You are on page 1of 3

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN (ARTIKEL 1)

http://anne9882edu.blogspot.my/2012/06/kemahiran-keusahawanan.html

1.0 Pengenalan

Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan


membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam
aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.

Kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan/pekerjaan


Kebolehan merangka perancangan perniagaan/pekerjaan.
Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
Kebolehan untuk bekerja sendiri.

1.1 Definisi Usahawan

Usahawan ialah seseorang yang memulakan sesuatu (berinisiatif), pandai menggunakan idea
atau kaedah baharu (kreatif), sentiasa membuat pembaharuan dan pengubahsuaian (inovatif),
gagah menghadapi risiko serta berusaha untuk menjayakan sesuatu (berorientasikan
kejayaan). Usahawan ialah insan yang dinamik, kreatif, cekal, inovatif, dan berkebolehan
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak manusia.

1.2 Definisi Keusahawanan

Keusahawanan ialah proses untuk mencipta dan mengembangkan perniagaan berkumpulan


untuk pembangunan rakyat dan kemakmuran masyarakat.

1.3 Perbezaan antara usahawan dan peniaga

Usahawan berbeza dengan peniaga. Peniaga hanya membeli dan menjual untuk mencari
keuntungan dan sumbangannya kepada masyarakat adalah terhad kepada perkhidmatan
yang disediakannya

Sebaliknya seorang usahawan merupakan pemangkin pembangunan negara yang


mempunyai tanggungjawab sosial yang berat terhadap masyarakat.

1.4 Peniaga

Skop aktivitinya sempit dan terhad dalam membeli dan menjual sahaja.
Mengutamakan keuntungan.
Skala operasinya kecil dan kaedah pengurusannya statik. Tidak kreatif dan tidak
berupaya untuk membuat pembaharuan.
Contohnya: Sharif ialah penjual sate di sudut sebuah restoran. Beliau ialah seorang
peniaga.

1
1.5 Usahawan

Skop aktivitinya luas dan merangkumi usaha mencipta, memperbaharui, mengubahsuai,


memula dan mewujudkan sesuatu.
Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada negara dan masyarakat.
Pada peringkat awal, skala operasinya mungkin kecil tetapi berpotensi untuk
berkembang maju. Mempunyai daya cipta dan daya inovasi yang tinggi.
Contohnya: Ramli mula sebagai seorang peniaga sate di sebuah restoran. Kini beliau
mempunyai restoran sate di seluruh negara. Ramli ialah seorang usahawan.

1.6 Faktor-faktor yang membolehkan usahawan melihat peluang (mengenal pasti


peluang)

Daya fikiran
Melalui masalah yang ada
Melalui keperluan manusia
Kajian produk/perkhidmatan
Analisis permintaa pasaran/perkhidmatan
Analisis perkembangan ekonomi dan pembangunan negara.

1.7 Kepentingan jaringan dalam keusahawanan

Sumber kreativiti
Mewujudkan situasi kebergaantungan
Membentuk kepercayaan
Menambah maklumat
Mengurangkan birokrasi
Membina keyakinan

1.8 Kemahiran membentuk jaringan dalam keusahawanan

Membentuk perancangan
Membuat persediaan
Penglibatan sepenuhnya
Mempraktikkan kemahiran berkomunikasi
Menghadirkan diri dalam setiap aktiviti
Interaksi susulan
Menawarkan bantuan
Atur dan susun jaringandengan baik
Menerima secara terbuka untuk kebaikan perniagaan/perkhidmatan

2
1.9 Kompetensi seorang usahawan

Keupayaan seseorang untuk menonjolkan diri dalam perniagaan/pekerjaan.


Keupayaan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan
berkesan.

1.10 Ciri-ciri bagi menentukan seseorang mempunyai sifat kompetensi


keusahawanan.

Inisiatif
Melihat / merebut peluang
Kecekalan / ketahanan
Mencari maklumat R&D
Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
Komitmen terhadap perjanjian kerja
Berorientasikan ke arah kecekapan
Membuat perancangan sistematik (sumber manusia, peralatan/kelengkapan, pemasaran
dll)
Pandai menyelesaikan masalah
Kepimpinan diri / keyakinan diri
Ketegasan
Meyakinkan orang lain
Strategi-strategi pengaruh (kemahiran mempengaruhi)

1.11 Sumbangan usahawan kepada masyarakat dan negara

Mewujudkan peluang pekerjaan


Memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat.
Penemuan dan ciptaan baru
Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi
Mempertingkatkan taraf hidup.

You might also like