You are on page 1of 18

Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com


Sumber dikumpul dari pelbagai sumber : Team KKSO
Ebook Tips Berniaga Secara
Kecil-Kecilan

Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
9 FORMULA UNTUK MEMULAKAN SESUATU PERNIAGAAN OLEH DR.AZIZAN
OSMAN- USAHAWAN, MENTOR KEKAYAAN & KEJAYAAN, PAKAR STRATEGI
PENGIKLANAN & PEMASARAN & MASTER TRAINER (ASIA)

Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda
meningkatkan peluang kejayaan perniagaan baru anda?

Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas

Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau
perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan?

Ketiga: "Bootstrap"- Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan
modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga anda yakin untuk membesarkannya.
Kesabaran adalah penting serta sentiasa bersedia untuk menimba ilmu.

Keempat: Test, Trial & Adjust- Mencuba dan mengubahsuai produk atau perkhidmatan anda
mengikut keperluan pelanggan dan pasaran

Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda
bukan dengan pinjaman

Keenam: Pilih "tentera" ataupun pekerja anda dengan teliti dan betul

Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif

Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan- Jangan berhenti bekerja secara tergesa-
gesa

Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah" ke dewan-dewan
seminar untuk belajar tentang strategi pemasaran yang terkini.
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
TIPS MEMAJUKAN PERNIAGAAN
Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus
maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa
yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan.
Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di
dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada
melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang
kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini
bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan
tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai
beberapa cara untuk dicapai.
Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan
pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan
adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan
perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat
pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan
kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan
lama.

1.0 Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan
kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik.
Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi
dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi
buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan
makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi
belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan
perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka
dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.
2.0 Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai
Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar
seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada
benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan
jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa
mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah
bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan
yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi,
perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam
perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah
pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam
bidang yang sama.

3.0 Bermula secara kecil-kecilan
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja
sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh
dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan
perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada
ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu
melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia
perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada
awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki
motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank
untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya.
Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim
perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam
negerinya.

4.0 Mengupah pekerja yang boleh dipercayai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin
meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka
cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu
mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama
ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh
mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga
mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak,
perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan
kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak
bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.

5.0 Mempunyai strategi yang berkesan
Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai
strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga
memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan
jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia
yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak
penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang
disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit
berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit
berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk
mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat
sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit.
Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha.
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang
penyakit merebak.

6.0 Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang
ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan.
Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi
kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru
untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah
perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia.
McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan
burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh
memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan
dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan
salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan
memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga
dengan McDonalds di Malaysia.

7.0 Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar
Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah
bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu
diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu
Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah,
dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik
lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah
ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi
semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari,
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun
sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.
Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu
menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam
perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba.
Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar
semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam,
kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah,
setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti.
Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
BELAJAR BERNIAGA

1. Dapatkan ilmu
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita
ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang
berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat
kek. Anda perlu mengikuti pelbagai kursus dan berminat untuk belajar. Pendekata, proses
pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat sesuatu. Mungkin ada idea-
idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari
akan mendatangkan lebih wang kepada kita.

2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang,
selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia. Cuba buat
produk yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa,
cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan produk yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula
menjual, pastikan mutu produk itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya.
Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut
adalah sangat berkesan.

3. Promosi
Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah
bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara. Mulakan
membuat promosi-promosi seperti memberi brosur, produk percuma ( kecil ), risalah, banner dan
lain-lain untuk membuatkan orang ramai tahu akan kewujudan produk anda.

4. Menjaga Pelanggan
Jaga hati pelanggan dengan melayan setiap karenah pelanggan yang berbagai-bagai. Tunjukkan
muka yang manis dan memenuhi setiap kehendak pelanggan. berikan kelonggaran kepada
perniagaan anda dan orang lain kerana ini boleh memberi sedikit peluang untuk anda maju ke
hadapan. Jangan marah kepada pelanggan anda walaupun silap tetapi gunalah teguran yang baik.
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
5. Sikap yang Positif
Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja
keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita
untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad
kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu
tidak akan pudar.

6. Peralatan dan bahan yang cukup
Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk
yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.
Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam
perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label
perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan
Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda
dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan
anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk
membesarkan perniagaan anda.
Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar
menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk
atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan
usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan
ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang
anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.






Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
KREATIVITI DALAM PERNIAGAAN

Kreatif dan kritis!! Dua elemen penting yang juga merupakan antara tuntutan utama dalam misi
anda untuk memajukan perniagaan. Dalam erti kata lain, anda perlu berfikir dan berusaha dengan
lebih keras bagi menjadikan perniagaan anda sesuatu yang lain daripada yang lain demi menarik
minat lebih ramai pelanggan. Perniagaan yang mempunyai kreativiti tersendiri kebiasaannya
akan lebih cepat dikenali oleh para pengguna tambahan pula sekiranya produk atau servis yang
disediakan menepati kehendak pengguna. Akan tetapi, faktor kreativiti tersebut mestilah seiring
dengan strategi perniagaan anda agar faktor itu benar-benar dapat memberikan impak kepada
perniagaan yang diusahakan. Contoh yang mudah, pada hari ini kita boleh melihat betapa ramai
para peniaga di pasar-pasar malam yang menjual air tebu. Mungkin di satu kawasan pasar malam
yang sama terdapat dua atau tiga gerai yang menjual air tebu. Maka, persaingan menjadi lebih
sengit. Oleh itu, penjual-penjual air tebu tersebut sewajarnya berfikir dengan lebih mendalam
tentang cara yang boleh digunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke gerai masing-
masing. Bagaimanakah caranya? Terpulang kepada masing-masing untuk memikirkannya.
Banyak aspek-aspek kreativiti yang boleh digunakan dalam perniagaan tanpa mengambil kira
jenis perniagaan anda juga sama ada perniagaan anda kecil ataupun besar. Jika kena dengan
caranya, kreativiti tersebut mampu menaikkan jenama perusahaan anda!!

1.0 Melihat Kelemahan dan Kekurangan Sebagai Satu Peluang Keemasan!!

Setiap perniagaan kebiasaannya mempunyai kelemahan atau kekurangan yang tersendiri.
Kekurangan tersebut tidak seharusnya dipandang sebagai satu kelemahan oleh para peniaga.
Jadi, bagaimana caranya untuk melihat kelompangan yang ada dalam sesebuah perniagaan
sebagai suatu kelebihan? Mudah sahaja bak kata seorang tokoh perniagaan internet yang
terkemuka iaitu Irfan Khairi menyatakan bahawa usahawan atau mana-mana para peniaga
mestilah sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran. Tujuannya adalah untuk memastikan adanya
percambahan idea dalam kalangan para peniaga mahupun usahawan-usahawan bagi
menguruskan sesebuah perniagaan sekaligus dapat menjadikan perniagaan tersebut lebih
menarik. Untuk itu, bagi para peniaga yang benar-benar berfikiran kreatif dan kritis, mereka akan
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
cenderung untuk melihat segala kekurangan atau kelemahan dalam perniagaan sebagai satu
peluang keemasan untuk mereka meningkatkan mutu serta kualiti perniagaan.

Contoh yang sangat mudah, pernahkah anda mendengar tentang Kentucky Fried Chicken atau
lebih popular sebagai KFC? Agak pelik sekiranya anda mengatakan tidak!! KFC adalah antara
restoran makanan segera yang mempunyai elemen-elemen kreativiti dalam kelas tersendiri.
Menyedari bahawa hidangan utama mereka adalah ayam goreng, pihak KFC mengambil inisiatif
dengan memperkenalkan pelbagai menu dari semasa ke semasa dan setiap menu tersebut
mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap pembeli. Ini kerana, pihak KFC sendiri mungkin
dapat merasakan bahawa masyarakat akan berasa bosan dengan menu yang sama tanpa sebarang
perubahan. Bagi mengelakkan kelemahan tersebut berlaku, strategi berkesan telah diatur dengan
baik oleh pihak KFC. KFC Tom Yum, Famous Bowl, KFC Egg Tart, Toasted Pocketful,
Krushers, dan banyak lagi menu-menu baru yang telah diperkenalkan oleh KFC. Konsep
perniagaannya tidak pernah berubah iaitu menyediakan makanan segera kepada masyarakat
awam. Akan tetapi, faktor kreativiti pihak pengurusan KFC Malaysia sememangnya wajar
dijadikan contoh oleh para peniaga dan usahawan yang lain dengan mereka sentiasa berfikiran
kehadapan untuk menyediakan pelbagai resepi-resepi terkini bagi masyarakat berbilang kaum di
negara kita.

Selain itu, sebagai seorang usahawan atau peniaga, keberanian untuk mengambil risiko sangat
penting. Tetapi janganlah kita membuta tuli mengambil sesuatu risiko tanpa mengkaji faktor dan
kesannya terlebih dahulu. Dalam isu melihat kekurangan sebagai satu peluang keemasan,
keberanian memainkan peranan yang sangat besar. Kadang-kadang anda mungkin sudah berjaya
menemui kekurangan yang ada dan sudah memikirkan cara untuk mengatasinya, tetapi dengan
kemampuan yang ada adakah anda begitu berani untuk melaksanakannya? Pastikan langkah
penyelesaian yang ingin anda ambil telah anda kaji dengan sedalam-dalamnya. Hidup dalam
dunia perniagaan ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ada kesan dan risiko yang
menanti. Seandainya anda benar-benar yakin dan berusaha dengan segigih-gigihnya,
InsyaALLAH anda akan berjaya.


Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
2.0 Pelik Tetapi Menarik

Tidakkah anda teringin untuk mempunyai suatu perusahaan yang pelik tetapi menarik? Biar pelik
asal menarik jangan pelik dan memang pelik!! Objektifnya tetap sama, untuk menarik seramai
mungkin pelanggan atau pengguna terhadap servis yang anda sediakan. Tidak kiralah perniagaan
apa sekalipun, semuanya boleh menjadi lebih menarik sekiranya anda ada cara untuk
melakukannya. Untuk mendapatkan sesuatu idea yang pelik tetapi menarik, anda sebagai seorang
usahawan perlu mencabar pemikiran anda bagi mengumpulkan idea-idea yang terbaik dan sesuai
dengan perniagaan yang anda usahakan. Tidak dinafikan, kadang-kadang apabila kita mencuba
sesuatu yang baru boleh jadi kita mendapat kritikan dan boleh jadi juga kita mendapat sokongan.
Oleh itu, jika anda benar-benar yakin dengan apa yang anda ingin lakukan, ketepikan segala
kritikan dan anggaplah kritikan-kritikan tersebut sebagai satu inspirasi untuk anda terus
memajukan perniagaan anda.

Kebiasaannya, pada bulan Ramadhan, begitu ramai para peniaga yang mengambil peluang untuk
berniaga di bazar-bazar Ramadhan. Pelbagai aneka juadah dijual dan para peniaga berlumba-
lumba sesama sendiri untuk menghabiskan jualan produk makanan dan minuman masing-
masing. Persaingan juga menjadi semakin sengit. Disinilah faktor pelik tetapi menarik boleh
diguna pakai untuk memikat para pelanggan. Contohnya, gerai yang menjual minuman. Terdapat
gerai yang menjual sehingga dua puluh lebih jenis minuman. Air tembikai laici, bandung cincau,
epal susu, barli susu, koktail, katira, cendol dan bermacam-macam lagi jenis minuman yang
dijual. Sudah tentu, gerai minuman tersebut akan menjadi tumpuan para pembeli kerana
keunikannya selain terdapat banyak pilihan minuman. Inilah yang dikatakan pelik tetapi
menarik!!

Dalam membincangkan isu pelik tetapi menarik, satu kekuatan yang perlu anda pupuk dalam diri
anda adalah tahan kepada segala kritikan. Mungkin idea yang ingin anda laksanakan akan
dianggap idea gila oleh sesetengah pihak, tetapi belum cuba belum tahu. Lakukan dan buktikan
kepada semua bahawa idea anda itu boleh membuahkan hasil yang mengagumkan. Jangan
sesekali jatuh kerana kritikan dan jangan sesekali megah kerana pujian. Dunia perniagaan tidak
pernah menjanjikan sebarang kejayaan atau kegagalan berpanjangan, bergantung kepada sejauh
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
mana usaha dan pengorbanan yang anda lakukan. Teruskan usaha anda dan beringatlah bahawa
kesemua rezeki itu hanya datang daripada ALLAH SWT.

3.0 Sentiasa Berfikir Ke Hadapan

Dalam mana-mana ceramah motivasi atau seminar keusahawanan, sentiasa berfikiran ke hadapan
merupakan antara aspek yang sering ditekankan oleh para penceramah. Bukan tidak boleh
memandang ke belakang, tetapi jadikanlah segala pengalaman lampau sebagai satu pengajaran
dan semangat untuk kita terus maju. Berbagai-bagai risiko yang ada dalam perniagaan. Untung
dan rugi juga sudah menjadi mainan bagi para peniaga. Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap para
usahawan ataupun para peniaga kecil mahupun besar perlulah sentiasa berfikiran kehadapan.
Anda perlu untuk memikirkan tentang kesan-kesan yang mungkin akan timbul, risiko yang bakal
dihadapi, serta jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah yang dijangka atau tidak
dijangka. Jangan terlalu gopoh untuk berangan-angan dalam perniagaan. Para peniaga atau
usahawan yang sentiasa berfikir ke hadapan sememangnya mempunyai banyak idea dan
perancangan yang hebat. Inilah antara contoh kreativiti dalam perniagaan. Dengan berbekalkan
idea-idea yang hebat, mereka begitu kreatif menjalankan perniagaan sekaligus sentiasa bersiap
sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Bolehkah anda melakukannya?

Seperkara lagi, usahawan yang berfikiran ke hadapan tidak akan menghadkan fikiran mereka
untuk mencari satu sahaja jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Fikirkanlah lebih
daripada satu jalan penyelesaian agar anda mempunyai banyak pilihan idea untuk menamatkan
segala permasalahan yang membelenggu perniagaan anda. Apabila anda sudah mempunyai
beberapa pilihan penyelesaian, pilihlah jalan yang terbaik yang mampu untuk anda lakukan.

Sekiranya anda seorang peniaga kuih-muih di pasar malam dan anda sering mendapati kuih-muih
anda tidak dapat dijual habis maka apa yang anda akan lakukan? Sama ada anda membuang
lebihan kuih-muih tersebut atau mengurangkan kuantiti jualan untuk masa akan datang atau anda
akan mengurangkan harganya atau sebarang cara yang lain? Hakikatnya terpulanglah kepada
anda tetapi pastikan keputusan yang diambil boleh mendatangkan faedah serta keuntungan
kepada perniagaan yang diusahakan.
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com

4.0 Promosi & Pengiklanan Perniagaan Yang Menarik

Strategi utama untuk melariskan perniagaan adalah melalui promosi dan pengiklanan. Pada hari
ini, kita dapat lihat betapa banyak papan-papan iklan, banting, poster, kertas-kertas iklan dan
bermacam lagi cara yang digunakan oleh para peniaga untuk menghebahkan perniagaan masing-
masing. Tidak dinafikan, promosi dan pengiklanan sememangnya salah satu cara berkesan untuk
menarik para pelanggan. Akan tetapi, penghasilan iklan yang lebih kreatif serta menarik sudah
tentu mampu memberikan impak yang lebih besar berbanding iklan-iklan biasa yang lain.
Cumanya, apabila anda telah menghasilkan suatu iklan yang kreatif dan luar biasa, anda juga
perlu memastikan kualiti produk atau perkhidmatan yang anda sediakan setara seperti mana yang
telah anda iklankan. Jangan sesekali anda cuba untuk menipu dalam pengiklanan kerana boleh
membawa kesan buruk serta menggugat keyakinan para pelanggan terhadap perniagaan anda.

Dalam era IT dan globalisasi ini, bermacam kaedah yang boleh digunakan bagi tujuan
pengiklanan. Facebook, Twitter, Email, laman sesawang pengiklanan seperti mudah.my,
e-bay dan banyak lagi laman pengiklanan di internet yang boleh anda gunakan untuk
mempromosikan bisnes yang anda jalankan bukan hanya di dalam negara malah di seantero
dunia. Jika anda benar-benar kreatif dalam mengiklankan perniagaan anda, maka tidak mustahil
perniagaan anda mampu berkembang maju dalam sekelip mata.

Zaman sekarang juga telah memperlihatkan begitu ramai individu yang gemar menjalankan
bisnes hanya melalui internet sahaja. Misalnya, seseorang individu itu mampu untuk menjual
pakaian hanya daripada rumah dan segala bentuk pengiklanan dan promosi dilakukan melalui
internet. Penghantaran barangan pula dilakukan melalui pos atau kurier. Apa yang menariknya,
keuntungan yang diraih mampu mencecah empat angka!! Ini tidak mustahil sekiranya anda bijak
mengiklankan perniagaan anda.

Kesimpulannya, kreativiti dalam perniagaan memainkan peranan yang sangat penting terhadap
perniagaan itu sendiri. Banyak lagi cara dan kaedah untuk menjadikan sesuatu perniagaan lebih
kreatif dan menarik. Setiap aspek dalam perniagaan perlu diberi penekanan bermula daripada
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com
aspek promosi sehingga ke jualan agar perniagaan tersebut benar-benar membuahkan
keuntungan. Pakar perniagaan internet, Irfan Khairi dalam tip perniagaannya ada menyatakan
bahawa seseorang ahli perniagaan yang ingin menjana idea yang kreatif perlulah sentiasa
bergembira dan berseronok kerana idea yang hebat seringkali datang apabila kita berada dalam
keadaan gembira dan seronok. Semoga semua para usahawan dan para peniaga yang membaca
artikel ini dapat mengambil input-input yang berguna dan mengaplikasikannya dalam perniagaan
masing-masing. Ingatlah, rezeki itu datang daripada ALLAH SWT dan kita perlu berusaha untuk
mendapatkannya.


SEKIAN
Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com


Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com

Tips Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Layari http://kursuskemahiranonline.blogspot.com

You might also like