You are on page 1of 4

KEJAYAAN DAN HALANGAN DALAM PERNIAGAAN

KENAPAKAH BERNIAGA??

        1.    Ingin hidup mewah, ikut kawan, mewarisi keluarga, & dll

Walau apa pun alasan yang diberikan, proses untuk berjaya di dalam sesuatu
bidang perniagaan adalah  tetap sama. Oleh
itu persiapan yang sebaik mungkin perlu dilakukan sebelum membuat
keputusan untuk berniaga.
Tanpa persiapan yang lengkap, kemungkinan untuk menemui kegagalan dan
kekecewaan adalah terbuka luas. Kenyataan
ini bukan hanya ditujukan kepada para peniaga sahaja, malah di dalam semua
aspek penghidupan, kekayaan tidak datang
bergolek tetapi hendaklah melalui perancangan yang teratur, perlaksanaan
usaha  yang  betul  dengan penuh  kesungguhan
disertai dengan doa dan tawalkkal yang sempurna.

APAKAH MAKSUD "USAHAWAN"

Pelbagai pihak telah memberikan takrifan yang berbeza.

Peter Drucker yang digelar " Bapa Pengurusan" barat di dalam bukunya
Enterprenuership (1996) mendifinisikan usahawan
sebagai seorang yang berupaya memindahkan sumber ekonomi dari sektor yang 
kurang upaya  produktivitinya  ke sektor
yang lebih tinggi daya produktivitinya.

Dr Joel Barker pula di dalam  bukunya Paradigm (1994) pula  mendifinisikan


usahawan  sebagai orang yang  mewujudkan
nilai  tambah  ke dalam pasaran.  (  Dipetik dari buku  KEUSAHAWANAN  &
PERNIAGAAN  karangan  Dr Barjoyai
Bardai, 2000)

Dr Barjoyai Bardai di dalam bukunya, bahagian 1 telah menerangkan  ciri-ciri


yang  terdapat  di antara  pengurus, peniaga
dan usahawan. Beliau telah menerangkan seerti berikut :

PENGURUS ialah orang yang menguruskan perniagaan bagi pihak pemilik


perniagaan. Walaupun dia  bertanggungjawab
terhadap keseluruhan perniagaan namun begitu sebenarnya dia hanyalah
pegawai yang bekerja dengan pemilik perniagaan
tersebut.  Di sini  yang paling  penting  ialah  pengurus  tidak  perlu 
memberikan modal  dalam  perniagaan  dan juga tidak
menanggung risiko perniagaan.
PENIAGA ialah orang yang menjalankan perniagaan dan melakukan urusan
jualbeli barang-barang dan perkhidmatan.
Peniaga biasanya menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perniagaan yang
khusus. Peniaga juga biasanya menghadkan
perhatiannya kepada satu-satu jenis perniagaan sahaja. Contoh perniagaan
seperti  kedai runcit,  gerai makan,  kedai dobi
dan sebagainya. Golongan profesional seperti doktor swasta juga boleh
termasuk di dalam golongan ini.

USAHAWAN  pula  ialah  orang yang lebih  berpandangan  luas  dalam  sesuatu
perniagaan.  Dia  sentiasa meninjau dan
mencari peluang-peluang perniagaan. Usahawan mempunyai keistimewaan yang
membolehkannya  mewujudkan  peluang
pelaburan dan mengenalpasti projek-projek yang dianggap menguntungkan.

KEJAYAAN DAN HALANGAN

Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, persiapan perlu disediakan.


Antara persiapan-persiapan yang perlu disediakan
sebelum seseorang usahawan menceburi bidang keusahawanan mengikut
keutamaan ialah seperti berikut :-

        1.    PERWATAKAN DIRI (SIFAT-SIFAY KEUSAHAWANAN)

                i.        Jujur, Amanah, Berdisiplin Dan Bertanggungjawab.


                ii.       Berani dan Tabah
                iii.      Rendah diri dan Tidak Sombong
                iv.      Sentiasa bersedia untuk belajar dan mendengar daripada
orang lain
                v.       Kemampuan berkomunikasi dengan baik.
                vi.      Sangka baik terhadap orang lain dan berfikiran positif.
                vii.     Berhati-hati
                viii.    Proaktif
                ix.      Berfikir sebelum bertindak
                x.      Sentiasa berusaha mewujudkan suasana yang menguntungkan
kepada semua pihak yang terlibat
                         (establish a win-win situasion)

        2.    PENGETAHUAN

                i.       Pengetahuan tentang operasi perniagaan . Setiap usahawan 


hendaklah  mengetahui secara mendalam
                          aspek operasi perniagaan yang beliau ingin ceburi terlebih
dahulu. Sekiranya beliau ingin menjalankan
                          perniagaan jual beli perkakas aksesories kereta, beliau 
hendaklah  mengetahui  tentang  aspek harga,
                          jenis produk,, pembekal dan pelanggan yang akan berurusan
dengannya. Begitu juga beliau perlu tahu
                          tentang kekuatan dan kelemahan yang  terdapat  di dalam 
bidang  perniagaan tersebut.  Beliau  harus
                          mampu untuk mengendalikan dan menjalankan dengan sendiri
sebarang perniagaan yang beliau ceburi.

                ii.        Pengetahuan Mengenai Pengurusan


                            a.    Mengendalikan pembantu serta pekerja dengan baik.
                            b.    Mengendalikan urusan kewangan serta perakaunan
dengan cekap.
                            c.    Menyediakan sistem pengurusan yang mengikut undang-
undang negara dengan sempurna.

                iii.        Pengetahuan Agama Mengenai Perniagaan


                         

       3)    MODAL KEWANGAN

                Bank, MARA, MIDF, SMEDEC, CGC, Syarikat Kewangan, Simpanan


Sendiri, Keluarga, Kawan-Kawan
                Pelabur / Rakan Kongsi DLL...

                FAKTOR-FAKTOR LUARAN PELUANG DAN HALANGAN

                Globalisasi dan liberisasi di bawah AFTA & WTO.

                AFTA :- Kita  mempunyai  peluang cerah  kerana pasaran yang  luas 
yang  mana jumlah rakyat  / pengguna
                seramai lebih kurang 510 juta.
                Negara kita mempunyai infrastruktur yang baik seperti KLIA,
Pelabuhan, CYBERjaya  yang  menempatkan
                pejabat   antarabangsa  yang  menggunakan  sistem  IT  yang
canggih.  Lebuhraya  yang baik,  memudahkan
                pergerakan laluan darat.

                Halangan. Persaingan yang hebat dalam pasaran kerana semua 


negara  Asean  berebut  memasuki  pasaran
                Asean dengan penawaran yang kompetatif. Kos buruh kita yang
tinggi yang memungkinkan  kita  kalah  dari
                harga.

                KESTABILAN POLITIK & EKONOMI MALAYSIA


                TERKENAL DENGAN PRODUK & PERKHIDMATAN BERMUTU

                SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

                Disediakan Oleh :-

                WAN MOHD ARIFFIN BIN WAN LONG


                NOOR ARFA BATIK SDN. BHD

You might also like