You are on page 1of 42

MARKA

SEMESTER 2 SESI 2021


KPP 60704 : PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

TUGASAN : KERTAS PROJEK KUMPULAN

TAJUK

ANALISIS MASALAH IBUBAPA DAN CARA PENYELESAIANNYA DALAM


PENCAPAIAN PELAJAR DI SEKOLAH KURANG MURID (SKM) MELALUI
KAEDAH HERMENEUTIK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM NO. TELEFON

PSIKOLOGI
KALAI SELVAN A/L PERIASAMY M20201000168 PENDIDIKAN 011-26872697

KUMPULAN KULIAH :A

PENSYARAH : DR SUPPIAH A/L NACHIAPPAN

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini mengandungi pengenalan, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian
kerangsa koseptual, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi istilah kajian dan rumusan
kajian. Elemen yang boleh diketengahkan ialah konsep-konsep utama dalam kajian ini
dibincangkan secara ringkas sahaja.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pendidikan yang berkualiti merupakan suatu konsep yang dinamik, berubah dan berkembang
mengikut peredaran masa serta akan sentiasa akan berubah dalam konteks sosial, ekonomi,
dan persekitaran setempat. Pendidikan berkualiti menggunakan pendekatan kemahiran dalam
pendidikan dan menerapkan yang kemahiran lain. Manusia perlu bersedia menggunakan
multi-kemahiran ketika melaksanakan aktiviti harian; berhubung dengan ahli keluarga dan
masyarakat; serta bertindak sebagai individu, ahli dalam sesuatu kumpulan, dan pekerja di
dalam sesebuah organisasi.

Pendidikan adalah kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ kehidupan. Pelaburan


dalam pendidikan yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat
pendidikan tertinggi mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti kehidupan seseorang.
Justeru itu, penyediaan individu sebagai tenaga kerja merupakan agenda utama pendidikan.

Pendidikan yang berkualiti juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka
suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta
meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus, 1992).
Matlamat FPK adalah untuk membentukkan manusia yang sempurna dan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dinamik dan berprogresif. Bagi meningkatkan lagi
Sistem pendidikan Negara.

Ilmu pengetahuan dapat melahirkan seorang pelajar yang bermoral. Pelajaran


membentuk seseorang itu menjadi lebih positif. Justeru itu, apabila seseorang pelajar itu
memiliki ilmu maka sudah pasti mempunyai  nilai-nilai moral dalam dirinya. Justeru itu,
pelajar tersebut akan berjaya di dalam kehidupannya. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan itu
dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia serta bersahsiah. Tambahan pula, pendidikan
merupakan pelaburan yang sangat berharga di sesebuah negara. Maka setiap pelajar di negara
ini harus mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

Kementerian pelajaran Malaysia telahpun menambahbaik system pembelajaran


kepada kaedah yang terkini iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sistem ini  bertujuan
menguji tahap pemikiran pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan aras tinggi dan memberi
peluang kepada murid untuk menyelesaikan masalah. Hal ini bertujuan bagi melahirkan
pelajar yang berminda dan berfikiran secara meluas berlait rapat dengan persekitaran. Oleh
itu, ini juga boleh menjadi aset yang beharga kepada Negara.

Sebagai sebuah Negara yang membangun dengan pesat dan sedang menuju ke era
Negara maju, maka rakyat Malaysia haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab untuk
haruslah memajukan dalam bidang pendidikan menjurus kepada pelajar. Tambahan pula
pendidikan merupakan jambatan kehidupan untuk mencorakkan kehidupan yang lebih cerah
agar mempunyai masa depan yang lebih gemilang. Pada masa kini, ilmu pengetahuan itu
penting kepada seseorang indivdu yang bergelar pelajar kerana mampu melahirkan pelajar
bijak dalam pembelajaran di samping dapat meningkatkan lagi prestasi dalam pelajaran.

Kehidupan seseorang pelajar yang memiliki pendidikan yang tinggi juga akan
membina keselesaan hidup yang lebih baik dan sempurna. Justeru itu, pendidikan juga
menjadikan seseorang pelajar itu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa
dan Negara. Selain itu, seseorang pelajar itu akan akan dijadikan rujukan oleh masyarakat
jika memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek.

Tambahan juga kehidupan yang menjadikan seseorang pelajar menghadapi cabaran


hidup yang lebih mencabar pada masa yang akan datang disebabkan kecanggihan teknologi
yang menonjol akibat penyelidikan dan penerokaan ilmu pengetahuan dalam bidang
teknologi elektronik. Oleh itu, pendidikan sangat penting bagi setiap individu untuk
meningkatkan taraf hidup mereka bagi menempa rintangan dalam kehidupan yang penuh
dengan persaingan pada masa kini. Cabaran dunia pada hari ini yang menyebabkan kita perlu
menuntut ilmu sehingga sampai ke menara gading.

Hal ini kerana, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam
mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada
pendidikan yang diterima (Ross dan Wu, 1996). Lemah dalam pendidikan akan mendorong
individu untuk hidup dalam kemiskinan (Preston dan Elo, 1996) berbanding dengan individu
yang mempunyai kemahiran literasi yang tinggi dalam pendidikan (Lucas, 1972). Pelajar dari
keluarga yang berpendapatan yang rendah didapati lebih cenderung untuk gagal atau
bermasalah di sekolah berbanding pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan
tinggi atau baik.

Sistem pendidikan merangkumi semua jenis pendidikan bermula dari sekolah rendah
sehinggalah pengajian tinggi. Hussin et al., (2010) menjelaskan pendidikan satu agenda besar
yang boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Masyarakat
yang berilmu meletakkan ilmu sebagai cara hidup dan mempunyai kapasiti dalam membuat
keputusan matang, jelas dan tepat.

Pelajar juga cenderung untuk terlibat dalam tingkahlaku devian serta mempamerkan
kualiti hidup yang rendah (Preston dan Elo, 1996). Jelasnya, pendidikan berupaya
mempengaruhi kualiti hidup. Hal ini terbukti apabila diselidiki daripada keputusan
peperiksaan pelajar, pengukuran kognitif pelajar, serta pasaran buruh selepas tamat
persekolahan (James dan Beckett, 2000; House, Lepkowski, Kinney, Mero, Kessler, dan
Herzog, 1994).

Menurut Schalock (1996), kualiti hidup manusia boleh dibahagikan kepada lapan
prinsip utama iaitu kesejahteraan emosi, hubungan interpersonal, kesejahteraan perkakasan,
perkembangan personal, kesejahteraan fizikal, pembuatan keputusan, hubungan sosial, dan
hak. Untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti, peranan pendidikan amat penting.
Ross dan Wu (1996) melaporkan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas
pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memerolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.
Menurut Wayne (2001), proses pembangunan dilihat dari aspek pertumbuhan
ekonomi, pembangunan dan kemajuan infrastruktur yang kolektif. Sosio ekonomi masyarakat
dilihat daripada aktiviti komuniti dalam bidang ekonomi termasuk faktor-faktor ekonomi dan
masyarakat yang bertujuan untuk mencipta punca pendapatan kepada ahli masyarakat. Oleh
hal yang demikian, aktiviti ini akan memberi kesan secara langsung atau tidak terhadap
perubahan yang baik mahupun sebaliknya (Aki et al., 2015).

Walau bagaimanapun, usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat perlu dilihat
seiring dengan pendidikan dan pendapatan kerana kedua-dua elemen ini dilihat pemangkin
utama dalam memastikan kadar kemiskinan berkurangan. Ia juga adalah untuk memastikan
pembentukan dalam pembangunan komuniti kampung berterusan. Oleh hal yang demikian,
pendidikan dan pekerjaan adalah saling berkait rapat.

Pendidikan merupakan elemen perubahan yang menyebabkan berlakunya perubahan


sosiobudaya dan sosio-ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Ini kerana ia merupakan agen
sosial dan membuka ruang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Pekerjaan yang baik
pula memberikan pendapatan lumayan untuk menikmati gaya hidup yang lebih baik (Nor
Hayati et al., 2017).

Pembangunan luar bandar perlu seiring dengan keperluan pembangunan untuk


kesejahteraan masyarakat dan pentingnya penjagaan bersama yang dilakukan secara bersama-
sama. Pembangunan sosial merupakan satu proses perubahan kepada pembentukan dan
peningkatan kesejahteraan hidup masyarakat dalam keseluruhan proses pembangunan yang
dinamik. Kualiti hidup masyarakat merupakan pengaruh besar dalam proses transformasi luar
bandar. Antara salah satu kualiti kesejahteraan masyarakat adalah pendidikan yang kolektif.

Kesedaran dalam pendidikan adalah kurang dalam kalangan masyarakat dan golongan
tua kerana pengaruh budaya dan corak kehidupan lama dan terdahulu telah menyempitkan
mentaliti untuk mengubah gaya hidup dan taraf kehidupan yang lebih baik lagi. Namun
begitu, masyarakat kini menyedari hakikat kepentingan ilmu dengan memastikan anak-anak
mendapat pendidikan seperti anak-anak luar bandar yang lain (Johdi et al., 2009).
Menurut Akhmal et al., (2011) menjelaskan pendidikan melibatkan masyarakat dan
individu. Ia bermakna masyarakat memandang pendidikan sebagai warisan nilai-nilai budaya
daripada generasi tua ke muda manakala individu membangunkan dan menggilap potensi
yang ada dalam diri untuk mewujudkan kemampuan tertentu bagi menjamin kehidupan
manusia. Pendidikan bermula daripada kefahaman peri pentingnya ilmu untuk memajukan
potensi diri dan peribadi.

Namun demikian, terdapat kajian terdahulu yang menekankan bahawa pendidikan


merupakan salah satu faktor yang tidak boleh disisihkan dalam usaha mengurangkan
kemiskinan (Brown 2007). Sekiranya pendidikan disisihkan, ia akan menyukarkan golongan
ini dalam mengatasi masalah kemiskinan. Pendidikan rendah dilihat merupakan punca
kemiskinan kerana mereka yang berpendidikan rendah tidak dapat membuat keputusan yang
tepat dan membuat pertimbangan dalam membuat keputusan dan mudah dipengaruhi oleh
persekitaran. Menurut Noraini dan Hussin (2017) sememangnya faktor pendidikan yang
rendah salah satu punca utama kemiskinan bagi isi rumah.

Kualiti hidup merupakan satu darjah kesejahteraan yang dirasai atau dinikmati oleh
individu atau sekumpulan manusia (Ross dan Willigen, 1997). Kualiti hidup boleh dilihat
daripada pelbagai perspektif, serta dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Namun demikian,
ia tidak boleh diukur secara langsung kerana kualiti hidup bukanlah satu konsep yang
konkrit.Para guru ibubapa yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak. Peranan
mereka sebagai pembina utama dan pertama anak-anak sukar dicari penggalang ganti. 
Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai kasih sayang, erti
kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab.

1.3 Pernyataan Masalah

Ibubapa merupakan institusi yang utama bagi setiap anak, kerana ibubapa mempunyai
peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang harmonis, berilmu seterusnya melahirkan
warga yang cemerlang dalam mencapai kemajuan dan pembangunan modal insan. Institusi
keluarga, ibubapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak dan mereka
yang mencorakkan perkembangan peribadi anak-anak bermula di peringkat kelahiran
sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, Ronald & Veneziano, 2001). Asuhan dan didikan
yang sempurna juga perhatian yang secukupnya serta kasih sayang terhadap anak-anak akan
mencorakkan kehidupan anak-anak di masa akan datang ( Lain Ehmann, 2001).

Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara


memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri,
dan kestabilan hubungan sosial. Semua ibubapa wajar melengkapkan diri dengan ilmu
mendidik anak-anak agar dapat membentuk sebuah keluarga bahagia. Menurut kajian oleh
Amold et al., (2008) mendapati hubungan antara ibubapa dan pelajar adalah elemen yang
utama dalam kemajuan pelajar. Bagi kajian ini ianya bagi melihat tahap keterlibatan ibubapa
dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di Sekolah Kurang Murid (SKM).

Kemerosotan pelajar dalam kalangan SKM sering berlaku di kawasan luar bandar.
Mereka sukar untuk mengulangkaji pelajaran di rumah. Tidak terlanjur jika mengatakan para
ibubapa di SKM ini memang tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Ibubapa lebih
mementingkan diri sendiri berbanding dengan masa hadapan anak mereka. Masalah
penceraian dan pergaduhan dalam kalangan ibubapa menyebabkan anak-anak mereka tidak
dapat menumpukan dalam pelajaran mereka. Pelajar sering tidak dapat hadir ke sekolah
kerana sering berlaku pergaduhan antara ibubapa di rumah. Pergaduahn antara ibubapa
menyebabkan gangguan emosi pada diri pelajar menyebabkan pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran. Penceraian antara ibubapa
menyebabkan keluarga yang bahagia menjadi runtuh, masa depan anak-anak menjadi tanda
soal pada masa akan datang.

Maka, pelajar kurang beryakinan diri dan tidak menunjukkan minat dalam pelajaran
di sekolah. Maka, ibubapa harus memahami pendidikan membantu individu membina
keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada
dipersekitarannya, serta memberi keyakinan diri. Menurut Rohaty (2003), dari keluarga
miskin di Malaysia kurang memperhatikan tentang pentingnya pembentukan kendiri anak-
anak mereka pada usia awal. Keadaan di rumah yang kurang selesa untuk pembelajaran di
persekitaran mereka (Arnold, Zeljo & Doctoroff, 2008). Ibubapa kehilangan peluang unutk
mengembangkan anak-anaknya secara maksimum (Ishak, 2004).
Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara
memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri,
dan kestabilan hubungan sosial. Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), pendidikan
memainkan peranan utama dalam memperkembangkan potensi individu. Setiap potensi
individu akan berkembang ke tahap cemerlang jika peluang secukupnya. Pendidikan mampu
melahirkan individu yang lebih berilmu, mulia ,berbudi pekerti yang tinggi, sopan,
bertanggungjawab, berketerampilan dan sebagainya. Dalam usaha kerajaan untuk
memperkasakan modal insan di negara ini, aspek pendidikan dan latihan merupakan asas
kejayaan ke arah pembangunan modal insan yang cemerlang. Menurut Aidit (2008),
pelaburan dari aspek pendidikan dan latihan merupakan pelaburan yang amat penting
terhadap sumber manusia.

Pendapatan yang kurang di kawasan pendalaman menyebebkan ibubapa tidak


mempedulikan pelajaran daripada pendapatan mereka. Mereka juga tiada pendedadahan
tentang alam pendidikan dan dunia luar. Apabila pendapatan mereka kurang, maka ibubapa
tidak mempedulikan pendidikan anak-anak mereka. Ibubapa tidak dapat mewujudkan suasana
kehidupan yang aman yang dipenuhi dengan kasih sayang bagi membantu anak-anak mereka
berjaya dalam kehidupan. Ibubapa yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi
cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang tinggi. Justeru itu,
ibubapa tiada masa untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Para ibubapa hanya
tertumpu pada penambahan pendapatan keluarga sahaja. Anak-anak pada usia awal
memerlukan kasih sayang yang sepenuhnya bagi menjadi insan yang yakin pada diri sendiri
dan dunia luar. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan,
perhatian awal harus tertumpu kepada kanak-kanak. Menurut Rohaty (2003), peranan
keterlibatan ibubapa dalam proses pendidikan adalah amat penting bagi membentuk konsep
kendiri anak-anak mereka. Konsep kendiri merupakan keseluruhan persepsi seseorang
terhadap dirinya sendiri sama ada berbentuk deskriptif atau berupa penilaian secara kognitif.
Satu daripada kesan konsep kendiri ialah ke atas pencapaian akademik. Menurut Ishak
(2004), tinggi atau rendahnya pencapaian akademik adalah bergantung kepada positif atau
negatifnya tanggapan konsep kendiri seseorang itu terhadap pelajaran.

Kemerosotan pelajar dikalangan SKM bukan hanya tertumpu pada di rumah sahaja.
Ianya melibatkan kawasan tempat tinggal dan persekitarannya. Masyarakat yang tinggal di
kawasan pendalaman juga tidak menyedari tentang kepentingan pendidikan. Masyarakat yang
tinggal di kawasan persekitarannya juga kurang berpendidikan, maka mereka tidak begitu
mementingkan pendidikan dan tidak dapat menyumbangkan tenaga mereka dalam apa jua
cara. Kemudahan juga adalah salah satu masalah menyebabkan mereka dalam kemerosotan
pelajaran mereka. Kawasan pendalaman tidak ada kemudahan seperti perpustakaan awam,
perkhidmatan tuisyen,perkhidmatan internet, penglibatan program luar dan sebagainya.
Kurang kemudahan seperti ini menyebabkan pelajar serta ibubapa tidak menyedari
kepentingan pelajaran pada masyarakat yang tinggal dalam kawasan pendalaman tersebut.

Tambahan pula, walaupun terdapat program ibubapa dan komuniti di semua sekolah
di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi ibubapa kawasan pendalaman masih tidak
ada kesedaran yang teliti tentang program ini di sekolah. Program ini menitikberatkan
pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Contohnya Hari Sukan, Hari pelaporan target
UPSR, Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun, Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG dan Anugerah Kecemerlangan setiap tahun. Tetapi penglibatan ibubapa di
SKM tidak begitu mendapat sambutan yang baik. Disebaliknya, ibubapa meluangkan masa
untuk datang sekolah hanya menerima bantuan kewangan yang diberi oleh pihak sekolah.
Contohnya Bantuan Kumpulan Wang Amanah pelajar Miskin (KWAPM) dan Bantuan Awal
Persekolahan. Ini jelas menunjukkan ibubapa kawasan pendalaman lebih mementing
kewangan berbanding dengan pendidikan. Pengkaji teruja untuk mengenalpasti perkara-
perkara yang mendorong kepada masalah yang dihadapi oleh SKM dalam menangani
masalah ini. Oleh itu, pengkaji ingin menyelidik masalah yang wujud dalam pelajaran serta
melihat perkaitan sejauh manakah masalah ini mempengaruhi pelajar di SKM. Tambahan
pula, pengkaji melihat kesan masalah kemerosotan pelajar apabila wujudnya faktor
halangan dalam pelajaran di SKM.

Peranan ibubapa dalam usaha membentuk keluarga bahagia adalah amat penting.
Ibubapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan
teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap
menghormati antara ahli keluarga. Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan
konflik dalam keluarga. Oleh itu, anak-anak mesti menghormati ibubapa pada setiap masa
dengan tutur kata dan perbuatan yang balk.
1.4 Objektif Kajian

Kajian ini telah dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut:

i Mengenal pasti masalah ibubapa yang di hadapi oleh pelajar di SKM.

ii Mengenalpasti cara-cara untuk mengatasi masalah ibubapa yang dihadapi


oleh pelajar di SKM.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut.

i Apakah masalah ibubapa yang dihadapi oleh pelajar di Sekolah Kurang


Murid?

ii Apakah cara-cara mengatasi masalah ibubapa yang dihadapi oleh pelajar di


Sekolah Kurang Murid?

1.6 Kepentingan Kajian

Memang tidak dinafikan bahawa, para ibubapa menghadapi masalah dari segi diri sendiri,
anak-anak, pekerjaan dan keluarga. Tanggungjawab ibubapa bukan sahaja memberikan
pendidikan kepada anak-anak mereka. Para ibubapa juga mempunyai kewajipan melibatkan
diri dalam pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Kajian ini mempunyai kepentingan
untuk mengenalpasti masalah ibubapa yang dihadapi oleh pelajar di SKM.

Dalam kata lain ibubapa juga menghadapai cabaran dalam pendidikan anak-anak
mereka selaras dengan perkembangan dunia pendidikan era globalisasi. Falsafah pendidikan
negara yang berazam untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara juga jelas menunjukkan peranan dan kepentingan
pendidikan itu sendiri dalam konteks yang lebih terperinci. Maka, dengan adanya pendidikan,
ia mampu mengubah nasib diri seseorang bergantung dengan tahap pendidikan yang
diterimanya.

Para ibubapa harus meningkatkan pengetahuan mereka dan juga mempertingkatkan


ilmu pengetahuan diri dalam pendidikan untuk memantapkan lagi tahap pengetahuan
pendidikan untuk berhadapan dengan anak-anak dalam zaman perkembangan globalisasi
ini. Fungsi ibubapa dalam membentuk anak-anak sukar dicari ganti.  Melalui mereka anak-
anak mengenal kasih sayang, nilai-nilai kehidupan dan erti kasih sayang. Ibubapa diberikan
kedudukan yang tinggi dalam institusi keluarga dan masyarakat.  Arahan berterima kasih
diletakkan pada tempat yang pertama selepas ibadah kepada Tuhan kerana pengorbanan
insaniah yang tidak berbelah bagi begitu juga keutamaan memberikan bantuan didahulukan
ibubapa di atas yang lain. 

Maka sebagai ibubapa yang bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak mereka


perlu mewujudkan suasana pembelajarn yang kondusif kepada anak-anak mereka. Ibubapa
pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak.  Mereka
dituntut untuk memastikan anak-anak dibesar dan diberikan pendidikan yang merangkumi
pembentukan akal, jasmani, rohani, akhlak dan sosial. Suasana persekitaran memberikan
tekanan kepada ibubapa dalam menangani cabaran tersebut.  Keperluan menambahkan
pendapatan memerlukan kedua ibubapa bekerja telah mengurangkan masa bersama dengan
anak-anak. Justeru, mereka terpaksa mencari alternatif lain seperti mengambil pembantu
rumah, menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau ke sesi persekolahan tambahan untuk
memastikan kepentingan pendidikan anak-anak terjaga.  Kewujudan masalah sosial juga turut
merunsingkan ibubapa.

Kajian mendapati masalah yang dihadapi oleh ibubapa ialah terdiri daripada faktor
hubungan kekeluargaan, peluang bersama anak yang terhad, anak-anak lebih selesa berkongsi
dengan orang lain, sikap ibubapa dan sikap anak-anak itu sendiri. Manakala cabaran yang
dihadapi oleh ibubapa pula ialah pengaruh rakan sebaya dan penggunaan teknologi.
Kesimpulannya, masalah dan cabaran yang telah dikemukakan dalam kajian ini amat penting
diketahui agar anak-anak dapat dibentuk dari awal supaya menjadi penerus bangsa yang
berjaya. Ilmu keibubapaan adalah penting untuk membawa kebahagiaan dan keharmonian
dalam keluarga masing-masing. Pendidikan dan asuhan yang baik perlu diberikan kepada
anak-anak mengikut kesesuaian peringkat umur agar mendapat penerimaan dan maklum
balas yang positif.

Justeru pengkaji juga mengharapkan bahawa, kajian yang dijalankan ini memberi
manfaat kepada semua ibubapa dan guru secara amnya kepada pelajar sekolah rendah,
sekolah kurang murid secara khasnya. Adalah diharapkan juga agar kajian ini menjadi salah
satu saluran kepada semua ibubapa dan pelajar tentang kepentingan pendidikan. Selain itu,
mereka juga dapat mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibubapa supaya
dapat meningkatkan mutu pendidikan anak-anak mereka sejajar dengan perubahan dunia
pendidikan. Sebaliknya dapatan kajian ini juga membantu pengkaji-pengkaji yang lain dalam
mencari penyelesaian bagi isu-isu berkaitan dengan masalah ibubapa menyebabkan
kemerosotan pelajar dalam sekolah kurang murid (SKM) di Malaysia. Ini dapat memberi
kesedaran tentang alam pendidikan Negara kepada semua golongan ibubapa di kawasan
pendalaman supaya pelajar dalam kawasan pendalaman juga boleh bersaing dengan arena
pendidikan global.

Akhirnya, kajian ini sangat penting untuk dijalalankan.Ini kerana,ia memberikan


banyak manfaat kepada semua warga ibubapa, warga KPM, warga pengurusan sekolah,
warga guru di kawasan pendalaman, pengkaji jurnal dan secara tidak langsung kepada murid-
murid sekolah pendalaman.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan kepada sebuah Sekolah Rendah Tamil di Zon Semanggol, Daerah
Kerian, Perak.

i. Seramai 3 pasangan ibubapa dalam sekolah ini telah dilibatkan dalam kajian ini.
Keadaan ini memberikan ruang untuk membandingkan dapatan soal selidik.

ii. Ketiga-tiga sekolah yang dipilih oleh pengkaji dapat dikategorikan seperti Sekolah
Kurang Murid gred B.

iii. Kesemua ibubapa tidak didedahkan dengan maklumat kajian ini terlebih dahulu
sebelum mereka mula menjawab soal selidik kerana ia menjamin kebolehpercayaan
dapatan soal selidik.
iv. Lokasi kawasan pendalaman yang berlainan menyebabkan masalah ibubapa yang
berlainan. Tiada pendedahan tentang kepentingan pendidikan menjadi kekangan
utama kepada ibubapa. Maka kepentingan pendidikan anak-anak mereka kepada
ibubapa juga cetek tanpa mendalami tentang bidang tersebut.

v. Ibubapa ditemu bual dan diminta men jawap soalan-soalan dengan ikhlas dan jujur.

1.8 Defnisi Istilah Kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang digunakan dengan maksud yang tertentu.
Defnisi istilah berkenaan dihuraikan seterusnya.

1.8.1 Ibubapa

Ibu bapa merupakan orang yang memainkan peranan yang signifikan dalam kehidupan anak.
Peranan ibubapalah yang mampu membentuk anak menjadi insan yang mempunyai sahsiah
yang cemerlang di mayapada dan di akhirat. Ibubapa meluangkan masa bersama-sama anak
agar mereka tidak berasa diri mereka disisihkan..Ibubapa hendaklah membuka fikiran seluas
padang pasir agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk
mengelakkan modal insan terjerumus dalam masalah sosial pada masa ini. Ibubapa juga
hendaklah menunjukkan teladan yang baik kepada anak agar mereka menjadi insan yang
berakhlak mulia.Ibubapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu yang
bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang dalam
diri anak. Peranan ibubapa penting kerana apabila ibubapa memainkan peranan dengan
baiknya, masalah yang berkaitan dengan remaja tidak akan berlaku. Ibubapa juga perlu
menitikberatkan hal ehwal anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang negatif yang
mengundang impak kepada masa depan mereka. Ibubapa harus bertindak dari sekarang agar
masalah yang berkaitan dengan remaja dapat diselesaikan.

Ibubapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan keperluan


rohani anak-anak mereka. Sesuai dengan kedudukan rumah sebagai institusi pendidikan
pertama, ibubapalah yang bertanggungjawab memberikan pendidikan agama, iman dan
akhlak (Yahaya, 2017). Konflik di antara anak remaja dan ibu bapa biasanya berlaku
atas beberapa faktor seperti sikap ibubapa, tahap pengetahuan ibubapa, harapan ibubapa
dari segi pembelajaran dan persepsi ibubapa pada jangka masa panjang (Sipon, 2001).
Selain daripada itu, belia umenambah faktor kanak-kanak sendiri seperti tuntutan untuk
kebebasan, pertentangan nilai antara ibu bapa dengan rakan sebaya, matlamat ibu bapa
dan sikap remaja terhadap keluarga juga menyumbang kepada berlaku konflik antara
anak remaja dan ibu bapa. Interaksi antara ibubapa dengan anak merupakan media
perhubungan yang penting bagi merapatkan jurang antara kedua-dua generasi. Komunikasi
yang berkesan akan merapatkan merapatkan hubungan ibubapa dengan nak dan seterusnya
meningkatkan keutuhan keluarga. Komunikasi dua hala yang sihat akan membantu anak
meluahkan masalah yang disimpan dalam hati. Ibubapa seharusnya menjadi kawan rapat
kepada anak di samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan
yang sihat dan cemerlang. Ibubapa perlu memberi ruang untuk anak bercerita tentang
persekolahannya dan menggalakan anak-anak untuk bertanya. Hubungan mesra merupakan
tapak yang kukuh untuk para ibubapa mendidik anak-anak. (Abd.rahim et.al, (2006).

1.8.2 Pencapaian Pelajar

Kajian oleh Amold et al. (2008), mendapati hubungan antara ibubapa dan pelajar adalah
elemen yang utama dalam kemajuan pelajar. Bagi kajian ini ianya bagi melihat tahap
keterlibatan ibubapa dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar miskin. Menurut
Abu Bakar dan Ikhsan (2003), pendidikan memainkan peranan utama dalam
memperkembangkan potensi individu.Setiap potensi individu akan berkembang ke tahap
cemerlang jika peluang secukupnya. Pendidikan mampu melahirkan individu yang lebih
berilmu, mulia, berbudi pekerti yang tinggi, sopan, bertanggungjawab, berketerampilan dan
sebagainya. Dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan modal insan di negara ini, aspek
pendidikan dan latihan merupakan asas kejayaan ke arah pembangunan modal insan yang
cemerlang. Menurut Aidit (2008), pelaburan dari aspek pendidikan dan latihan merupakan
pelaburan yang amat penting terhadap sumber manusia.

Knollman et al. (2007), pula berpendapat bahawa para ibubapa boleh membantu
mempertingkatkan keupayaan anak-anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan
mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang
kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan,
mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh anak.
Sementara Houtenville et al. (2008), mengkaji penglibatan ibubapa dalam mengawasi anak-
anak. Dapatan kajian mendapati anak-anak remaja mereka akan menyiapkan kerja rumah
yang diberi mengikut jadual, pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran tertentu
meningkat dan lebih ramai para ibubapa mengetahui apa yang anak-anak remaja mereka
belajar dalam kelas.

Justeru, bagi aspek persekitaran dan budaya sekolah, apa yang dapat dijelaskan ialah
budaya sekolah rnerangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah. Faktor keadaan
persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajar (Rusni
Mohd. Nor, 2005). Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang
menggalakkan dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran yang sempurna.

1.8 Kaedah Hermeneutik

Kaedah Hermeneutik dalam kajian ini merupakan satu cara atau kaedah yang digunakan
unutk menginterpretasi sesuatu teks. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan
interpretif, iaitu percubaan dilakukan unutk mencari makna di sebalik sesuatu teks.
Interpretasi makna yang dibawa oleh teks adalah melalui proses ontopretasi, iaitu pergerakan
daripada struktur luaran dan struktur dalaman untuk membongkar makna yang tersirat dalam
teks (Suppiah, 2003). Dalam kajian ini, Kaedah Hermeneutik digunakan untuk menganalisis
aplikasi kognisi dalam mencari penyelesaian dalam pencapaian akademik pelajar di Sekolah
Kurang Murid.

Mengikut Rickman (1967), apa sahaja bentuk yang melahirkan ekspresi perasaan dan
pemikiran manusia boleh dianggap sebagai teks yang boleh dianalisis dan diinterpretasikan
dalam konteks Hermeneutik. Kaedah ini mengutamakan penginterpretasian teks dalam
konteks sosiobudaya dan sejarah dengan mendedahkan makna yang tersirat dalam sesebuah
teks atau karya yang diselidiki (Suppiah 2013; 2014).
Kaedah Hermeneutik dapat ditafsirkan sebagai analisis tentang perlakuan manusia,
terutamanya bagi mencapai pemahaman yang mendalam tentang proses interaksi sesama
manusia (Loganathan, 1992). Oleh kerana aspek memahami perlakuan manusia adalah
merupakan bidang psikologi, maka kaedah analisis Hermeneutik adalah satu pendekatan
psikologi. Kaedah kualitatif amat sesuai untuk kajian ini memandangkan kajian ini berkait
rapat dengan psikologi tingkah laku manusia. Menurut Mueller (1997), Hermeneutik adalah
seni pemahaman dan bukan sebagai bahan yang telah pun difahami. Hermeneutik juga adalah
sebahagian daripada seni pemikiran dan berlatarkan falsafah. Oleh itu, untuk melakukan
penginterpretasian terhadap ilmu pengetahuan tentang bahasa, maka adalah penting untuk
memahami ilmu pengetahuan individu. Seseorang itu harus mengingati pengalaman
bermakna yang pernah dilalui tentang sesuatu peristiwa atau kejadian yang menimpa pada
dirinya secara langsung atau tidak langsung. Kaedah yang digunakan dalam pendekatan
Hermeneutik bermula dengan teks. Seterusnya dikenal pasti maklumat atau informasi yang
bermakna dalam teks yang kemudiannya digunakan pula untuk menjana tema atau kategori
daripada sekumpulan teks (Suppiah, 2003).

1.9 Rumusan

Dalam bab ini telah dibincangkan tentang mengenai latar belakang kajian. Melalui bab ini,
juga pengkaji turut menjelaskan pernyataan masalah kajian, objektif kajian dan persoalan
kajian. Selain itu, pengkaji menjelaskan kepentingan dan batasan kajian. Seterusnya, pengkaji
turut menerangkan pengistilahan bagi setiap perkataan yang dianggap penting dalam kajian
ini. Dalam bab seterusnya, pengkaji menerangkan tentang tinjauan literatur berkaitan dengan
kajian ini.
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai kepentingan pencapaian akademik pelajar dalam kalangan
pelajar sekolah kurang murid. Selain itu, pengkaji juga menghuraikan mengenai masalah
yang dihadapi oleh ibubapa sekolah kurang murid. Pendidikan bertindak sebagai pemangkin
kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang
mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Penglibatan di rumah
didapati lebih cenderung dipersetujui oleh anak-anak berbanding dengan ibubapa yang
melibatkan diri di sekolah. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibubapa
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibubapa mempunyai
tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga.

2.2 Pencapaian Akademik pelajar dalam kalangan SKM

Pencapaian akademik para murid merupakan satu aspek yang amat penting dan sering
ditekankan oleh institusi sekolah. Hal ini kerana keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran diukur menerusi pencapaian akademik para murid. Terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik di antara sesebuah sekolah dengan yang
lain. Antaranya ialah tahap kemudahan infrastruktur di sekolah, tahap kemudahan bahan
pengajaran dan pembelajaran, tahap kualiti pengajaran guru dan sebagainya. Di samping itu,
keadaan persekitaran juga memainkan peranan yang penting dan mempengaruhi pencapaian
akademik di kalangan para murid.

Menurut Buarque, Spolar dan Zhang (2006), golongan miskin kebanyakannya terdiri
daripada golongan masyarakat luar bandar yang tidak mampu untuk mendapatkan
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan hanya disebabkan mereka hidup dalam keadaan
yang miskin dan melarat. Ia dikaitkan dengan persekitaran mereka yang jauh terpencil dan
tidak mendapat akses kemajuan khususnya dari aspek pendidikan. Murid yang tinggal dan
membesar di kawasan persekitaran yang sihat mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan dirinya. Menurut Papalia (2001), persekitaran merupakan perkara yang bukan
genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Ini dapat dilihat melalui asuhan dan
interaksi dengan kedua orang ibubapanya, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru,
kawan-kawan, bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer.

Menurut Baumrind (di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan keluarga
iaitu authoritarian, autoritatif, mengabaikan dan indulgent. Ibubapa yang mengamalkan
bentuk asuhan keluarga autoritatif dapat membantu pencapaian akademik murid-murid di
sekolah. Ini kerana, ibubapa autoritatif adalah ibubapa yang memberikan kebebasan yang
terbatas kepada anak mereka. Antara ciri ibubapa autoritatif ialah menggalakkan anak-anak
berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka dan anak-anak
bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibubapa yang bersifat menyokong dan membantu
perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, anak-anak yang dibesarkan dengan
cara asuhan autoritatif ini menunjukkan tingkah laku bersosial yang baik.

Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya kognitif


impulsif dan reflektif. Menurut Slavin (1997), gaya impulsif merujuk seseorang yang gemar
memberi respons secara tepat, yang biasanya tidak menitikberatkan ketepatan. Pelajar
impulsif suka membuat kerja dengan cepat, tetapi membuat kesilapan kerana belajar
mengikut gerak hati. Manakala, pelajar reflektif seseorang yang sentiasa menganalisis diri
dan pemikiran sendiri. Pelajar reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang membuat
kesilpan. Mereka lebih mementingkan ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan
daripada menepati masa yang ditetapkan. Perasaan kurang yakin diri ini menyebabkan
mereka lambat menyiapkan tugasan.

2.3 Sekolah Kurang Murid (SKM)

Pembentukan dasar dan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia adalah bertujuan untuk
memberi pendidikan yang sempurna kepada murid-murid dari segi aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek selaras dengan aspirasi kebangsaan. Dalam konteks negara Malaysia,
sistem pendidikan mempunyai matlamat utama iaitu perpaduan kaum dan pembangunan
negara. Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan terutamanya SJK (T), dikategorikan sebagai
Sekolah Kurang Murid (SKM). Menurut Yayasan Strategik Sosial (2000), majoriti SKM
terletak di luar bandar seperti ladang-ladang dan pekan kecil. Kewujudan sekolah berkeadaan
demikian adalah disebabkan faktor perpindahan masyarakat India dari kawasan-kawasan
tersebut ke bandar. Menurutnya lagi, kategori SKM ini boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu, sekolah yang mempunyai kurang daripada 50 orang murid, sekolah yang
mempunyai bilangan murid di antara 51 hingga 100 orang dan sekolah yang mempunyai
bilangan murid di antara 101 hingga 150 orang murid.

Kementerian Pelajaran Malaysia telahmengenal pasti jurang pendidikan yangperlu


dirapatkan supaya akses, ekuiti dankualiti dapat ditingkatkan. Di antaranya ialah jurang
pendidikan antara bandar danluar bandar yang merujuk kepada ketidak samarataan daripada
segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid
(SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Sehingga tahun 2005, terdapat 2 261
(29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid. Norma
perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah Kurang Murid seperti
ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar
dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman mengamalkan pengajaran kelas
bercantum. SKM kurang lengkap dan biasanya merupakan pondok-pondok kecil sahaja.
SKM mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah yang terletak di kawasan-kawasan terpencil
yang bilangan penduduknya tidak ramai. Contohnya kawasan perladangan kelapa sawit dan
kawasan pertanian.
Kaedah Pelaksanaan SKM pula, kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan
kerana bilangan murid dalamtahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan
bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa. Perlaksanaan kelas
bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada
satu tahun persekolahan. Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid
daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3)
Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara
serentak dalam sesebuah kelas bercantum.

Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum berlainan mengikut tahun
persekolahan mereka. Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini
dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam
kelas bercantum. Seorang guru ditugaskan mengajar murid-murid daripada dua atau tiga
tahun persekolahan secara serentak dalam sebuah kelas yang sama. Kriteria percantuman
kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga pengajar yang sedia ada. Contoh, sebuah
sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid daripada tiga
tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum. Manakala, sebuah sekolah
yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh mencantumkan murid-murid daripada dua
tahun persekolahan dalam sebuah kelas. Namun, biasanya bilangan guru dalam sekolah yang
mempunyai kelas bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut
nisbah bilangan kelas yang terdapat di sesebuah sekolah berkenaan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri dan berbeza daripada kelas
biasa. Semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari
tahun persekolahan yang lain akan ditinggalka. Memastikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru yang terlibat perlu memilih dan
merancang strategi pengajaran yang sesuai untuk menyelenggaran bilik darjah. Seterusnya,
murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah dan memerlukan perhatian dan layanan perlu
diutamakan oleh guru. Murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan penting
seperti UPSR. Kelas Tahun 1 dan Tahun 6 seeloknya tidak dicantumkan dan dijadikan kelas
biasa. Kriteria ini tidak semestinya dapat dipenuhi oleh sekolah, bergantung kepada pihak
sekolah yangperlu memikirkan kriteria yang sesuai berdasarkan keutamaan dan keadaan.
Guru mestilah memastikan setiap murid mematuhi semua peraturan yang telah
ditetapkan. Percantuman kemahiran-kemahiran untuk diajarkan dalam waktu pelajaran yang
sama perlu dititikberatkan. Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam sebuah kelas
bercantum di mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut
kebolehan murid dan guru menyampaikan pelajaran secara bergilir-gilir, kumpulan demi
kumpulan. Manakala kaedah individu juga kadangkala harusdigunakan sebagai strategi
pengajarandan pembelajaran dalam sesebuah kelas bercantum. Strategi penggabungjalinan,
penyerapan dan pemulihan juga boleh diubahsuai untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kelas bercantum.

2.4 Teori-teori berkaitan

Beberapa teori telah dijadikan panduan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini.Antara
teori yang digunakan ialah Teori Persekitaran Brofenbrenner (1979), Teori Perkembangan
Vygotsky.

2.4.1 Teori Persekitaran Brofenbrenner (1979)

Berdasarkan teori ini, kanak-kanak tidak boleh tinggal persendirian kerana perkembangan
mereka disokong oleh satu sistem kompleks yang menyeliputi perhubungan persekitaran
mereka.Teori ini merupakan kombinasi kecenderungan biologi kanak-kanak dan desakan
persekitaran yang hadir bersama dalam membentuk perkembangan persekitaran kanak-
kanak.Hal ini kerana faktor persekitaran sangat berpengaruh dan memberi kesan kepada
individu tersebut.

a) Mikrosistem

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai


interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa seperti ibubapa, adik-
beradik, rakan, jiran tetangga dan sebagainya. Keluarga terutamanya ibubapa merupakan
agen sosialisasi yang paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dan
mempunyai pengaruh besar ke atas sebarang aspek perkembangan kanak-kanak. Di dalam
sistem mikro, setiap bentuk perhubungan yang wujud adalah berbentuk dua hala dan
bertimbal-balik. Hal ini bermaksud bahawa tindak-tanduk orang dewasa adalah
mempengaruhi tindak balas seseorang kanak-kanak tetapi kanak-kanak secara biologikal dan
sosial akan menentukan ciri-ciri mereka sendiri termasuklah sifat semulajadi fizikal,
personaliti dan kapasiti yang juga akan mempengaruhi tingkah laku orang dewasa.

b) Mesosistem

Lapisan kedua iaitu Meso mementingkan nilai-nilai perhubungan di antara rumah, sekolah,
kejiranan dan sebagainya. Fakror-faktor yang berkaitan dengan rumah adalah seperti latar
belakang keluarga contohnya tahap pendidikan ibubapa dan sebagainya.Bagi memastikan
bahawa seseorang kanak-kanak berkembang ke tahap yang baik, sokongan ke atas asuhan
kanak-kanak haruslah wujud di dalam persekitaran yang lebih luas. Di dalam lingkungan
sistem meso, pencapaian akademik seseorang kanak-kanak didapati bukan hanya bergantung
kepada aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah sahaja tetapi juga bergantung kepada penglibatan
ibubapa dalam kehidupan sekolah kanak-kanak dan sejauhmana sokongan ini berterusan di
rumah.

c) Eksosistem

Eksosistem merupakan satu latar sosial yang tidak melibatkan kanak-kanak secara terus tetapi
memberi kesan terhadap pengalaman-pengalaman di dalam persekitaran paling hampir
dengan mereka (Berk, 2005). Antaranya ialah dasar-dasar yang terdapat di tempat kerja
ibubapa, agensi-agensi kerajaan, pihak media massa dan rangkaian sosial ibubapa.

d) Makrosistem

Makrosistem pula meliputi niilai-nilai sosial dan budaya, undang-undang negeri, adat resam,
sikap dan keprcayaan. Misalnya dalam sesetengah masyarakat,peranan jantina amat
dititikberatkan. Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di
mana peluang pelajaran dan pekerjaan lebih memihak kepada mereka.
e) Kronosistem

Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh massa. Sebagai contoh,
kanak-kanak pada zaman yang serba maju ini lebih terdedah kepada pelbagai bentuk
permainan komputer berbanding dengan kanak-kanak pada masa lampau yang hanya
menggunakan sumber alam sekitar untuk bermain. Ini adalah kerana proses pembangunan
sesebuah negara dan proses kemajuan global memberi kesan ke atas perkembangan kanak-
kanak dari pelbagai aspek.

Brofenbrenner (1979) melihat perkembangan manusia wujud di dalam lapisan sistem


organisasi sosial dan budaya. Ibubapa perlu membantu perkembangan kanak-kanak apabila
mereka berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut. Tambahan pula perkembangan kanak-
kanak adalah satu sistem di mana setiap lapisan adalah saling bergantungan. Rumah, sekolah,
kejiranan, masyarakat, kesemuanya mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Oleh yang
demikian, masalah ibubapa di rumah akan pasti mempengaruhi pencapaian pelajar di
sekolah.Teori ini juga mencadangkan bahawa sebarang bentuk intervensi yang dilakukan di
mana-mana tahap persekitaran (sama ada tahap mikro, meso,ekso atau makro) boleh
mempertingkatkan perkembangan.

Menurut Brofenbrenner (1979) lagi, persekitaran adalah satu sistem yang sentiasa
berubah-ubah dan perubahan yang berlaku setiap hari boleh memberi kesan ke atas kanak-
kanak yang akan menentukan, memodifikasi dan mencipta kedudukan dan pengalaman
mereka sendiri. Mok Soon Sang (2009) menjelaskan bahawa Teori Ekologikal ini menarik
perhatian bagi pendidik bagi menjelaskan guru tidak patut hanya menumpukan perhatian
kepada akitiviti pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah sahaja, tetapi juga harus
pertimbangan pengaruh daripada interaksi dan komunikasi pelajar dengan kelurga, dan rakan
sebaya, jiran dan komuniti tempatan di luar sekolah.
2.3 Teori Perkembangan Vygotsky (1896-1934) 

Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku dalam persekitaran


sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya.Kebanyakan daripada kemahirabn kognitif
kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa, guru, orang
dewasa dan rakan sebaya. Vygotsky mengatakan bayi lahir dengan beberapa funsi asas
mental iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori yang kemudiannya berubah menerusi
kontek dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit iaitu fungsi mental peringkat
tinggi.

Menurut Vygotsky, dalam setiap peringkat umur perkembangan kognitif individu


berlaku dalam dua tahap iaitu tahap sosial dan tahap invidu.Tahap sosial merujuk kepada
maklumat atau ilmu yang diperolehi oleh individu melalui interaksi dengan ibubapa, guru,
keluarga dan rakan sebaya. Melalui mereka, kanak-kanak belajar ilmu pengetahuan dan cara
untuk mencapai tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Tahap individu
pula, merujuk kepada maklumat atau pengetahuan ditukar daripada percakapan sosial kepada
percakapan individu.

Justeru itu menurut beliau, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar
seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-
anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan
menyelesaikan masalah. Pada intinya dapat disimpulkan bahwa dalam teori Vygotsky
mengandung banyak unsur psikologi pendidikan, khususnya pokok bahasan pendidikan dan
budaya. Teori psikologi yang dipegang oleh Vygotsky lebih mengacu pada kontruktivisme.
Karena ia lebih menekan pada hakikat pembelajaran sosiokultural. Dalam analisisnya,
perkembangan kognitif seseorang disamping ditentukan oleh individu sendiri secara aktif,
juga ditentukan oleh lingkungan social secara aktif.
2.5 Sorotan Kajian Dalam Negara

Kajian Fitriah Hayatii (2014) pula, mengenai ibubapa dan hubungannya dengan
perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kajian tinjauan telah dijalankan terhadap 150
sampel yang terdiri daripada ibubapa dan kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan proses
yang berlaku apabila orang dewasa dan kanak-kanak berinteraksi, adalah konteks struktur
terbina supaya kanak-kanak boleh bertindak untuk cari penyelesaian dengan baik. Secara
tidak langsung perkembangan kognitif terhadap kanak-kanak akan berlaku.

Komunikasi dan interaksi yang baik dalam sesebuah keluarga dapat memberi kesan
jangka panjang terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Tambahan pula, kasih sayang
ibubapa dalam persekitaran keluarga juga akan mencorak anak-anak berupaya konsep kendiri
yang baik sehingga mampu berhadapan dengan dunia cabaran semasa. Kajian-kajian lepas,
mendedahkan perkara yang dilalukan oleh ibubapa di rumah mengajar anak kemahiran asas,
membantu anak membuat kerja sekolah dan bermain bersama mereka (Masitah, Zalizan &
Manisah 2009). Ini jelas menunjukkan bahawa penglibatan daripada ibubapa dapat
membantu meningkatkan perkembangan pencapaian akademik pelajar.

Perkembangan anak dari aspek fizikal, kognitif, bahasa, sosial dan emosi banyak
dipengaruhi oleh interaksi antara ibubapa dengan anak-anak. Pernyataan ini membawa
maksud ibubapa perlu sedar fungsi kekeluargaan dan tanggungjawab yang perlu dijalankan
dalam usaha mencorak keperibadian anak-anak yang harmoni bermula dari awal kelahiran
sehingga dewasa ( Ismail Ibrahim, 2002). Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan
oleh Abdul Razak Zakaria dan Norani Salleh (2011), yang menggunakan instrumen soal
selidik mengkaji hubungan penglibatan ibubapa dalam pendidikan anak-anak. Dapatan
Kajian menunjukkan penglibatan keluarga mampu merangsang anak-anak berjaya dalam
akadamik. Kajian yang dibincangkan jelas memberi penekanan terhadap kepentingan peranan
dan tanggungjawab ibubapa dalam menjamin kecemerlangan pendidikan seseorang anak. Ini
membuktikan kebolehan dan daya intelektual seseorang pelajar juga bergantung kepada asas
yang diberikan di rumah melalui kasih sayang dan penglibatan ibubapa dalam pendidikan
anak.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri yang ke-5, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya. PIPP adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi
dengan membangunkan infrastrukktur dan kemudahan pendidikan luar Bandar di seluruh
Negara dan juga meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar.
Ia juga membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah dan merapatkan jurang
pendidikan adalah merupakan kunci dalam mencapai matlamat memperkasakan pendidikan,
khususnya pendidikan luar Bandar.

Pelbagai program yang dilancarkan dalam meningkatkan tahap pendidikan, antara


seperti Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar. Setiap program yang
dilancarkan adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar. Ia
juga bertujuan untuk memastikan murid luar bandar mendapat pembelaan dan keadilan dalam
menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan pelajar di bandar. Usaha ini amat
perlu supaya ia dapat memberikan peluang kepada mereka membuktikan keupayaan masing-
masing dan mampu bersaing dengan murid di Bandar dan diberikan peluang menikmati
kemudahan yang baik agar ia boleh menjadikan mereka warganegara yang berilmu
pengetahuan dan menjdi pekerja yang dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan
negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 amat komprehensif, ia


merangkumi semua aspek pendidikanm arus perdana dan merupakan pendekatan
transformatif (perubahan) dalam menyediakan generasi pelajar bagi menghadapi cabaran
abad ke-21. Pendekatan yang dibuat bukan sahaja dapat mengukuhkan asas-asas fundamental
dalam pendidikan acuan Malaysia tetapi pada masa yang sama dapat memberikan respons
terhadap global, terutamanya dalam bidang ilmu, khususnya sains dan teknologi.

2.7 Sorotan Kajian Luar Negara

Struktur keluarga atau saiz keluarga yang mengasuh anaknya, akan memberikan kesan
terhadap perkembangan anaknya. Anak-anak yang dibesarkan oleh ibubapa yang bercerai
akan membuat ianya menjadi murung, tidak mempunyai minat dalam pembelajaran, dan
menarik diri (Santrock, 2010). Ibubapa tunggal, sering tidak mempunyai masa, sedikit wang
dan tenaga berbanding dengan ibubapa yang masih lengkap (Hardwood et al., 2002 dalam
Santrock, 2010). Oleh sebab itu, sangat penting bagi penyelidik untuk mengetahui juga
bagaimana keadaan status sosio-ekonomi ibubapa dan berapa jumlah ibubapa yang mengasuh
pelajar yang menjadi sampel kajian ini, kerana hal ini juga memberikan kesan yang bererti
bagi perkembangan anak.

Gaya keibubapaan ini mempengaruhi kualiti perkembangan anak-anak yang


diasuhnya, salah satunya mempengaruhi estim kendiri anak (Driscoll, 2013; Martinez &
Garcia, 2007). Manakala, dalam konteks Indonesia yang berlaitan dengan gaya keibubapaan
mempunyai hasil yang berubah-ubah walaupun pada umumnya kebanyakan ibubapa di
Indonesia mengamalkan gaya autoritatif dan memberikan pengaruh yang positif terhadap
perkembangan anak seperti keyakinan diri tinggi (seperti Dewi, Suharso & Supriyo, 2013;
Herlambang et al., 2013).

Fan dan rakan (2001), menegaskan bahawa jangkaan dan aspirasi ibubapa terhadap
pencapaian pendidikan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik
pelajar. Kajian oleh DeJong (2001), pula mendapati ibu, seperti yang dijangka akan
mengambil peranan aktif dalam membesarkan anak-anak mereka. Tahap penglibatan mereka
tidak dipengaruhi oleh sifat anak-anak mereka dan perkara ini sama sekali berbeza dengan
tahap penglibatan bapa yang oleh sifat, sikap dan maklumbalas anak-anak mereka. Bettler &
Burns (2003), menjelaskan kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh penglibatan ibubapa yang
berasaskan matlamat dan pencapaian kerana sikap, matlamat, nilai dan jangkaan akan sama
ada memotivasi atau menghalang perkembangan intelek kanak-kanak. Jelas Bettler & Burns
lagi, sikap ibubapa, tingkah laku, matlamat, nilai dan jangkaan akan sama ada memotivasi
atau menghalang pertumbuhan intelektual kanak-kanak. Oleh yang demikian, masalah
ibubapa pasti dipengaruhi secara negatif dalam pencapaian pelajar di sekolah kurang murid.

Ferguson dan Wood (2005), menerangkan tentang proses peralihan kanak-kanak dari
rumah ke sekolah. Mereka melaporkan penglibatan keluarga terutamanya ibubapa
memainkan peranan penting dalam pendidikan mereka. Tambahan pula, mereka percaya
bahawa sekolah patut melibatkan ibubapa dalam proses peralihan tersebut kerana dapat
menyediakan anak-anak mereka dengan pendidikan formal. Pelajar yang mengalami
perhubungan keluarga positif di rumah boleh mengaitkan pengalaman mereka dengan
kehidupan di sekolah serta belajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berjaya
dalam dunia yang sebenarnya.

Yamamoto (2006), pula mendapati bahawa sikap ibubapa terhadap proses


pembelajaran serta kepentingan persekolahan memberi kesan yang jelas ke atas pencapaian
pelajar di sekolah. Ibubapa yang memgambil berat tentang perkembangan dan pencapaian
akademik pelajar secara konsisten menunjukkan pencapaian yang meningkat kepada anak-
anak mereka. Kajian oleh Zainiah (2005), menunjukkan latar belakang ibubapa, tahap
pendidikan dan pendapatan mereka memainkan peranan yang penting dalam peningkatan
pencapaian pelajar di sekolah. Selain itu, ibubapa yang menyediakan persekitaran kondusif
untuk menyemai minat terhadap pelajaran mereka.Ini disokong oleh hasil kajian yang
dilakukan oleh Nelson, (2005) menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran di rumah
mempunyai pengaruh ke atas minat pelajar terhadap pembelajaran. Ibubapa yang peka
terhadap pembelajaran anak-anak mereka maka pencapaian pelajar di sekolah akan turut
meningkat.

2.8 Kaedah Hermeneutik

Pengertian Hermeneutik adalah berkait rapat dengan interprestasi data.Selalunya apabila


membaca sesebuah karya seperti novel, cerpen atau puisi, kita mencuba untuk
menginteprestasi makna yang dibaca oleh karya tersebut. Analisis Hermeneutik adalah satu
kajian yang berusaha mentafsir dan menghuraikan makna yang tersirat atau tersembunyi di
sebaliknya sesuatu tingkah laku.Analisis Hermeneutik hujah dapat ditafsirkan sebagai
perlakuan manusia terutamanya bagi memperoleh pemahaman mendalam tentang proses
interaksi bersama mausia. Ciri memahami perlakuan manusia ialah merupakan suatu tugas
yang konflik bagi analisis Hermeneutik.

Teori Hermeneutik dipelopori oleh ahli falsafah negara Jerman Martin Heidegger
(1889-1976) melalui karya yang terkenal, Being and Time, (1963). Heidegger merupakan
pengasas kontemporari Hermeneutik kerana Schleiermarcher dan Dilthey lebih terkenal
dengan pendekatan Hermeneutik lama. Melalui pendekatan Hermeneutik baru ini,
Heidegger mengutarakan empat ciri-ciri utama iaitu pertamanya penempatan kaedah
Ontologikal Fenomenolgi sebagai asas sesuatu karya. Keduanya, hubungan kemesraan
antara karya dengan pembaca sebagai asas. Seterusnya, landasan sejarah, warisan, masa dan
personaliti yang berlainan antara karya dengan pembaca dan akhirnya ialah penerima karya
sebagai suara masa silam yang berhasrat untuk berdialog dan berinteraksi dengan pembaca
masa kini.

Terdapat beberapa pengkaji Barat yang lain yang muncul selepas teori Hermeneutik
diperkenalkan oleh Heidegger. Gadmer (2004), seorang pengkaji Hermeneutik yang sangat
terkenal dan aktif telah membandingkan proses interprestasi sesuatu teks dengan proses
penterjemahan sesuatu teks dari satu bahasa yang tetap dengan mengekalkan erti yang asal.
Menurut Loganathan Mutharayan (1992), pengkaji tempatan yang aktif telah banyak
menulis dan membentangkan kertas projrk di dalam dan di luar negara mengenai
pendekatan analisis Hermeneutic Analysis of Discourse. Kandungannya, memberi
gambaran yang teliti dan terperinci tentang cara penggunaan analisis Hermeneutik untuk
memahami interaksi guru dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah.

Bagi memahami proses ini, guru akan merakamkam interaksi di dalam bilik darjah
serta mentranskripkan rakaman tersebut menjadi teks. Seterusnya, mereka mengkaji teks ini
dengan menggunakan analisis Hermeneutik bagi mendapat gambaran yang jelas mengenai
situasi pengajaran dan pembelajaran. Beliau turut mengatakan analisis Hermeneutik adalah
satu bentuk kajian saintifik. Hal ini kerana analisis Hermeneutik mencari kebenaran melalui
pemikiran rasional manusia. Beliau mengatakan Hermeneutik juga boleh dipanggil sebagai
Sains Hermeneutik. Mempunyai beberapa teknik untuk memahami perlakuan manusia dan
kaedah Sains Hermeneutik adalah merupakan satu penyelesainya.

Anuar Adnan (2009), mengatakan bahawa apabila menganalisis tingkah laku interaksi
manusia, dalam ini Hermeneutik menggunakan pendekatan fenomonologi dan Ontologi.
Antara sebab kaedah ini digunakan ialah kerana kaedah ini dianggap dapat menunjukkan
serta menghuraikan dengan baik sesuatu situasi wujud dalam interaksi di dalam bilik darjah
berasaskan Prentasi Fenomologi dan Ontologi. Bukan itu sahaja, beliau menambahkan lagi
pendapat bahawa kaedah yang digunakan dalam analisis Hermeneutik bukan melibatkan
sebarang hipotesis atau ujian. Sebaliknya, ia dilakukan dengan membuat pemerhatian terus
terhadap situasi sebenar manusia semasa tingkah laku interaksi itu berlaku. Teori
Hermeneutik boleh interprestasi mendalam daripada teori interprestasi biasa.

2.9 Rumusan

Bab ini telah meninjau tentang beberapa konsep dan dapatan kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan masalah ibubapa mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Selain itu,
bab ini juga menunjukkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji juga menunjukkan
didikan kasih sayang ibubapa terhadap anak-anak di rumah akan mencorakkan pencapaian
akademik pelajar di luar bandar. Ini sejajar dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran
yang diketengahkan oleh pengkaji.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai kaedah kajian, reka bentuk kajian,
prosedur kajian dan unsur-unsur instrumen. Selain itu, pengkaji turut menghuraikan teks
temu bual ibubapa,metateks dan persampelan. Pengkaji turut membincangkan mengenai
kaedah penyelidikan kualitatif asas, iaitu analisis Hermeneutik sebagai kaedah interpretasi
teks.

3.2 Kaedah Kajian

Kajian ini berdasarkan kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis Hermeneutik.
Analisis Hermeneutik melihat setiap manusia sebagai seseorang yang unik, yang bermaksud
mempunyai emosi, pemikiran dan tingkah laku tersendiri dan berbeza antara satu sama lain di
mana mempunyai hubungan dengan baka keluarga mereka. Kaedah Hermeneutik merupakan
satu proses menginterpretasi teks, iaitu meninjau makna atau erti dalam perkataan yang
ditulis. Manusia berinteraksi dengan seseorang individu melalui bahasa dan bahasa
memberikan pemahaman dan pengetahuan yang dianggap dua faktor yang terkandung dalam
Hermeneutik.

Perkataan Hermeneutik berasal dari dua perkataan Greek: hermeneuin, dalam bentuk
kata kerja bermaksud “to intepert” dan hermenetia, dalam bentuk kata nama bermakna “
interpretation”. Pendekatan ini berfungsi dalam penginterprestasian teks dalam aspek
sosiobudaya dan sejarah, dimana memberikan makna yang tersirat dalam sesebuah teks atau
karya. Kaedah Hermeneutik juga disebut sebagai satu kaedah yang bersifat interprtif.
Hermeneutik juga ditafsirkan sebagai analisis tentang perlakuan seseorang individu,
terutamanya bagi memperoleh pemahaman yang mendalam tentang proses interaksi sesama
manusia. Oleh demikian, aspek memahami perlakuan manusia ialah merupakan dibawah
bidang psikologi, maka boleh merumuskan bahawa kaedah Hermeneutik ialah satu cara
psikologi. Pengkaji juga berpendapat kaedah kualitatif sangat sesuai untuk kajian ini. Hal ini
kerana, kajian ini berkait rapat dengan psikologi tingkah laku manusia.

Hermeneutik adalah satu pendekatan pemahaman dan tidak sebagai bahan sudah
difahami. Hermeneutik juga sebahagian daripada seni pemikiran dan berdasarkan falsafah.
Oleh itu, untuk melakukan penginterpretasian terhadap pengetahuan tentang bahasa, maka ia
penting untuk memahami ilmu pengetahuan seseorang individu (Gadamer, 2004). Kejayaan
seni penginterpretasian bergantung kepada kepakaran linguistik dan potensi memahami
subjek yang dikajinya. Hermeneutik memberi tumpuan kepada teks sebagai sumber data,
iaitu contoh teks yang terdiri daripada transkrip temu bual, diari, karangan, surat dan lain-
lain. Menurut Suppiah (2003), seseorang itu perlu mengingati pengalaman bermakna yang
pernah dilalui tentang sesuatu peristiwa, perkara atau kejadian yang menimpa pada dirinya
secara langsung atau tidak langsung. Kaedah yang digunakan dalam pendekatan
Hermeneutik bermula dengan teks. Seterusnya, dikenal pasti data atau maklumat yang
bermakna dalam teks yang kemudiannya digunakan untuk menjana tema atau kategori
daripada kumpulan teks.

3.3 Rekabentuk Kajian

Kajian ini berasaskan rekabentuk kajian yang menggunakan analisis Hermeneutik sebagai
metadologi yang digunakan bagi menginterpretasi transkripsi pemerhatian dan temubual
untuk mengkaji dan analisis masalah ibubapa dan cara penyelesaiannya dalam pencapaian
pelajar di Sekolah Kurang Murid (SKM).

Melalui Kaedah Hermeneutik masalah ibubapa dan cara penyelesaiannya dalam


pencapaian pelajar akan dianalisis berasaskan beberapa aspek, iaitu pengenalan, penerangan
masalah untuk kajian ini serta pemahaman untuk melihat masalah ibubapa dalam kalangan
pelajar di Sekolah Kurang Murid. Bagi ibubapa ia berkait rapat dengan keupayaan unik
individu, ciri- ciri pelajar, pemikiran serta pertimbangan yang berbeza.

Teks Metateks

Inteprestasi menggunakan
Kaedah
Penerangan atau Hermeneutik
pandangan bagi temu
bual yang diberikan
kepada ibubapa Inteprestasi temu bual
ibubapa di Sekolah
Kurang Murid

Rajah 3.1: Rekabentuk Kajian

Rajah 3.1 menunjukkan teks, iaitu pandangan atau jawapan bagi soal selidik yang diberikan
kepada ibubapa. Manakala, metateks ialah interpretasi temu bual ibubapa mengenai masalah
dalam pencapaian pelajar.
3.4 Prosedur Kajian

Penyelidik memerhati dan mengenal pasti


masalah yang dihadapi oleh ibubapa
dalam keluarga.

Penyelidik menemubual ibubapa dari


Sekolah Kurang Murid

Teks temu bual dikaji secara terperinci


mengunakan proses ontopretasi.

Rajah 3.2: Prosedur kajian

Teks temu bual diintepretasi dengan


menggunakan Kaedah Hermeneutik.

Hasil interprestasi daripada teks asal


(temu bual) ibubapa.

Metateks
Rajah 3.2 menjelaskan prosedur kajian secara mendalam yang berbentuk kaedah kualitatif,
iaitu kaedah Hermeneutik. Antara langkah-langkah yang perlu diberi perhatian dalam proses
kajiannya adalah seperti berikut:

I. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh ibubapa di Sekolah Kurang Murid.

II. Pengkaji memberikan borang temu bual kepada beberapa ibubapa yang terpilih
dalam kajian ini iaitu ibubapa dari Sekolah Kurang Murid.

III. Teks temu bual akan diteliti atau dikaji serta maklumat-maklumat yang diperoleh
daripadanya akan membantu kita dalam proses pemahaman teks. Soalan-soalan
yang dikemukakan kepada ibubapa ialah dalam Bahasa Melayu.

IV. Peringkat seterusnya ialah teks yang diterima akan diinterpretasi dengan
menggunakan Kaedah Hermeneutik.

V. Metateks dirujuk kepada beberapa individu lain yang berpengalaman dalam


bidang ini untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi membuat keputusan atau
rumusan bagi kajian ini.

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Unsur-unsur Instrumen

Aspek-aspek kesahan dan kebolehpercayaan dalam temu bual amat penting dalam Kaedah
Hermeneutik. Kebolehpercayaan dan kesahan instrument kajian dibuktikan dengan
menggunakan maklumat-maklumat tertentu. Dalam kajian ini terdapat instrumen yang
melibatkan maklumat kajian. Oleh sebab itu, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
dalam hermeneutik akan dibincangkan dengan tiga aspek iaitu:

I. Kebolehpercayaan teks kajian


II. Kesahihan metateks
III. Kecekepan proses pengaliran kefahaman dari struktur luaran ke struktur
dalaman.
3.6 Kebolehpercayaan Kaedah Hermeneutik

Elemen kesahan dan kebolehpercayaan dalam sesuatu kajian adalah penting ia kerana
kesahan dan kebolehpercayaan memastikan sama ada sesuatu kajian dijalankan dapat
diterima atau tidak. Kesahan dan kebolehpercayaan ditentukan dengan menjalankan kajian
rintis sebelum menjalankan proses pengumpulan maklumat yang saih. Melalui kajian rintis,
instrumen kajian diuji bagi menentukan tahap kesahan dan kebolehpercayaan.

Gadmer berpendapat bahawa Hermeneutik tidak satu kaedah untuk menentukan


kebenaran, tetapi amalan membaca teks semasa cuba untuk memahami keadaan untuk
menyiasat sesuatu kebenaran. Kebenaran tidak sesuatu yang boleh ditakrifkan oleh kaedah
tertentu, tetapi kebenaran melampaui batas pemikiran metodologi. Hal ini kerana tidak ada
tafsiran mutlak dan tafsiran yang berbeza boleh dihasilakn dengan memberikan pendapat-
pendapat muktamad bagi mewajarkan pemahaman berlaku dalam gabungan teks dan
jurubahasa tersebut.

Konsep kebolehpercayaan dan kesahan analisis menggunakan Kaedah Hermeneutik


diperoleh daripada teks yang dihasilkan oleh individu yang mengkaji dan bukannya yang
dibentuk oleh penyelidik. Menurut Loganathan (1995), menyarankan bahawa terdapat tiga
aspek yang perlu difahami sebelum berbahasa tentang isu kebolehpercayaan dan kesahan
Sains Hermeneutik seperti berikut:

I. Teks mempunyai dua struktur dalaman dan srtuktur luaran dimana proses kefahaman
tersebut bergerak daripada memahami unsur dalaman daripada butir luaranan atau
sebaliknya, memahami unsur luaran daripada butiran kefahaman dalaman yang
dikenal sebagai proses ontoprestasi Hermeneutik. Teks tidak dapat dilihat dari elemen
kesahan, tetapi boleh dilihat dari sudut kebolehpercayaan. Sesuatu teks yang
dikatakan mempunyai kebolehpercayaan tidak dihasilkan daripada unsur rekaan
ataupun pengubahsuaian. Oleh itu, tekad haruslah dihasilkan secara spontan dan
sebenar walupun teks dikutip hasil daripada sesuatu peperiksaan di sekolah. Sesuatu
teks juga dikatakan mempunyai kebolehpercayaan sekiranya transkripsi ke atasnya
adalah tepat, bukan sahaja mengandungi setiap ujaran, tetapi ke atas perkara seperti
intonasi, gerak-geri dan sebagainya.
II. Ontoprestasi dalam Hermeneutik ialah bagi mengesan aspek yang terdapat pada
struktur dalaman teks dan apa yang penting ialah kedua-duanya, iaitu struktur luaran
dan struktur dalaman muncul secara serentak dan bukannya hubungan sebab dan
akibat secara tersusun. Struktur luaran dan struktur dalaman yang serentak dikenali
sebagai agentive cause. Proses ontopretasi dianggap berkesan jika prosesnya
berkeupayaan untuk mengesan elemen pada struktur dalaman teks tersebut.

III. Kesahan bagi Hermeneutik boleh dilihat dan dikaji dengan hubungan di antara
beberapa metateks dan hubunganya dengan teks asal kajian. Seterusnya, sesuatu
metateks itu dikatakan mempunyai kesahan jika ianya berupaya untuk memberi
elemen struktur dalaman yang berkaitan dengan struktur luaran pada teks yang dikaji
sahaja. Elemen struktur dalaman hendaklah mencerminkan hal berkaitan ontological.
Iaitu berkaitan dengan kewujudan manusia. Sesuatu tafsiran yang memperlihatkan
unsur yang tidak boleh membuktikan dan mana-mana elemen dalam teks dianggap
tidak saih atau sah dan mungkin menjadi khayalan semata-mata. Maka, tafsiran
sedemikian hendaklah ditolak.

3.7 Temu Bual

Temu bual dijalankan di sebuah Sekolah Rendah Tamil Kurang Murid yang terpilih di Zon
Semanggol, Daerah Kerian, Perak. Penyelidik menemubual 3 pasangan ibubapa. Temu bual
ini diinterpretasikan dengan Kedah Hermeneutik.

3.8 Persampelan

Menurut Knobel (2004), elemen penentuan saiz sampel bagi sesuatu kajian penting dan perlu
ditentukan dengan cara yang betul. Sampel ialah sekumpulan daripada populasi. Dengan
mengumpul data mengenai sampel ia mewakili populasi yang lebih luas dan membolehkan
pengkaji membuat kesimpulan tentang populasi tersebut. Pemilihan sampel kajian dilakukan
bagi mengelak menggunakan keseluruhan bilangan populasi dalam kajian. Pengkaji dapat
menjimatkan masa dan perbelanjaan dengan pemilihan pensampelan kajian. Maka Kajian ini
juga menggunakan kaedah persampelan berkelompok. Ini kerana kaedah ini sangat seuai
digunakan dalam pemilihan responden yang mempunyai populasi ibubapa yang ramai di
kawasan kajian seperti di Zon Semanggol. Persampelan Kelompok adalah proses mengambil
atau menggunakan sampel. Oleh demikian,penyelidik menggunakan kelompok dengan
menentukan bilangan kelompok mengikut daerah. Pemilihan persampelan ini juga turut
membantu pengkaji mengurangkan kesukaran menentukan rangka persampelan dan
seterusnya mengurangkan perbelanjaan, masa dan tenaga bagi menjalankan kajian.

Dalam kajian ini, populasi responden terdiri daripada ibubapa dari Sekolah Rendah
Tamil di Daerah Kerian. Pengkaji cuba menggunakan sekurang-kurangnya 3 pasangan
ibubapa di dari Sekolah Rendah Tamil Kurang Murid (SKM) Daerah Kerian. Semua sampel
dipilih setelah dirujuk kepada Guru Besar sekolah tersebut. Persetujuan ditemu bual diperoleh
atas kerelaan dan keikhlasan mereka. Bagi pendapat pandangan berbeza, sampel yang terdiri
daripada 3 pasangan ibubapa dari kawasan pendalaman.

Ketiga-tiga sampel atau responden akan melalui proses temu bual bagi melihat secara
menyeluruh permasalahan ibubapa dalam pencapaian pelajar di Sekolah Kurang Murid. Satu
set soalan temu bual disediakan dan diberikan kepada responden bagi menjawabnya.
Responden menjawab soalannya secara bertulis bagi mengkaji dan menjadikan sumber
rujukan bagi menganalisis data. Responden memberikan data dan jawapan yang diingini
secara spesifik berasaskan soalan yang diberikan serta ia mudah difahami oleh sampel. Maka
ini juga membantu pengkaji dalam proses pengumpulan dan menganalisis data secara teratur
dan sistematik serta spesifik.

3.9 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan proses menemubual dengan ibubapa yang dipilih dari Sekolah
Tamil di Zon Semanggol, Daerah Kerian. Instrumen temu bual merupakan alat ukur dalam
kajian ini. Temu bual dijalankan bagi mendapatkan data, kepercayaan, perasaan dan
sebagainya. Instrumen soal selidik kajian ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A
tentang latar belakang responden dan Bahagian B yang menerangkan tentang masalah yang
dihadapi oleh ibubapa dan cara penyelesaian dalam pencapaian pelajar di Sekolah Kurang
Murid (SKM). Pengkaji telah menyediakan sebanyak 2 item soalan bagi kategori soalan yang
dikaji.
Jadual 3.1

Penganalisisan Masalah Ibubapa dan Cara Penyelesaian Dalam Pencapaian Pelajar di


Sekolah Kurang Murid (SKM)

Kategori Nombor Item


Masalah Ibubapa 1
Cara Mengatasinya 2

3.10 Analisis Data

Kajian ini dijalankan bagi menganalisis masalah penggunaan multimedia interaktif dalam
proses pembelajaran dan pemudahcaraan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Daerah Kerian.
Beberapa ibubapa telah dipilih diberi dengan soalan temu bual yang menyentuh aspek
masalah keluarga. Seterusnya teks temu bual tersebut diteliti dan dianalisis bagi
menginterprestasi data tersebut menggunakan pendekatan Hermeneutik.

3.11 Rumusan

Kesimpulannya, bab ini membincangkan tentang reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel
kajian, instrumen kajian dan kesahan instrumen kajian secara terperinci. Selain itu, pengkaji
turut membincangkan mengenai kaedah penyelidikan kualitatif asas, iaitu analisis
Hermeneutik sebagai kaedah interpretasi teks transkripsi yang menjadi sampel kajian. Cara
pengumpulan data bagi kajian sebenar dan penganalisisan data yang digunakan ditunjukkan
secara terperinci. Bab seterusnya membincangkan secara terperinci mengenai penganalisisan
data.

4.0 RUJUKAN
Anbuchelvan a/l Popushothman (2017) Analisis Masalah Penggunaan Multimedia
Interaktif Dalam Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan di SJK(T) Daerah
Kuala Kangsar. Disertasi Sarjana.UPSI.

Bandura, A.(1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall

Bloom,B.S (1964).Stability and Change in Human Characteristics.New York: John


Wiley & Sons.

Bloom,B.S (1980). All our children learning: a primer for parents.teachers and other
educators. New York : McGraw Hill.

Bronfenbrenner, U.(1979).The ecology of human development. Cambridge, MA: Harvard


University Press.

Bowlby, J.(1969). Attachment and loss: Vol. 1.Attachment. New York: Basic Books.

Bowlby, J.(1973). Attachment and loss: Vol. 2 .Separation: Anxiety and anger. New
York:Basic Book.

https://www.academia.edu/5435561/Mengenali_Punca_Kemerosotan_Minat_Pelajar_
Terhadap_Pembelajaran_and_Pengajaran_Pendidikan_Islam.

Izzatur Rusuli ,(2017)/Hubungan antara gaya keibubapaan Estim kendiri,efeksi kendiri


dengan kesdiaan afektif pelajar dalam pembelajaran.UPSI.

Marziaton Binti Daud .(2012 ). Penglibatan ibu bapa dan pengaruhnya ke atas kesediaan
membaca kanak-kanak pra sekolah. Disertasi Sarjana.UPSI.

Masitah Taib, Zalizan Jela & Manisah (2009). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
kanak-kanak berkeperluan khas.Dlm.Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan
Khas :Konsep dan Amalan,disunting oleh Zalizan Jelas.Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mat Yusof Abd Rahman.(2002). Perkaitan antara tingkah laku dan strategi kebapaan
dengan pencapaian akademik matematik anak sekolah rendah di luar bandar.
Disertasi Sarjana. UKM.

Nurhusna binti Abdul Maleh ,(2017)/Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan


holistik kanak-kanak di Taska Permata Kemas .UPSI.

Projek Sarjana Muda Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1988), Psikologi Pendidikan II :


Psikologi pembelajaran Dan Kognitif Bimbingan Dan kaunseling” Selangor:
Heneman Sdn Bhd.

Ol;fdsza Rohaty Mohd. Mazjub (2003). Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi:
Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Suppiah Nachiappan, (2016) Kaedah Hermeneutik.Kaedah Interpretasi Teks Secara


Kualitatif. UPSI.

Suppiah Nachiappan, (2003). Proses Kognitif Dalam Penulisan Esei Melalui Analisis
Hermeneutik. Pulau Pinang.

Yayasan Str Vygotsky, L.S.(1962). Thought and Language. Cambridge. M.A: Mit
Press ategik Sosial (2000). “Pelan Induk Sekolah-Sekolah Tamil Abad Ke-21.”
Kuala Lumpur: Yayasan Strategik Sosial.

Yayasan Strategik Sosial (2005). “Tamil Schools in Malaysia.” Kuala Lumpur: Yayasan
Strategik Sosial.

Wee Gek Sim (2007). Hubung kait penglibatan ibu bapa dengan pencapaian
pelajar:aspek sokongan, tahap pendidikan dan status sosio ekonomi. USM
Zunaizan (2000). “Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar-
Pelajar Sekolah Menengah Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu.” `Johor: Universiti
Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda.
Rrrl]

You might also like