You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN
Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia di dalam memperkukuhkan sistem
pendidikan negara telah berjaya membina perpaduan sosial, ekonomi dan politik. Kajian ini
adalah penting untuk membantu perubahan hala tuju pendidikan dalam setiap rancangan
pembangunan lima tahun dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara. Sistem
pendidikan harus mampu memenuhi kehendak peningkatan daya saing negara. Pembentukan
modal manusia melalui pendidikan dan latihan menentukan kecekapan sumber manusia yang
diproses di institusi pengajian dari pendidikan rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.
Kecekapan sumber manusia adalah perlu untuk meningkatkan profesionalisme, motivasi dan
menambah nilai sesebuah institusi.

Beberapa teori berkaitan dengan perancangan pendidikan dan sumber tenaga manusia
dibincangkan untuk penambahbaikan dalam penggunaan sumber tenaga serta memberi nilai
tambah kepada keberkesanan peranan institusi pengajian tinggi dari aspek latihan dan
pendidikan. Secara keseluruhan, semua ujian statistik menunjukkan bahawa terdapat bukti
yang mengatakan bahawa buruh, modal dan perbelanjaan pendidikan adalah signifikan dalam
menerangkan perubahan dalam pertumbuhan ekonomi.

2.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN


2.0.1 Proses Perubahan Masyarakat

Teori Modenisasi merupakan satu teori yang menekankan proses perubahan


masyarakat, institusi, dan negara daripada satu keadaan semasa kepada satu keadaan yang
lebih baik. Contohnya sistem pertanian Malaysia yang kini telah berubah untuk ke arah
komersial dan perubahan cara penanaman yang bersifat tradisional ke arah berteknologi
tinggi ini bertujuan bagi meningkatkan lagi pengeluaran. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005:
45)

Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional
dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan
tidak membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat bandar, membangun dan
industri. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Pembangunan berlaku akibat jelmaan ciri-ciri suatu golongan kepada golongan yang lebih
maju. Pendekatan ini mengandaikan bahawa keterbelakangan ekonomi, sistem pengeluaran,
ragam tingkah laku adalah halangan kepada perkembangan ekonomi dan menimbulkan sikap

1
konservatif terhadap perubahan, pemodenan dan pertumbuhan ekonomi (Rahimah Aziz
1989: 197).

Sebenarnya isu berkaitan sumber manusia telah mula diambil kira dalam Rancangan
Malaysia Pertama lagi apabila kerajaan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja
terlatih. Inisiatif telah diambil dalam memperbaiki taraf pendidikan formal untuk tujuan
perkembangan ekonomi dan sosial. RM ke 2 pula menekankan aspek sumber manusia dengan
menjurus kepada perkembangan tenaga mahir melalui program latihan selaras dengan
kehendak Dasar Ekonomi Baru dimana masyarakat bumiputra dan golongan miskin diberi
peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam bidang sains, teknik
dan vokasional. Menurut (Shahril @ Charil Marzuki Habib Mat Som, 1999) “Di negara-
negara membangun dan maju, sistem pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang moden
dan akan mudah menerima perubahan dan sanggup menmgemukakan perubahan “

2.0.2 Sumbangan Perancangan Pendidikan Dalam Pembangunan Ekonomi .

Artikel ini telah mengutarakan satu pandangan bahawa perancangan dasar pendidikan
bagi menyediakan sumber tenaga manusia yang mahir dan terlatih adalah penting untuk
menangani perubahan dan cabaran di dalam bidang pendidikan supaya sebarang perubahan
dan cabaran yang berlaku dapat mengintegrasikan kecekapan sumber tenaga manusia yang
semakin penting ,lebih-lebih lagi dengan peralihan ekonomi Malaysia daripada isntensif
buruh kepada intensif teknologi. Peruntukan yang tinggi juga telah diberikan ke sektor ini
dan telah memberi banyak kesan positif seperti pengurangan kemiskinan dan penstrukturan
semula masyarakat. Kenyataan ini disokong oleh (Sufean Hussin, 2004 : 212) “ Isu-isu
pendidikn lahir sebagai simptom atau fenomena yang memerlukan usaha yang terancang
untuk menanganinya”.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori pergantungan yang mengenalpasti dan
melihat negara mundur yang ditindas dan dipergunakan oleh negara maju untuk mendapat
kepentingan daripada negara mundur. Negara maju akan mendapatkan bekalan bahan
mentah dari negara mundur dan akan memproses kemudiannya akan menjual kembali
kepada negara mundur pada harga yang tinggi.

2
Seers (1979) pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan,
kurangnya jumlah penganguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan,
pengangguran dan ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ini biasanya
mencirikan negara-negara Dunia Ketiga. Beliau berpendapat bahawa pembangunan
bermaksud pengurangan pergantungan budaya kepada satu atau lebih kuasa besar dan ini
dapat dilakukan misalnya, dengan meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan,
memperuntukkan lebih banyak masa siaran televisyen untuk rancangan tempatan dan
meningkatkan mutu pendidikan tempatan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

Adanya kemudahan pendidikan dan latihan serta peluang-peluang pekerjaan yang lebih
banyak di dalam sektor bukan pertanian, golongan miskin akan dapat mengalami mobiliti
sosial dengan lebih pesat dan seterunya akan dapat mengatasi masalah kemiskinan. (Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 115). Menurut Smelser (1959), proses
modenisasi boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu modenisasi teknologi perlu
untuk mengubah dari teknik tradisi yang mudah kepada aplikasi pengetahuan yang saintifik.
sosial (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 44). Pendidikan dan pembangunan sumber manusia
(PSM) adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara. Sistem pendidikan harus mampu
memenuhi kehendak komersil dan industri, dan boleh menghasilkan tenaga kerja yang
berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. .

 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis kepentingan perancangan kerajaan dalam
sektor pendidikan dalam mearncangan pembangunan negara dan pada masa yang sama
menganalisa betapa besarnya peranan pembangunan sumber manusia ( PSM) dan pendidikan
dalam pertumbuhan ekonomi negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RM9)
perbelanjaan yang sangat besar telah diperuntukkan untuk perancangan PSM. Kajian empirik
juga dilakukan untuk menentukan kesan keberkesanan perbelanjaan pendidikan terhadap
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

4.0 REKA BENTUK

3
Kajian ini menggunakan data siri masa tahun 1973-2004 dan merujuk kepada empat
pembolehubah, iaitu KDNK, gunatenaga, modal dan perbelanjaan pendidikan. Data sekunder
telah diperoleh daripada berbagai sumber seperti Bank Pembangunan Asia. Jabatan
Perangkaan dan pelbagai keluaran Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Analisis diskriptif
telah di lakukan terhadap peruntukan pendidikan dan kesan pendidikan terhadap
pembangunan negara. Bagi mengkaji keberkesanan perbelanjaan pendidikan, satu kajian
empirik dibuat bagi menentukan kesan sebenar peruntukan berkenaan terhadap petumbuhan
KDNK. Secara umumnya, kajian menganggarkan bahawa faktor penentu dalam peningkatan
hasil ataupun pendapatan adalah pengaruh buruh, modal, modal insan dan teknologi. Namun
untuk kajian ini, skopnya dibataskan kepada buruh, modal dan perbelanjaan kepada Sektor
Pendidikan. Kutipan data pendapatan perkapita telah dijelaskan dengan menggunakan graf.

Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan teknik kajian yang menunjukkan
pengkaji mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang penyelidikan pendidikan.
Kaedah penulisan yang digunakan adalah tersusun mengikut format penulisan
jurnal.Penulisan didahulukan dengan tajuk, pengenalan kepada tajuk, isi kandungan dan
berakhir dengan penutup. Pengkaji telah menerangkan terlebih dahulu permasalahan yang
timbul dan membuat huraian dengan jelas metodologi kajian yang digunakan. Teknik
penulisan dan kajian yang dijalankan memberi kefahaman yang jelas terhadap permasalahan
kajian.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN CADANGAN

Instrumen kajian dan prosedur penganalisisan data dicapai oleh responden secara
empirikel . Data yang diperolehi telah dianalisis dan diterjemah dalam bentuk jadual dan
graf telah digunakan untuk analisis. Hasil dapatan ini membolehkan pengkaji memperolehi
gambaran bahawa perubahan banyak membawa kepada cabaran dan strategi dalam
pengurusan sumber tenaga manusia perlu yang dirancang dengan teratur kerana institusi
pengajian tinggi mempunyai persekitaran yang unik. Teori pergantungan dapat dijadikan
panduan dengan mengenalpasti dan melihat negara mundur yang ditindas dan dipergunakan
oleh negara maju untuk mendapat kepentingan daripada negara mundur. Negara maju akan
mendapatkan bekalan bahan mentah dari negara mundur dan akan memproses kemudiannya
akan menjual kembali kepada negara mundur pada harga yang tinggi. Prebisch bersama
teman-teman pakarnya menghadapi masalah dengan fakta yang memperlihat pertumbuhan

4
ekonomi negara-negara kecil dalam kajian beliau mencadangkan aktiviti-aktiviti ekonomi
negara-negara maju sering meninggalkan kesan serius kepada ekonomi negara miskin. sosial
(Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 47)

Pengkaji juga telah mencadangkan bahawa strategi pembangunan sumber manusia

yang berkesan boleh membawa ke era transformasi pendidikan tinggi. Bagi menjalankan

penyelidikan penggunaan sumber tenaga manusia, penyelidikan perlu dijalankan ke atas

kecekapan institusi pengajian tinggi dan perancangan yang rapi dalam program- program

pendidikan.

Manakala mengikut Sunkel (1969), mendefinisikan pergantungan sebagai penerangan


ke atas soal pembangunan ekonomi sesebuah negara terutama dari segi pengaruh luaran ke
atas polisi pembangunan nasional negara berkenaan. Ia menyentuh soal politik, ekonomi dan
budaya. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 48)

Kajian ini boleh menyumbang kepada perancangan pembangunan sektor pendidikan


yang baik dan berkesan mampu mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan sesebuah
negara. Ini jelas terbukti dengan meningkatnya institusi pendidikan, bertambahnya enrolmen
di institusi pendidikan,meningkatnya lepasan pengajian tinggi, meningkatnya pengeluaran
tenaga kerja mahir,berkurangnya kadar pengangguran dan kemiskinan serta sumbangan
positifnya terhadap pertumbuhan KDNK negara. Dengan negara menuju ke arah sebuah
negara maju, perlunya perancangan sebegini diterusan.

Universiti di negara-negara membangun mempunyai keutamaan dalam memenuhi tuntutan


pembangunan tenaga kerja mahir jika negaranya ingin berjaya dalam pembangunan (Mohd
Taib Osman, 2004)

KESIMPULAN

5
Perancangan pembangunan sektor pendidikan yang baik dan berkesan mampu
mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara. Ini jelas terbukti dengan
meningkatnya institusi pendidikan, bertambahnya enrolmen di institusi
pendidikan,meningkatnya lepasan pengajian tinggi, meningkatnya pengeluaran tenaga kerja
mahir,berkurangnya kadar pengangguran dan kemiskinan Kesimpulannya boleh dikatakan
bahawa pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi
sesebuah negara.

Peranan Pendidkan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia


menjadi Negara maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal
( Abd. Rahim Abd. Rashir, 2000). Maka perancangan yang baik dalam sektor pendidikan
adalah diperlukan untuk menjayakan pembangunan yang berkesan dan berterusan.
Pembangunan disemua sektor akan mendorong pembangunan industri berasaskan pendidikan
yang akan seterusnya mencetuskan bidang baru dalam pertumbuhan ekonomi yang
seterusnya akan membawa kepada perluasan permintaan terhadap tenaga manusia.

Secara keseluruhan artikel ini telah membuat satu anjakan pradigma kepada pembaca
dari segi persepsi tentang betapa perlunya kemahiran dan strategi sumber manusia yang
cekap dalam mengurus perubahan yang berlaku dipersekitaran dan melahirkan tenaga
manusia yang berkualiti dan produktif seiring dengan perancangan pendidikan yang
memenuhi keperluan pasaran ekonomi semasa.

RUJUKAN

6
Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan & Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad & Noraziah Ali. Volume 4, Number 1, 13-29,
2009. Keperluan, Kepentingan Dan Sumbangan Perancangan Pendidikan Dalam
Pembangunan Ekonomi Malaysia. Jurnal e-Bangi.

Mohd Taib Osman (2004). Universiti dan Tradisi Kecemerlangan.Kuala Lumpur. Universiti
Malaya.

Rahimah Abdul Aziz (1989). Pengantar sosiologi Pembangun. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999) .Isu pendidikan di malaysia, sorotan
dan cabaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Sufian Hussin. (2004). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sunkel (1969). Structural Change, Development Strategies and Planning in Chile.

http://books.goole.com.my/books/about/Structural_Change_Development_Strategies

dimuat turun pada 24 September 2013

Mohamad rodzi abd razak (2009). Pembinaan negara bangsa malaysia:Peranan pendidikan
sejarah dan Dasar pendidikan kebangsaan
http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf. Dimuat turun pada 16/09/2013

Teori Pembangunan dan Modenisasi Baru. Dunia Pendidikan Bangka Belitung.

http://indrawadi.blogspot.com/2009/01/teori-pembangunan-modernisasi-baru.html. Diimuat

turun pada 16/09/2013

7
Zaheruddin dan Yusof Pon (2005). TEORI DAN KONSEP PEMBANGUNAN.

http://pembangunan162.blogspot.com/2011/06/teori-dan-konsep-pembangunan.html

Dimuat turun pada 24/09/2013

You might also like