You are on page 1of 5

SEMESTER 1 SESI 2018 2019

KPF 3012

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK:

REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : NURAZIRA BINTI MOHD ALWI

NO.MATRIKS : D20181084290

KUMPULAN KULIAH: GROUP G

TARIKH SERAH : 13 NOVEMBER 2018

Revolusi Perindustrian
Revolusi secara umumnya bermaksud ‘perubahan’. Menurut Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) pula, revolusi bererti perubahan yang menyeluruh dan mendadak,
terutamanya dari segi cara berfikir dan bertindak. Manakala, industri bermaksud
perusahaan secara besar-besaran sesebuah negara yang mendapat hasil yang
lumayan daripada aktiviti perusahaan tersebut.

Revolusi Industri sememangnya memberi kesan yang mendadak, sehingga


berlaku kejutan budaya dalam masyarakat yang menghadapi arus perubahan ini.
Revolusi Perindustrian telah muncul semenjak zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal
kurun ke-19 apabila perubahan besar
dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada
sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke
serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian.

Melangkah ke peringkat awal Revolusi Industri terkini yang dikenali sebagai


Fourth Industrial Revolution. Revolusi 4.0 ini merujuk kepada kilang-kilang pintar
dimana mesin dihubungkan kepada capaian sesawang kepada sistem yang boleh
menggambarkan rantaian pengeluaran keseluruhan dan membuat keputusan sendiri
bagi mewakili gabungan sistem siber-fizikal, Internet of Things (IoT), dan Internet.

Profesor Klaus Schwab, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi


Dunia, telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Revolusi Perindustrian Keempat di
mana beliau menerangkan bagaimana revolusi keempat ini secara asasnya berbeza
daripada tiga yang sebelumnya, yang dicirikan oleh kemajuan teknologi. Revolusi
keempat ini mengabungkan dunia biologikal, fizikal dan digital; menghasilkan pelbagai
teknologi baru yang memberikan impak kepada pelbagai disiplin, ekonomi dan industri.
Ia adalah kesinambungan yang dibina daripada Revolusi Digital dimana teknologi
menjadi sebahagian daripada masyarakat serta membaik pulih bukan sahaja
perniagaan, tetapi hampir semua aspek kehidupan seharian. Di samping itu, proses
pembuatan automasi yang sedia ada juga turut dipertingkatkan ke tahap yang lebih
tinggi dengan memperkenalkan teknologi massa yang lebih fleksibel.
Kelebihan Revolusi Industri 4.0

Antara kelebihan revolusi industri 4.0 ini adalah berupaya untuk mengoptimumkan
pengeluaran. Kilang Pintar yang mengandungi beratus-ratus malah beribu-ribu Peranti
Pintar, membolehkan pengoptimuman-sendiri pengeluaran yang membawa kepada masa
pengeluaran hampir sifar.

Selain itu , ia dapat mewujudkan pasaran fleksibel yang berorientasikan


pelanggan akan membantu memenuhi keperluan penduduk dengan cepat dan lancar
selain dapat merapatkan jurang antara pengeluar dan pelanggan. Perkara ini seterusnya
dapat mempercepatkan proses pengeluaran dan penghantaran.

Penerapan teknologi digital juga akan mendorong penyelidikan dalam pelbagai


bidang seperti keselamatan IT dan akan memberi kesan kepada pendidikan khususnya.
Kesannya, latihan dan pendidikan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada buruh
mahir dalam industri tersebut.

Cabaran Revolusi Industri 4.0

Antara cabaran revolusi industri 4.0 ialah meliputi aspek keselamatan. Aspek ini adalah
aspek yang paling mencabar untuk melaksanakan Revolusi Industri 4.0 iaitu berkaitan
risiko keselamatan IT. Integrasi atas talian, memberi ruang kepada pelanggaran
keselamatan dan kebocoran data. Oleh hal demikian, penyelidikan dalam keselamatan
adalah aspek penting yang perlu mendapat kawalan rapi yang berterusan.

Selain itu, transformasi ini juga memerlukan pelaburan besar dalam teknologi
baru. . Walaubagaimanapun, risiko mesti dikira dan diambil dengan serius. Di samping
itu, transformasi sedemikian memerlukan modal yang besar, dan kesannya akan dirasai
oleh perniagaan yang kecil yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang.

Seterusnya, revolusi industri 4.0 ini juga memberikan kesan kepada bidang
pekerjaan. Walaupun masih awal untuk membuat spekulasi mengenai keadaan pekerjaan
yang menerima pakai Industri 4.0 di seluruh dunia, adalah selamat untuk mengatakan
bahawa pekerja perlu mempelajari pelbagai kemahiran baru. Ia boleh membantu
peningkatan kadar bayaran pekerjaan tetapi pada masa yang sama mengasingkan
pekerja sektor besar. Sektor pekerjan juga akan menghadapi cabaran dalam industri
yang sedang berkembang. Bentuk pendidikan yang berbeza mesti diperkenalkan bagi
mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan yang baharu.
Dalam industri yang saling berkaitan, pengeluar perlu mengumpulkan dan
menganalisis data. Bagi pelanggan, hal ini mungkin memberi ancaman terhadap
privasinya, namun begitu perkara ini bukan hanya eksklusif kepada pengguna malahan
turut memberi kesan kepada Syarikat - syarikat kecil atau besar yang tidak berkongsi
data mereka pada masa lalu..

Kesan Revolusi Industri 4.0 terhadap Pendidikan

Dalam Seminar Revolusi Industri 4.0, Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia,
Francisco Marmolejo berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan me-
ngalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0.

Beliau berkata, kita memerlukan institut pendidikan tinggi yang boleh melahirkan
individu dan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi , kreatif dan kritis bagi
mengharungi cabaran baharu menjelang era globalisasi dan digital kini. Dalam
seminar itu, Marmolejo turut memuji Malaysia selaku negara pertama merangka
elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan
Tinggi) 2015-2025.

Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu langkah ke hadapan, beliau


menyifatkan pelan pembangunan pendidikan tinggi yang merangkumi 10 lonjakan itu
sebagai rangka kerja naratif sangat baik dan mempunyai langkah yang lebih konkrit
untuk menangani mana-mana isu pembelajaran yang berlaku pada masa hadapan.
Justeru, bidang ilmu dan pendidikan mesti dijadikan sebagai teras dalam usaha
mempersiapkan para pelajar dan graduan dalam menangani cabaran baharu revolusi
industri 4.0 ini.

Kesimpulannya, keseluruhan peringkat revolusi industri sangat memainkan


peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan kemajuan pelaksanaan revolusi
industri ini. Hal ini kerana, setiap revolusi industri yang berlaku telah menyumbang
kepada perkembangan revolusi yang seterusnya. Revolusi industri 4.0 ini perlu
dititikberatkan kerana berpotensi untuk menaikkan nama Malaysia bukan sahaja dalam
bidang ekonomi malahan menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang
mampu bersaing dengan negara-negara berkuasa besar yang lain.
Rujukan

 Anisa Septianingrum, M.Pd. (2018) REVOLUSI INDUSTRI : Sebab dan


Dampaknya
 Hermann, Pentek, Otto (2016) : Article : “Design Principles for Industrie 4.0
Principle
 Schwab, Klaus, (1938) The fourth industrial revolution
 Seksyen Rujukan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Laman
Hikmah, UteM,

You might also like