bekerja dari rumah tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak
sebagaimana seorang pengilang perabot yang membuat rekaan customade. Sangat penting

1
MPU2222
bagi saya untuk memahami kos perniagaan saya sebelum melancarkan apa-apa produk atau
perkhidmatan.
Perbelanjaan saya sewajarnya mempengaruhi harga permulaan dan pelan pertumbuhan secara
terus. Sekiranya saya tidak mempunyai strategi untuk meraih keuntungan, mungkin saya
perlu untuk berfikir dua kali sebelum meneruskan idea tersebut.
Semua industri tidak sama. Kemajuan dalam bidang teknologi telah membuatkan
pelbagai bidang perniagaan seperti agensi pelancongan dan kedai sewa video digantikan.
Tidak kisahlah sebanyak mana saya sukakan idea saya, pastinya akan ada halangan. Lakukan
kaji selidik mengenai pasaran. Tidak banyak ruang untuk pertumbuhan sekiranya saya cuba
untuk memasuki industri yang kian luput. Melihat trend secara menyeluruh membantu saya
untuk menentukan sama ada sesebuah idea dapat menyediakan peluang untuk pencapaian
kewangan yang stabil dan peluang untuk pertumbuhan dan perkembangan perniagaan dapat
bertahan dalam jangka masa panjang atau tidak.
Walaupun faktor-faktor yang telah dinyatakan penting dalam memastikan idea
perniagaan saya berjaya, saya tidak mungkin mampu pergi jauh sekiranya saya tidak benar-
benar menyukai idea saya. Memulakan perniagaan sendiri tidak mempunyai sebarang
jaminan.
Namun, ini tidak bermaksud saya boleh menceburinya tanpa usul periksa. Tidak kiralah di
mana pun saya berada sekarang, saya boleh menjadi usahawan yang berjaya seperti yang
diidam-idamkan dan mencapai status kewangan yang diingini. Asalkan saya berusaha
memperuntukkan masa dan tenaga untuk memastikan saya menemui peluang yang berkualiti,
saya akan lebih bersedia untuk berjaya dalam perniagaan.
Sumber-sumber idea terbaik bagi perniagaan baru ialah pertama, manusia sentiasa
memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendaknya. Manusia perlu makan dan minum,
perlukan keselamatan, perlukan kesenangan dan kemewahan serta keselamatan. Selagi
seseorang itu hidup, keperluan-keperluan ini sentiasa berterusan tanpa berhenti. Keperluan
kepuasan hidup memang luas, boleh dikatakan dari segi makanan,keselamatan, kewangan,
hiburan, pakaian dan lain-lain. Dengan adanya keperluan-keperluan asas semulajadi manusia,
usahawan berusaha memenuhi keperluan mereka dan membuat pelbagai produk seperti radio,
televisyen dan telefon.
Kedua, masalah adalah peluang perniagaan. Pelbagai aktiviti-aktiviti manusia
selalunya berdepan dengan masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain hal
berkenaan dengan kehidupan manusia selalunya berdepan dengan masalah. Walaupun masa

2
MPU2222
kini zaman sains dan teknologi moden, manusia masih mempunyai masalah, tidak ada
perkara yang tidak mempunyai masalah. Jadi dengan masalah-masalah ini, saya boleh
menukarkannya menjadi peluang perniagaan. Penyelesaian kepada masalah merupakan
peluang perniagaan, gunakan idea untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan
fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan
daripada perniagaan yang ada masa kini berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi
oleh manusia dulu kala.
Ketiga, kehendak dan keperluan pasaran berubah-ubah setiap masa. Nilai dan kuantiti
import dan eksport sesuatu produk atau servis yang meningkat setiap masa menggambarkan
ada potensi pasaran tempatan dan antarabangsa. Begitu juga dengan dasar-dasar industri
penggantian import dan galakan eksport boleh dilihat sebagai peluang perniagaan yang
menguntungkan. Sebagai contoh, buah manggis mendapat tempat dengan harga mahal di
Jepun. Permintaan pengguna ke atas barangan terus dari ladang, mewujudkan pasar tani dan
pasar-pasar malam di beberapa tempat di Malaysia. Saya mestilah cekap meneliti permintaan
pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan.
Keempat, perhubungan dan pergaulan harian kita dapat memberi peluang perniagaan
kepada kita. Dengan cara mengumpulkan maklumat-maklumat yang diberi, mungkin ia dapat
diubah kepada satu perniagaan, dan kadangkala tawaran terus kepada kita sebagai peluang
perniagaan. Misalnya, jika kita bergaul dengan pengurus bank, sedikit sebanyak maklumat-
maklumat yang kita bincangkan bersama dapat dijadikan perniagaan. Lihat apa yang
diusahakan oleh rakan-rakan kita. Dengar apa yang dicakapkan oleh orang-orang di sekeliling
kita, proseskan, maklumat ini boleh digunakan sebagai sumber perniagaan.
Kelima, kemahiran kita boleh menjadi punca perniagaan, di mana kemahiran ini boleh
dijual sebagai servis atau kemahiran ini boleh mencipta jadikan produk baru untuk dijual.
Contohnya, ahli seni reka yang membuat produk seni yang dijual dipasaran dan pelukis-
pelukis yang menjual lukisannya. Seseorang yang pakar dalam bidang masakan sesuai
untuknya berniaga sebagai pengusaha katering. Jika kita mempunyai pengetahuan dan
pengalaman yang khusus, kita boleh menjual pengetahuan kita secara berceramah, seminar
dan lain-lain kursus. Banyak lagi kemahiran yang boleh digunakan sebagai peluang
perniagaan.
Keenam, corak perkembangan ekonomi negara berubah setiap masa menyebabkan
wujudnya projek-projek pembangunan. Kita perlu mengenal pasti di mana projek-projek ini
dan bagaimana kita boleh mencebur diri dalam pembangunan tersebut. Misalnya apabila ada

3
MPU2222
rancangan pembangunan sesebuah kawasan, tuan punya tanah menaikkan harga tanahnya,
dan peniaga-peniaga lain berebut-berebut membeli tanah di Putrajaya. Sehubungan dengan
rancangan ini, banyak projek-projek perniagaan tumbuh sebagai mengambil langkah merebut
peluang perniagaan. Pendekata jika ada pembangunan dan projek baru, akan ada juga peluang
pembangunan yang baru. Peningkatan pendapatan juga dapat meninggikan kuasa membeli
dan kemampuan pengguna. Ini membuka peluang dalam pelbagai bidang perniagaan yang
sesuai dengan taraf pendapatan masyarakat setempat. Contohnya, kesan daripada peningkatan
pendapatan, permintaan ke atas kereta akan meningkat. Ini akan membuka banyak peluang
perniagaan yang berkaitan seperti perniagaan alat-ganti, aksesori, tayar dan bateri.
Ketujuh, analisa produk sedia ada. Produk dan servis-servis yang ada masa kini
merupakan daya cipta, dan olahan usahawan dahulu supaya bersesuaian dengan situasi masa
kini. Oleh kerana aktiviti kehidupan manusia sentiasa berubah, produk yang ada masa kini
juga perlu diubah dan dianalisis. Pengolahan produk sedia ada dengan rekaan baru
menjadikan produk tampak baru dan akan mendapat perhatian pengguna dan akan memberi
peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengolah atau menciptanya. Kelapan, pada zaman
ICT ini kebanyakkan perniagaan adalah berkaitan dengan idea. Gunakan idea untuk berfikir
setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba olahkan apa yang dilihat, supaya ia
dijadikan produk perniagaan. Berfikir selalu. Gunakan idea sebagai ilham yang boleh
menimbulkan keuntungan. Pendekata kebolehan imaginasi untuk menimbulkan perkara atau
produk baru di pasaran. Jika kebolehan berfikir kurang, berkumpullah beramai-ramai dan
adakan brainstorming. Perbincangan begini selalu berhasil mengeluarkan idea baru. Pada
zaman ICT ini maklumat yang bersifat memberi pengetahuan khusus sangat popular dan
sentiasa diperlukan oleh orang ramai untuk meningkat diri masing-masing agar mereka dapat
bersaing di dalam dunia yang semakin kompetitif.
Akhir sekali, segala idea-idea baru yang diketahui oleh orang ramai melalui bacaan.
Segala teknologi baru yang akan di keluarkan biasanya disiarkan di suratkhabar atau majalah.
Jadi sebagai bakal usahawan, seseorang itu mestilah cepat dalam mendapat maklumat-
maklumat terkini dan bertindak segera sebelum diketahui oleh orang lain. Peluang-peluang
perniagaan banyak terdapat di suratkhabar tetapi orang ramai tidak dapat mengenal pastinya
sama ada ia adalah peluang perniagaan atau tidak. Misalnya, suratkhabar dan majalah selalu
mengeluarkan iklan mencari pengedar, mencari rakan kongsi, menjual perniagaan dan
sebagainya. Bacaan-bacaan harian dapat membawa kita kepada peredaran pasaran,
pembangunan negara dan mengetahui teknologi-teknologi yang baru di pasaran.

4
MPU2222
Teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam mencipta dan
memudahkan perniagaan. Zaman ini, persaingan adalah amat tinggi. Terlalu banyak saluran
promosi- tv berbagai saluran, radio berbagai saluran, inetrnet terlalu banyak laman web,
makin banyak majalah & akhbar. Oleh yang demikian, idea baru ini terhasil melalui
pengalaman yang dilalui sepanjang covid-19. Rangkaian restoran merupakan keperluan asas
dan menjadi pilihan kebanyakan orang. Pematuhan SOP yang ketat dan pengurangan pekerja
menyebabkan sektor ini mengalami kesukaran. Dengan itu, terhasil sebuah idea baru
mencipta aplikasi memesan makanan melalui sistem. Aplikasi tersebut dinamakan JomDer
(Jom Order). Antara kelebihan aplikasi ialah boleh memesan makanan/minuman sebelum tiba
dilokasi. Ia juga mempunyai paparan menu yang jelas dan boleh diubah mengikut harga
semasa. Tidak memerlukan staf yang ramai. Di dalam aplikasi tersebut juga terdapat
kemudahan peta arah lokasi dan senarai tempat tumpuan sesuatu kawasan. Boleh juga
membuat bayaran melalui aplikasi tersebut. Jadi dengan adanya aplikasi ini, masa dapat
dijimatkan. Boleh dikatakan aplikasi ini dapat berintegrasi dengan semua kedai. Semua kedai
atau restoran harus memiliki aplikasi ini untuk kemudahan semua.

5
MPU2222

TUGASAN 2
Perniagaan bergantung kepada manusia dan aktivitinya. Selagi ada aktiviti-aktiviti ini,
selagi itulah ada peluang-peluang perniagaan. Bukannya mudah untuk mengenal pasti
peluang perniagaan, semua jenis perniagaan yang hendak kita lakukan, kebanyakannya telah
dijalankan oleh orang lain. Proses mengenal pasti, mengkaji dan memilih peluang perniagaan
adalah langkah awal yang harus diambil oleh setiap usahawan atau bakal usahawan dalam
menentukan perniagaan atau projek yang bakal diceburi.
Berhubung dengan idea saya tentang usaha perniagaan baru yang berpotensi dalam
Tugasan 1, saya akan memulakan perniagaan permulaan. Seseorang boleh memulakan
perniagaan sendiri jika ia mempunyai keyakinan dan kebolehan tentu ia akan berjaya. Untuk
memulakan perniagaan sendiri, ia hanya perlu memastikan kewujudan perkara-perkara
berikut:
Pengalaman dan pengetahuan, minat yang berterusan, modal yang mencukupi, punca
bekalannya, peraturan dan undang-undang tempatan, jenis perniagaan yang ingin dijalankan
dan lokasi perniagaan. Ramai usahawan yang berjaya pada hari ini telah memulakan kegiatan
perniagaan dengan sendiri.
Setiap perniagaan bermula dari wujudnya keperluan dan kehendak pelanggan terhadap
sesuatu barangan. Keperluan merupakan sesuatu yang asas yang mesti diperolehi, dimiliki
dan digunakan dalam kehidupan seseorang. Ini termasuklah makanan, pakaian, perlindungan,
pendidikan dan keselamatan. Namun demikian, manusia juga mempunyai kehendak yang
merupakan keinginan atau kemahuan peribadi untuk sesuatu yang lebuh sempurna darpiada
yang asas. Kehendak seseorang itu lebih dipengaruhi oleh budaya, tahap pendidikan, tahap
kemampuan dan keperibadiannya. Keperluan dan kehendak manusia adalah terhad dan
pelbagai. Ini membuka banyak peluang perniagaan untuk penawaran produk dan
perkhidmatan. Produk adalah sesuatu yang mempunyai rupabentuk fizikal bagi memenuhi
samada secara langsung atau tidak langsung keperluan dan kehendak pelanggan.
Perkhidmatan pula adalah sesuatu yang tidak mempunyai rupabentuk fizikal tetapi mampu
memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Maka, saya mesti sentiasa peka tentang
perubahan-perubahan yang berlaku dalam keperluan dan kehendak untuk mengenalpasti
peluang-peluang perniagaan yang wujud.

6
MPU2222
Langkah-langkah dan proses yang terlibat, saya mesti mempunyai modal yang cukup
untuk memulakan dan menjalankan perniagaan. Jumlah modal yang diperlukan bergantung
kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan
kepada para pelanggan. Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman
daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman
bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan
membayar balik pinjaman. Untuk permulaan, saya akan memilih mengeluarkan duit
simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan. Ini kerana ia lebih mudah berbanding
mendapatkan pinjaman.
Saya mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan
perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang
tinggi dan kurang persaingan. Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain
seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
Minat, pengetahuan dan pengalaman, saya mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat
itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaan
susah untuk dijalankan. Saya juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam
bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika saya hendak membuka kedai
pakaian, saya mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu. Saya juga harus
memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus
wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.
Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang
perniagaan yang berkenaan. Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab
atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya,
berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.
Saya mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis
perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalaman. Saiz
perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan
pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil
mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang
besar dan tidak begitu mudah dikendalikan. Persaingan, saya juga mesti memikirkan tentang
persaingan yang akan dihadapi. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing,
bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para
pelanggan terhadap perniagaan mereka. Membuka perniagaan di tempat yang banyak

7
MPU2222
mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya.
Tetapi jika saya dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang
berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik
untuk ke kedai.
Saya mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang
mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang,
peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan. Saya mestilah mengikut
peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, semua perniagaan
mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yang hanya perlu
mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan. Saya juga mesti mematuhi
berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan
Bekalan dan lain-lain. Saya perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan
barang-barang dengan seberapa murah dan mudah. Saya harus tahu pembekal mana yang
dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik. Bagaimanapun saya perlu
mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk mengatasi para pesaing.
Rancangan Perniagaan ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan
dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan
pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting
yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting
dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan. Antara
kegunaan rancangan perniagaan: membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap
perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan.
Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan. Membuat kajian
pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau
sebaliknya. Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman
perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap.
Faktor-faktor penting yang harus dipertimbangkan dalam menentukan kejayaan usaha
perniagaan baru saya, semuanya bermula dengan idea, pemikiran menarik mengenai
penyelesaian berguna untuk orang, produk atau perkhidmatan yang akan diminati di pasaran.
Adalah mustahil untuk mencipta perkara seperti ini. Kita perlu segera mendapat sekurang-
kurangnya keuntungan minimum. Untuk menjual barang atau perkhidmatan, kita mesti
mendapat permintaan maksimum.

8
MPU2222
Perniagaan saya akan berjaya dengan mencipta jenama. Bila kita membina jenama
perniagaan kita, perniagaan kita akan mendapat tempat. Lihat di sekeliling kita. Ada tak
perniagaan yang berjaya yang tidak mempunyai jenama. Membina jenama memerlukan
strategi dan proses yang lama. Satu kunci jenama adalah kita perlu memberi sepenuh hati di
tahap awal pelancaran jenama. Ianya menjadi mudah untuk maintain sesuatu jenama itu di
masa akan datang.
Cara mudah dalam membina jenama perniagaan kita ialah namakan perniagaan kita
dengan nama yang unik. Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai
personaliti. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan.
Manusia membina perhubungan dengan manusia dan bukan sekadar nama perniagaan yang
tidak ada kena mengena. Kita perlu menjadi seperti personaliti perniagaan kita. Maksudnya,
sekiraya kita menjual barangan untuk bersenam, pastikan diri kita juga selalu bersenam dan
mempunyai gaya hidup yang sihat. Ini penting kerana kita sendiri menjadi iklan kepada
perniagaan sendiri.
Membina jenama adalah amat penting di zaman ini yang terlalu banyak persaingan
perniagaan. Sehari kita terdedah kepada banyak iklan-iklan perniagaan, tanpa membina
jenama, pastinya perniagaan kita akan tenggelam. Membina jenama adalah amat penting
dalam perniagaan, dan sebagai permulaan, berikut adalah asas-asas membina jenama.
Pastikan nama perniagaan kita mudah disebut, mudah di eja dan mudah diingat. Seringkali,
nama yang kompleks atau susah mudah dilupakan oleh orang ramai. Fikirkan nama-nama
jenama hebat di dunia, dan kita akan dapat lihat betapa mudahnya nama digunakan untuk
memudahkan nama perniagaan kita masuk ke fikiran pengguna. Logo dan warna perniagaan,
manusia bersifat visual. Oleh itu, visual juga memainkan peranan penting untuk sesebuah
perniagaan seperti logo dan warna. Bila kita fikirkan sesuatu jenama, apa yang kita ingat
adalah imej perniagaan tersebut seperti tulisan senget Air Asia di atas warna merah dan juga
lambang arca M warna emas untuk McDonalds. Slogan, dengan terlalu banyak perniagaan,
ianya semakin sukar untuk prospek kita ingat pada fungsi dan keistemewaan perniagaan kita.
Oleh itu, kita perlu mempunyai slogan pendek yang padat untuk memberi makna kepada
jenama kita. Namun begitu, menjenama perniagaan kita bukan setakat visual sahaja. Ada
banyak lagi perlu difahami mengenai jenama terutamanya bagaimana kesan emosi sesuatu
perniagaan itu boleh menarik lebih ramai pelanggan melalui pembinaan jenama secara
psikologi.

9
MPU2222
Dalam menamakan perniagaan kita, pastikan nama perniagaan kita mempunyai kaitan
dengan fungsi perniagaan. Satu kesilapan dalam menamakan perniagaan adalah memberi
nama yang tiada kaitan dengan perniagaan yang di jalankan. Nama perniagaan kita juga
bertindak sebagai strategi promosi perniagaan kita. Nama yang efektif adalah apabila nama
perniagaan kita disebut, fungsi atau industri perniagaan anda turut diketahui.
Perniagaan yang membawa keuntungan mempunyai kunci utama yang
membezakannya daripada syarikat-syarikat yang lain dalam industri yang sama. Ini tidak
bermakna saya perlu mencipta semula sepenuhnya perkhidmatan atau produk saya.
Sebaliknya, saya hanya perlu memikirkan cara untuk membuat lebih baik dalam persaingan
tersebut.

(2947 Patah Perkataan)

10
MPU2222

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Norashidah Hashim. Assoc Prof Abd Aziz Yusof. Ooi Yeng Keat. Armanurah Mohamad.
Abd Razak Amir. Dr Oh Teik Hai. Abd Kadir Othman. Loo Sze Wei. Prof Dr Mohd Ghazali
Mohaidin. Dr Chiam Choi Chea. Yanty Roslinda Haron. (2020). MPU 2222
ENTREPRENUERSHIP 1. Open University Malaysia.

Kaedah Mengenal Pasti Peluang-Peluang Perniagaan. (2013). Diakses 12 November 2021


dari https://ms.wikibooks.org/wiki/Kaedah_mengenal_pasti_peluang-peluang_perniagaan

Analisis Peluang Perniagaa. (2013). Diakses 12 November 2021 dari


https://www.slideshare.net/studentlife/analisis-peluang-perniagaan.

Mengenal Pasti Peluang Perniagaa. (2011). Diakses 12 November 2021 dari


http://portalrezeki.blogspot.com/2011/12/mengenalpasti-peluang-perniagaan.html.

11

You might also like