You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN
Orientasi ekonomi telah berubah yang mana pada dahulunya berasaskan pertanian dan kini
berubah kepada industri. Perubahan tersebut ialah daripada craft production berubah kepada
mass production. Namun begitu, pada tahun 1960 dan 1970-an, persaingan semakin sengit
apabila kos menjadi satu perkara yang penting. Kualiti pengeluaran dan speed of delivery
menjadi keutamaan. Oleh hal yang demikian, berlaku peralihan ekonomi kepada flexible
production. Ia membawa dimensi baru yang mana membawa kelebihan daya saing melalui add
value kepada pekerja.
Negara membangun telah melalui proses industrialisasi, sementara negara maju telah
beralih kepada era ekonomi pasca industri berasaskan maklumat dan pengetahuan. Pengetahuan
dan informasi telah menggantikan modal fizikal sebagai sumber kelebihan daya saing kepada
firma perniagaan. Fenomena baru ini memberi kesan terhadap pola Pembahagian Buruh
Antarabangsa yang baru melalui; apabila firma menubuhkan unit pengetahuan di luar negara atau
mengeksport proses R&D ke negara membangun; jalinan usahasama, penggabungan dan
pengambilalihan atau kerjasama strategik dalam bidang high end activities.
Melihat kepada perubahan tersebut yang mana melihat kepentingan pengetahuan sebagai
faktor ekonomi, sumber tenaga buruh yang berkualiti diperlukan. Oleh hal yang demikian,
institusi akademik berperanan dalam melatih buruh agar menjadi modal insan yang berkualiti
daripada aspek kemahiran dan sebagainya. Institut pengajian tinggi tidak terkecuali dalam
melatih modal insan ini. Grilliches membuktikan bahawa kualiti sumber manusia yang diukur
daripada pencapaian pendidikan mempunyai hubungan yang positif dengan tahap keluaran
negara atau pertumbuhan ekonomi (Grilliches, 1978). Perkembangan model pertumbuhan telah
membuktikan kepentingan kualiti sumber manusia. Menyedari bahawa pertumbuhan output perlu
lebih tinggi daripada pertumbuhan tenaga kerja untuk menjamin peningkatan dalam pendapatan
per kapita, ahli ekonomi telah memperkenalkan model pertumbuhan endogen. Model ini
menumpukan kepada peranan teknologi dalam pertumbuhan ekonomi yang dikaitkan dengan
beberapa faktor termasuk kualiti sumber manusia (Rahmah Ismail, 2003). Ahli ekonomi telah
mengetahui bahawa manusia adalah salah satu sumber kekayaan negara. Hal ini dapat dilihat
berdasarkan sumbangan buruh dalam menghasilkan output dan kemahiran. Pendidikan
memainkan peranan penting di negara maju. Fenomena ini telah memberi satu petunjuk kepada
1

negara membangun bahawa pelaburan dalam modal manusia adalah sama penting dengan
pelaburan modal fizikal. Sesungguhnya, maju atau mundur sesebuah negara tersebut bergantung
kepada kemajuan dalam bidang pendidikan (Rahmah Ismail, 2003).
Dalam esei ini, model triple helix digunakan dalam melihat peranan universiti dalam
membangunkan potensi industri dan sumber tenaga buruh dan modal insan dalam pembangunan
wilayah. Model ini akan memperlihatkan hubungan antara universiti, industri dan kerajaan dalam
pembangunan sesuatu wilayah.
2.0 MODEL TRIPLE HELIX

Model Triple Helix menekankan 10 perkara dalam perhubungan antara universiti-industrikerajaan (Etzkowitz, 2003).
Perkara yang pertama ialah penyusunan dan jaringan antara sfera institusi Triple Helix yang
membekalkan sumber inovasi adalah lebih baik daripada satu sahaja. Inisiatif baru daripada
jaringan ini menjadi polisi sumber polisi inovasi di peringkat nasional, subnasional dan
supranasional. Inovasi adalah fenomena yang luas berbanding yang lain yang mana menekankan
pembentukan produk baru daripada firma dalam sektor tertentu. Penyelidikan akademik yang
berhubungan dengan industri dan kerajaan telah meningkat. Kerajaan menjadi sebahagian
daripada agensi yang terlibat dalam pemprosesan membuat polisi yang mana polisi ini
merupakan hasil daripada interaksi antara agensi Triple Helix.
Perkara yang kedua ialah pembuatan organisasi inovasi, penyusunan sosial baru dan
jaringan interaksi yang baru menjadi satu perkara yang penting yang mana bertindak sebagai
pembentukan alat fizikal dalam mempercepatkan inovasi. Mekanisma organisasi baru seperti
inkubator, taman sains, jaringan antara sumber aktiviti ekonomi, pembentukan komuniti dan
pertukaran di peringkat antarabangsa. Mod baru dalam penghasilan pengetahuan dalam pelbagai
disiplin termasuklah ahli Triple Helix menghasilkan kolaborasi penyelidikan dan pembentukan
projek firma.
Perkara yang ketiga ialah interaksi antara linear dan reverse linear dynamic merupakan hasil
daripada model inovasi interaktif. Model linear pemindahan teknologi dipindahkan kepada
assisted linear model sebagai teknologi yang terhasil dalam akademia dipindahkan melalui
2

pejabat berlesen sebagai harta intelek dan melalui pembentukan firma dalam fasiliti inkubator.
Reverse Linear Model, bermula daripada masalah industri dan sosial yang akan menjadi titik
mula bagi program penyelidikan baru dan pembentukan disiplin.
Capitalization of knowledge bergerak selari dengan cogtization of capital. Modal kewangan
meningkat termasuk dengan pengetahuan melalui usaha pelaburan. Perbankan menjadi tempat
yang akan memberi modal untuk firma memulakan perniagaan mereka.
Perkara yang kelima ialah pembentukan modal berlaku dalam dimensi baru sebagai
pembentukan modal yang berbeza dan transmute antara satu sama lain: kewangan, sosial, budaya
dan intelektual. Pembentukan modal adalah bersilih ganti. Oleh itu, peningkatan modal
kewangan bergantung kepada akumulasi intelektual sebagai modal sosial. Manusia, sosial dan
modal intelektual dapat ditafsirkan sebagai interaksi antara universiti, industri dan kerajaan.
Perkara yang keenam ialah globalisasi menjadi isu penting dan mengambil tempat melalui
jaringan wilayah antara universiti sebagai perhubungan multinasional dan organisasi
antarabangsa. Sebagai organisasi inovasi untuk pemindahan teknologi tersebar daripada satu
bahagian dunia kepada yang lain, interaksi rentas sempadan dan negara akan menggalakkan
globalisasi.
Perkara yang ketujuh ialah penstrukturan semula organisasi institusi, sektor industri dan
negara digalakkan melalui peluang dalam teknologi baru. Teknologi baru akan membentuk
semula lanskap pembangunan.
Perkara yang kelapan ialah negara sedang membangun dan wilayah mungkin terlibat dalam
strategi drastik dalam mencapai niche pengetahuan dengan sokongan daripada ekonomi dan
politik tempatan. Politik dan penyusunan sosial berdasarkan prinsip kesamaan diperlukan untuk
mencapai pembangunan yang pantas dalam menstabilkan persekitaran seperti pelaburan
langsung asing. Universiti dan inkubator boleh digunakan untuk mengadaptasi teknologi untuk
mengatasi masalah tersebut.
Perkara yang kesembilan ialah universiti menjadi sumber pembangunan ekonomi dan
wilayah dan institusi akademik. Pertumbuhan konurbasi industri sekitar universiti disokong oleh

pembiayaan penyelidikan oleh kerajaan, menjadikan wilayah tersebut sebagai wilayah


perniagaan seperti Silicon Valley semi konduktor dan industri elektronik.
Perkara yang terakhir ialah keupayaan untuk melakukan transisi daripada satu paradigma
teknologi kepada yang lain sebagai potensi pada awalnya menjadi kabur dalam kalangan wilayah
Triple Helix. Penyelidikan luas daripada universiti dan interaksi antara beberapa institusi dengan
pelaburan strategic telah menggalakkan kawasan penyelidikan dengan potensi ekonomi,
disokong oleh inisiatif oleh kerajaan, membantu menjayakan program tersebut. Interaksi Triple
Helix, institusi dan teknologi adalah asas kepada jaringan inovasi.
3.0 PERANAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DALAM MEMBANGUNKAN
POTENSI

INDUSTRI

DAN

POTENSI

SUMBER

TENAGA BURUH

DALAM

PEMBANGUNAN SESEBUAH BANDAR ATAU WILAYAH


3.1 INOVASI
Menurut Schumpeter (1934, yang dipetik daripada Malerba & Orsenigo, 1995) telah
membezakan penemuan baru sebagai generasi pengetahuan baru dan inovasi sebagai proses
keseluruhan yang mana pengetahuan dihasilkan dan diserap dalam pasaran. Menurut Rajnish
(2008), berdasarkan Oslo Manual, 2005, inovasi merupakan implementasi produk baru atau
yang ditambah baik (barangan atau perkhidmatan), atau proses, kaedah pemasaran yang baru,
atau kaedah organisasi yang baru dalam perniagaan, organisasi tempat bekerja atau hubungan
luar.
Inovasi terbahagi kepada empat iaitu produk baru, teknologi baru, idea baru dan ciptaan
kreativiti dan reka bentuk baru. Inovasi produk ialah pengenalan barangan atau perkhidmatan
yang baru atau penambahbaikan yang ketara berkenaan dengan ciri-ciri atau tujuan penggunaan.
Inovasi produk ini juga termasuk peningkatan yang ketara dalam spesifikasi teknikal, komponen
dan bahan, perisian atau ciri-ciri fungsi lain. Produk inovasi ini boleh menggunakan pengetahuan
atau teknologi baru, atau penggunaan baru atau gabungan pengetahuan atau teknologi yang sedia
ada. Universiti berperanan sebagai tempat inovasi yang mana akan menghasilkan produk baru.
Inovasi juga menjadi topik besar bagi kumpulan pakar dalam industri dan universiti. Sebagai ahli
ekonomi dan masyarakat, mereka sangat berhubung dengan proses transformasi. Hal ini telah
membawa kepada

pengurusan organisasi termasuk kerajaan yang mana berperanan untuk


4

merangka industri inovasi, melalui hubungan kerjasama dengan sektor industri, melalui bantuan
pembiayaan R&D, dan pembinaan pusat penyelidikan hibrid dengan kerjasama oleh kerajaan dan
industri (Etzkowitz & Kemelgor, 1998). Ia bukan sahaja fokus kepada potensi pembangunan
produk daripada teknologi individu, tetapi turut mengambil berat terhadap penghasilan inovasi
dalam inovasi melalui triple helix.
Melalui triple helix, universiti memainkan peranan yang sangat penting dalam
masyarakat sebagai usahawan. Universiti perniagaan ini akan mengekalkan peranan akademik
tradisi dalam penghasilan sosial dan tambahan pengetahuan, tetapi meletakkan mereka dalam
konteks yang lebih luas yang mana menjadikan universiti sebagai tempat untuk mempromosikan
inovasi. Terdapat empat langkah yang dikenal pasti dalam triple helix (Etzkowitz, 2003).
Langkah yang pertama ialah transformasi dalaman pada setiap heliks. Universiti dan institusi
penghasilan pengetahuan yang lain memainkan peranan yang penting dalam masyarakat, mereka
bukan sahaja mengajar pelajar dan mengetuai penyelidikan tetapi turut terlibat dalam usaha
meletakkan pengetahuan untuk diaplikasikan.
Langkah yang kedua ialah pengaruh satu heliks di atas yang lain. Kerajaan US telah
menghasilkan rangka kerja untuk pemindahan teknologi akademik melalui Bay-Dole Act 1980.
Ia merupakan pindaan kepada Patent and Trademark Law polisi industri yang mana
menggalakkan universiti terlibat dalam inovasi industri. Undang-undang yang lebig selamat
diperkenalkan untuk menjaga harta intelek oleh kerajaan membiaya penyelidikan telah
menggalakkan penyebaran pemindahan teknologi kepada liputan universiti yang lebih luas dan
pengembangan profesyen pemindahan teknologi akademik. Sejak universiti dan lain-lain terlibat
dalam polisi ini, arah pengaruh tersebut bergerak selari.
Langkah yang ketiga ialah pembentukan kepada pertindihan yang baru yang melibatkan tiga
jaringan dan organisasi daripada interaksi antara tiga heliks. Kumpulan biasanya akan memenuhi
jurang yang terdapat dalam sistem inovasi melalui brainstorming idea baru. Usahasama Silicon
Valley yang diperkenalkan pada awal 1990 an, Knowledge Circle of Amsterdam, New England
Council memainkan peranan dalam mereka usaha firma utama dengan kritikal terhadap
pertumbuhan Route 128 dan Silicon Valley.

Langkah yang terakhir ialah kesan hubungan triple helix terhadap kumpulan masyarakat
yang besar. Antaranya, sains Capitalization of knowledge telah menggantikan kekurangan
minat terhadap sains. Harapan yang mana pengetahuan saintifik akan digunakan secara bebas,
penyelidik mengambil ganjaran daripada perkara tersebut. Norma ini biasa dan semakin menjadijadi dalam mempraktikkan sains, dinamik perniagaan dalaman ini termasuklah ahli akademik,
dan daripada polisi kerajaan. Capitalization of knowledge telah mengubah kedua cara saintis
dalam mempersembahkan hasil penyelidikan mereka dan peranan universiti berhubungan dengan
industri dan juga kerajaan.
Inovasi teknologi adalah pengetahuan tentang komponen, hubungan antara komponen,
kaedah, proses dan teknik yang digunakan dalam sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia mungkin
atau tidak mungkin memerlukan pentadbiran inovasi. Ia boleh menjadi satu produk, proses, atau
perkhidmatan. Produk atau perkhidmatan inovasi perlu menjadi produk baru atau perkhidmatan
yang bertujuan untuk memenuhi beberapa keperluan pasaran. Inovasi proses adalah berkenaan
dengan memperkenalkan unsur-unsur baru dalam organisasi seperti bahan input, spesifikasi
tugas, kerja dan mekanisme pengaliran maklumat, dan peralatan yang digunakan untuk
menghasilkan produk atau pemberian perkhidmatan (Afuah,1998 yang dipetik daripada Chun et
al, 2006).
Frascati Manual OECD (2004) dan Manual Oslo (2004) mengemukakan satu set aktiviti
dalam teknologi inovasi. Kesemua manual mempertimbangkan R&D sebagai satu aktiviti yang
boleh dijalankan pada pelbagai fasa proses inovasi, yang bertindak bukan sahaja sebagai sumber
asal idea mereka cipta tetapi juga sebagai satu bentuk penyelesaian masalah yang boleh
digunakan pada bila-bila sehingga pelaksanaan.
3.2 PENGETAHUAN
Pengetahuan merujuk kepada keupayaan sumber tenaga manusia, aset dan pengamalan
kepimpinan, modal teknologi maklumat, hubungan kerjasama, harta intelek, stok maklumat serta
kebolehan pembelajaran dan penggunaan yang boleh digunakan untuk menjana kekayaan dan
meningkatkan daya saing ekonomi (Kajian Myke penyiasatan kandungan pengetahuan
Malaysia dalam Unit Perancangan Ekonomi, 2004). Pengetahuan juga merupakan komiditi
utama dalam menambah nilai dan penciptaan produk dan perkhidmatan produk. Pengetahuan dan
6

pendidikan sangat bernilai untuk mendorong peningkatan tahap inovasi yang tinggi dalam
menjana produktiviti.
Fungsi institusi dalam ekonomi berasaskan pengetahuan juga merentasi sempadan
institusi berdasarkan jangkaan tentang bagaimana persekitaran boleh berubah apabila
menyediakan peluang untuk inovasi. Sebagai contoh, industri perlu menilai dalam apa cara dan
sejauh mana mereka membuat keputusan menghayati fungsi R&D. Universiti menempatkan diri
mereka dalam pasaran di peringkat serantau dan global. Kerajaan membuat maklumat
keseimbangan antara pelaburan dalam dasar perindustrian, dasar Sains dan Teknologi, dan
campur tangan di peringkat penstrukturan. Dasar-dasar tersebut dijangka akan berjaya sejauh
mana seseorang boleh menjangka atau mengikut trend dinamik teknologi baru dalam fasa yang
berbeza.
Buruh atau modal manusia telah menjadi aset yang penting dalam membangunkan
kelebihan daya saing. Dalam perniagaan berasaskan pengetahuan, nilai sebenar firma bukan aset
tangible tetapi nilai yang dicipta oleh aset intangible. Konsep intelectual capital atau modal
intelek mula digunakan untuk menggambarkan nilai yang dicipta oleh buruh berdasarkan
pengetahuan. Buruh yang dahulunya berasaskan craft production dan mass production, kini telah
beralih kepada flexible production. Flexible production ini membawa dimensi baru yang mana
kelebihan daya saing adalah nilai tambah kepada pekerja. Industri akan mengurangkan keperluan
buruh tidak berkemahiran tetapi meningkatkan keperluan buruh mahir dan berpengetahuan.
Glaesar (2005), adalah modal manusia akan terbina dengan sendirinya. Tempat yang
mempunyai kelebihan modal insan cenderung untuk membina dan mendapat manfaat daripada
kelebihan itu. Kehadiran universiti penyelidikan utama didapati menjadi faktor utama dalam set
kelebihan ini yang berperanan sebagai faktor pengeluaran dan pengagihan modal insan.
Pengetahuan yang bersifat tacit dan pertambahan dalam sector perkhidmatan telah member
penekanan kepada peranan modal insan. OECD (2001) telah mengenali sifat utama ekonomi
pengetahuan adalah permintaan tinggi untuk pekerja teknikal berkemahiran tinggi yang
mencapai angka lebih daripada purata dalam kelayakan mereka dan boleh diidentifikasi kepada
pekerjaan yang kaya dengan pengetahuan.

3.3 INOVASI DAN PENGETAHUAN : KESAN KEPADA INDUSTRI, MODAL INSAN


DAN PEMBANGUNAN WILAYAH
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi inovasi dan pengetahuan, antaranya; saiz
firma, perbelanjaan R & D, modal insan, latihan, adaptasi teknologi, kolaborasi dengan sumber
luaran, kehadiran amalan pengurusan pengetahuan dan orientasi eksport.
Dalam persaingan ekonomi masa kini, pengetahuan dan informasi telah menggantikan
modal fizikal sebagai sumber kelebihan daya saing kepada firma perniagaan. Faktor kritikal
dalam menjayakan ekonomi berasaskan pengetahuan dan ekonomi abad ke 21 ialah tenaga kerja
berpengetahuan, kreatif dan inovatif. Profil pekerja yang baru mungkin berbeza yang mana
dulunya pekerjaan berorientasikan hard skills, namun kini, ia lebih menekankan soft skills. Oleh
hal yang demikian, universiti memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan
intelek. Pembangunan modal manusia melalui pendidikan dan latihan menjadi antara petunjuk
penting kepada kesediaan stok sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran di sesuatu
tempat. Menurut Florida & Mellander (2006), penumpuan dan taburan stok modal insan yang
berkemahiran tinggi di sesuatu lokasi akan menjadi tarikan kepada firma high-tech untuk
menempatkan operasi mereka di sesuatu lokasi. Dalam kajian yang dijalankan oleh Berry dan
Glaeser (2005) mendapati kawasan bandar memiliki tahap modal manusia yang lebih tinggi
kerana penduduk yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi lebih tertarik ke kawasan
bandar.
Modal insan berkelulusan universiti yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran
tinggi dapat meningkatkan daya saing dalam pembangunan wilayah. Kajian Mincer (1974 yang
dipetik daripada Rahmah Ismail, 2003) di Amerika Syarikat telah dapat membuktikan bahawa
pendidikan adalah faktor penting yang menetukan faktor perolehan. Pekerja yang berkualiti
tinggi memberi nilai tambahan kepada firma dan dianggap sebagai intangible asset. Hubungan
pekerja berkualiti tinggi dan inovasi sangat penting kerana inovasi bergantung kepada
pengetahuan tacit. Pekerja berpengetahuan ditakrifkan mengikut kategori pekerjaan berdasarkan
penggunaan dan pengeluaran pengetahuan dan pengkelasan aktiviti ekonomi berdasarkan kerja
yang dijalankan oleh buruh. Pendidikan dan kelayakan kemahiran yang diperlukan oleh
pekerjaan yang pelbagai dan menidentifikasi pekerja sains dan teknologi sebagai berpendidikan

tinggi dan dapat bekerja dengan ijazah pertama (Cervantes, 1999). Tambahan lagi, buruh yang
mempunyai kelayakan university lebih cepat memahami mengenai inovasi.
Kajian kes di Jepun, kesan daripada polisi industri yang dijalankan oleh kerajaan Jepun,
dapat dilihat matlamat industrialisasi dan saingan kepada negara Barat. Jepun menjadi peneraju
di kalangan negara Asia Pasifik dalam bidang industri. Antara faktor kemajuan di negara Jepun,
mereka menerapkan hubungan universiti industri kerajaan yang mana menjadi aspek penting
dalam pembangunan inovasi. Perkembangan tiga entiti ini penting di peringkat wilayah. Jepun
menekankan perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi). Konfigurasi baru
institusi yang mempromosikan inovasi melalui konsep triple helix universiti, industri dan
kerajaan dapat dilihat melalui pertindanan antara satu sama lain. Universiti sebagai pembentuk
firma melalui kemudahan inkubator, industri sebagai pendidik melalui firma universiti dan
kerajaan sebagai venture capitalist melalui program seperti Small Business Innovation Research
(SBIR). Kerajaan menggalakkan koleberasi R&D di kalangan firma, universiti dan makmal
kerajaan. Peranan institusi dalam pertambahan tinggi di Jepun, Korea dan Taiwan
memperlihatkan peranan kerajaan dalam pembangunan ekonomi, produktiviti dan unsur
persaingan.
Di Sweden, sebahagian besar daripada pembiayaan untuk penyelidikan akademik
diperuntukkan melalui badan-badan dilaporkan terlibat dengan kementerian selain daripada
Kementerian Pendidikan dan Sains. Sektor universiti merupakan penerima utama wang untuk
penyelidikan gunaan dan pembangunan. R&D di Sweden memberi tumpuan sepenuhnya kepada
industri utama yang tertentu. Lima bidang R&D terbesar memerlukan lebih daripada 80%
daripada semua perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan dalam industri. Dan penyelidikan
ini tertumpu dalam beberapa syarikat. Farmaseutikal adalah industri R&D yang paling intensif
diikuti oleh telekomunikasi (NUTEK, 1998 yang dipetik daripada Benner & Sandstrom, 2000).
Pembiayaan R&D oleh kerajaan dalam bidang sains semula jadi, sains kejuruteraan dan
perubatan disalurkan melalui tiga mekanisme institusi yang berbeza: Peruntukan daripada Fakulti
terus dari Kementerian Pendidikan dan Sains, golongan kaya melalui pembiayaan daripada
majlis penyelidikan dan projek dibiayai oleh pelbagai agensi kerajaan. NUTEK (The Swedish
National Board for Industrial and Technical Development) merupakan agensi pembiayaan
terbesar teknikal di Sweden dengan bajet R&D hampir AS $ 100 juta. Bahagian yang dominan
9

yang mendapat sokongan daripada NUTEK untuk R&D teknikal disalurkan kepada sistem
akademik. NUTEK dan pegawai-pegawai penyelidikannya telah cuba untuk menggunakan ini
''kekangan'' sebagai satu cara untuk menerajui penyelidikan universiti kepada satu garis panduan
yang berkait dengan R&D perindustrian. Oleh itu, tujuan NUTEK adalah untuk menyambung
dan menyepadukan penyelidikan akademi sebahagian industri dominan di Sweden seperti
kejuruteraan, perhutanan, jentera dan lain-lain. Pandangan NUTEK yang menganggap dirinya
sebagai ''suara industri'' dalam sistem akademik bertindak sebagai jambatan antara akademik dan
kepentingan industri (Benner & Sandstrom, 2000). NUTEK bercadang untuk bertindak sebagai
''usahawan rangkaian'' yang akan memupuk pakatan antara industri dan penyelidik akademik
dalam pembangunan dan penyebaran teknologi baru. Penyelidik akademik, dari perspektif
NUTEK ini, kecenderungan mengabaikan isu-isu dan bidang yang relevan kepada industri.
Industri boleh meningkatkan R&D jangka panjang dengan merancang melalui hubungan dengan
penyelidikan akademik. Pengenalan ini dibuat, contohnya, melalui pergerakan penyelidik,
kerjasama penyelidikan, pemindahan teknologi dan lain-lain. Ini merupakan titik permulaan dan
rujukan untuk sokongan NUTEK untuk akademik. Oleh itu, penyelidikan merupakan kecekapan
teknologi struktur perindustrian yang sedia ada.
Taman Sains ialah harta yang berdasarkan inisiatif yang mana mempunyai pautan operasi
formal dengan universiti atau pendidikan tinggi atau institusi penyelidikan yang direka untuk
menggalakkan pembentukan dan pertumbuhan perniagaan berasaskan pengetahuan

dan

organisasi lain yang terdapat di kawasan tersebut. Taman Sains ini mempunyai fungsi
pengurusan yang aktif, terlibat dalam pemindahan teknologi dan kemahiran perniagaan
organisasi (Massey et.al., 1992). Taman Sains berfokus kepada perkembangan yang menyokong
penyelidikan berasaskan aktiviti komersial. Universiti dan pertubuhan pendidikan tinggi (IPT)
dilihat sebagai tempat kepakaran saintifik, penyelidikan, dan teknologi maju. Taman sains
dianggap sebagai mekanisme yang mana penyelidik akademik mengkomersialkan output
mereka, atau di mana firma mungkin mencari untuk akses kepakaran dan keputusan penyelidikan
akademik. Pada teras konsep taman sains, idea bahawa pengetahuan saintifik membawa
beberapa perkembangan linear kepada inovasi teknologi. Di UK, taman sains telah mencapai
satu tahap yang penting dalam pelaburan, terutamanya daripada sektor awam. Pada penhujung
tahun 1990, 293 juta telah dilaburkan bagi tanah dan bangunan untuk Taman Sains UK. Daripada
10

pelaburan ini, 59% daripada sumber awam, 9% daripada kerajaan tempatan, 29% daripada
institusi akademik dan 29% daripada agensi pembangunan wilayah (Massey et.al., 1992).
Pada awal fasa 1980-an, semasa ledakan taman sains, penaja Taman Sains masih tidak
jelas mengenai Taman Sains dan pencapaian yang mungkin dicapai oleh Taman Sains. Beberapa
tuntutan tambahan telah

dibuat yang membabitkan prospek guna tenaga dan potensi

pertumbuhan telah diwujudkan. Analisis dan dokumentasi yang dihasilkan melalui pembiayaan
dan pengurusan badan-badan yang berkaitan

bermatlamat untuk mendedahkan

maklumat

mengenai Taman Sains dengan luas dan objektif. Antara sebab utama ialah:
1) Kemudahan perhubungan R & D dan pemindahan teknologi antara institusi akademik dan
penyewa taman
2) Pembentukan, tarikan dan pertumbuhan firma baru
3) Promosi teknologi tinggi, mengetuai teknologi terkini atau aktiviti R&D yang berasaskan
teknologi
4) Pewujudan pekerjaan
5) Pertumbuhan semula ekonomi tempatan
6) Pulangan ke atas pelaburan komersial

Taman Sains Cambridge dan Taman Sains Aston mempunyai peratusan tertinggi

bagi

syarikat-syarikat yang baru memulakan perniagaan di semua taman UK, dan beberapa syarikat
tersebut adalah sampingan kepada akademik. Faktor utama yang menggalakkan firma baru di
Aston adalah

modal

daripada taman-taman syarikat pengurusan, Birmingham Technology

Limited (BTL). Dana modal ini dibiaya bersama Majlis Bandaraya Birmingham dan Lloyds
Bank yang berperanan untuk menyokong syarikat yang berada di taman tersebut dengan
memberi pelaburan ekuiti dan pinjaman asas. Ketersediaan modal usaha niaga daripada BTL
memainkan peranan utama dalam penubuhan perniagaan yang banyak dan menyediakan modal
pertumbuhan seterusnya. Satu lagi faktor di Aston, ironinya pemotongan yang dibuat ke atas
jabatan universiti berikutan pengurangan dalam pembiayaan universiti pada tahuan 1981 oleh
kerajaan negara. Jabatan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan industri dan terikat dengan
kontrak organisasi kerajaan. Berikutan pemotongan tersebut, beberapa ahli akademik
meninggalkan universiti untuk menubuhkan perusahaan komersial (Massey et.al., 1992).

11

Satu lagi bentuk keluaran sampingan akademik ialah pertubuhan yang kekal sebahagian
daripada universiti, tetapi terletak di taman sains. Sebahagian daripadanya, seperti Bradford dan
makmal mikroelektronik Universiti Swansea adalah sebahagian daripada jabatan universiti.
Yang lain akan beroperasi sebagai perusahaan separa autonomi. Taman Penyelidikan Heriot-Watt
mengetuai lima Institut Pemindahan Teknologi yang sebahagiannya daripada

pentadbiran

jabatan universiti, kakitangan mereka akan diambil sebagai bekerja dan diberi gaji pada taraf
akademik. Setiap unit ini bertujuan untuk menyediakan kepakaran teknikal dalam sektor-sektor
tertentu, termasuk pengkomputeran, industri minyak dan perubatan laser. Mereka menyediakan
perkhidmatan perundingan kepada industri dan beroperasi sebagai kontraktor R&D, dan mereka
bentuk produk untuk pelanggan.
Mengikut Japanese 1983 Technopolis Law, terdapat beberapa kriteria yang perlu ada pada
sesebuah Taman Sains, antaranya ialah mempunyai industri berteknologi tinggi dan sangat
berpotensi. Taman Sains berkeupayaan untuk menjalankan R&D melalui perkongsian dengan
industri. Taman Sains juga memerlukan kerjasama daripada Institut Pengajian Tinggi dan
pemerintah. Ia juga perlu dilengkapi dengan tapak dan kemudahan bekalan air untuk kegunaan
industri. Taman Sains juga perlu mempunyai tapak untuk kawasan perumahan dan memiliki
jaringan pengangkutan yang baik termasuklah pengangkutan udara, darat dan air. Dan kesemua
faktor ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan inovasi di wilayah tersebut
( Tan, 2005).

12

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, model triple helix telah memperlihatkan peranan institut pengajian tinggi
dalam membangunkan potensi industri. Peranan IPT dalam membentuk modal insan yang
berkualiti dengan kemahiran telah menghasilkan output seperti output inovasi dengan reka
bentuk produk dan perkhidmatan yang baru. Hal ini bergantung kepada pengetahuan modal insan
tersebut dalam menghasilkan sesuatu inovasi.
Kesannya dapat dilihat apabila model ini telah memperlihatkan kesan kepada hubungan
antara universiti, industri dan kerajaan dalam pembangunan wilayah. Contohnya dengan
wujudnya taman sains yang telah berjaya membangunkan ekonomi di sesuatu kawasan tersebut.
Taman Sains yang berfokus kepada penghasilan produk baru melalui R&D mendapat kerjasama
daripada universiti, industri dan pembiayaan daripada kerajaan. Oleh itu, pusat pengajian tinggi
menjadi hab kepada inovasi dan pengetahuan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti
tinggi dalam menghadapi orientasi ekonomi yang fleksibel dan berasaskan pengetahuan.

13

5.0 BIBLIOGRAFI

Berry, C.R. & Glaeser, E.L. (2005). The divergence of human capital levels across cities.
Harvard Institute of Economic Research. Diakses daripada
http://www.perpustakaan.depkeu.go.id/FOLDERJURNAL/HIER2091
Burns, H.W. (1963). Education and the development of nations. New York: Syracuse University
Press.
Cervantes, M. (1999). Background report: an analysis of S & T labour markets in OECD
countries. Paris: OECD.
Chun, W.C. & Popadiuk, S. (2006). Innovation and knowledge creation: How are these concepts
related?. International Journal of Information Management, 26. 302-312. Diakses
daripada http://ac.els-cdn.com/S0268401206000399/
David, H. (1960). Education and manpower. New York : Columbia University Press.
Etzkowitz, H. (2003). Innovation in innovation:The triple helix of university-industrygovernment relations. Social Science Information, 42.293-336. Doi :
10.1177/05390184030423002. Diakses daripada http://ssi.sagepub.com/content/42/3/293
Etzkowitz, H. & Kemelgor, C. (1998). The role of centres in the collectivization of academic
science.Minerva 36 (3), 68-231.Diakses daripada http://download.springer.com/static/
Florida, R. & Mellander, C. (2006). The Creative Class or Human Capital? Explaining Regional
Development in Sweden. Diakses daripada http://www.creativeclass.com/rfcgdb/articles
Frascati Manual. (2004). A summary of the Frascati manual. Main definitions and conventions
for the measurement of research and experimental development (R&D).
OCDE/GD(94)84. Diakses pada Oktober, 2015, daripada http://www.oecd.org/document/
Glaeser, E. L. (2005). Book review of Richard Floridas The rise of the creative class. Diambil
daripada http:/post.economics.harvard.edu/faculty/glaeser/papers/ReviewFlorida

14

Hoong, Y.Y. (1971). Role of universities in national development planning in Southeast Asia.
Singapura: Mc Graw Hill Publication.
Malerba, F., & Orsenigo, L. (1995). Schumpeterian patterns of innovation are technologyspecific. Department of Economics, Bocconi University, Via Gobbi, 5, 20136,451- 478.
Diakses daripada http://ac.els-cdn.com/0048733395008403/
Massey, D., Quintas, P. & Wield, V. (1992). Academic-industry links and innovation: questioning
the science park model. Technovation, 12:3. 161-175. Diakses daripada http://ac.elscdn.com/016649729290033E/
Nor Aini, I., Rahmah, I. & Razak, M. (2007). Pembangunan sumber manusia dalam era kekonomi. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
OECD (2001). The well-being of nations the role of human and social capital. Diakses daripada
http://www.oecd.org/site/worldforum/33703702.pdf
Oslo Manual, (2004). The measurement of scientific and technological activities. Proposed
guidelines for collecting and interpreting technological innovation data. European
Commission. Diambil pada Oktober, 2015, daripada http://www.oecd.org/
Rahmah, I. (2003). Ekonomi pembangunan : Isu sumber manusia. Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Rajnish, T. (2008). Innovation, Hamburg University of Technology. Diambil daripada
http://www.global-innovation.net/innovation/Innovation_Definitions.pdf
Tan, J. (2005). Growth of industry clusters and innovation:Lessons from Beijing Zhongguancun
Science Park. Journal of Business Venturing, 21. 827-850. Diakses daripada
http://avalon.cuautitlan2.unam.mx/materialesdidacticos/gerardo_sa/articulos/
Unit Perancangan Ekonomi. (2004). Kajian penyiasatan kandungan pengetahuan Malaysia.
Diakses daripada http://www.epu.gov.my/c/document_library/

15

You might also like