You are on page 1of 20

THANA LETCHUMI A/P P.

THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

NAMA : THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA


NO KAD PENGENALAN : 870508355494

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN :


PEMBANGUNAN MODUL MAKROEKONOMI
BAGI MATA PELAJARAN EKONOMI
TINGKATAN ENAM

Universiti yang dimohon


BI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI NAMA KURSUS/ JUMLAH KESELURUHAN
L YANG DIPILIH PROGRAM JAM KREDIT YANG
DITAWARKAN
1 UNIVERSITI PENDIDIKAN PHD ( EKONOMI) PENYELIDIKAN
SULTAN IDRIS 3-7 TAHUN

2 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PHD ( EKONOMI) PENYELIDIKAN


3-7 TAHUN
3 UNIVERSITI KEBANGSAAN PHD ( EKONOMI) PENYELIDIKAN
MALAYSIA 3-7 TAHUN

1
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

PENGENALAN

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji tentang pengurusan

sumber ekonomi individu, masyarakat dan negara dalam meningkatkan kesejahteraan hidup

masyarakat. Ekonomi merupakan ilmu tentang tindakan manusia dalam memenuhi keperluan

dan kehendak masyarakat serta berkembanag seiring dengan daya saing sesebuah negara.

Menurut Abraham Maslow ekonomi merupakan satu bidang yang mengkaji tindakan manusia

menggunakan sumber ekonomi dalam memenuhi kehendak manusia berdasrkan prinsip dan

teori yang efektif dan efisien. Makroekonomi pula merupakan sub topik ekonomi yang

mengkaji hubungan antara pemboleh ubah agregat seperti pendapatan, kuasa beli , harga dan

wang secara keseluruhan yang berlaku dalam sesebuah negara. Makroekonomi mampu

memberikan impak yang positif kepada pelajar dan generasi akan datang dalam memahami

kesan pelbagai dasar ekonomi kerajaan terhadap ekonomi dan keperluan dalam membentuk

dasar-dasar yang lebih baik pada masa akan datang.

Berikutan makroekonomi membawa kepentingan kepada negara pada abad ke 21 ini

maka banyak negara telah mengaplikasikan bidang makroekonomi dalam kurikulum

pendidikan di negara masing-masing. Antara negara-negara yang mepunyai sistem

pendidikan terbaik dan mempunyai pendidikan makroekonomi ialah Finland, Switzerland,

Belgium, Singapura, dan Netherlands. Di Finland makroekonomi manjadi salah satu sub

subjek ekonomi yang diajar untuk memupuk kepentingan makroekonomi kepada individu

dan juga di negara tersebut.

Namun demikian, wujud beberapa masalah dalam mewujudkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan untuk makroekonomi di sekolah. Terdapat pelbagai pandangan

2
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

yang dibincangkan mengenai tahap kesukaran makroekonomi. Guru- guru terpaksa

menghadapi pelbagai cabaran dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran ( P & P )

yang berkesan untuk mata pelajaran ini di sekolah. Biarpun mata pelajaran ini sudah lama

diperkenalkan di peringkat sekolah tetapi guru- guru terpaksa menghadapi pelbagai cabaran

dalam menyampaikan ilmu. Cabaran-cabaran ini mendatangkan masalah dan kekangan

kepada guru dalam penyampaian subjek makroekonomi ini. Antara cabaran yang dihadapi

oleh guru ialah dari penguasaan isi kandungan, pengetahuan tentang ekonomi semasa serta

personaliti guru itu sendiri. Selain itu guru juga menghadapi masalah dari segi kekangan

masa untuk menghabiskan sukatan berikutan sistem penggal yang singkat, Keadaan ini

menyebabkan guru mempunyai kemampuan yang terhad menggunakan alat bantu mengajar

yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kesemua faktor ini

memberikan impak yang negatif kepada pelajar. Pelajar tidak mampu mencapai tahap

kefahaman dan pengetahuan yang tinggi serta tidak mampu mendapat keputusan yang

cemerlang.

Seiring dengan kepentingan makroekonomi, Majlis Peperiksaan Malaysia telah

menyediakan satu sukatan pelajaran untuk membolehkan pelajar memahami dan menguasai

ilmu ekonomi pada tahap prauniversiti. Justeru pelajar dapat menganalisis dan membuat

penilaian tentang isu ekonomi yang mempengaruhi kehidupan masyarakat dan negara dalam

mewujudkan satu persekitaran yang dinamik serta membolehkan pelajar melanjutkan

pengajian dalam ini ke peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini boleh memberi peluang

kepada negara untuk mewujudkan graduan yang berpotensi tinggi dan memberikan

sumbangan ke atas pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

3
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.

Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran makroekonomi ini akan hanya akan berjalan

dengan lancar dan berkesan sekiranya guru-guru ekonomi mempunyai kemahiran yang

tinggi dari segi pedagogi dan pengetahuan dalam bidang ekonomi (Falk et al., 2008). Oleh

itu, faktor ini amat penting dalam menjana guru-guru yang berpengetahuan ekonomi yang

tinggi di mana guru merupakan penyumbang utama dalam mewujudkan pelajar yang

berpengetahuan luas dalam memahami dan mengaplikasikan konsep makroekonomi pada

masa depan. Guru yang mempunyai kandungan pengetahuan yang rendah boleh

menyebabkan guru tidak dapat mengenalpasti kesalahan konsep yang ditafsirkan oleh pelajar.

Keadaan ini membawa kepada kelemahan pelajar dalam memahami konsep sehingga

peperiksaan malah di peringkat pengajian tertinggi

Selain daripada guru, pelajar yang berpretasi rendah juga mempunyai kelemahan

dalam memahami dan mengaplikasi konsep dalam makroekonomi yang memerlukan

pemikiran aras tinggi berbanding dengan pelajar yang berpretasi tinggi. Oleh itu, pengenalan

satu teori baru yang berkait dengan kognitif diperlukan dalam mencapai satu sistem

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Teori ini perlulah membolehkan kedua-dua

tahap pelajar mencapai pemahaman dan mengaplikasi konsep yang dipelajari kerana sedia

kala pelajar yang berpretasi tinggi mampu dan bersedia dalam pembelajaran yang lebih

kompleks dan berupaya mengaplikasikan konsep yang dipelajari.

4
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

PENYATAAN MASALAH

Matlamat pendidikan ekonomi bukan sahaja membolehkan pelajar memahami dan

menguasai ilmu ekonomi pada tahap prauniversiti tetapi dapat menyelesaikan masalah dan

menilai isu makroekonomi yang mempengaruhi kehidupan masyarakat dan sesebuah negara

dengan unik. Di samping itu, pengetahuan makroekonomi amat penting dalam kehidupan

seharian kepada pelajar kerana merekalah yang merupakan generasi utama dalam membuat

keputusan berkenaan dasar dasar ekonomi untuk mengatasi masalah dan isu ekonomi semasa

seperti menyampaikan maklumat dan idea ekonomi dalam bentuk yang sesuai. Kesemua ini

memerlukan daya kognitif dan motivasi untuk menyelesaikan isu yang berkaitan ekonomi.

Selaras dengan konteks pendidikan di Malaysia, sisten pendidikan Malaysia adalah

berorintasikan peperiksaan. Keadaan ini telah membentuk kepada satu situasi yang

menyebabkan tenaga pengajar terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh

Majlis Peperiksaan Malaysia dalam jangka masa yang pendek. Keadaan ini mewujudkan

guru-guru mengutamakan penguasaan fakta fakta yang diuji dalam peperiksaan dan

mengurangkan kemahiran. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) menyatakan bahawa

pada keseluruhannya pelajar masih mengamalkan strategi pembelajaran secara menghafal.

Kebanyakan guru juga didapati masih menggunakan kaedah hafalan fakta dan kurang

menggunakan kaedah inkuiri yang boleh memupuk minat pelajar mempelajari ekonomi dan

sekali memupuk motivasi diri (Kamisah Osman, Zanaton Iksan, & Lilia Halim, 2007).

Hasil penyelidikan (Khoo Yin Yin & Zakaria Kassim, 2005) mendapati bahawa 75%

pelajar sukar memahami konsep ekonomi. Sementara itu, 58% pelajar ekonomi pula sukar

menyelesaikan tugasan yang melibatkan penyelesaian masalah yang mengandungi elemen-

5
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

elemen matematik. Kajian ini juga mendapati 69% pelajar sukar menginterpretasikan graf

untuk mengaitkannya dengan konsep dan teori ekonomi yang sesuai. Kajian awal penyelidik

terhadap sepuluh orang guru (Khoo Yin Yin & Zakaria Kassim, 2005) menunjukkan kaedah

pembelajaran pelajar yang kurang efektif menyebabkan prestasi yang tidak baik. Walau

bagaimanapun, format peperiksaan STPM semakin menjurus ke arah soalan yang

memerlukan pemikiran kritis, manakala kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan

oleh guru dan pelajar ekonomi masih tidak berubah untuk menerima cabaran baru (Khoo Yin

Yin, Fatimah Saleh & Abdul Ghani Kanesan Abdullah, 2007).

Masalah pembelajaran ekonomi berpunca daripada amalan kaedah pembelajaran

(Chiu Ming Ming, 2000). Menurut Burkhardt (1976) kaedah pembelajaran kolaboratif sukar

dilaksanakan kerana guru-guru beranggapan kaedah pembelajaran kolaboratif adalah

membuang masa. Hal ini disokong oleh Michaelsen, Knight dan Fink (2002).

Guru-guru mengambil jalan mudah dengan memberitahu jawapan tanpa penjelasan

kepada pelajar untuk menjimatkan masa dan dapat menghabiskan sukatan pelajaran dengan

cepat. Kaedah pembelajaran kolaboratif yang dapat melatih pelajar tentang kemahiran

berfikir secara kritis diabaikan. Kejayaan meningkatkan pemikiran kritis pelajar bergantung

pada peranan guru dalam merancang dan menyediakan aktiviti pembelajaran berkumpulan

yang melibatkan semua pelajar.

6
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

Disebabkan wujud pelbagai faktor dalam kalangan guru dan pelajar, maka saya

sebagai pengkaji telah mengambil langkah tersendiri untuk menjalankan kajian untuk melihat

tahap pengetahuan dan pedagogi guru ekonomi dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran ekonomi yang berkesan. Kajian ini bukan sahaja tertumpu kepada pelajar

berpretasi rendah malah kepada pelajar berpretasi tinggi untuk mengikuti satu pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan melalui modal makroekonomi yang akan diwujudkan dalam

kajian ini.

7
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

LATAR BELAKANG KAJIAN

Mata pelajaran ekonomi terdiri daripada tiga bahagian iaitu Mikroekonomi,

Makroekonomi dan Ekonomi Malaysia. Kajian yang khusus diambil untuk Makroekonomi.

Ramai pelajar berpendapat makroekonomi merupakan satu sub mata pelajaran ekonomi yang

sukar. Tanggapan ini mendorong pelajar daripada mengambil mata pelajaran dan turut

mepengaruhi kawan-kawan lain. Malah pelajar yang tidak mengambil ekonomi terutamanya

pelajar Sains pada peringkat menegah atas menghadapi kesukaran yang melibatkan eleman

sains sosial dan matematik. Oleh itu, pelajar yang mempelajari makroekonomi memerlukan

satu modul untuk membantu mereka menyelesaikan masalah di samping meningkatkan

kemahiran aras tinggi.

Kejayaan sesuatu pendidikan bergantung kepada pelaksanaan yang berkesan di dalam

kelas. Kaedah pengajaran yang berpusatkan guru dan pengetahuan pedagogi yang rendah

boleh menyebabkan pelajar kurang berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam proses

pembelajaran. Bonwell dan Eison (1991), Siegfried (1991) dalam Salemi, Siegfried, Kim

Sosin, Walstad dan Watts (2000) menyatakan bahawa pembelajaran aktif perlu dilaksanakan

untuk membantu pelajar berfikir seperti pakar ekonomi. Pelajar yang berfikir seperti pakar

ekonomi berupaya memahami konsep secara kritis, meningkatkan pemikiran kritis seterusnya

meningkatkan prestasi.

Kajian oleh Tamby Subahan et al. (2012) melibatkan penentuan tahap pengetahuan

dan sikap pelajar sekolah menengah manakala Nor Arizah Masiron (2008) pula menentukan

kefahaman dan sikap guru pertanian terhadap bidang makroekonomi. Rashidah Begum

Gelamdin dan Norlidah Alias (2012) pula menentukan masalah dalam pelaksanaan

pendidikan ekonomi di sekolah, di dapati antara faktor yang menyumbang kepada masalah

8
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

perlaksanaannya adalah kurangnya pengetahuan ekonomi dan pedagogi guru, kurangnya

kemudahan infrastruktur dan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan semasa mengajar

konsep makroekonomi. Walaupun makroekonomi merupakan satu komponen kecil dalam

sukatan pelajaran ekonomi di Malaysia, namun ia memberi impak yang besar kepada

manusia dan alam disekelilingnya dan ia perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Hal ini perlu diberi penekanan kerana berpandukan sumber Laporan Peperiksaan

STPM, bilangan calon mata pelajaran ekonomi menunjukkan bilangan yang tidak statik iaitu

berlaku peningkatan dan akhirnya pada tahun 2016 berlaku pengurangan. dan mencatat

peratus kegagalan pelajar yang tinggi berbanding mata pelajaran lain (Majlis Peperiksaan

Malaysia, 2016) Ini menunjukkan tiada peningkatan dalam kemahiran pemikiran kritis dan

prestasi yang tidak memberangsangkan.

TAHUN BILANGAN PENAMBAHAN/ GAGAL

CALON PENGURANGAN

2011 16901 - 22.46

2012 16501 -400 20.53

2013 17405 904 34.52

2014 14077 3328 37.04

2015 13745 -332 35.14

2016 13761 16 34,29

Sumber : Laporan Peperiksaan STPM dari tahun 2011-2016


Majlis Peperiksaan Malaysia

9
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

Daripada kajian lepas menunjukkan terdapat banyak aspek yang menjelaskan

ketidakberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, aspek guru yang

mengajar, aspek pedagogi dan kandungan pengetahuan guru ekonomi yang perlu diberikan

pendekatan yang lebih mendalam. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar terkini dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas perlu diberikan perhatian. Dan bagi pelajar

pula, terdapat juga banyak aspek yang perlu diteliti secara mendalam seperti pengetahuan dan

pengetahuan sedia kala pelajar, penerimaan dan minat pelajar.

Kajian lepas menunjukkan tidak ada modul khas pembelajaran komponen

makroekonomi yang disediakan bagi membantu pelajar memahami konsep makroekonomi

bagi tingkatan enam. Jadi pengkaji di sini ingin membentuk satu modul yang memberikan

penekanan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekali gus dalam mencapai matlamat

pendidikan Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pendidkan Ekonomi adalah bidang sains sosial yang diterapkan ke dalam kurikulum

sekolah. Namun pelaksanaannya di peringkat sekolah bukan satu usaha yang mudah.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pelajar mengalami kesukaran dalam menguasai

konsep yang disampaikan oleh guru. Jika dilihat manual guru yang dibangunkan oleh Falk et

al. (2003), modul lebih memfokuskan kepada cadangan strategi pengajaran yang boleh

digunakan semasa menjalankan aktiviti yang terdapat di dalam modul. Pengkaji mendapati

bahawa aspek utama iaitu pengetahuan guru itu sendiri tidak diberi perhatian walaupun telah

ada beberapa pengkaji yang melaporkan akan keperluannya (Bryce & Gray, 2004; Kwon &

Chang, 2009; Prokop et al., 2007). Mana mungkin seorang guru mampu mengajar dengan

baik jika pengetahuan ekonominya tidak kukuh. Di samping itu, modul yang dinyatakan juga

tidak membantu guru meningkatkan pengetahuan teknologi mereka.

10
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

Oleh yang demikian, pengkaji memutuskan untuk membangunkan Modul

Makroekonomi yang akan memberi manfaat kepada guru dalam membantu mereka

merancang aktiviti pengajaran. Usaha guru menyediakan pengajaran secara terancang dapat

meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Pernyataan masalah
1. Pelajar mempunyai pengetahuan, minat dan sikap yang rendah terhadap bidang
makroekonomi
2. Guru kurang pengetahuan tentang makroekonomi, teknologi dan pedagogi

PELAJAR GURU

Pelajar kurang pengetahuan dan Guru kurang pengetahuan


sikap yang lemah mengenai mengenai makroekonomi,
MAKROEKONOMI dan pedagogi
untuk menyampaikan
pengajaran
Simonneaux (2000), Dawson &
Schibeci (2003), Dawson & Soames
(2006), Bonaccorsi et al. (2010) Simonneaux (2000),
Dawson&Schibeci
(2003),
Dawson & Soames
(2006), Bonaccorsi et al.
(2010)

Cadangan Penggunaan Modul

Dapat meningkatkan pengetahuan makroekonomi pelajar ( Klop et al., 2010).

RAJAH 1 : PELAKSANAAN MODUL MAKROEKONOMI

11
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

Modul Makroekonomi yang dibangunkan ini mempunyai ciri-ciri berikut:

i. mempunyai tujuh lembaran kerja yang terdiri dari enam tema merangkumi aktiviti

dan soalan berkaitan.

ii. aktiviti yang dimuatkan melibatkan aktiviti secara hands-on, aktiviti

menggunakan laman web, perbincangan dalam kumpulan, perbahasan atau

forum.

iii. setiap lembaran kerja terdiri dari tajuk pembelajaran, hasil pembelajaran,

pendahuluan, aktiviti dan soalan berkaitan aktiviti.

12
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

OBJEKTIF KAJIAN

Berasaskan kenyataan masalah yang telah diutarakan, terdapat beberapa tujuan utama

kajian ini. Antaranya adalah untuk membangunkan satu Modul Makroekonomi dan

menentukan keberkesanan modul ini dalam meningkatkan pengetahuan pelajar yang dikaji.

Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengesan perkembangan pengetahuan dan

pedagogi guru ekonomi, menentukan tahap pengetahuan pelajar dan minat. Dalam kajian ini,

Model Pengajaran Isman (2011 ) dan Model Robert Glazer diadaptasi dan mempunyai

objektif khusus kajian seperti berikut :

a) Untuk mengenal pasti keperluan guru yang mengajar mata pelajaran Ekonomi

berkaitan

dengan komponen Makroekonomi.

b) Untuk mengenal pasti keperluan pelajar yang belajar mata pelajaran Ekonomi

berkaitan

dengan komponen Makroekonomi.

c) Untuk mengenal pasti tahap kandungan pengetahuan teknologi, pedagogi dan

pengetahuan kandungan ekonomi guru-guru ekonomi semasa mengajar

elemen makroekonomi Tingkatan enam.

d) Untuk membina dan menguji Modul Makroekonjomi, mereka bentuk semula dan

aktiviti pengajaran sebenar.

e) Untuk mendapatkan pandangan guru dan pelajar tentang kebolehgunaan Modul

Makroekonomi

13
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

KEPENTINGAN KAJIAN

Perubahan dalam proses ekonomi telah memberikan kesan kepada keseluruhan

masyarakat khususnya dalam bidang makroekonomi. Merujuk kepada kepentingan

makroekonomi, maka tidak dapat dinafikan keperluan guru mempunyai pengetahuan

makroekonomi agar dapat mewujudkan pengajaran yang berkesan. Di samping mempunyai

pengetahuan kandungan mata pelajaran, guru juga perlu mempunyai kemahiran pedagogi

agar dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada semua kategori pelajar.

Sehubungan itu, guru perlu mendalami pengetahuan yang diperlukan dengan alat

bantu mengajar supaya memudahkan proses penyampaian komponen makroekonomi kepada

pelajar. Akan tetapi terdapat kalangan guru yang mempunyai masalah dari segi masa dan

bahan pengajaran. Situasi ini menjadi satu halangan dalam mewujudkan situasi pembelajaran

yang berkesan. Guru merupakan satu inspirasi dan menjadi agen untuk melahirkan modal

insan yang berkualiti tinggu dan menjadi peneraju utama negara.

Seperti mana yang diutarakan ini, dapat dikatakan bahawa aspek kesediaan guru dan

pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya bagi membolehkan pendidikan bioteknologi

dijalankan secara lebih terancang. Justeru itu, apa yang telah dinyatakan oleh pengkaji di

dalam persoalan kajian diharap berupaya memberikan satu dimensi baru yang akan menjadi

titik tolak kepada kejayaan yang ingin dicapai seperti mana yang diharapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dapatan kajian ini penting dalam memberi sumbangan kepada pihak-pihak tertentu

terutamanya guru, pelajar, pembuat dasar pendidikan dan para penyelidik pendidikan untuk

meningkatkan kualiti pencapaian makroekonomi pelajar ekonomi peringkat STPM.

14
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan dapat menjawab beberapa persoalan kajian. Antaranya :

SOALAN 1 : Apakah keperluan guru berkenaan pembelajaran komponen Makroekonomi

dalam mata pelajaran Makroekonomi Tingkatan 6?

SOALAN 2 : Apakah keperluan pelajar berkenaan dalam pembelajaran komponen

Makroekonomi dalam mata pelajaran Ekonomi Tingkatan enam?

SOALAN 3 : Apakah tahap pengetahuan dan penggunaan teknologi, pengetahuan pedagogi

dan kandungan pengetahuan guru ekonomi semasa mengajar elemen

makroekonomi Tingkatan enam?

SOALAN 4 : Apakah isi kandungan Modul Makroekonomi yang dibangunkan iaitu dari

aspek:

a) elemen makroekonomi

b) aktiviti pembelajaran

c) strategi pengajaran

SOALAN 5 : Apakah pandangan guru tentang Modul makroekonomi?

SOALAN 6 : Apakah pandangan pelajar tentang Modul makroekonomi?

15
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

METODOLOGI

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk membangunkan Modul Makroekonomi bagi

pendidikan Ekonomi yang boleh diaplikasikan dakam pengajaran dan pembelajaran tingkatan

Enam. Modul ini boleh digunakan malah boleh membantu menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran Makroekonomi untuk setiap sub topik yang terdapat dalam sukatan

pelajaran. Kaedah kajian yang dijalankan melibatkan beberapa langkah iaitu pada awalnya

pemilihan sampel, pembangunan modul, pembangunan instrumen guru, pengukuran

kepelbagaian aspek pelajar dan pengetahuan pelajar berhubung makroekonomi. Secara

terperincinya melibatkan beberapa proses utama

PROSES PERTAMA

Mengenalpasti keperluan

- menjalankan kajian P&P guru ekonomi

- menjalankan analisis keperluan guru

- menjalankan analisis keperluan pelajar

- menentukan tahap pengetahuan teknologi dan pengetahuan guru ekonomi

Mengenalpasti matlamat dan objektif ( Temubual dan borang soal selidik )

Mengenal pasti kaedah pengajaran (borang soal selidik )

Mengenalpasti media pengajaran (borang soal selidik )

16
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

PROSES KEDUA

- Pembinaan modul Makroekonomi

- Menguji Modul Makroekonomi

- Mereka bentuk semua Modul Makroekonomi hasil dari maklum balas guru

- Menjalankan pengajaran sebenar

PROSES KETIGA

- Menilai pengajaran menggunakan Modul Makroekonomi ( SPSS)

PROSES KEEMPAT

- Pandangan guru dan pelajar mengenai modul Makroekonomi ( Temubual dan

instrument )

Secara keseluruhan pelbagai kaedah akan digunakan bagi setiap fasa untuk menghasilkan

satu modul makroekonomi yang berkesan.

17
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

Kesimpulannya, kajian ini akan memberikan situasi sebenar pendidikan ekonomi di

Malaysia khususnya makroekonomi Tingkatan 6. Modul Makroekonomi ini mampu

memberikan impak yang positif dalam membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran tak kira pelajar berpretasi tinggi atau rendah. Diharapkan kajian boleh

menjadi satu permulaan bagi meningkatkan sistem pendidikan negara ini dimana boleh

membuat penambaikan dalam merealisasikan pencapaian pelajar ekonomi sekali gus

melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang makroekonomi di masa akan dating.

18
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

BIBLIOGRAFI

Ahmad Sobri Shuib. (2009). Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah.
Disertasi Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Badrul & Nasruddin (2015). Penilaian kendiri amalan pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21 pensyarah IPG Kampus Ipoh. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan
Pendidikan Kebangsaan IPG Zon Sabah, Keningau, Sabah, 2-4 September, Malaysia.

Dawson, V. (2007). An exploration of High School (12–17 Year Old) students’


understandings of, and attitudes towards Macroeconomy processes. Research in Social
Science Education, 37, 59–73.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Rashidah Begum Bt Gelamdin (2016). Pembangunan Modul Bioteknologi Bagi Mata


Pelajaran Biologi Sekolah Menengah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Zohar, A., Degani, A., & Vaaknin, E. (2001). Teachers’ beliefs about low achieving students
and higher order thinking. Teaching and Teachers’ Education, 17, 469- 485.

Norlidah Alias. (2010). Pembangunan Modul Pedagogi Fizik Tingkatan Empat menggunakan
gaya pembelajaran Felder - Silverman. Disertasi Ijazah Kedoktoran yang tidak diterbitkan,
Universiti Malaya.

19
THANA LETCHUMI A/P P. THIRRAJA 870508355494
HLP SEPARUH MASA EKONOMI

PERANCANGAN PENGAJIAN MENGIKUT SEMESTER


DI UNIVERSITI PERGURUAN SULATAN IDRIS

BIL KAJIAN SEMESTER


1 Latar belakang 1

2 Pemahaman Literatur 1

3 Draf proposal 1

4 Pemurnian Bab 1-3 1

65 Bentang Usulan
Pemantapan Bab 1-3 22

7 Penyediaan instrumen kajian 2

8 Menjalankan kajian rintis 2

9 Analisis data dan laporan Kajian Rintis 2

10 Pemantapan Instrumen 2

11 Penyediaan bahan, surat untuk kajian lapangan 3

12 Kajian lapangan 3

13 Memasukkan data kajian 3

14 Membersihkan data kajian 3

15 Menganalisis data kajian 3

16 Laporan dapatan  kajian 4

17 Menjalankan temubual 4

18 Menganalisis data temubual 4

19 Membentang kemajuan 5

20 Draf awal tesis 5

21 Bentang pemantapan kajian 6

22 Draf muktamad untuk pemeriksaan


20 6

23 Pembetulan/Perubahan terakhir 6
24 Penyerahan tesis muktamad 6

You might also like