You are on page 1of 5

Semak Kendiri 1.

Apakah itu keusahawanan?

Keusahawanan adalah suatu proses dinamik mewujudkan kekayaan yang meningkat.


Kekayaan itu dihasilkan oleh individu yang mengambil risiko tinggi dari segi ekuiti, masa dan
komitmen kerja atau memberikan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah
proses menghasilkan sesuatu yang baharu dan bernilai dengan memberikan masa dan ikhtiar
yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologi dan sosial dan menerima keuntungan
dalam erti kewangan, kepuasan hati dan kebebasan.

Aktiviti 1.1

Mengikut Peter Drucker, keusahawanan adalah disiplin yang boleh dipelajari. Apakah
pendapat anda mengenai kenyataan ini?

Pada pendapat saya, keusahawanan adalah disiplin yang boleh dipelajari kerana sesiapa
sahaja boleh menjadi seorang usahawan dengan menyemaikan ciri-ciri seorang usahawan
dalam diri seperti berani mengambil risiko, peka terhadap keperluan masyarakat, berwawasan,
bersungguh-sungguh, proaktif, kreatif dan inovatif. Kesemua ciri-ciri ini akan dapat dibentuk
sekiranya seseorang tersebut berusaha dengan konsisten untuk menjadi seorang usahawan
yang berjaya. Hal ini demikian kerana pengalaman yang dilalui sama ada kejayaan mahupun
kegagalan sememangnya adalah merupakan proses pembelajaran individu tersebut untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Semak Kendiri 1.2

Apakah empat aspek asas keusahawanan?

- Keusahawanan merupakan proses mencipta sesuatu yang bernilai. Ciptaan tersebut


harus bernilai kepada usahawan dan pasaran yang akan dimasuki.
- Keusahawanan menuntut kepada pengorbanan masa dan tenaga.
- Keusahawanan melibatkan pengambilan risiko pelbagai rupa yang ditentukan oleh
bidang yang diceburi tetapi biasanya berfokuskan kepada aspek kewangan, psikologikal
dan sosial.
- Menjadi usahawan ada ganjarannya. Ganjaran yang paling utama ialah kebebasan,
diikuti dengan kepuasan hati. Ganjaran kewangan juga penting kepada usahawan yang
berfokuskan keuntungan. Untuk sesetengah usahawan, wang adalah simbol kejayaan.
Aktiviti 1.2

Anda merupakan seorang usahawan yang akan membuka sebuah restoran francais.
Apakah yang perlu anda buat sebelum memulakan perniagaan anda? Persembahkan
idea anda di dalam kelas.

Antara langkah yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan ialah saya perlu
menyediakan rancangan perniagaan bertulis yang mengandungi matlamat syarikat, strategi
pemasaran, pelan kewangan, sumber modal dan lain-lain. Seterusnya, saya perlu berunding
dengan pakar perniagaan seperti peguam, akauntan, ahli bank dan syarikat insurans bagi
mendapatkan nasihat dalam pelbagai aspek tentang cara memulakan perniagaan. Kemudian,
saya perlu menentukan bentuk organisasi sama ada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat
berhad. Seterusnya, saya perlu menentukan jenis sumber kewangan sama ada menerusi
simpanan sendiri, pinjaman rakan dan keluarga, institusi kewangan (bank), kerajaan dan
sebagainya. Selanjutnya, saya perlu memilih lokasi yang sesuai iaitu mudah untuk
mendapatkan sumber dan mempunyai pasaran yang luas. Seterusnya, saya perlu
mendapatkan idea perniagaan melalui kajian terhadap produk sedia ada, pelanggan, syarikat
sedia ada, golongan professional, jururunding, dasar kerajaan, saluran pengedaran, paten serta
penyelidikan dan pembangunan. Kemudian, saya perlu membuat pendaftaran perniagaan
dengan Pendaftar Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) bagi mendapatkan lesen perniagaan untuk menjalankan perniagaan secara sah.
Untuk meningkatkan pengetahuan tentang cara pengurusan perniagaan, saya perlu mengikuti
latihan dan kursus seperti Program Pembangunan Usahawan yang disediakan oleh agensi
MARA. Seterusnya, saya perlu perlu mengrekrut pekerja yang bersesuaian dengan bidang
tugas masing-masing dan memastikan bilangan tenaga kerja yang mencukupi sebelum
memulakan perniagaan. Akhir sekali, saya perlu menitikberatkan penggunaan teknologi semasa
yang maju untuk membantu pengendalian operasi perniagaan.

Semak Kendiri 1.3

Apakah kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat


dan negara?

- Mewujudkan peluang pekerjaan


- Menggabungkan sumber secara optimum.
- Membantu pertumbuhan ekonomi.
- Membantu pertumbuhan ekonomi.
- Membantu pertumbuhan ekonomi.
- Menghasilkan  barangan dan perkhidmatan.
- Menjalankan tanggungjawab sosial.
- Pengenalan teknologi baru
- Model bakal usahawan.
Semak Kendiri 1.4

Namakan beberapa polisi kerajaan Malaysia untuk menggalakkan


keusahawanan tempatan.

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)


Polisi Pembangunan Negara (1990-2000)
Wawasan 2020
Dasar Keusahawanan Nasional

Aktiviti 1.3

Sejauh manakah kerajaan Malaysia mengiktiraf dan menstruktur kembali pembangunan


keusahawanan di dalam negara? Kaji topik ini dan kongsi dapatan anda. Anda boleh
menggunakan Internet, surat khabar dan buku sebagai sumber kajian anda.

Kerajaan Malaysia sememangnya memberi sokongan yang tinggi terhadap bidang


keusahawanan menerusi pelbagai pinjaman perniagaan yang ditawarkan. Misalnya, agensi
TEKUN Nasional menyediakan pinjaman perniagaan kepada bumiputera yang ingin
meningkatkan perniagaan menerusi pelbagai skim seperti Skim Pembiayaan TEKUN Niaga,
Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN, Skim Pembiayaan TemanNita, Skim Pembiayaan Kontrak-
I dan AR-RAHNU TEKUN. Selain itu. Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menawarkan skim
kewangan perniagaan sehingga RM5 juta yang terdiri daripada pelbagai skim perniagaan.
Selain itu, terdapat juga pinjaman perniagaan oleh agensi PROSPER PUNB yang berasaskan
Syariah dan turut menyediakan pelbagai program latihan pembangunan perniagaan. Selain itu,
kerajaan juga turut memberi bantuan kepada usahawan Bumiputera berpendapatan 40 peratus
terendah (B40) iaitu dengan menyediakan kursus dan latihan berstruktur untuk meningkatkan
kemahiran dan keupayaan mereka. Misalnya, program ‘INSKENS Business Coaching’ dalam
bidang perniagaan runcit, trak makanan, pembuatan roti dan kek, spa, penjagaan lepas
bersalin, inap desa, jahitan, cuci kereta dan kedai gunting rambut.
Latihan 1.1
Apakah 10 mitos keusahawanan?

Mitos 1
Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir

Mitos 2
Usahawan dilahirkan, bukan dibentuk

Mitos 3
Usahawan adalah pencipta

Mitos 4
Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam bidang akademik dan sosial

Mitos 5
Usahawan mesti menepati profil tertentu

Mitos 6
Semua usahawan memerlukan wang

Mitos 7
Semua usahawan memerlukan tuah

Mitos 8
Usahawan tidak perlu tahu banyak perkara

Mitos 9
Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar kegagalan yang tinggi

Mitos 10
Usahawan adalah pengambil risiko yang tinggi (penjudi)

Bincangkan kepentingan usahawan

Usahawan sememang penting ekoran daripada sumbangannya terhadap masyarakat dan


negara. Yang pertama, usahawan penting untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan taraf hidup
seseorang individu dan sesebuah keluarga. Seterusnya, usahawan penting untuk menyediakan
keperluan masyarakat dari pelbagai aspek. Misalnya, usahawan yang yang menjalankan
perniagaan santan kelapa akan dapat memenuhi keperluan pengguna yang terdiri daripada
keluarga, pengusaha kedai makan, pengusaha kuih tradisional dan sebagainya. Kemudian,
usahawan juga penting untuk membekalkan produk yang menepati keperluan pengguna melalui
idea yang kreatif dan inovatif. Misalnya, usahawan yang mencipta produk ‘tudung saji
bertingkat’ akan membantu pengguna untuk menangani masalah tudung saji biasa yang
memakan ruang yang besar di atas meja makan serta tidak mampu menutup pinggan lauk yang
banyak. Akhir sekali, usahawan juga penting terhadap pendapatan negara melalui cukai yang
dibayar kepada kerajaan.

Gambarkan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Senario pembangunan keusahawanan di Malaysia adalah kian terjejas ekoran daripada


pandemik covid-19. Perkembangan perniagaan merosot dan banyak usahawan kecil yang
terpaksa menutup perniagaan ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan. Hal ini demikian kerana PKP telah menurunkan kadar jual beli serta
menyukarkan usahawan untuk mendapatkan sumber ataupun bahan mentah bagi produk yang
dihasilkan. Misalnya, usahawan kedai makan malam mengalami penurunan pendapatan
disebabkan jumlah pelanggan yang sedikit dan waktu perniagaan yang dipendekkan. Namun
begitu, usahawan perkhidmatan seperti runner, penghantaran makanan dan bungkusan
barangan menunjukkan peningkatan yang baik kerana rakyat mengambil langkah berjaga-jaga
untuk tidak keluar membeli barang dan membeli secara atas talian sahaja.

You might also like